SOCIALIZATION

Wednesday, October 31, 2012

My Before-30 Plan - A LOL Revisit!


- ini adalah reflection yang aku jumpak baru tadi. reflection ni kitorang kena tulis on weekly basis untuk subjek Language Development. aku tak ingat tarikhnye dah, tapi maybe dalam tahon 2006 ni. hahaha. 

aku copy sebijik2 seperti mana yg aku dah tulih and print dan hantor kat lecturer. so, i actually had a good laugh bila baca balek reflection ni. camni ghopenye aku pikir time tu ye? LOL

saje nak share. bacalah kalo sudik! ^^

*****

30 before 30 - source; Google image


3TESL 3


Reflection – My Before-30 Plan.       

            People always ask me, “do you have a girlfriend?” or “will you own a house in the next five years?” I will smile at the questioners, and answer them that ‘time will tell’. Yup, all those speculations and unwanted questions are in my before-30 plan. It means I have to achieve all my hopes and dreams before I turn 30, so that I will not be a 30 year-old bachelor with low monthly salary of a common job, with no car or motorcycle to ride on. Hey, what do you expect from a teacher-to-be like me?

            In my plan of dreams (yeah right), I want to find a girl to be my wife during the final year. Not that I will marry her in that very year, or the year after, but I feel it is much safer to have a girlfriend (future wife, I would say) during that time, rather than after 30. Come on, we have to do some scouting before sticking to one, right? And the process will take time. Why not now? Nobody likes me so far. Hehe.

            After the graduation, I will be sent to a school to start my career as a teacher. In a way I have to worry about my fiance (ehem!) which may be living far from me; but mind that later - by hook or crook I need to adjust the matter anyhow - situation-dependent. Now, salary. I hope our starting income will be more than what today’s new teachers receive. With at least RM 1800 for starting, I won’t have to save money for a long time to pay PTPTN. If I can save up to RM 500 per month, I just need 3-4 months to pay them back. Then I can focus on buying a house, car and wedding. Yet of course I will continue giving some of my money to my mom. I won’t forget about it.

            Some say a man needs a minimum of three keys before marrying a lady – a key of knowledge, a house key, and a car key. Well by that time I’m already a degree level teacher, which is the knowledge key. But instead of holding a degree forever, I plan to get a scroll of Masters during my early years of teaching. Economically, Proton Savvy or Perodua Myvy is quite a good car for two. It’s cheap, and consumes little petrol. What? At least it’s better than Kancil of course. No worry, I won’t be satisfied as long as Honda Jazz exists in this world. Then I have to save more money for a house, and for asking my lady's hand from her parents. Yes, marriage blows much money, and that is why I plan to start saving money as early as possible.

            Phew, so much to do, yet not so much time. But I always remind myself, that we can plan things, yet God makes the decisions. Thus, praying hard is one of the ways to please Allah to grant me whatever I want, and to make my dreams come true. Long live A'anism! (okay that was random).


*****

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

see!? see??!! aku ambitious kot! xD 

final year nak carik gadis, nak bertunang... puuiiii!! final year aku aritu sebok berjimba dan berpraktikum kot! celahnye mencarik gadis? haha. gadis carik aku?? lagi jaoh laaaaaaaaaaa.... bhahaha xD . berangan tak hengat. siap nak risaukan si dia dok jaoh daripada aku kot! ekeke. klakor2 

masa aku menulis reflection ni, aku single. well even skarang pon... hahaha. masa tu memang tak terpikir sangat. cuma berangan2 camtu je la. tak berapa matang lagi tuuu... pikir pon tak berapa jaoh sgt. ekeke. maklum laahh... orang takde experience berpacaran dan berkejatuhan dalam kechentaan~ ^^

oh. PTPTN. aa, memang pengajian aku ditaja oleh KPM, BPG semua. alhamdulillah. tapi satu benda yg korang perlu tau kat sini - aku berhutang dgn PTPTN sebanyak RM1500 tau! camne lak tu??

hiks. acaranye camni.... 

sebelom aku dapat tawaran maktab, blajo TESL ni, aku dapat banyak gak ofer daripada institut pengajian laen. biasa la, lepas SPM kan - semua orang nak soh amik kos kat tempat dia. sekali tu aku dapat interbiu utk program Perancangan Bandar dan Wilayah... tup tap tup tap, aku lulus interbiuu tu. then sampai la surat offer daripada UITM! katanya;

"TAHNIAH! anda berjaya memikat hati penemuduga kami dengan English anda yg lintang pukang, serta lukisan bangunan anda yang huduh. walaupun anda tak hensem, kami nak jugak tawarkan program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah kat anda. terima tak terima, belakang kira. bersama surat ni kami sediakan duit raya RM1500 (terima kasih PTPTN) buat anda beli baju baru dan kasut yang cantik untuk dipakai semasa belajar di sini nanti. mudah2an anda bertemu jodoh. "

hahaha. so itulah puncanya aku hutang PTPTN sbyk 1500! aku cash-kan cek tu, then aku pon beli la barang2 untuk masuk blajo kat UiTM. dapat surat tu seminggu sebelom tarikh daftar. aku dah kompiden nak amik course tu weh, sebab tu aku selamber je belanja duit starter kit yang dibagi.

sekali... Tuhan punya perancangan... hambik kau An. lagi 3 hari tinggal utk daftar kat UiTM Sri Iskandar, Perak, ... abang posmen datang depan rumah, bagi satu lagi surat - yg memang aku tak expect langsung.

