SOCIALIZATION

Thursday, March 6, 2014

Nak Bergaya Macam Wak Doyok? Meh Nak Ajar


aku rasa sumorang pon kenal wak doyok kot, especially generasi alpha sekarang ni. haa... beliau dah tampil sebagai ikon fesyen dah sekarang! ramai penganut dia luls. bila sebut wak doyok, mesti satu benda terlintas kat kepala otak kita - jambang dia. epic kot!




senang cakap dia sekarang macam trendsetter la. paling tiptop, dressing dia lah. pergh... smart sampai gegadis free-hair dan hijabistas semua pon berimpikan zauj umpama beliau luls. ok ok maybe aku over exaggerate kat situ =p

point nya sekarang, aku bukan nak cerita pasal wak doyok pon! tu nak pancing korang baca je lol. aku nak cerita pasal rule of thumb bila nak/berpakaian ala gentleman. haaa... anyways aku tak la gentleman pon nak sembang lebat pasal ni. tapi based on ilmu aku yang ciput2 ni, aku nak share dengan korang. betul, luaran tu apalah nak dipandang, yang lebih penting dalaman, ye dak? ok aku tak tau apa aku cuba buktikan kat sini. ahahaha. baca je lah!


necktie / tali leher


kalo korang tengok orang yang keje2 opis or gomen or ada function apa2 ke, suka benor pakai tie. casually, formally, nice. tapi. bilamana korang pakai suit/blazer, saiz tie tu bergantung pada potongan/saiz blazer/coat/suit korang tu.

peraturan dunia dia, bahagian hujung tie yang paling lebar tu kena padan dengan saiz lipatan suit korang. kalo lebar, elok tie pon lebar. dan sebaliknya. kalau tak pakai suit/blazer, eloknya korang ukur dengan saiz badan korang sendiri. agak2 badan lebar, sedap la necktie lebar. kalo badan keding or sedap2 peluk je, best pakai skinny necktie, yang halus tu.

cara ikat pon banyak. tapi tu nanti lah kot. entri laen, k? hihi


necktie clip

ni satu lagi orang selalu amik enteng. tang mana nak pakai klip tu? haa... pakai dia kat necktie la! luls. ok2 gurau. tapi siyes ni. klip tu kena pakai selari dengan garis poket/kocek baju korang. biasanya shirt ada poket kan? k. kepil tali leher tu dengan klip santek2, biar sama level/sampir2 level dengan mulut/jahitan lipat poket baju.

nampak? nampak? haaa


andaikata korang pakai suit/blazer/coat/vest, rule dia sama - level poket yang visible (bukan lagi shirt tau sebab shirt dah dok sebelah dalam.) tapi kalo korang pakai shirt yang pocketless, biasanya necktie clip pon takyah pakai. tapi kalo gedik gak nak pakai, sila ukur 4 jari rapat dari ikatan tali leher tu. ayte? cool. apa2 pon, make sure it's visible. =)


butang suit/blazer/coat

ikot la korang nak panggil apa. kalo suit tu actually overall, one piece, top-bottom sama material sama kaler. set. pakej. haa... kalo blazer or coat tu lebih mesra sebutan la. yang 'baju' nye je. hehe. anyways! kalo korang pakai coat tu, tak kesah berapa ratus butang yang korang ada, make sure butang paling bawah tidak dikancingkan.

ilmu ni, ilmu. hehehe

ok ni ramai taktau. butang blazer tu berkait rapat dengan tujuan pemakaian coat/blazer. bilangan butang tu ada peranan tau. haa... kalau event yang kasual, santai2, lepak2, poyo2, elok pakai single button. butang satu je. cam yang banyak kat uniqlo tuu... kalau event yang lebih formal macam meeting ke, jumpak client ke, masuk mengajor ke, go for double button. butang 3? triple button biasanya orang pakai untuk majlis2 yang highly sophisticated. haha kidding. no really, 3 button untuk acara2 yang sebaiknya sangat2 protokol.

selalunya trend sekarang standard coat/blazer dorang buat single chested. maknanya butang tu satu line tengah je. kalau yang double chested (butang kiri kanan) memang smart, tapi tak berapa senang nak match dengan occasion. rule of thumb - jangan button butang yang paling bawah. unless korang pakai blazer jenis kpop yang kini femes dengan single buttoned-nya, maka terpulanglah. 



