Senyumannya yang menawan tidak putus-putus menguntum di bibir. Manis. Bayu petang menghembus sepoi-sepoi bahasa, menerpa ke wajah bujur sireh Salmah, lembut menyusuri helaian rambutnya yang lurus panjang dibiar lepas tidak berikat. Sambil duduk bersimpuh, Salmah menghirup secangkir kopi kosong yang dibancuhnya sendiri tengahari tadi - lantaran mata melirik jauh nan ke tengah sawah; melirik sesusuk tubuh yang sedang mundar mandir di batas. Hatinya berdebar. Hatinya tenang.
"Ada tak?" jeritnya kepada Rahmat. Nyaring suara Salmah tiada bergema. Entahkan didengar Rahmat, entahkan tidak.
"Anak dah solat?"
"Oh. Zohor tadi sudah, makcik. Asar je belum."
"Em. Ni, ada pisang goreng dengan jemput-jemput ni, dengan air teh sekali. Makan la dulu."
"Dah lama kamu kenal Rahmat?" Itu dia.
"Tak sampai setahun lagi, makcik." Salmah mula tidak senang duduk. Dipintal-pintalnya hujung kain batik yang dipakai.
"Eh, dah lama la tu. Makcik dengan pakcik dulu lagi sekejap. Minggu ni datang merisik, minggu depan kami bertunang, bulan lepas tu kami kawen."
"Pakcik ke mana, makcik?" Salmah cuba mengubah topik perbualan.
"Ada tu ha kat atas, tengah tido. Kamu nak ubah topik ye?" Terdiam Salmah tersenyum tawar, sedangkan ibu Rahmat ketawa sehingga nampak gigi.
Mentari kian rendah. Anak-anak ayam sudah pulang ke reban. Itik di parit naik ke jalan. Burung walit yang tadi anggun berlegar di dada langit, kini sunyi tiada berkicau. Kanak-kanak yang bermain di jalan sudah dihambat masuk ke rumah. Hari semakin gelap. Mambang jingga.
"Tambah la lagi. Ambil ikan tu. Budak bertuah ni jarang nak masak. Kalau dia masak tu, ada la yang tak kena tu." sindir ibu Rahmat. Diperhatinya Salmah yang sedang tunduk-tunduk menyuap nasi ke mulut, walhal mata menjeling anak terunanya. Sejuk hati.
"Ye ke Rahmat masak ni? Tak percaya lah saya, makcik." usik Salmah. Rahmat mencebikkan wajahnya.
"Awak ni kan..."
"Haha. Baik, baik. Makcik, Rahmat merajuk." Salmah mengusik, sambil tangan kirinya menyisipkan rambut ke belakang telinga. Ayu.
"Biarkan. Karang bapaknya balik surau, tahu la dia nak merajuk ke nak menyorok." Berderai ketawa Salmah dan ibu Rahmat. Rahmat tumpang ketawa.
"Mak...", dia memanggil ibunya, "orang ada benda nak cakap sikit ni. ."
Salmah berdebar.
"Ada tak?" jeritnya kepada Rahmat. Nyaring suara Salmah tiada bergema. Entahkan didengar Rahmat, entahkan tidak.
Dedaunan hijau yang memayungi pangkin kayu tempat Salmah bersimpuh, berdesir dek tiupan angin yang galak dan riang. Dalam redup berbumbungkan daun nyiur berlantaikan papan usang berlapikkan tikar mengkuang, ingin sahaja dia merebahkan diri di pangkin itu, lantas lena dibuai bayu yang manja membelai tubuh. Nyaman. Jemari halus yang selalu menari di papan kekunci, hari ini melenggok santun menguis putik-putik kelapa yang jatuh lebat meliputi segenap inci tikar mengkuang yang sudah lusuh warnanya. Dilihatnya beberapa kesan hitam seperti terbakar pada tikar itu. Mungkin akibat lingkaran nyamuk.
Sekali-sekala Salmah membetulkan kain batik yang dipakai. Lenguh bersimpuh dia melunjur. Lenguh melunjur dia menjuntai kaki di tepi pangkin. Namun matanya tetap memandang Rahmat yang sekejap-sekejap menoleh kepadanya dari tengah sawah. Walau sayup mata memandang, Salmah tahu, Rahmat memandang dengan senyuman. Dan Salmah membalas, dengan harapan.
"Anak. Jauh menung?"
Terkejut, Salmah menoleh ke arah datangnya suara itu. Cuba dia menyembunyikan wajah yang sedikit terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba; Salmah menyahut dengan penuh sopan.
"Makcik. Eh tak ada lah. Ambil-ambil angin je". Bohong
"Jangan ditenung sangat anak makcik tu. Kang tak jadi kerja pulak dia, asyik nak tengok kamu aje. Sudah lah dia suka tengok perempuan cantik, kamu pulak memang cantik. Tak berkedip la mata tu ha. Ha, tengok tu" Ibu Rahmat berseloroh, sambil memuncungkan bibir menunjuk ke arah anak sulungnya yang berjemur panas bermandi peluh. Salmah tertawa kecil, seraya mengalihkan pandangan ke arah Rahmat yang memang sedang memerhatikan gelagat mereka. Mereka saling berpandangan.