itu lah! ini lah! surat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris untuk budak2 kecik dan comel! (well masa tu dia tak tulis la TEYL.. dia ckp TESL... siap program berkembar dgn universiti luar negara... memang aku buntang mata la weh~~ hahaha)

gedebak gedebik gedebuk... aku ended up amik program kat maktab tu.... itu jugaklah yang menjadikan aku - aku sekarang ni. alhamdulillah. perancangan Tuhan tu sangat adil dan terperinci. ^^ 

jaoh lak aku melalut. hahaha. so, itulah kisahnye camne aku leh berhutang dengan PTPTN . jelas skrg? hehe

speaking of gaji. yeah! masa tu... kereta2 tu je la yang wujud dalam istilah mampu milik-nye~ aku memang berkenan kat Honda Jazz. sampai skarang pon aku dok suka Jazz lagi. tapi since Jazz mahal, tak reti2 nak turun harga... mungkin aku terpaksa kambus niat tu kot. lol~

tapi tu la... rasanya perancangan aku still on kot. rasa nak kena ada rumah dulu, then kereta 2-3 belas bijik, baru kawen. ke... korang rasa camne? hahaha


lawak2. sonok rupanya tulis reflection ni. nanti klo ada lagi aku jumpak yg senonoh2, aku share ek? ^^

thanks for reading!!

Thursday, October 25, 2012

Hanya Sekepal Dua - Tujuhbelas

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh.

apa habaq? ampa sehat? baguih dok ada... hat tak sehat tu pasai pa.. cek demam ka? ala siannyaaa... makan ubat lekaih2 noo~ takpa la... sabaq sikit. kot2 tu kifarah dosa2 kita hat dulu2 tu.. kan. moga2 ada hikmahNya. ^^



wohoooo!! cuti sekolaahh!! ok takyah syok sangat kot. cuti raya haji je. khamis, jumaat, then sabtu ahad. pehtu skolah balek. Zzz... haha. tapi takpe, lepas dua minggu skolah, dah cuti panjang. yeay!! err.. bagi chekgu chekgi la.. dan jugak budak2 maktab. yang keje tu.. kje jugak. hihi~

em. sori buat korang yang dok tunggu2 siri sekepal dua ni. lately macam2 benda jadik. segala jasmani emosi rohani intelek sahsiah semua sangkut paut. paling kaw2 skali... part aku tak berapa nak sehat tu la. aa... tak perlu aku cerita kat sini kot. spoil je nanti. lol

aku taktau la skolah laen. tapi skolah aku ni... hujung2 taon memang sebok! bizi giler beb. macam2 hal nak kena setel sebelom cuti sekolah. tetambah pulak nak buat pengisian untuk budak2... memang mencabar minda jugak weh. bila buku teks dah antor, budak2 pon apalagi... datang sekolah nak main je la! aduiii... nak buat latihan menulis pon, sengaja je dorang tak bawak buku tulis. memang datang melenggang je walopon dah dipesan. hahaha. tapi steady je. aku pon penah jadi budak. so... paham~~ ekeke

anyway, speaking of pengisian

alhamdulillah... periksa akhir tahun dah lepas. dan cekgu2 sumer dah siap tanda kertas budak dah. siap result kedudukan dalam kelas dan darjah lagi ha. tinggal nak key in markah online je. aha. untuk pengetahuan korang, sejak Kei-Es-Es-Ar diperkenalkan, budak2 tahun 1 dan 2 punya periksa tak disebut peperiksaan tau. tapi pentaksiran.

pentaqsiran berasuskan skolah. ada la peringkat2nye. so akhir tahun ni kira yang terakhir la bagi taon ni. same je konsepnye, ujian jugak mcm exam akhir tahon. cuma ada la yang membezakan dgn budak2 silibus KeiBiEsAr. nak cerita kat sini panjang la. korang pegi je moe.gov.my , baca puas2 kat situ ok? hiks

syukur lagi sekali... bila aku dah siap semak kertas budak2 aku ni... waahh.. nak nanges rasa. bukan sedeyh, tapi terharu. hepi tahu? kenapa? aa.. sebab ... budak2 ni ada peningkatan! dulu daripada prestasi dorang yang agak mempeningkan aku jugak... now dorang dah tunjukkan peningkatan dari pelbagai aspek. alhamdulillah. budak2 ni yang banyak usaha, banyak kena marah kena denda everything... ni antara hasilnya~




aku tak ajar kelas pandai. aku dapat kelas blakang2 tu, yang slalu kita kata budak2nya so-so je tu. jadi, bila tengok result dorang camni... bila tengok sume budak aku lulus, sume ada peningkatan, dan ramai jugak yang dapat A dan markah elok2 ... aku rasa hepi! sebab keyakinan aku berbalas. aku yakin budak2 ni ada potensi. potensi untuk cemerlang. akademik, sahsiah, etc. dan ini sesuatu yang membanggakan daripada budak2 "kelas hujung2" . =)

aku harap.. budak2 ni dapat teruskan usaha, teruskan impian. teruskan kecemerlangan . not only academically, tapi kalo boleh semua aspek. insyaAllah.


i'll be missing them. haha. but well, like ye old teacher's saying; pupils come and go, yet may the love for wisdom - grow. ^^ ameenn~


okeh! nah. ni habuan yang aku sendirik gelak sampai berair mata bila kenang2 balek. hahaha. enjoice!!

****

budak : sir, grey tu warna apa?
me      : erm... awan mendung warna apa?
budak : hitam
me      : no... ok. em... hitam campur putih jadi apa?
budak : hitam muda 

****

budak : ticer, kenapa ticer tak pakai songkok?
me      : hari ni hujan, chekgu taknak songkok basah.
budak : habis kalau ticer kena hujan, nanti demam macam mane?
me      : kalo demam kita buat apa?
budak : ponteng sekolah!!