rule of thumb lagi. korang boleh butang atau tak butang coat korang tu bilamana korang berdiri atau berjalan. bergantung pada formaliti suasana riang ria hari raya. tapi! kalau bilamana korang duduk, please please unbutton your blazer/coat/vest. kay? it's customary to unbutton your coat whenever you sit down.


warna coat/blazer

aku tak berapa nak tekankan kaler kat sini sebab itu pilihan individu. tapi secara amnya, kalo korang penggemar pakai coat blazer ni secara casual untuk kerja dan majlis2 biasa, go for kelabu, brown, biru gelap. hitam memang keperluan, tapi tak semua majlis sedap pakai black coat. funeral cun ah. takpon wedding. hehe. putih? em... lagi susah nak match dengan event/occasion. yang kaler fancy2? laaaagii susah nak match dengan suasana aidilfitri. so pitch dark black dengan holy bright white tu elok korang pakai time event2 grand vavavoom je kot. kalo nak masuk mengajor, masuk kuliah, masuk opis, jamuan meeting hi-tea yada yada, kaler laen lebih menaikkan seri dan 'in' . wallahualam~ huhu


panjang coat/blazer/jacket

em... bagi aku la kan. sebaiknya biarlah labuhnya menutup bontot dan zip seluar. tapi bagi cukup2 la. kalo singkat sangat, maybe korang swag. kalo labuh sangat, maybe korang nampak macam pakai coat pinjam abah punya. em em... =p




belt / tali pinggang

size matters. luls. kalo korang hipster, aku nak kata lantak lah ko nak pakai apa kan. tapi generally, tali pinggang tak perlu lebar sampai 3 jari. dan jangan halus sangat pulak. dah macam tali bra jadinya nanti. haa... sedang2 elok, 2 jari. buckle? pilih yang normal atau tak terlalu besor. design pelik2 corak tengkorak superman bagai tu simpan dulu kot. haha

kaler! rule of thumb - kaler tali pinggang sebaiknya matches your shoes in colour. kalo kasot itam, elok belt itam. kalo kasot brown, elok belt brown. jangan campur2 sangat bagai nanti jadi clown.





warna kasut / shoe color

hitam paling common. paling senang nak match dengan apa kaler baju/suit sekalipun. kasut hitam boleh pakai dengan suit hitam, kelabu gelap, kelabu lite2, biru gelap, biru cerah, seumpamanya. tapi! not brown. sebab brown suit elok pakai dengan brown shoes. dan brown shoes elok padan dengan suit kaler cerah, matang dan bukan hitam. ^^


cufflinks

korang ni sape ni nak pakai shirt cuffs dengan cufflinks nih? james bond? takyah takyah. -.-


smooth


stokin / socks

sebaiknya, pakai la stokin sama kaler dengan seluar. sebab bila korang duduk, kaki seluar tu terangkat sikit kan? so bila stokin sama kaler seluar, tak la nampak kontra sangat. dan lebih disarankan pakai stokin  panjang at least sampai perut betis. takde la nanti bila terselak nampak abeh bulu kaki korang yang jarang2 macam padi huma tu, or lebat sangat macam rambut hafiz awan nano. luls!


****

whoaaa... kalo nak ikotkan, banyak lagi aku nak share ni. takpe la, pelan2 kot. ni yang general yang every man (gentleman kunun2 luls) should know. nanti2 aku cerita pasal jenis2 coat, ikatan tie, maksud2 pempoketan dan aksesori bla bla bla ye? auuumm!!





anyway. kenapa aku tetiba cakap pasal suit and dressiquette ni?? sebab... sebab... sebab tailored suit aku lingkup dek setereka bodoh yang panas melampau secara tetibaaaaaa!!! aaaaarrrgghhhh!!!!!


2 comments:

najwa cherel said...

Hahaha dilingkuppkan aje sterika tu balik.ni kalau lg byk brg lingkup lg byk tips klua ni

MohdIzwan said...

Thank you for sharing the information.

Now I know about the button/unbutton the suit.

As well as the custom of unbutton the suit in sitting position..x pnah tau plak..rilek je button time interview spp dulu..hahaa..