SOCIALIZATION

Sunday, January 8, 2012

Hantu - (Sape Imaginasi Tinggi, Jangan Baca Entri Ni)



okay. aku buat entri ni dalam keadaan tenang, sebagai nak menjawab persoalan yang diajukan oleh member aku sorang nih - yang sangat percaya dan taksub dengan kisah2 hantu mantu.. #facepalm


bro, aku harap kau baca entri ni, dan pikir soalan2 aku ni ye... 

aku nak tanya soalan lazim dulu... silakan perah otak sikit. hehe

pernah nampak hantu?
pernah dengar suara hantu?
pernah mimpi kena kejar dengan hantu? lepas tu korang cuba menjerit, tapi tak kuar suara?

pernah ada pengalaman kena tindih?
pernah rasa macam ada something ikot korang?
pernah jadi tetiba seram sejuk tak pasal2 bila dok sensorang?

***********

apa persepsi korang bila kita sebut pasal hantu? secara paling tipikalnya... korang mesti gambarkan camni ;

muka hodoh, berambut panjang, berpakaian putih, kekadang ada bau wangi/busuk,

or

hitam/gelap, tak nampak rupa, besar/tinggi, suara parau/seram,

betol tak?

***********

tapi korang tentu sedar, kan? kalo nak diikotkan... jenis2 hantu kat Malaysia ni saje... dah bleh buat ensiklopedia. kalah Britannica dgn Wikipedia weh. hahaha. 

yelah. mana tak nya. dari sekecik-kecik anak kerak, sampailah ke sebesor-besor hantu raya, jembalang tanah bagai... semua ada ciri dan specialty masing2. bleh buat listing macam Pokemon/Digimon dah. ekeke

***********
cer korang tanya diri korang balek... or jiran 'sebelah' ... or makcik jual karipap kat matrikulasi ... or yang kat belakang korang tu, yg tengah teman korang baca entri nih...

mana datang jenis2 hantu nih?
sape yang bagi nama kat hantu2 ni semua?
sape yang tetapkan keupayaan dorang? kenapa mesti toyol mencurik, dan hantu raya bleh bertukar rupa?
kenapa budak pompuan kat tepi ngko tu sengeh2?

kenapa banyak sangat hantu dalam masyarakat melayu? 
kenapa kita kata hantu cina yg lompat2 tangan kedepan tu je? 
apsal tak banyak citer pasal hantu kaum india? ke memang dorang takde hantu? 
hantu2 kaum di borneo pernah sampai semenanjung Malaysia tak? 

kenapa hantu orang puteh laen dengan konsep hantu kita?

nanti aku ulas. sorry, mengantuk... demam tak baek lagi + penin kepala teruk. hee..
=) 

Friday, January 6, 2012

#INeedACompleteStrangerToTalkTo



Seksyen 4/5A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

6 Januari 2012


Ke hadapan Puan Salmiah binti Saidin. yang dikasehi. dirindui.

Mama.

Mama apa kabar? Adik doakan mama sejahtera selalu. Adik kat sini sehat! Okay, adik tipu. Adik dah tiga minggu demam... =( haha. Anak mama ni degil, tak suka makan ubat. Yekk... tak sedap! >.< ... hihi. Dah tu, macam mana nak baek?

Mama ingat tak dulu kalau adik demam mama buat apa? Dulu, kalau dekat rumah, mama mesti cari bunga raya banyak2... Lepas tu mama tumbuk dengan lesung batu, bagi lumat... Lepas tu mama tempek kat dahi adik - nak bagi panas keluar. =) Mama pergi kedai... belikan air cap badak, 3-4 botol. Tak pun, mama suruh sape2 carikan nyoq muda, nak bagi adik minum. Mama tak pernah paksa adik makan ubat, kan? Tapi mama pujuk adik untuk makan ubat. ehe..

Ma...

...

Adik... adik ada banyak sangat benda nak cerita kat mama.. Adik ada terlalu banyak benda yang adik nak kongsi dengan mama, nak bagitau mama, nak mama dengar - sampaikan adik tak tau nak mula dari mana. Haha... ada yang hepi, ada yang sedeyh, ada yang buat adik kecewa, marah, terharu... semua ada. 

Kalau dulu... bila adik ada benda nak cerita kat mama, mama mesti dapat tau. Mama mesti boleh agak. Hahaha. Sebab, bila adik ada benda nak cerita, adik mesti duduk makan malam sekali dengan mama - tak makan depan TV macam selalu. heee... Lepas tu adik akan senyaaap je... tunggu mama yang tanya adik, baru adik cerita. hee.. ngada2 kan? ^^

Lepas makan malam sama2, kita duduk kat luar rumah, dekat bangku kayu yang abah buat tu, yang kat bawah pokok pelam tu. Masa tu baru adik cerita kat mama macam2! Kalau cerita adik kelakar, mama senyum, mama gelak. Kalau cerita sedih, mama mesti buat muka sedih jugak. Haha...

Tapi... kali ni... adik ada cerita yang hepi... dan sedeyh..

Mama...

Adik ingat lagi... mama selalu pesan - bersyukurlah atas setiap kegembiraan. Adik setuju sangat, ma. Tapi... macam mana kalau kegembiraan tu jugak... adalah satu kesedihan?

Adik taktau nak cakap macam mana kat mama. Untuk masa ni, banyak sangat benda yang jadi... yang buatkan adik hepi sangat2. Adik cukup hargai semua yang jadi, semua yang telah dan sedang berlaku. Ada perkara yang adik tak pernah sangka akan jadi ... tah2 jadi sekarang. Dan ada benda yang suatu masa dulu adik pernah berharap - tapi lenyap macam tu saja ... tiba2 ada semula.

Tuhan maha kaya, mama. Dia nak bagi rezeki kat kita dengan macam2 cara... dan ada antaranya yang kita tak pernah jangka langsung. Tapi, samalah dengan ujian... Dia uji kita, Dia uji adik dengan macam2 perkara... yang kadangkala adik sendiri persoalkan balek - mampu ke adik terima, harungi dan atasi dugaan Dia?

Buat masa ni... adik tengah serabut. Haha. Serabut perut, serabut otak, serabut hati. Adik nak sangat cerita kat mama satu per satu... tapi adik tak mampu, ma. Kekuatan adik sekarang cuma doa dan usaha untuk terima segalanya dengan redha dan hati terbuka. Dan mama pun tahu... sekeras-keras hati adik... ada masa kan runtun jua.