****

(waktu tgh tulis latihan kat papan putih..)
budak A : sir, tak nampak
budak B : wei sir nampak la. ko yang tak nampak, cakap sir tak nampak
budak C : sir, tak nampak
budak B : sir nampak la!!
budak A : habis tu nak cakap apa?
budak B : cakap la "sir, tepi sikit" . haaa!!

****

budak : sir, sir dah kawen ke belom?
me      : kamu tau tak, dari awal tahun cikgu ajar kamu, sampai hujung tahun .. kamu asik tanya soalan ni je.
budak : sir tau tak, dari awal tahun sir ajar kami, sampai sekarang ni... sir tak pernah jawab soalan tu.

****

budak 1 : ustaz, ustaz tau tak, dia cakap dia suka ustaz!
me         : oh yeke? (tengok kat budak 2) thank you~
budak 2 : welcome. 
budak 1 : aku tanak kawan kau!!

****

budak : sir, anak sir berapa tahun?
me      : kamu rasa?
budak : ntah. hensem ke cantik?
me      : hahaha. kamu rasa?
budak : kalau laki, hensem la, sebab ikot sir. kalau pompuan, mesti cantik.
me      : cantik macam sape?
budak : macam saye! hihihi

****

budak a : ticer, kenapa ticer tak kawen lagi?
me         : kenapa kamu kata cikgu tak kawen lagi?
budak b : sebab haritu kami nampak sir kat kedia dobi. kalau sir dah kawen, mesti isteri sir yang basuhkan baju sir!
me         :  (cover line) hey! tuu... bukan baju cikgu. tu kawan satu rumah cikgu punya. cikgu tolong hantar je~
budak a : eleh.. kalau sir dah kawen, kenapa sir tak duduk dengan isteri sir? ha! ha!
me         : mana kamu tahu cikgu tak duduk dgn isteri cikgu?
budak b : tak pernah nampak pun isteri sir keluar rumah. ha.. takyah tipu la sir.. nak raya dah ni~~ 
me         : ~.~"

****

budak : sir, sir orang apa?
me      : laa... tanya lagi. ha, kamu agak2?
budak : bila sir pakai songkok, sir orang Malaysia. bila sir tak pakai songkok, nampak macam korea
me      : memandai je. penah pegi korea ke?
budak : alah. tengok tv la sir. kat astro One HD. rumah sir takde astro ke? kesian sir~

****

budak : cikgu, kalau semalam hari jadi saye, hari ni hari apa?
me      : err.. hari.. selasa?
budak : salah~ hari ni hari jadi orang lain la! hahaha. satu kosong!!

-^^-

Thursday, October 18, 2012

Mengendap La Lagi... Kan Dah Kena~

abeh laa... teruk la aku kena bahan lepas ni... wuwuu...

daripada mata elok2 cemni....




dah jadik camnih!




huaaaaa~ T____T aket... siyes weh.. tolong la jangan fitnah aku. tolong la jangan buruk sangka. please, don't jump into conclusion... cukup2 la korang dah bahan budak yang buat video sore eyes 5 days MC tu... jangan la nak bahan aku jugak sebab benda kecik ni..

benda apa?

ni ha.. KETUMBIT!!

blueeerrghhh~~ boleh pulak naik ketumbit kat kelopak mata kiri ni ya Allah~... saket.. rasa gatal2 kat kelopak mata, tapi takleh tenyeh! pedih je rasa. berair je mata. wuwuu... dah lama tak kena ketumbit ni. seingat aku la... em .. em.. dah tak ingat bila, sebab jarang sangat kena. tapi sekali kena... hambik kau. menanggung sakit. sakit mata tu dah sepasal... sakit hati pon ye jugak. LOL. kenapa?

mau tak saket hati. kalo korang orang Malaysia, paling2 koman mesti terlintas kat dalam otak korang - ni mesti sebab mengendap orang ni. haaa.. skodeng!! Zzz... sila maju sikit wahai manusia. pi google elok2 punca ketumbit ni. hahaha. aku tak bersalah oi!! tak buat benda2 terlarang tu. hahaha. astaghfirullah... 

hehe. dah. defend lebeyh2 kang, korang kata aku beriya sgt lak. lol. sekarang ni.. camne nak ilangkan ketumbit seketul cenonet comey2 ni...

ok aku dah google. banyak gak petua yang aku jumpak. meh nak kongsi kat sini... kot2 nanti2 korang pon kena ketumbit sebab mengintai orang mandi berkemban , so boleh la try petua2 orang doluu2 nih.


cara menghilangkan ketumbit:

1. ambik air dari pucuk bemban... kejap, korang kenal tak pokok bemban tu camne? malas la pulak nak google image elok2. em.. carik sendirik lah ek? hihi.. ok. amik air dari pucuk bemban tu, campur dengan hempedu ikan haruan. pastu tumbuk campuran tu bagi lunyai2, then sapu kat ketumbit. buat la hari-hari sampai hilang ketumbit.

pokok/rumpun bemban

mana nak cekau buluh bemban dengan ikan haruan kat sini oooii~~


2. amik seulas bawang putih... pehtu hiris sikit hujung bawang tu, bagi kuar air. then.. tenyeh bawang tu (bahagian hujung yg terdedah tu) kat ketumbit. buat la dalam 2-3 kali sehari. insyaAllah menjadi n cepat baik.


bawang putih


tapi kan... macam horror je nak tonyoh2 bawang kat area mata... gulp.. aku tgk org pakai contact lens pon aku yang tutup mata..ni pulak nak tunjing bawang kat mata sendiri. erk..


