SOCIALIZATION

Tuesday, December 6, 2011

Kan Best Kalau Dapat Tengok Jodoh Kita via Google Maps!

skarang dah masuk disember. wuuuu. musim salji!! winter!! wheee, Christmas season!! yeay syoknye!!

berangan.

skarang dah masuk musim cuti sekolah. haa... kalo zaman sekolah and zaman maktab dulu, ni lah musim yang paling ditunggu-tunggu sepanjang tahon. cutiii!! sape tak suke cuti kan? bleh lepak2 kat umah, outing dengan member2, habiskan duit mak bapak kat mall dan cybercafe.

dan! biasanya, kalo cuti ni...sure2 dikaitkan dengan event2 yang meriah. ujung taon punye cuti wajib ada upacara berkhitan. ape tu? bersunat laa... boboi2 sekalian. musim cuti ni adik2 bakal menempuh alam dewasa la kononnye ye? dah sunat tu kira dah bleh kawen la ye? yeaaayyy!! hahaha


ha. tu perkara pokok yang aku nak cakap kat sini, kali ni. kawen. musim cuti memang sah2 ada kendurik kawen. bersepah kad kawen yang kita dapat. merata jemputan kita terima. tinggal nak and boleh pegi atau tak je. yelah, banyak gak benda nak kena amik kira. kalo yang jejaoh tu, yang bekerja tu, harus2 la consider masa dan kos kan? tapi tu la... budaya kita ni bagos. seboleh-bolehnya kita nak pi jugak kendurik tu. support beb. kalo korang taknak pegi kendurik member2 korang kawen, kang kalo korang kendurik, kengkawan korang tak attend majlis kau, acane? sentap? hehehe.

aku janji dengan diri aku, sebolehnya aku nak attend semua majlis kawen kengkawan aku. cumanya, tinggal Tuhan penentu segala. yelah, kita rancang, kita niat. tapi Dia yang nak izinkan ataupon tak. tapi insyaAllah, benda baek Tuhan tolong. ^^

berbalek soal kawen. ramai yang tanya aku "ko bila nak kawen, an?" dan soalan2 lazim yang seangkatan dengannya. kalo nak ikotkan hati, memang aku jawab guna ayat fevret aku daripada iklan biskut Jacob's tu..

"Sekarang pun boleh!"


hehehe. sure orang tak tanya dah kan lepas tu... menyampah dengan jawapan main2 camtu. ^^ tapi kan... honestly, itu jawapan jujur yang terbaek aku bleh bagi.

cer bagitau aku, sape yang rasa2 taknak kawen sampai bila2? ok aku tau ada manusia berpendirian macam tu... even aku sendiri pon penah satu tahap aku dah malas nak pikir pasal kawen, sampaikan aku tanya kat diri aku dan orang sekeliling aku.."taknak kawen, boleh tak?"

sekarang aku tanak cakap pasal orang lain. fokusnya, aku nak menjawab persoalan yang sentiasa meniti di bibir makcik pakcik kat kampung aku, dan jugak di benak aku dan kawan2 aku sendiri. hihi.

mula2 aku biasanya tanya balek, kenapa orang tanya aku camtu? dan normally... jawapan2 yang diberikan adalah~

  • dah habeh blajo~
  • umur dah usia..sedang elok utk berkeluarga
  • dah keje/nak keje. bleh sara anak bini (jika/bila ada)
  • dah takde mak bapak nak tengok2kan saket demam, makan pakai akuu..
  • cukup sifat, cukup syarat nak kawen

dan macam2 lagi.

wahai pakcik, makcik, apak achik ude, kak long kak chaq kak we, pak teh pak ndak, tok toknek tokwan... bukan an taknak kawen... naaaaaaakkk sangat bernikah!! bukan an tak suka budak2... naaaaaaaaaaakkk sangat ada anak. bukannya an tak suka pompuan... eh? sukaaaaaaaaa sangat2!! hahaha. saya straight ye! lol!!

tapi... banyak faktor yang kena fikir, kena pertimbangkan. apadia?


