SOCIALIZATION

Saturday, May 12, 2012

Dear PTD Candidates... All The Best and Best Of Luck!

hari ni (Sabtu, 12 Mei 2012) merupakan hari yang ulung dalam ini tahun. kenapakah?

hehe...

tudiiaaa... hahaha xD

bagi rata2 pemegang ijazah yang sedang mencari keroje~... busuk2 pon mesti pernah dengar pasal PTD. em? korang tak tau PTD tu apa?? hokhok. meh aku nak terang kan sket... (sumber; Google search. pfft..=p)

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.
Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa. 
Sumber dan untuk bacaan lanjut

tudiaaa... paham ka? hehe. senang cakap... jawatan PTD ni memang cukup femes dan gah la dalam sektor perkhidmatan awam. sape dapat tu... memang untung. memang hensem. memang hebat.

kenapa? macam grand sgt je bunyinye kan? haha. yes. memang pon grand. dianggarkan lebih kurang 10,000 hingga 15,000 permohonan untuk duduk test PTD ni setiap kali dibuka... cuma lebeyh kurang 2000 je lulus setiap kali exam. hokhok... 


hahaha... saje nak saiko korang.. =p

panggilan untuk test tu pulak sebenornye dah melalui saringan dan tapisan berpuluh lagi ribu permohonan. so bila dapat panggilan untuk exam PTD pon dah rasa syukur. sebab bukan senang nak dapat! syarat2 dia ketat ooo.. sebab tuu laaa... ramai calon exam PTD ni ketaq perot, ketaq lutuuiitt... takot fail. hihi. tapi.. kalo berjaya... pergh!! Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 okeyh! starting gaji dah minimun RM2257.. basic. kachiinngg!! untung laaa~~ ^^

so kenapa kena ada exam bagai nih? haa.. ni jawapan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ..



ada pahamm?? hehe... nah. ni pautan untuk Panduan Peperiksaan PTD M41.


soooo... nak cakap banyak pon tak guna... sebab dah nak exam kan! jadi kat sini aku nak kongsi sket tips hujung2 nyawa buat korang2 yang berkenaan... last kopak dah ni. =)


1. Pastikan calon telah mengenal pasti tempat, tarikh dan waktu peperiksaan. Dapatkan laluan jalan yang cepat dan mudah sampai ke sana. Uruskan pengangkutan yang sesuai. Sediakan pelan kecemasan juga. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Contohnya: tayar pancit, minyak habis, kesesakan jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya
2. Bawa alat tulis yang secukupnya. Antara yang perlu dibawa ialah pen, pensel, pemadam dan pengasah pensel (jika perlu). Bawa sekurang-kurangnya dua setiap satu. Tidak perlu bawa kalkulator. Dapatkan kesemua keperluan ini sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia wajar diambil berat.
3. Siapkan pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan. Jangan pula pagi hari kejadian baru tercari-cari pakaian. Basuh dan gosok siap-siap terlebih dahulu. Kasut juga begitu. Janganlah pula memakai selipar jepun ke dewan peperiksaan. 
4. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan semasa di dewan peperiksaan, silalah bertanya kepada pengawas atau ketua pengawas. Mereka telah diberi tugas untuk membantu kelancaran peperiksaan termasuklah mengendalikan para calon. Selain itu mereka juga telah diberi penerangan dan taklimat bagaimana menguruskan peperiksaan.
5. Bagi soalan-soalan yang sukar dijawab, tinggal dan selesaikan yang mudah terlebih dahulu. Selepas selesai yang mudah, cuba jawab soalan yang sukar tadi. Ingat, masa yang diberikan adalah singkat.
6. Bagi bersifat karangan, cuba gunakan kaedah yang mudah ini. Setiap karangan perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Isinya pula sekurang-kurangnya tiga yang mempunyai intipati isi, huraian dan contoh. 
7. ‘Expect the unexpected’ yakni jangkakan perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hari kejadian.
8. Kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul dan mengarang adalah aspek-aspek yang akan diuji dalam peperiksaan ini. Gunakan bahasa yang elok dan berhemah. 
9. Tulis jawapan dengan tulisan yang cantik. Sedap mata penilai membacanya. Jika ada kesilapan, padamkan dengan garisan. Elakkan menggunakan ‘liquid paper’. Ia boleh merosakkan kertas jawapan calon.
10. Usah dihiraukan konotasi sebelum ini. Anda telah layak menduduki peperiksaan kali ini. Cuba dengan sedaya upaya. Siapa tahu barangkali rezeki anda kali ini.!!

ayat skema... sebab bukan aku yang tulis.. hokhok.. ni ha, dapat kat SINI. thanks penulis!! ^^


auuumm!! Perak 2-0 Selangor. yeaayy! *tetibe* hahaha xD


entri ni aku buat khas untuk kengkawan aku... Juliza, Athirra, Syazwana, Norzaila, Akmaliah, Syamim, Miza, Hisham, Arman ... dorang akan amik exam PTD ni pagi nanti. jadi ...

wahai korang2 yang disebut, dan korang2 yang tak tersebut... ehe.. aku doakan korang tenang, sehat tubuh badan, cergas dan cerdas, diberi petunjuk, dan dipermudahkan untuk jawab soalan2 exam tu nanti. moga2 korang semua dapat buat yang terbaik, dan insyaAllah, mohon lulus dengan kepujian! wheee!! ^^ may the force be with you. =]

all the best, and , best of luck!

1 comment:

Aleen Aiden said...

eh kawan alin sorang lagi pon ambik exam ni harini. all the best! :)