3. titiskan susu ibu (susu badan) kat mata..

ini... hampir mustahil je aku nak buat.. ~.~" firstly aku dah tak menyusu... secondly, aku pon takleh menyusukan... thirdly, takde lak aku tau ada jiran2 aku kat sini yang tengah nyusukan bayi, kalo tak boleh la mintak sikit ke camne ke... eh kejap. akak rumah depan tu macam.. 

ok ni taktau mujarab ke tak. hikhik. tapi pernah dengar petua ni dulu. maybe berkesan kat budak2 kecik je kot~ wallahualam.


4. amik daun sireh, bakor hujung daun tu. yang tangkai sireh tu. aa.. bakor sikit, bagi kuar air tu.. then tet kat ketumbit. rasa2 maklum aku... pedih nih.. klo tak bakor pon buleh rasenye, just kepak hujung tu mcm kita buat kt bawang putih tadi.


daun sireh


again... takde orang datang meminang saya... apakan daya sireh pun tiada.. :p


5. amik sudu besi... sudu makan tu... then celup dalam air panas/suam. pehtu tuam sudu yg dicelup tu kat kelopak mata or kat ketumbit. buat selalu2. manjakan diri anda okeh? (iklan spa..)

jangan jadi betul bendul sgt lak. air hangat tu jgn la yg menggelegak... sudu tu pon biar suam2 la, jgn panas2 mencerit tu ko pegi tonyoh kat mata. tapi klo rasa2 nak buta, or melecur.. buat la~ guna iron baju pomboleyh~


6. pegi klinik. amik ubat. mintak antibiotik, ubat sapu, etc. mintak MC seminggu teros. buat video. upload kat youtube. tunggu orang buat parody. by the time, ketumbit pon hilang. yeay!

****

amcam? lepas ni bleh la share2 petua ni ye. kalau berguna la. ni ikhtiar kita, yang nak bagi baek, nak sembuhkan, tu semua kuasa Allah Ta'ala. so buat la camne yang elok, yang pasti doa banyak2 mintak recover cepat.
sambil2 buat petua tu, selawat2 la ke atas Nabi. mudah2an usaha yg sikit tu pun jadi ibadah, insyaAllah. :)


so... aku? haih... klinik lagi la jawabnya... arrrghh. takmaaaaaaaaaaauuuu!!! 

Monday, October 15, 2012

Hanya Sekepal Dua - Enambelas

Assalamualaikum. salam sejahtera. dah makan pizza 7 jenis cheese yang sedap gila gaban tu kat pizza hut? hahaha




ehem.. ni entri ada sikit spesel. dedikasi, mummy pon kasi. lol! nak buat gaya penulisan rasmi boleh tak? hiks. ok2... kita try.


"sekati cuka dibeli sudah, 
jati cemara senduk di kawah,
hati luka sembunyi sudah,
hati gembira tunjuk di wajah"


alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia, dzat, kasih dan ehsanNya kita dipertemukan lagi dalam ruang suara picisan ini. segala puji bagi Tuhan sekalian alam, dengan izin dan kehendakNya masih kita mampu melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menarik nafas menghela nyawa - dihadiahi secangkir hari yang indah penuh istiqamah.

adapun dengan kesempatan yang sedikit ini, besarlah hati saya ingin mencuri sekelumit waktu yang masih bersisa cuma, mengalungkan jutaan tahniah buat rakan-rakan TESOL Cohort 1 IPGKPP kerna telah berjaya menamatkan praktikum mereka sebagai guru pelatih dengan insyaAllah jayanya. tentu, seribu kenangan suka duka pahit manis, perit jerih yang telah kalian harungi dan sematkan di hati sepanjang tempoh kalian berjuang, akan menjadi wadah hati permata minda, dalam usaha kalian memartabatkan profesion nan mulia. kiranya dengan tamat sudah tempoh latihan tersebut, maka selangkah majulah kalian dalam mengorak gerbang realiti kerjaya keguruan. tahniah sekali lagi diucapkan. semoga bersama ilmu dan pengalaman yang ditimba, ada keberkatan yang akan memangkin diri kalian menjadi insan yang benar guru. insyaAllah, mohon segala yang menanti dihadapan - dipermudahkan.


"tebar kain talu merindu
cuit rasa saudagar Melaka
khabar angin berlalu sendu
kini masa mendengar suka"

setinggi tahniah juga disampaikan buat teman-teman TEYL Cohort 5 IPGKPP yang sudah selamat menamatkan pengajian, bergraduasi menerima gulungan ijazah dan pingat, serta sudahpun menerima khabar penempatan mereka. alhamdulillah, sesungguhnya rezeki itu milikNya. maka berhaklah kamu menerima sepertimana yang Dia berkehendakan. sesungguhnya Dia pemudah apa yang susah. khabarnya kalian diseru menabur bakti dan budi di seberang sana. maka tunduk dan syukurlah kepadanya. semoga dengan ketetapan demikian adapun kalian akan lebih mapan ilmu di dada, menimba pengalaman dalam berjasa. tiada lain yang lebih gembira daripada mengetahui kalian berasa suka dalam doa, dalam redha. terus! didiklah anak bangsa dengan penuh bangga!

sauh perahu hilang di bangsal
jauh perlu pulang ke pangkal

akhir bicara buat kalian yang utama, tahniah dan syabas buat semua. semoga Tuhan merahmati segala usaha dan apa jua yang diperjuangkan demi agama, bangsa dan negara. ingatlah. jadilah kamu antara mereka yang ikhlas dalam mengerjakan sesuatu, hatta ikhlas keranaNya-lah yang menjadikan apa yang dikerjakan itu satu ibadah. moga kamu tergolong dalam orang-orang yang bersyukur dan mendapat nikmat.

=]

congratulations, lads, ladies. may Allah ease your future and undertakings. Godspeed. God bless.


ok. boleh? dah? hehehe. jom sambung dgn dialog budak2 plak? ekeke. yosh!!