Tolong bagitau adik, ma... Layak ke adik bersedih? Berhak ke adik untuk ada perasaan tu?

.

Rindunya nak berborak dengan mama..

.

Ma...

Kalau lah mama ada kat depan adik sekarang... adik nak peluk mama kuat2... adik nak dakap mama erat2... Adik nak bisik kat telinga mama, yang adik sayang mama sangat2. Sebab setakat ni, cuma mama kekuatan jiwa adik. Kalau mama ada dengan adik... adik nak cium tangan mama... nak kucup pipi mama, dahi mama... Adik mohon restu seorang ibu, untuk adik tabah dalam menghadapi detik2 suka dan sukar dalam hidup ni... 

maafkan adik, mama... ada kala adik terdetik rindu di hati... bila adik tengok kawan2 adik, orang di sekeliling... gembira dengan mama dorang. Adik tau, adik tak patut rasa iri hati. Sebab tu, ma... adik sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 adik... dan adik tumpang hepi bila tengok dorang hepi dengan keluarga masing2.

Rindunya nak dengar suara mama. Betapa adik harap adik masih boleh telefon mama... tanya khabar mama.. dan dengar mama ketawa.. =') 

.

Mama...
Mungkin ada baiknya adik cerita kat mama laen kali... bila adik dah kembali tenang. Ehe... Terima kasih, mama. Walaupun adik tahu surat ni mama takkan baca... setidak-tidaknya ingatan adik sampai dekat mama. Adik bukanlah anak yang soleh, yang mana doanya terus sampai kat mama dan abah. Tapi insyaAllah, ma... adik tak putus usaha, adik tak putus harapan. Terima kasih atas asuhan mama dan didikan abah selama ni. Hanya kesejahteraan mama dan abah yang adik pohonkan kat Dia. Mudah-mudahan Tuhan perkenankan doa adik yang satu ni.

Until next time, mama. Salam.. =]

.

Anak mama yang jahat..

ya.lam.mim.alif.ra   nun.alif.wau.fa.dzho   nun.ha.dzho.alif   dal.mim.ha.mim

Tuesday, January 3, 2012

Anda Angry Bird Yang Mana?

aku tengah demam nih... jadik otak aku tak berfungsi dengan baek. dengan kata laen, agak gelong di situ.

tapi, aku gedik gak nak update belog. cuma tatao nak cakap pasal apa. last2... masa aku terjatuh bilik air tadi, masa nak mandi... kepala aku terhantuk kat sinki, dan paha aku sangkut kat kepala paip besi... saket gak la.


naik lebam beb! biru je kalernya. eh, hijau kot. eh..biru gelap. eh entah. ah lantaklah. pointnye sekarang... dari situ aku dapat idea, nak share pasal kaler2 dengan korang. hee.... bengong punye reasoning. lol!

ok. so meh kita share pasal trait warna ye! kat ujung entri nanti aku letak disclaimer. hahaha

****************

MERAH
actually aku bukanlah penggemar kaler merah. tapi somehow, lagi aku tak gemar - lagi banyak objek merah menghantui hidop aku. hahaha.

kaler merah ni selalunya dikaitkan dengan semangat, wajadiri, kekuatan, kemarahan, dan hari raya cina. merah ni warna yang garang, terang, cemerlang gemilang terbilang. err... merah jugak merupakan warna yang paling banyak digunakan kat bendera2 (negara, organisasi, pertubuhan, etc). sebab? sebab ia warna yang visibel dan mampooo menarik perhatian.


orang yang suka kaler merah ni biasanya emotional. *mati la kau lepas ni an...* sensitip, sensual, dan suka berketerampilan. sense of leadership cukup kuat. sebab tu Power Ranger merah selalu jadi ketua. dan Ultraman pon banyak merah2. penggemar merah normally suka to be in-control. dorang ni pantang dicabar mengalah! andai berjuang biarlah hingga titisan darah terakhir - pastikan ianya merah! yang suka kaler merah jugak biasanya baek hati. korang mintak tolong dorang, memang lemas la dulu... tapi nanti2 dorang buat jugak utk korang. alolo tomeii~ haha

yang tak ramai tau pasal merah - orang yg suka kaler merah ni sentiasa cuba memenuhi keperluan diri dan orang2 yang dirasakan penting bagi dia. no, it's not selfish - it's the willpower that drives them crazy, y'awl! pe-merah juga sebenarnya bukanlah pe-marah sangat. cer jgn lawan ckp dorg, kasar2 dgn dorang... dorang lepak je~ ^^


BIRU
biru korang kontraskan je dengan merah. memang gadoh pon dua2 kaler nih. hahaha.

biru besanye dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian, serenity, perpaduan, dan jugak nila baju. biru jugak simbolik kepada kesetiaan, keilmiahan, kecerdikan. tak caya? tengok Power Ranger biru; si Billy tu. specky siap! ^^


orang yang ske kaler biru ni biasanya chentakan kedamaian, ketenangan. tak ske la gado2 ni. dorang biasanya jadik golongan yang menjadi rujukan bila ada masalah yang berlaku. so lepas ni kalo korang gado dengan rumet korang, gi cari kengkawan yang ske kaler biru - soh slow talk dengan rumet korang tu. sure sanggup punye lah! and kalo rasa nak meniru assignment ke...homework ke.. carik budak2 yang obses dengan kaler biru. tiru laaahh.. dorang tak kesah ponn.. xD orang yang ske kaler biru jugak, somehow, senang kena tingtong... sebab mudah percaya kat orang. adoooihh.. baek sangat la pulak. =p

yang tak ramai tau pasal biru - pen-suka biru nih pendendam pemendam perasaan. camne tenangnya lautan Atlantik yang biru, camna tingginya langit yang biru... camtu la dalamnya perasaan dorang kat hati. so kalo yg dipendam tu rasa kaseh, sayang... untung laaa.. tapi kalo dorang pendam marah, kecik ati, bengkek... watch out girls... selebam biru di kaki, sebiru itu juga lebam mereka di hati. hee...