satu. aku belom ada 3 kunci yang wajib seseorang lelaki ada sebelom berkahwin. ok, aku ada kereta. tapi keta buruk tu aku naik sorang, buat drift-drag boleh la. ekeke. rumah? ye aku ada rumah sendiri. tapi tu kat kampung... rumah tu pon dah usang... dah takde sape dudok. tunggu masa je nak runtuh tu... opis? keje? em. alhamdulillah, syukur sangat2 Tuhan bagi rezeki aku kerja macam sekarang ni. tapi, tu tak bermakna aku dah cukup stabil. ekonomi, pengurusan kewangan sendiri pon kelaut, camne nak bela anak orang? hahaha

jom cakap soal umur. betol, aku dah tua. (sentap diri sendiri). tapi... orang lain makin tua makin matang. makin berumur makin dewasa. aku? hahaha. taknak jadi dewasa bleh tak? ^^ sumpah cakap, perangai aku memang happy-go-lucky macam budak baru dapat eskrem lepas cabut gigi. lol!

ada orang tua2 penah pesan kat aku... 

perangai tu biar sesuai dengan umor. kalo umor dah duoploh, tapi perangai huduh, macam budak2 (macam aku sekarang ni la kot..hihi)... takde sape nak berlakikan, jadi bini ngko, an

haaaa... hambek. kena sumpah siap! ekeke. ok. serius2. em... dengan pesanan macam tu, aku pon tertanya-tanya... ad ke ciri2 seorang suami yang baek, dekat aku? ap ciri2 yang dikatakan "ciri seorang suami" dari pandangan pompuan? hey para gadis, tolong jawab kejap, please? =)


secara mudahnya (kalo aku cakap dari tadi kan ke senang...zzz), aku sendiri rasa aku belom cukup layak utk jadi laki orang. *dangg~~ * uiihh...besor amanah nak jadi laki orang ni, joyah oiii! nak jadi laki orang kena bertanggungjawab, kena bersih-cekap-amanah, kena baik hati, baik budi, suci fikiran suci perkataan suci perbuatan. kena macam2 lagi lah!

paling penting... ilmu. terutamanya ilmu agama. aku tau aku camna. aku bukannya baik sangat. memang la aku tak minum arak, tak berjudi kat Genting, tak makan harta anak yatim (err...harta aku sendiri takpe kot..ekiki), tak ponteng puasa... tapi dalam aku dok jaga solat, jaga rukun islam rukun iman, ada jugak kena qada subuh, ada jugak doa2 lazim yang aku tak hafal, ada jugak aku maki hamun mencarut laju2, lagi laju dari aku mengaji Quran. ha... dah tu, acane? =)

zaman sekarang ni para gadis semua nak hubby yang soleh, yang boleh bimbing keluarga dengan penuh tawadu', syumul dan istiqamah. - yang kalau boleh nak sebijik macam Zikir dalam citer Tentang Dhia kat tv3 tu... kan? kan? ha tu senyum tu, ye lettew. ekeke. ^^ takpe, bagus la niat nak suami soleh camtu. niat tu satu doa tau! hehe. orang2 macam tu memang dicari-cari. bro and dudes macam aku ni... silap2 waiting list pon tak masuk. hehe


jadi... atas dasar tu, aku coba untuk mantapkan ilmu dan pengisian dunia dan akhirat, sebagai persediaan dan bekalan diri aku sendiri dan jugak orang lain (insyaAllah, kalau ada) untuk masa sekarang, dan akan datang. takde la aku transform jadik cam Zikir tu haa... itu... perfect habes! aku ni banyak lemah-kurangnye~ ehehe...

now, let's talk about jodoh. orang selalu ingat/sangka/anggap yang aku ni ada gf, ada pasangan. bila aku cakap takde, mula lah keluar ayat2 lazim "jangan nak tipu laa..." or "ko ingat kitorang nak caye cakap kau?" or "biar betul ko takde gf, an. ko gay ke??"  +.+"

apa... muka pecah rumah cam aku nih, wojib berkepit dengan gadis ek? lol! takde maknenye. aku pon tak paham kenapa orang pikir aku dah ada pasangan. walhal sah2 gua single and ebelebel and ever ready to mingle! hahahaha


ntah la. bab jodoh ni... aku serah kat Tuhan. kekadang, yang kita nak tu... yang tu yang takkan dapat. pastuh meroyan sensorang, guling2 frust. mula lah nak tanya Tuhan... why... why me, dear Lord... timkaaaiii~ hihihi... kan best kan, kalo kita leh track jodoh kita ada kat mana, kan? guna GPS ke.. Google maps ke... bhahaha! memang aku folo akaun foursquare dia. ekeke =D tapi aku yakin. setiap kejadian, setiap ketentuan... ada hikmahNya.