****

budak : sir, sir dah kawen ke belom?
me      : takde soalan lain ke?
budak : selagi sir tak jawab... selagi tu kami tanya~
me      : ~.~"

****

me         : alright today we're gonna do some revision.
budak 1 : revision tu apa ustaz?
budak 2 : ulangkaji kan sir!
me         : (nada sinis) taklah. revision tu peperiksaan
budak 1 : ustaz.. periksa tu exam la ustaz. jangan tipu, tak baik~
budak 3 : ha'ah... sir ingat kami ni budak kelas blakang2 ke nak senang2 tipu kami.
me         : . . .

****

budak : sir, sir pakai minyak wangi apa?
me      : olive oil
budak : olive oil? ape tu? yang nora danish pakai tu ke?
me      : kenapa semua minyak kamu nak kaitkan dengan nora danish ni! ~.~"

****

budak a : ticer2, dua tambah satu jadi berapa?
me         : (bergurau) thirteen.
budak b : salaaaahhh~~
me         : oyeke? i'm not good at maths. so what's the answer?
budak a & b : (nyanyi) kita... berdua bersatuuuu....

****

me         : kenapa kamu nangis ni? apa masalah?
budak 1 : dia buat saya!!
me         : (tengok kat budak sorang lagi) what did you do? what have you done?
budak 2 : dia yang ambik pembaris saye, lepas tu.... sir kenapa sir tanye dia dalam bahasa melayu, kat saye sir tanya bahasa inggeris?

****

budak : ustaz, ustaz orang apa?
me      : why? kamu agak?
budak : orang amerika
me      : kenapa pulak?
budak : sebab saye pernah pergi sane dengan family saye. muke orang sane macam ustaz lah!
me      : ooo... amerika kat mane?
budak : kat australia

****

budak b : ticer, kenape mermaid tak pakai baju?
me         : hey! how do you know? dia pakai la.. kamu je tak nampak sebab lindung rambut dia panjang~
budak b : ooh...
budak c : sir kenape muka sir merah?

****

budak 3 : ticer, ticer pakai kereta apa?
me         : manade cikgu pakai kereta. cikgu pakai baju~
budak 4 : bukan... sir bawak kereta apa?
me         : kamu ingat cikgu ni superman, nak bawak2 kete? kereta la yang bawak cikgu. hahaha
budak 4 : ish! sir ni! cakap la betul2!
me         : "betul-betul"
budak 3 : ticer... macam mane nak tanya ticer "pakai kereta apa" dalam bahasa inggeris? susah sangat la cakap melayu dengan ticer nih. penin saye.


God , i love being a teacher. ^^

Wednesday, October 10, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tanda Kenduri Dah Dekat

Assalamualaikum, salam sejahtera. salam tahniah bagi yang tak lama lagi nak menikah. ^^

ohoooiii... lagi sebulan dua kenduri korang ye? wah wah, syok la. berdua bersatu gittew. lepas ni bleh la bercinta sakan. kan cinta lepas nikah tu orang kata lebih indah? hehe

ni sedetik sebulan lebih je lagi nak kendurik korang. kad kawen dah siap ke? dah senaraikan jemputan ke? haa.. tu penting. elok la prepare awal2 semua tu. bukan apa, nak memudahkan urusan semua pihak. jemputan better jangan last2 minit. takot2 nanti yang dijemput tak dapat datang, sebab ada hal lain. wuwuu... sedeyh kan? hee.. so, kalau boleh, siapkan kad jemputan dan edarkan awal sket. 

tapi ada satu perkara yang memang korang akan buat dan siapkan cuma sehari dua sebelum kendurik. apa dia?



tah-daahh!! papan tunjuk arah!!! hahaha

betol la aku tulis kat tajuk entri tu. tanda kendurik dah dekat. papan tanda tunjuk arah tu memang nak bawak tetamu yang datang dari mana2 jugak la - ke kendurik korang kan? ekeke xD

penting wei papan tanda ni. serius. pengalaman aku handle kendurik2 kawen ni, papan tandalah yang cukup banyak membantu. kenapa? ok, memang la korang dah letak peta kat kad jemputan kan. tapi, peta tu tak la detail sangat. selalunya kita letak landmark yang penting2 je. kalo stakat ada pokok pinang sebatang kat tepi simpang nak masuk ke jalan rumah korang tu, takdenye dilukis dalam peta. ahaks!

jom kita tengok perihal papan tanda dan petunjuk arah!!


1. Camne bleh sesat?

melainkan otak korang diprogramkan tally teros dengan satelit Google kat atas langit tu, korang tentu2 manusia biasa yg perlukan panduan. dah la tempat kendurik tu tak pernah pon korang sampai. memang virgin lah dalam istilah geography - nye. haha. thank God ada peta kat kad jemputan. so korang pon follow la ikot peta dalam kad tu. aik!! penat dah cari masjid macam dalam kad ni. apsal tak jumpak2? dah 3 kali pusing kawasan yg sama - sampai korang nampak mcm muka penduduk tempatan la - tapi tak jumpak pon rumah kendurik? rasanya betul dah. hm....