KUNING
kaler kuning ni kaler yang ceria, pencuri tumpuan, pencuri lampu sorot, penarik beca  perhatian, serta Myvi 1.5. oh ya! Lamborghini fevret aku kat opis pon kaler kuning ye. santek! ^^

kuning biasanya dikaitkan dengan sifat periang, sifat suke berseronok, menghabiskan masa lapang dengan rakan2, serta menghabiskan wang simpanan juga. penggemar kuning biasanya gilo2, kecoh, dan gemar bersosial. tengok Spongebob. tengok... Spongebob. *demm aku tak dapat fikir contoh laen...zzz* kalo korang nak ajak gi dengar ceramah akademis, peng-kuning adalah orang pertama yang akan join anda dihujung ceramah (itupun sekiranya terdapat makanan percuma). tapi kalo korang nak ajak pegi pesta keraian, peng-kuning-lah yang akan menderma segala macam untuk memungkinkan ia berjaya. lol!

bagos sebenarnya orang yang obses dengan kaler kuning ni. dorang sangat friendly, suka membantu, laju buat kerja dan jugak laju di jalan raya. orang kuning2 ni biasanya outspoken, outgoing, dan senang jadi hero/heroin dalam satu2 episod drama kehidupan. bukti? gua bagi lu Kill Bill, Bruce Lee, Bumblebee, dan ikon Digi. how's that! hahaha


yang tak ramai tau pasal kuning - senang sakit. aku pon tak paham kenapa ramai2 kawan aku yang suka kuning... dorang ni mudah sangat jatuh sakit. memang la jatuh tu sakit, tapi... tu semua kuasa tuhan~ hehe. err... orang yang suka kuning jugak kuat cemburu ye. hehe... and dorang ni jenis tak mudah tarok trust kat orang laen. *terus terbayang simbol radioaktif dengan warning sign* hekhek


HIJAU
hijau adalah warna fevret Che Det ye, kalo korang taktau lagi la. hijao jugak kaler yang mendamaikan, menyejukkan pandangan, meredupkan jiwa2 yang merindu, serta bukanlah warna original Incredible Hulk. *Hulk kaler purple ye pada asal penciptaannya.*

kaler hijau normally dikaitkan dengan nilai amanah, kepercayaan, ketinggian peribadi, dan kesederhanaan. orang yang suka kaler hijau ni biasanya nampak tenang je... bak kata orang kampung aku; "slowly but surely". those yang ske kaler hijau normally sukakan kekemasan. dorang pantang sket dengan semak samun nih. cer tengok rumah/bilik dorang... kemas je.. wangi je.. *mata ke atas tangan di bahu*. dorang ni jenis walk the talk. nak mintak tolong dorang pon senang, tak banyak songeh.


penggemar kaler hijao nih generally bersifat jujur. so kalo nak buat jahat, pastikan partner-in-crime korang bukan yang obses dengan hijao. moto dorang ialah "berkata benarlah walaupun pahit". so, kalo korang kantoi ponteng solat jemaah kat surau ke, kantoi merokok kat jamban ke... bleh la buat short-list kot. hahaha. korang kenal Zainal Abidin tak? bukan lagenda bolasepak negara tuu... yang nyanyi lagu Tarzan tu... kenal? ok. good. dia jugak nyanyi lagu "Hijau", tahu? lalala...

yang tak ramai tau pasal hijau - hijau jugak dikaitkan dengan cemburu dan jelly-O. tapi dorang jelly tak tunjuk - dorang suka pendam, simpan. lepas tu lama2 fade away~~ yo, hijau-lovers, betol tak? hee... hijau jugak dikaitkan dengan kaler kekayaan dan kemewahan ye. aku tak berapa pasti pasaipa... tapi cer tanya orang2 kayo tengok... ramai kot fevret-kan kaler hijau. kot la... hehe

***************

fuh... letih la ... aku cerita pasal kaler asal je dulu kot. bleh? um... macam tak lengkap la plak. ok2, aku story pasal kaler hitam putih plak ye... bleyh? haha


HITAM
kaler hitam selalu dikaitkan dengan elemen2 gelap (well obviously?) ... elemen2 kejahatan, kekuasaan, kemusnahan... keperitan kepayahan kesedihan keheningan ... ke...kematian kejahatan (lagi), keselubungan... (--")

benornye... hitam jugak adalah kaler kemahsyuran, kemegahan, keegoan, dan keteguhan hati - in a good way. macam moto rokok Perilly's tuu ... Hitam Mutu Keunggulan. chewahh!! hahaha

orang yang suka kaler hitam ni biasanya suka berfikir. payah la korang nak dengar dorang terus mengaku yes or no dalam tempoh 1.8 saat dari masa disoal. dorang mesti amik masa, sebab bagi dorang... biar lambat asal selamat. sebab tu orang kata those yg suka kaler hitam ni payah buat keputusan. bukan la dorang nak melambat-lambatkan masa... tapi dorang nak choose the best of the best! thy words art perfect. once said, and that's it. hee...

Men in black jugak biasanya suka benda2 yang cool.. macho, vogue, ... yang boleh buatkan dorang nampak unik. biar tak outstanding, asalkan unik dan berbeza dari orang laen. dalam ertikata laen... dorang tak suka benda2 tipikal. born to be different lah! haha

yang tak ramai tau pasal hitam - those with blackened hearts .... err... dark hearts.... err... those yang suka hitam ni... mudah menangis. yaaa! sebenarnya, itulah yang sebenarnya... kitorang  dorang mempunyai hati yang lagi lembut daripada orang laen. jauh di sudut jiwa yang gelap, hati yang tegar... ada terbit sirna keikhlasan yang hanya mampu dikesan oleh mereka2 yang memahami... hihi. so hitam tak bermakna hati batu ya... hitam2 kerak nasik, ok~ heee..