so, Cik Jodoh. kalau cik rasa cik lah jodoh saye, do let me know ye? saye jarang guna google map. ekekekeke

so bagi korang2 yang concern pasal aku... time kaseh banyak2 aku ucapkan. segala ingatan, doa dan harapan korang, hanya Tuhan yang mampu balas seadilnya. ^^ harap2 entri ni sedikit sebanyak dah jawab persoalan korang.. ye? hehehe

uih panjang la pulak aku menaip kali ni. hahaha. sembang punya panjang, tapi takde kaitan langsung dengan tajuk entri. lololololl! mesti korang nyampah, kan? hee... ya ampunn~ ^^"

13 comments:

Cikgu Izmir said...

kawen jemput an.

Shafifi said...

Kenduri kahwin Kak Ha (Siti Zaleha)hg p x aan.....jgn xmai....reunion SKSB

mia Olive said...

jwb soalan: "apa ciri2 yang dikatakan 'ciri seorang suami' dari pandangan pompuan?" sy jwb: lelaki yang bertanggungjawwb. Tahu tanggungjawab dengan Tuhan, dengan diri sendiri, dengan ibubapa, dengan isteri, dengan anak-anak, dengan masyarakat =)

Antara said...

@izmir - jemput kau kawen dengan aku kah? =D hahaha

@mia - terima kaseh~ ^^ jawapan yang bernas, tulus lagi ikhlas. =)

KinosKoko said...

meh ar aku carikan aweks..hehe

Antara said...

hahaha. tenkiu2~ rajin plak kau ek. heee.. dengan umo2 camnih...tak carik gegirl buat gf dah kot... carik bakal bini je~ haha ^^

Wasuka Tiramisu said...

answer bagi soklan di atas:
erm...tanggungjawab of cuz,menyayangi isteri,tegas,berilmu... :)

Antara said...

haha. time kaseh~ ^^

Anonymous said...

kalau kita nak tunggu kita jadi perfect, kucing dah tumbuh janggut pun ko xkawen lagi an oii..

long-life learning..aku tahu ko tahu apa yang aku maksudkan.. lepas kawen nnt pun kita masih perlu belajar.. kalau dah ada calon, seru dah sampai..ada yang wajib, asas ilmu fardhu ain, asas ilmu keibu-bapaan (ko dah ade ni kan? bwahaha), asas ekonomi ko dah ada (walaupun income ko x sebyk Dato' Stapa :P)...asalkan calon kau boleh terima kau seadanya... maka itulah yang terbaik..

sentiasa belajar - itulah keyword nya :)

till then, aku sentiasa doakan ko dapat seorang wanita muslimah yang boleh berada di belakang ko menyapot bila ko susah, boleh bergelak ketawa di sebelah ko time ko senang...

belajarlah.. kerana ilmu kalau ditulis dengan air dari 7 laut pun takkan habis tertulis..

salam dari terengganu :)

Anonymous said...

oh..lupa nk jwb soklan ko tu..

apa "ciri seorang suami" di mata pempuan seperti aku~

1. menjaga agama dan hubungan dengan Allah.
2.menjaga hubungan dengan manusia lain
3. menjaga hubungan dengan alam.

"Jagalah Allah, Allah menjagamu" - bila Allah jaga kita, dia akan beri isteri yang baik, rumah yang bahagia, kehidupan yang tenang.

Amin~

Antara said...

terharu aku baca komen ko, ummu. =) time kaseh sgt2. doa2 la ye. hehe

ameenn~

cinta said...

Haha ni lawak ..hahah ;) chayok2!! usaha lift kejayaan ;)

Anonymous said...

Jodoh oh jodoh sangat memeningkan kepala.. kawin kawin n kawin.. oh jodoh kenapa misteri sgt... oh tuhan tolong la tunjuk sapa jodoh ku