2. Otak google map 
bila tengok kad jemputan... tengok majlis buat kat mana... Oooooo... tau tempat ni. biasa sampai sini. tengok balik peta... aahhaa... masuk ikot sini ke. oh situ pon boleh! tahu2. ok! so korang pon dengan segerombolan kawan2 berkonvoi la berbijik-bijik kereta nak pegi kendurik best fren korang nih. yeah, dengan keterbiasaan korang dengan kawasan tu, maka korang sampai la dengan jayanya~~ 
tapi baru sampai kat pekannye. kenduriknye dalam taman mana ek? err.... kejap. tadi patut masuk sini.. eh salah jalan. kat mane ni? alamaakkk!! kad jemputan tak bawak!!! ok kawan2 dah bengang... harapkan korang, korang hampeh. hahaha. fine!!! cari papan tanda!!!

papan tanda kenduri . kredit gambar


3. Pentingnya petunjuk arah

bila jadik macam kes yang disebut kat atas tu, baru korang sedar kepentingan papan tanda tunjuk arah. hehe... dah jenuh sesat2, nampak papan tanda ke rumah pengantin, teros rasa nak cium2 papan tu. hahaha

bila musim kawen, wajib la korang nampak petunjuk arah ni bersepah2 kat jalan. tepi jalan, tengah jalan, kat tiang lampu trafik, kat pokok, kat simpang2, roundabout. lantak! janji tetamu tak penin nak cari kendurik. sebaiknya, letak la petunjuk arah kat jalan2 utama nak sampai kawasan korang, especially kat simpang2 dan roundabout. lepas tu, kalo boleh letak kat setiap simpang yang membawak tetamu direct ke rumah korang. takyah la main2, letak merata lepas tu sampai ke jalan mati hujung kampung korang letak banner besar2 - GOTCHA!!! memang.... ~.~"


4. Letak maklumat kat petunjuk arah

dah letak tanda arah tu, jangan la bengong sangat letak gambor anak panah je. ko hengat ko je yang nak kawen kat situ hari tu? camne nak tau anak panah tu tunjuk apa... balai raya? rumah tok ketua? kubor? kena pulak musim orang kawen, musim cuti sekolah. haa... bercabang-cabang papan yang ada kat simpang tu, siap tindih2. mana nak tau yang mana satu menunjuk ke rumah korang? haaa...

letak maklumat bagi detail sket. kalo nama pengantin tu, elok letak bin/binti skali. nama korang tu dah la femes. market. so nak lagi baik, bin/binti kan lah nama korang. ingat, bukan member2 korang je yang nak datang oi. kawan2 mak abah korang pon nak pegi kendurik korang. so bila orang tengok nama... ha~ kenal2. ni la kendurik anak si Wan Laju tu kan. hahaha

papan tanda kenduri . kredit gmabar

ataupun, korang bleh letak nama yang unik bersama. let's say korang letak nama penuh... pastu risau orang tak kenal pulak - sebab dari masuk universiti sampai habih mengaji orang dok panggil korang dengan gelaran je so orang taktau nama betul korang apa... - so letak la nama gelaran tu skali. insyaAllah, membantu~ ^^



5. Bagi special sket 

kena la pulak korang kawen dalam musim orang kawen... dah nak jadi cerita kat kawasan perumahan korang tu je ada 3-4 majlis serentak hari yang sama... penin2. risau takut tetamu jemputan korang salah kendurik. hahaha. so!? make sure petunjuk arah ke majlis korang tu unik!

tak kesah la korang nak buat besor daripada orang lain ke, nak kaler2 lawa2 ke, nak bakar obor macam pembukaan sukan olimpik london tu ke, yang penting kalau boleh bagi la berbeza daripada petunjuk arah orang lain. guna la ketas kaler ke, ketas litmus ke..eh. lagi baek, kalo korang buat unik - yang mengidentitikan korang - dan yang orang memang tahu itulah kendurik korang. contoh kalo orang kenal korang ni tokey kambing ke... letak la gambor kambing kat petunjuj arah tu. takpon letak kambing teros, ikat papan tanda tu kat kambing. ekeke. nak lagi power? korang sendiri pegi la berdiri kat setiap simpang!! hahaha xD sengal.. ~.~"




6. Sediakan plastik sebelom hujan.

biasanya papan tanda tunjuk arah ni takde la grand2 bagai. lain la banner kan. slalunye orang print atas ketas je, pastu tempek kat atas kadbod atau papan. tapi korang kne ingat.... tampal lah atas ap pon, kertas tetap kertas. dakwat tetap dakwat. kang lepas korang dah pacak signage nak ke rumah korang tu... tetibe hujan. haaa... mau luntur dakwat kat ketas print tu. silap2 dengan ketas2 tu lunyai.

so? effort la sket. habis2 bajet sangat pon, laminate la elok2 ketas tu. =) tak mahal pon. alah hantaran boleh 15-20 ribu.. takkan la nak laminate 5-10 ketas tak mampuu.... :p hahaha


7. Cakap bior teghang...

petunjuk arah tu biar jelas dan berinformasi. kalo pacan kat tepi2 jalan tu, make sure orang boleh nampak. tulisan kasi besor2 sket. biar ringkas tapi jelas. kalo print2 biasa tu, amik yang mudah dibaca. print bagi letter block besor2 sket.

korang kena ingat... yang nak pegi kendurik tu bukannye sume mata cerah terang benderang macam korang. so, print kemas2, guna warna tulisan yang kontra dengan kertas/background. ini tak... dah la pacak kat semak2 rimbun.. print atas ketas hijau, tulisan pon konon2 nak matching dgn ketas - hijau jugak. memang korang nak buat camouflage party pon..... dan takyah lak guna font fancy2, Lucida Handwriting bagai. tahu la korang tu doktor.... tak tak sume orang leh baca tulisan doktor, ok? hahaha


papan tanda kenduri. kredit gambar


8.  Anak panah tu bior betol!

ni paling penting. nama dah letak... besor dah besor. boleh baca. jelas. kemas. siap laminate dah! dah pacak dah pun!! bila tengok... eh!?? tande anak panah laaa!!