PUTIH





em? korang tak nampak apa2 pon pasal putih? kosong je? ish ish ish..... tu tandanya hati korang tak seputih salju sesuci yang korang bajetkan. *dangg* hanya mereka2 yang mempunyai hati yang benar2 putih, suci yang mampu melihat apa yang aku tulih utk warna putih... dan menyeru awan guling. lalalaaa.... ^^

****************

wooohh... amcam? ada sikit2 betol? or haram tak kena langsung dengan korang? hahahaha. ok2. ni DISCLAIMER aku ye~

- sume yang aku tulih ni tak bertauliah tau. sekadar berpaksikan pembacaan (17.3%) dan pengalaman (baki peratusan yang tinggal... malas kira, aku tak pandai matematik...=p). so, kalo tak betol tu... ampun2kanlah kekhilafan aku yang lemah ni ye... kalau ad yg betol plak...jangan la kata aku psiko ke, bomoh siam ke, ahli nujum ke... xnak la khurafat2 nih...k? haha. sekadar berkongsi sekelumit ilmu, cuma. ^^ tapi ingat! setiap individu itu berbeza dengan cara tersendiri. maka hormatilah. ^_^

orait! ni entri 1st tahon 2012. merry tahon new!! God bless. God bless. thanks, readers!! 

Saturday, December 31, 2011

11 Blog Pilihan 2011

Assalamualaikum. salam sejahtera. 

wuuu... da nak habes tahon 2011... sangat banyak peristiwa yang jadik sepanjang twenty-eleven nih. aku pon ta larat nak describe banyak2. just mengingatkan diri sendiri dan jugak sesama kita... yang usia masing2 dah makin meningkat... cliche yang paling tepat; rumah kata go now and never look back... kubor pulak kata come here bebeh! hee ^^"


so... mungkin aku akan buat satu entri rentetan 2011. tapi cam malas je? hahaha. anyway! untuk entri terakhir 2011 ni, aku nak share dengan korang... belog2 yang aku suka penulisan dan kandungannya. jengah2 la ye.

aku tau korang baca blog yang pemes2... cam blog serius, blog ben, TOK, anwarhadi dan rakan2, dan laen2. so apa kata korang jengah plak list yang aku buat nih. mane tau... kot2 korang berkenan. bleh masuk reading list korang. =)


takde kriteria yang aku tetapkan sebagai ciri pemilihan. just, aku suka baca, berilmiah, dan ada 'eh/wah/wow/hmm' factor. hehe. here goes!












********

alritey! tu dia 11 belog di antara ramai2 belog yang aku baca. setiap satunya ada kelebihan tersendiri. insyaAllah, bleh jadi perkongsian berguna buat semua.

bagi blog2 laen.. mohon update entri anda rajin2 ye. saya mengamalkan prinsip cintakan membaca. ^^ sekian, jumpa lagi kalo diizinkan dan dipanjangkan umur, insyaAllah.


selamat tahun baru 2012 buat anda, pembaca setia. liveitlively.blogspot.com =) 

terima kaseh dan jumpa lagi!!

Wednesday, December 28, 2011

Loser Like Me



stop me from
chasing after thee
but - a loser like me
takes that happily
not much of time
not enough effort
have that wall of ice
mind not any word
hangin' yet hoping
wandering and waiting
need a miracle, perhaps
to crack thy thing
resistance's turned on
acceptance is futile
bring about what may
gonna take a (long) while
did you hear the people sing?
afar, melodious harmonious
have you ever listened to oneself?
them whispering - hey, it's ludicrous
halt! nonsensical
them hearts shall not be parted
alas, despite thy no-go
finish the deed you hath started
for a loser like me
no cheer of 'hoorah' and 'whee'
but pardon I thank You, God
for that something
that makes me happy

-Aan-

Monday, December 26, 2011

Pasaipa Makin Ramai Marka Speaking Loghat Kedah?


hahaha. ini kes lawak. member aku, seorang lelaki, yang bukan warganegeri wilayah utara semenanjung Malaysia, cakap kat aku...

"ko perasan tak, An... dak pompuan sekarang makin ramai cakap utara. kenapa ek?"

LOL! 

aku tanya balek "dah tu? ada masalah?"

ADA!! hahahaha. 



apsal weh? kenapa korang beralih angin? em?? to those gegirl yang non-utagha tapi secara sedaq or not duk terai spekeng utagha... sila pilih jawapan yang paling tepat yang menyatakan sebab utama anda berspekeng Kedah;

A . mak/ayah/grandparents orang utara

B . terikot-ikot room-mate/rakan gossip/member study group yang asal utara

C . hangpa kena 'karma' pasai sebelom ni hangpa dok ajuk/trollolol budak kelas hangpa cakap kedah pekat nak mampuih...

D . hangpa gatai! saja gedik nak mintak penampaq. semua perkataan nak bagi bunyi utagha - lapar jadi lapiaq..  goreng jadi goriang... nasik jadi nasiaq... .. selamat pagi jadi selamiaq pagiaq... zzz...


apsal? takde pilihan jawapan yang tepat dengan korang? hm... haaa! aku tau!! 

E . sebab Agong baru asal negeri Kedah a.k.a Sultan Kedah. [Daulat Tuanku]

F . sebab... Anwar Hadi orang kedah

G . sebab Mat Luthfi orang kedah jugak

H . sebab Anwar Hadi dengan Mat Luthfi orang kedah

I . sebab hangpa gatai nak menikah dengan Anwar Hadi atau Mat Lutfi or mana2 pomboleyh (kalu buleh nak dua2... zzz...)... so konon2 pektis cakap utara, nak amik hati "bakal" mak dengan pak mentua. kan? kan? kan kan kan?

J . semua di atas (kalau hangpa jawab ni, hangpa muhong terok..)

************

ha, jawab2. bwahahaha. aku rasa kalu buat undian jawapan... pilihan ke 9 tu macam bleh dapat undian tertinggi je.. lol! xD

Thursday, December 22, 2011

Ciri dan Sifat Anak Tunggal, Sulong, Tengah dan Bongsu! (Warning! Sentap Content)