Inilah kali pertama Salmah bertemu dengan keluarga Rahmat. Sedari perkenalan mereka, Rahmat sering bercerita tentang ibu, ayah, adik-adiknya, kampung halamannya. Paling tidak, mesti ada cerita tentang basikal tua kesayangan. Selepas beberapa lama Salmah mengenali dan mendengar cerita Rahmat, timbul rasa ingin mendekati keluarga yang sering meniti di bibirnya. Namun Salmah takut untuk menyuarakan hasrat itu. Tapi, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Tuhan yang tahu.
"Anak dah solat?"
"Oh. Zohor tadi sudah, makcik. Asar je belum."
"Em. Ni, ada pisang goreng dengan jemput-jemput ni, dengan air teh sekali. Makan la dulu."
Salmah tahu, ada soalan-soalan 'wajib' yang bakal menyusul bersama dengan hidangan minum petang itu. Dia menenangkan diri - bersedia untuk menjawab sejujurnya. Sebaiknya.
"Dah lama kamu kenal Rahmat?" Itu dia.
"Tak sampai setahun lagi, makcik." Salmah mula tidak senang duduk. Dipintal-pintalnya hujung kain batik yang dipakai.
"Eh, dah lama la tu. Makcik dengan pakcik dulu lagi sekejap. Minggu ni datang merisik, minggu depan kami bertunang, bulan lepas tu kami kawen."
Salmah tidak pasti samada itu satu jenaka atau sindiran. Namun, diukir juga senyuman manis yang jelas tampak keliru di mata ibu Rahmat.
"Pakcik ke mana, makcik?" Salmah cuba mengubah topik perbualan.
"Ada tu ha kat atas, tengah tido. Kamu nak ubah topik ye?" Terdiam Salmah tersenyum tawar, sedangkan ibu Rahmat ketawa sehingga nampak gigi.
Di tengah sawah, Rahmat tekun memeriksa segenap bubu yang ditahan di batas. Air parit gila sudah surut. Yang kelihatan hanyalah selut kelabu, rumpai air dan lumut. Girang - dari pangkal batas sampai ke hujung sawah dijelajahi; empat daripada tujuh bubu belut yang ditahannya berisi. Alhamdulillah, rezeki dia; bisik hati Rahmat. Mengenangkan Salmah seorang gadis kota yang pertama kali bertandang ke desa, tentu sekali dia perlu dilayan bak puteri - cara Rahmat dan keluarganya. Nah, Rahmat sendiri yang akan siapkan hidangan malam istimewa buat sang puteri; belut salai diperap sambal tumis dan ikan haruan masak lemak cili padi, bersama anak sepat yang digoreng rangup, serta ulam jantung pisang dan asam pedas keladi. Rahmat tersenyum. Puas.
*****
Mentari kian rendah. Anak-anak ayam sudah pulang ke reban. Itik di parit naik ke jalan. Burung walit yang tadi anggun berlegar di dada langit, kini sunyi tiada berkicau. Kanak-kanak yang bermain di jalan sudah dihambat masuk ke rumah. Hari semakin gelap. Mambang jingga.
Malam itu Rahmat mengimami solat maghrib. Ayahnya ke surau; ada mesyuarat jawatankuasa kariah. Yang tinggal hanyalah ibunya, dan Salmah, sebagai makmum.
"Tambah la lagi. Ambil ikan tu. Budak bertuah ni jarang nak masak. Kalau dia masak tu, ada la yang tak kena tu." sindir ibu Rahmat. Diperhatinya Salmah yang sedang tunduk-tunduk menyuap nasi ke mulut, walhal mata menjeling anak terunanya. Sejuk hati.
"Ye ke Rahmat masak ni? Tak percaya lah saya, makcik." usik Salmah. Rahmat mencebikkan wajahnya.
"Awak ni kan..."
"Haha. Baik, baik. Makcik, Rahmat merajuk." Salmah mengusik, sambil tangan kirinya menyisipkan rambut ke belakang telinga. Ayu.
"Biarkan. Karang bapaknya balik surau, tahu la dia nak merajuk ke nak menyorok." Berderai ketawa Salmah dan ibu Rahmat. Rahmat tumpang ketawa.
"Mak...", dia memanggil ibunya, "orang ada benda nak cakap sikit ni. ."
Salmah berdebar.
3 comments:
OMG!! Rahmat nak cakap ape!? sambung2!
ni cerita kopi kucing (copycat) ka imajinasi sendiri? perghhh buleh tahan penceritaan dia...
original dari kotak minda yg cacamarba.. haha . =)
Post a Comment