klo ada bajet, letak la digital board tu... yg ada LED bleh set macam kat dalam masjid2 tu... LOL! habis kaya dah tu, duit lebih banyak sgt, taktau nak buat apa... so buat petunjuk arah canggih2 eh. haha. lantak. janji korang dah menyenangkan tetamu. insyaAllah~



alright! tu je aku nak share pasal petunjuk arah kendurik! nanti2 aku share pasal laen pulak ok? selamat berkahwen!! ^^

Thursday, October 4, 2012

10 Cara Nak Jadi Tak Happy

korang gila2 sangat kan? macam aku la... aku memang super playful. super fun all the time. tapi, bagi korang yang tak suka enjoy dan tak bersyukur dengan ke-hepi-an korang tu, meh aku ajar camne nak jadi tak hepi. ^^




1. jadikan merungut dan komplen itu zikir harian

amalan ni baek buat korang yang rasa dah ramai sangat kawan dalam dunia ni. dan pulak kawan2 tu korang rasa semuanya buat semak hidup korang je. so, start your day with a whine! segala serba serbi yang korang buat, silalah mengeluh, merungut, sampai rasa menyampah. cakap kuat2 tau, bukan dalam hati. bagi sumorang keliling kau dengar. good way to chase your friends away.


2. tanam kepala dalam pasir tepi pantai, dan berdalihlah yang korang ada masalah.

sumorang ada masalah. cuma berat dengan ringan je. sumorang nak selesai masalah, sebab tu serabut cari jalan penyelesaian. tapi kalo korang rasa masalah tu pembunuh nombor satu, so larilah daripada masalah. memang kalo korang lari laju2, masalah tu bleh tertinggal jaooooooohhh kat blakang korang pun.


3. selalu2kanlah bandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri. 
tentu! orang lain sentiasa lebih bagos daripada kita! so, teruskanlah bermuram durja. oh perot korang berbunyik.. lapar. jangan banding dengan orang somalia, orang rohingya yang kebuluran mati tak makan tu. bandingkanlah dengan orang2 yang memang ada restoran sendiri, boleh makan setiap masa, bila2 dorang suka. oh.. korang dapat elaun 600 je sebulan. compare la dengan anak2 orang kayo yang tak keje pon dapat 1000 tetiap minggu. memang hidup ni tak pernah wujud istilah zuhud dan syukur ye tak?


4. teruskan ber "kalaulah"

tak kesah la kalau lah tu nak pakai untuk benda yang dah lepas ke, yang tengah jadi ke, or yang akan datang. kalaulah ni memang efektif untuk korang rasa down gila2 - dengan meng-imejin segala benda yang lebeyh baek daripada apa yang dah korang dapat. serius beb. mesti korang puas dapat rasa menyesal sangat2 bila berbaku-bakul kalaulah tu terkesan kat hati. "kalaulah aku kapel dengan dia dulu.. mesti hepi dah sekarang.. " or "kalaulah dia approach aku masa belajar aritu, mesti skarang kitorang dah bergelar hubby and wifey" dan seumpamanya, tentu dapat buat korang rasa hidup dah tak bermakna. try la!




5. teruskan buat benda2 yang korang memang tak suka, atau ditegah.

tak perlu kajian kot. kalo dah tak suka tu, korang memang akan rasa tak best. kan? haaa... keep on doing that! kompem korang akan rasa down gegila dan unhappy. another thing - kita hidop berpaksi virtue ethics. good = good, bad = bad. agama pon ajar camtu kan. so kalo la korang rasa dah banyak sangat pahala, taktau nak buat apa (mati pon lambat lagi - as if korang leh set bila nak mati) , why not korang langgar suruhan Tuhan? no, korang takkan hepi. serius. tapi itu yang korang nak kan~~


6. hiduplah dalam kepura-puraan

ooohhh... korang rasa korang memang patut menang Academy Award, atau Oscar, atau Grammy dan lain2. so, pura-pura tu makanan la ek? elok la. buat hari-hari. every time la senang. cakap bohong setiap masa. amalkan sikap menidakkan kebenaran. sembunyikan kebenaran. insyaAllah, hidup korang takkan tenang.


7. amalkan sikap suka mengubah orang lain (bukan diri sendiri) 
jyeaaaahhh!! ini cukup WIN! orang lain manade yang  betul beb. korang je. yang laen sume salah. sume tak kena. hahaha. so? sebagai pesuruhjaya kebenaran, pegi la tegur sume orang. bukan tego cakap hai, hello whatsoever. pegi la ubah dorang ikot kemahuan korang. diri korang tu memang sempurna serba serbi pon.




8. jadilah "pemuas hati sejagat".

memandangkan korang hebat... why not korang puaskan je hati semua orang? ikot je cakap orang, telunjuk orang. eh taaakkk... kalo kita pikirkan sikit pon pasal diri kita, itu namanya pentingkan diri tuuu!! Mr. nice guy tak leh pentingkan diri! wajib patuh kata2 orang walopon korang tau tu salah dan over limit korang.


9. pujalah kebendaan dan keduniaan.
hidop sekali je bai~~ dunia ni dicipta untuk kita. akhirat? boleh tunggu tuu~~


10. percaya, dan buat sebijik-sebijik apa yang aku tulis dari nombot 1 sampai 9 kat atas ni tanpa ada second thought or rasa nak tengok the underlying/hidden meaning.




em. itu je lah yang aku dapat kongsikan dengan korang yang sentiasa rasa dun. wallahualam.... selamat mencuba!! ^^

Wednesday, October 3, 2012

Real Men Wear Pink!

so.




in honor of October.. for





take part! support the campaign!!



that's right! 






October - National Breast Cancer Awareness Month



and you!