Assalamualaikum! konbanwa~... genki ka? hisashiburi ne.. hehe

hari tu aku ada bersembang lebat dengan kengkawan aku... gedebak gedebik gedebuk... macam2 cerita keluar. biasa la... dari sekecik-kecik benda, sampai ke sebesar-besar alam nak di-trollolol kan. ekeke


dalam banyak2 cerita masa sesi buat ketupat secara berjemaah tu, naik la kisah2 keluarga dan adek beradek~ siyes aku excited bila dengar orang bercerita pasal dorang dan adik-abang-kakak dorang. yelah, aku ada sorang kak je... tu pon jarak umo kitorang jaoh... 13 tahun ha.. huhu

aku dengar kengkawan dok story pasal perangai siblings dorang - biasalah... komplen macam2! si adik tu nakal lah, yang boboi ni suke mengadu kat mak lah, yang kak chik pemalas buat keje rumah lah... tak campur abang chaq yang asik pau duit kak ngah lagi... hahaha. siap ada yang cakap aku bertuah, sebab tak ramai adek beradek. hee. well bro, you're not in my shoes. =)

so! aku tergerak nak sesaje kongsi dengan korang... rahsia di sebalek pangkat sebagai anak ke berapa dalam keluarga. well, not really rahsia. just ciri2 yang common or general. again, ini bukanlah satu kajian yang aku buat. tapi sekadar nak kongsi pengalaman, pemerhatian, dan pembacaan. 

kat bawah ni aku compilekan dapatan dari internet, buku dan cerita2 di kedai kopi yang aku lupa plak nak quote source-nye. ampuunn... try la google2 pakai ayat yg sama, dapat kot. hee...

jom! tengok sket~

***************

ANAK SULUNG


Anak sulung maksudnye cahaya mata pertama dalam keluarga. biasanya kalau jadi anak sulung ni korang akan dapat tumpuan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada bonda dan ayahanda - sampailah dapat adik baruuu~~ lepas dapat adek baruuuu... korang mulalah nak jelly2 kan, sebab adik korang telah mencurik privilege yang korang dapat sebelom nih! ekeke. tapi bila korang meningkat remaja, korang lebih pandai bawak diri masing-masing. maklum lah, namanye pon sulong~ ^^

korang sanggup berkorban demi demi adik-adik. biar abang/akak tak makan takpe, jangan angah, achik tak makan. wuuu.. terharu. =p ahlong along2 jugak adalah anak yang diharapkan dalam family. kalo dalam tentera tu, korang ni pangkat lieutenant la. senang cakap, anak sulung ni normally jadi mom's or dad's right-hand person. power korang lebeyh yo! hahaha


Ciri-ciri yang ada kat anak sulung :

Bersikap pelindung. 
lagi2 kalo sulung lelaki. kalo dia ada adik2 perempuan... boifren adik dia mesti susah hati. abang long biasanya akan safeguard hal-ehwal adik2nye. nak pegi wayang? nak kuar makan? balek lambat? tanya along dulu. tapi yang bezanye... kalo abang long, dorang akan ceramah kat boifren adik dia tu sendiri. kalo kak long plak... adik dia tu sendiri kena ceramah. untung laaa... ekeke

'Suka' bertolak ansur. 
standard la tu... sebagai role model, along2 ni pandai nak handle give-and-take dengan adik2. yelah... mak abah dah didik camtu kan - "along, makan pizza tu ingat2 la kat adik2 kamu~ along, bagi la kak ngah pakai kete kamu kejap, kamu bawak la skuter tu ha... along, cuba jangan marah2 budak tu? beralah la sikit dengan adik..." lalalaa... ^^ eh tapi serius... kak long, abang long ni memang caring orangnye... itu natural la. kalo tak disuruh mengalah pon, dorang akan bagi jugak adek2 dorang menang. tol tak, long? =D

Ego.
ini wojib. anak sulung ada rasa extra important dalam diri dia. dorang akan rasa segala benda perlu ikot piawaian dia. along suka fikir banyak! dan dorang fikir untuk adik2 la... cumanya - selalu takleh terima pendapat yang go against his/her will. sifat ni jugak la yang sebenarnye meletakkan dorang sebagai sulung yang melindung. chewah! baek punya bekap ye. hiks. betol beb, kalo along2 tak tegas, sape nak jadi referee bila angah dengan dik chik gadoh? haa... kau tu hingus pon aku lapkan dulu, berani kau nak cabar keputusan aku?? sudah!! dudok rumah! tolong mak masak. =p



Sering berjaya dalam hidup.
okaaaayyy... kejayaan tu subjektif. tapi sebagai yang sulong, korang mesti rasa PERLU untuk jadi contoh dan teladan bagi adek2. korang wajib cemerlang dalam exam, wajib masuk univ, wajib grad dengan pointer cun melecun, wajib kerja elok2... so that later parents can simply marah adek2 "cuba ko tengok along tu! mengaji elok, kerja elok. cuba ikot, jadi macam dia!" dan korang bleh membisu seribu bahasa sambil hati di dalam berbunga-bunga. elele, ngaku je la... hihi! ^^

Lebih pandai ambik hati orang tua.
wuuuihhh... anak sulung ni memang pilihan utama ibu bapa. disebabkan dia sulung, so dia lebih dekat dengan parents. dari situ dia akan develop satu skill yang adek beradek laen normally tak dapat kuasai - skill kematangan jiwa dan minda. cakap pon dah macam orang dewasa kan, sebab banyak berinteraksi dengan mak ayah. hal2 kerja mama papa pon, kekadang along yang tolong cover. hahaha. so, kalo along kata tak boleh tu... sebenarnya tu jugaklah pendapat mummy daddy uolls~ 

Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
wajib jugak lah yang ni. "along, mama nak keluar ni. tengok2kan adik2 ye. kunci pintu, pagar. kalau ada orang call, jawab. kalau ada orang datang umah, call mama cepat2." see? segala benda yang dikira sebagai tugas dan amanah - adalah tertanggung di bahu anak2 sulung.... korang lah tu!  stail kan? menjadi harapan ayah bonda... oh~ 



ANAK TENGAH


definisi anak tengah ni... payah sikit nak describe. yelah... kalo korang 3 beradik je... sah2 yang nombot dua tu angah kan? tapi kalo korang 4 beradek? 6 beradek? 10 beradek? sape yang tengah? dari yang kedua sampai ke sembilan - semua tengah ek? ekiki