#october #octoberwish #breastcancerawareness #wecare





Monday, October 1, 2012

October - The Fun Has Arrived!!!


welcome October


ATTENTION PLEASE!

OCTOBER IS HERE!!!

sebagai seorang yang sangat menyayangi bulan Oktober, aku nak buat one-month celebration. yeap, aku dah buat dah tahon lepas. so ini dah jadi acara tahunan dah. hahaha. kau gilo ke an? yes!! memang aku gila. aku gilakan keceriaan dan kemeriahan! :D

so, apa aku nak buat? haa... event ni specially dedicated untuk anda; Children of October!


keep calm and welcome october


mulai 1st Oct 2012 sampai la 31 Oct 2012, aku nak bagi hadiah kat korang2 yang dilahirkan a.k.a sambut birthday dalam bulan Oktober. ^^

please take note: aku tak kaya, aku bukan orang senang. tapi, aku buat camni sebab aku rasa nak menghargai. selalunya, aku bagi hadiah kat kengkawan sempena ulangtahon kelahiran aku. but this time around, nak buat laen sikit. hee... jadi, aku cuma dan cuba buat apa yang termampu lah ye. ^^

ha! camne nak dapat hadiah? senang je.

1. cari aku.
or tak kesah la kalo terserempak kat tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat pasar pagi ke... yang penting mesti real-time face-to-face. webcam, skype, YM, video call dan seumpamanya (virtual) tak dikira. hehe.

2. pastikan hari yang korang jumpak aku tu, adalah hari ulangtahon kelahiran korang! baru bleh aku bagi hadiah. contoh; birthday korang 7 Oct. maka terjumpaklah dengan aku 7hb tu - bukan hari/tarikh lain. klo korang terawal or terlepas tarikh...hehe.. sowi~ takde reserve2 ye. ^^
october is autumn


3. buktikan haritu birthday korang.
buat la camne pon. paling senang tunjuk IC or lesen memandu je. tapi klo korang ada cara lain pon ok je. nak submit resume pomboleyh... lol! asalkan aku tau dan yakin haritu birthday korang. jangan tipu plak! hahaha

4. dah setel 1-3 tu, maka insyaAllah, ada la hadiah dari aku untuk korang, sempena hari yang berbahagia itu. =)

amacam? cara tak? hahahaha. taon lepas ramai gak la yang dapat... kebetulan aku memang tak ke mana-mana~ memang senang la nak carik aku. =p lol!

anyway,
- sumpah takde hidden agenda dengan event nih. no, ni bukan kerja Illuminati Freemason bagai. takde orang upah aku pon. ikhlas ni. siyes, aku just nak celebrate dan appreciate October - born kids. tu je. ^^



- event nih terbuka buat semua manusia (diulang.. m.a.n.u.s.i.a) tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, darjat, warna kulit, bentuk badan, rupa paras, bahasa pertuturan, kewarganegaraan dan seangkatan dengannya. seandainya korang bukan manusia... em..em... kita takyah jumpak pon takpe kot. ~.~"

- hadiah tak tetap dan tak tentu. bleh berubah ikot keadaan semasa. maksud aku, kalo time tu aku mampu hadiahkan kereta Lamborghini Murcielargo, dapat la Lamborghini tu kat korang. kalo time tu aku mampu belanja teh o ais je, maka teh o ais je lah ye. hihi... korang boleh demand hadiah sebab hari tu birthday korang. just dapat tak dapat tu, aku yang tentukan. lol! haip2, jangan demand lebeyh2. sila bersyukur. hahaha


- insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk win-win situation. so takde la korang rasa menyesal terserempak dgn aku haritu~ hee...



baek!! itu sahaja pengumuman untuk hari ni. semoga usaha yang tak seberapa ni dapat keberkatan dan keredhaanNya.  ameeenn~ ^^


harap2 kali ni ada OctTweetFest lagi!!! Happy OCTOBER everyone!



English Version


as a person that really loves October, I feel like having a one-month celebration. hahaha. are you crazy, a'an? yes! I am crazy. craze of happenings and happiness! 

so what am I gonna do? haa... this event is specially dedicated for you - Children of October!

yeap2. starting tomorrow, Oct 1 2012 until Oct 31 2012, I'll be giving gifts for those who were born, and celebrate their birthday(s) in October.

do take note. I'm not rich. I'm not a silver-spoon-fed child. but I'm doing this because I feel like appreciating. normally I'll be giving presents to my friends for my birthday. but this time, I'm giving it a twist. hee... so, I just do whatever I can, and can afford, k? ^^

so how to get your present? it's easy!

1. find me. doesn't matter if you stumble upon me anywhere, any-when, anyhow. just make sure it's on a real-time face-to-face occasion. virtual meeting is not counted. =p

2. make sure that you meet me on your BIRTHDAY! then only you can claim your present. for example; if your birthday is on Oct 7, so see me on the 7th - not on other date/day. if you're too early or too late... hehe.. sorry... no KIV. ^^ 

3. prove me that that day is your birthday. show me proof, e.g. driving licence, your ID, etc. but tell me no lie! or else... hahaha

4. once you have fulfilled the previous steps, insyaAllah, you'll get your birthday present. =) 


 swear there's no such thing as hidden agenda behind this event. seriously, I just wanna celebrate and appreciate October-born kids. that's all. ^^

this event is open for all regardless your age, race, religion, beliefs, skin colour, physical appeal, languages, nationality and the like.

presents are not fixed. changes can/may be applied accordingly. (I don't feel like translating the rest..hihi)

you can/may ask for whatever you want for your birthday. but it's up to me to grant it or not. LOL!

I'll do my best to ensure we can seal a win-win situation. We'll see how it goes. hee...

that's all folk! Godspeed. God bless. amen. ^^