#sidenote - hm... apa yang aku perhatikan... yang tengah tetap tengah. cuma aku nampak kecenderungan nak diasimilasikan menjadi sulung atau bongsu tu bergantung kat percentage ketengahan korang tu. hahaha. paham tak aku merapu ni? ok, camni. let's say... 
korang ada 4 adek beradek (termasuk korang lah). kalo korang anak kedua dari empat... korang somehow akan terlebih hormon sulung berbanding bongsu. kalo korang anak nombot tigaaa... 60% personaliti korang adalah anak tengah, 15% ciri kakak/abang korang... dan 25% korang dari adik bongsuuu... wallahualamm...^^"

biasanya anak tengah ni pelik sikit dari anak-anak yang lain. standard lah - kecelaruan identiti. bwahaha. ini especially bagi yang betul2 tengah - bukan yang sipi2 nak jadi bongsu tu. hee~ korang... eh silap; dorang lebih gemar berdikari dan buat hal sendiri. why?? sebab korang.. eh! dorang dok tengah2...so agak terlindung sket dari pandangan papa mama. heee... selalunya parents akan "terlebihkan" yang sulong atau bongsu, so korang pun ala2 lagu "Sekadar Di Pinggiran" gittew~

dalam banyak hal dorang akan rasa diri dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab tu la korang dorang jugak kadangkala mudah dilanda tekanan. stress oooo, jadi anak tengah ni~~ Oleh itu, anak tengah coba nak buat yang terbaik bagi diri dorang sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. along, achik... MYOB. lol!


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
kak long, kak chik... we olls anak2 tengah ni tak heran uolls dapat phone baru ke, set mekap baru ke, kete baru babah bagi ke... we olls bleh carik duit sendirik, hokaaayyhh~ sentap tak? lol! anak2 tengah biasanya tak suka amik pot pasal adek beradek laen. lantak korang la nak tunggang langgang ke, nak berhoyeah-hoyeah dengan duit mama papa bagi ke... janji keje gua setel, topup gua masyuk, makan gua cukup... setel.

Lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
anak2 tengah ni ada satu sifat berani yang takde kat anak2 laen. let's say anak sulung dalam dilema samada nak naik motor atau call papa nak pinjam honda civic papa sebab nak pegi kedai kat seksyen sebelah. dibuatnye anak tengah ni tengok along dia serabut... angah selamber je amik kunci civic tu, dan drive kak long pegi beli ikan kat Cold Storage kat Alamanda. "don't worry, papa tak marah punya" . kondifen habes!! hahaha


Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
ni sifat terpuji korang la ni. ade je cara nak bagi orang amik kesah pasal dia. korang yang tengah2 ni memang takleh jadi normal ek? hahaha. sikit2 nak laen dari yang laen. orang masuk asrama, korang tanak... nak sekolah biasa. achik beli BlackBerry, korang nak pakai android...sebab taknak sama achik. achik dengan along masuk matrikulasi, korang nak keje, carik duit... adoihh... amik la spotlight tu~ korang memang tak kesah kalo eksiden masok sepital - sebab time tu ramai je datang melawat. yes!! mission accomplished! puas hati!! bhahaha. ok aku gurau je. =="

Sering merasakan diri mereka terpinggir.
ini gua takbleyh buat apa la beb... lu sentap bila mak bagi along iPhone 4s... abang chik dapat Galaxy Note... lu pakai Nokia Express Music je... nak tukar mak cakap "pakai la yang tu dulu, elok lagi" wlopon si dek chik baru je trade in galaxy tab 7.0 dia yang baru pakai 6 bulan tu. tengok je la baju2 korang - berapa kerat je yang baru... dari kecik lagi korang dah kena pakai baju "warisan". along tak muat je, dapat la kat korang. along beli baju baru, baju lama dia cycle kat korang lah.. alololo... ciannye jadi anak tengah~

terpaksa Terlalu mengalah
erm... ini ... bukan kebenaran. sekian. LOL!

anak tengah ni orang selalu label sebagai pemberontak! rebellious! ade je yang dia nak bangkang. ade je yang tak kena, tak puas hati. ah! along tu cakap semua nak betol! nak menang kat dia je (padahal memang betol pon apa yang along tu cakap). mummy dengan daddy manjakan sangat si achik tu! dah jadi degil camtu, sape susah!? haaa.... todiah~ 

kalo anak tengah ni... memang kita maklum, sifat diplomasi dorang agak hampir lupus berbanding yang sulong. dan dorang tak reti sangat nak gedik2 manja cam anak bongsu... tapi korang jangan taktau~ anak2 tengah ni la yang selalu jadi penyelamat keadaan. siyes~ at the end of the day, para angah sekalian akan tampil sebagai hero dan heroin, sebagai pemudah cara, yang tetiba come up with brilliant ideas and solution. hehe... kenapa? memang sifat anak tengah TAK SUKA KALAH (wlopon terpaksa mengalah). so, in a way dorang memang lebih kreatif dalam mencari 'kemenangan'. WIN! ^^


ANAK BONGSU


dengar je perkataan "anak bongsu" korang leh senyum... dah bleh bayang camne la sikap anak last dalam family nih. KORANG sering digambarkan sebagai seorang yang MANJA dan NGENGADA. seboleh-boleh nak orang lain ikot KEHENDAK korang je. kan kan kan?? hahaha. terasa tak? ekeke

korang perlukan orang lain untuk melakukan apa saja yang korang nak. "achik tu nak beli laptop... belikan je lah, bang. laptop lama dia tu boleh saye pakai~". tapi...haha... hari tak selamanya cerah. wlopon korang dorang hidop ditatang bagai minyak yang penoh, tapi sebab title korang tu anak last... so ummi dan ayah nak jaga kamu elok2... in other words - banyak la pantang larangnya!

since korang dorang ni lemak lebeyh...semua benda nak, bleh dapat... sense of berdikari tu kureng tau. sebab tu anak2 bongsu ni selalunya baek dengan anak sulong. yelah... nak menempek kat angah, ude, alang... masing2 kekwat, taknak kawan, panggil korang gedik, anak mama... pfffttt... so menyendeng la kat alongg~ untung2 kalo gadoh dengan angah nanti, ada orang nak bekap. wheee~

mungkin mak bapak sentiasa rasa anak bongsu perlu perhatian yang extra berbanding anak2 laen. tengok je la... kalo anak bongsu yang kawen... sumpah meriah kenduriknye (klo nak dibandingkan dengan yang atas2 tuuuu... ) =D. sanggup berhabisan bagai nih, sebab anak last. baju seluar kain, semua musti baru... tak pakai la yang angah pakai... itu dah recycle dari along.. dah second, third round dah. tak maen laaa... kan kan kan? "abah, nak beli skuter" "kenapa skuter? jom, kita gi PJ, beli kete" =p


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Happy go-lucky dan yakin diri.
uuuuiiihhhh... happy-nye tak terkata! maklumlah... segala tok nenek korang nak - dapat. mintak je ap pon, kalo kat along, "along, amik rm100 ni... lebih simpan, guna untuk depan2 nanti". kalo kat angah "50. cukup? ha ada lebih bagi balek." kalo anak bongsuuuuu.... "cukup ke 100? topup ada dah? nah, ambik lagi 50. tak cukup, mintak kat angah dulu, nanti mama bagi laen ye." maka dengan kondifennye korang akan berbuat apa sahaja menurut kemahuan hati~ untung laa... mummy daddy sayang~ hehe

Manja
#oktengsbai

hahaha. takdelah. tapi betoooll... anak bongsu ni memang terkenal dengan sifat manja lah! menempel je kejenye, membodek je kejenye. nak pulak along jenis sporting, supportive... memang lemak+lemau la korang ye! kalo gado dengan angah ke... ngadu kat along sure dapat bekap. kalo along geng angah, ngadu kat papa... sure along dan angah tewas dalam perjuangan. hahaha. tapi harus diingat... once anak bongsu buat silap.. yang memang mak ayah pon takleh terima... abeh laa... sumpah kau kena trollololol kaw2 dengan along, angah, chaq, ude, alang, andak, ateh... sape nak lepaskan peluang keemasan membasuh korang sebersih-bersihnye, kan?? hahahaha


Berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ini sifat terpuji korang. sifat TAKNAK KALAH. korang kalo nak sesuatu... tak main la cikai2 punya. mesti nak yang paling grand yang ada kat situ time tu. kan kan kan? hahaha. orang ada aipong, korang nak aipong. orang beli galaxy note, korang nak note. biar along dengan angah susah takpe, asalkan korang senang dan lebih segala-galanya dari dorang. lol! dek terbiasa dikurniakan apa yang korang nak... slacknye korang kureng pandai berdikari. kalo humban dalam hutan kat pulau tengah laut.. either korang mati tak makan, atau mati kena makan. ekeke. memang spesis anak2 bongsu ni jenis "Dream big; Sky high" laaaa... tapi bab buat keje... takbleypakaipunyabudak. haha. eh bukan korang yang tengah baca ni... aku cakap anak bongsu yang laen~~ ^^"

Sukar membuat keputusan sendiri.
normal lah sangat ni. dah asik menempel je... semua benda orang tolong buatkan, tolong fikirkan... so bila dalam dilema, wojib dah la korang carik papa, mama, along, angah... mintak tolong buatkan keputusan. adooiihh... tapi bab kawen, bab nak berlaki berbini... pandai plak korang cakap "papa kena faham... ini soal hidup achik... jadi, biarlah achik yang buat keputusan..." pfffttt... hahahaha


ANAK TUNGGAL


bila aku tanya kengkawan aku kan... yang ramai adek beradek... ramai jugak yang nak jadi anak tunggal. ramai yang anggap seronok jadi anak tunggal ni. yelah. korang lah the King. korang lah anak emas, intan payung bucuk2 mama sorang. anak tunggal akan jadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang mak ayah. #obviously. 

cambest je ek? takyah susah2 berebut dengan sesape. takyah sebok2 nak kongsi bilik tidur dengan kak/abang/adik. pilihan kat tangan kau, keputusan pon kat tangan kau. segala keistimewaan hak2 seorang anak sulong dan seorang bongsu kau dapat. apa lagi mao~ hehe. dari sudut hubungan dengan parents, aku tak nafikan bahawa hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. boleh nampak la, anak-mak-ayah saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. oh terharuuu~~


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Sering merasakan diri mereka kesunyian.
hmm... ini... sebenarnya subjektif. tapi... berdasarkan pengalaman, wlopon aku ada kak sorang, tapii sebabkan jarak umor kitorang jaoh... so memang aku membesar sensorang la jugak. macam tunggal la kiranya. 

sunyi beb. siyes... especially when it comes to the part where you have to tell your friends about your family, your siblings etc... nothing much can be talked about. hehe. orang laen ada adek beradek, bleh buat gadoh, bleh jadi punchbag, bleh pillow2 talk... tapi anak tunggal nak gado dengan sape? nak cakap dengan sape? dinding? dapur gas? haha... kalo main toys pon, sensorang je lah kot. maybe sebab tu daya imaginasi dan penaakulan anak2 tunggal dan/atau anak2 yang membesar macam anak tunggal ni tinggi kot. hihi ^^

Lebih berkeyakinan sebab dah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
well, you know... jadi anak tunggal ni samadengan jadi anak emas. lagi grand dari anak bongsu, hokaaayy! korang nak apa? cakap je. before korang sempat pikir samada patot or tak patot mintak benda tu, korang dah dapat. hahaha. dah la tu, tak payah nak sebok2 kongsi dengan orang. heaven must be like this! so dari situ korang akan rasa kondifen yang extravagant. meriah uolls! cumanya... bila korang tak capai or dapat seperti apa yang korang kondifenkan tu.... jem teruk la jawabnye. maklumlah~ tak biasa dengan kegagalan...

Lebih bijak bergaul.
pengalaman membesar seperti anak tunggal membuatkan aku bersetuju dengan point nih. sebab? gua tau la beb... haha. anak tunggal takde adek beradek, tapi jiwa nak berkawan tu normal macam budak2 laen. jadi... solutionnya? ko nak berkawan, ko kena la pegi cari kawan! sebab tu anak2 tunggal ni kalo korang perhatikan, dorang memang ramai kawan. siyes dorang pandai buat member. campak ke hutan pon, biar seminggu je dah bleh jadi tarzan or george of the jungle. so takde istilah #foreveralone ye! hee.. itulah anugerah yang Tuhan bagi kat dorang atas kekurangan yang dorang dapat. Tuhan kan maha adil. =)

tapi, kalo korang perasan jugak... anak2 tunggal meriah berkawan, tapi bila dengan relatives, ahli keluarga... dorang macam kureng sket. aku pon tak pasti kenapa. erk... jangan tengok aku semacam plak... zzz...


lalalaaa...
Lebih cepat matang.
anak tunggal mewarisi segala ciri2 genetik dan personaliti anak2 sulong, tengah, bongsu. so macam korang buat milo tin, bancuh dengan susu pekat, masuk gula ke sikit... rasa akan berbeda dengan korang bancuh milo paket 3 in 1. yang paket tu cukup rasa dah! tambah air je. haa.. itu lah anak tunggal! perfect! hahaha.

dorang ni biasanya cepat matang disebabkan pergaulan. anak tunggal kawan dengan hampir semua orang. semua peringkat umur. dorang takde nak bias2 sangat... "eh kau anak sulong? eii, tak taste...dah tua. eh kau anak tengah? kesian kau.. *facepalm*. kau bongsu ek? gi mati... manja lebeyh ngalahkan aku..." hikhikhik. anak tunggal jugak mudah menerima dan diterima oleh orang2 yang lebih dewasa, disebabkan keupayaan dorang menyesuaikan diri dengan keadaan. untung laaa... ^^

Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
bila balek kampong, kalau boleh tu... nak tido sekali dengan mak/ayah. padahal ada je suami kat bilek sebelah. hihi. anak tunggal ni takde orang laen dah yang lebih rapat dengan dia melainkan mak ayah. so sebab tu la ikatan antara dorang ketat. dari kecik dok bawah ketiak mak... besor2 pon nak dok bawah ketiak mak jugak. pedulikkan jiran nak kata apa. anak dia ramai, tapi sorang pon tak balek jenguk kat kampung. acane? ini yang anak sorang je ni... paling koman sebulan sekali wojib balek makan nasik kat kampung. kau hado? haha

Sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
almaklum lah... dah selalu menang je kan. tak pernah kalah... bila dicabar mulalah melatah. bukan tak bleyh tolerate... cuma payah sikit nak dengar cakap orang. hehe... bagi yang kawen dengan anak tunggal, bawak2 la bersabar ye. tapi korang jangan taktau... anak tunggal ni sebenornye manja oooo. kalo kena gayanye, segala kehendak keperluan kemahuan korang akan dituruti. sumpah, untung la korang. siyes. ^^

****************

fuhh!! bapak laa... panjang plak aku mengomel kali ni. ha. baca la puas2... ekeke. 

kat sini aku nak mengambil kesempatan, memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kesilapan yang wujud samada sengaja atau tidak, secara langsung atau tidak, dalam penulisan kali ni. semua yang aku kongsi kat sini bukanlah apa yang tertulis kat dahi korang/dorang... cuma sekadar secebis ilmu yang diperoleh dalam hidup yang ditaja sepenuhnya oleh Yang Maha Esa. 

so, kalo korang butthurt ke... pain in the ass ke... hati melodak-lodak kemarahannye ke... maapkanlah aku yang cuba bercakap dari sudut neutral (wlopon aku anak bongsu tunggal lelaki yang sememangnya manja dengan arwahnye emak dan abah... ^^). aku menghormati perbezaan individu - dan setiap manusia itu unik dan istimewa. 


time kaseh sebab sudi baca. thank you!! =D

Wednesday, December 14, 2011

Apa Yang Ada Dalam Handbag Seorang Gadis?


Yellow mellow mashimaro!! Assalamualaikum dan salam sejahtera. shibaraku desu ne?

lately aku kembali busy lah. merata kena pegi. ramai urusan nak kena setel. banyak la pulak duit habis. takpe lah. tu ujian Tuhan kat aku. hehe

dari kecik...aku tertanya-tanya... apa yang pompuan bawak dalam beg tangan dorang ek? baek, aku mengaku - masa kecik2 dulu aku pernah selongkar beg tangan mak aku dan kakak aku... sebab curious sangat2. bwahaha. lepas tu kena luku dengan mama, sebab aku hilangkan gambar dia masa muda... (tak hilang poonnn... jatuh je, terselit celah katil tu..hehe)

see? siap ada buku pasal handbag pompuan. personaliti, okayh! haha

siyes doh... aku rasa handbag pompuan nih macam poket doraemon. tak pon, macam black hole 4 dimensi. amende yang ko nak? semua ada! mintak je.. tanya je... "ada tisu tak?" seluk seluk beg... ada! 

kalo takat benda2 convenience tu.. daily use tu... aku rasa mana2 beg pompuan pon ada. cuma kekadang saje la aku test... memula mintak tisu... ada. pehtu mintak gunting... ada. pehtu mintak stapler... pon ada. last2 aku mintak milo peket 3 in 1. ok... dengan kuasa Tuhan... itu takde - yang ada cuma nescafe sachet 3 in 1... Zzz... aku speechless.


korang ada tak? ada kan? kan kan? hahaha

apa lagi yang ada? haa... berdasarkan quick survey yang aku buat sempena menjawab persoalan yang berwebsite dalam otak aku nih... meh kita sembang sket harta karun yang kita boleh jumpak dalam handbag wanita zaman sekarang. let's take a tour... dari beg gadis2 chomel... sampailah ke beg ibu2 mithali~ ^^

*****************

Tas tangan kecik

tas tangan ni lebeyh kepada stailo daripada kebergunaannya. normally kita leh jumpak purse kecik, card holder (letak IC dengan lesen je tu), berus gigi, dan alat2 solek sket2 - cam compact powder, lip gloss, yang basic2 la. ok, kunci rumah mesti ada. pastuh...  ada ketas macam2... nota member lah, list barang nak kena beli lah... paling syok, resit. aku tak paham kenapa pompuan suka kumpol resit... lol!

kemaen...


kalo yang agak up sket... ada la wallet/purse yang panjang2 tu... ha.. apa namanye? clutch? hehe. bersepah la kad dalam wallet, kompem. tak campur gambor2 insan2 tersayang lagi tu. duit syiling! to an extent, kebanyakan pompuan suka ada uncang duit syiling dalam handbag. tulah yang nak memberatkan handbag dorang sebenarnye.. haha


Handbag Young Ladies

gadis2 sekarang ske pakai tote bag. simple, tak besor sgt, tak kecik jugak. material plak macam2...jenis vinyl, pvc, kain.. sampai la ke leather. normally yang pakai leather bag ni, orang yang suka kekemasan. obviously, leather terkenal dengan sifat tahan lasaknye - so korang mesti leh agak dah, isi beg tu camne. haha! yang selalu aku nampak/jumpak... jenis one-hole wonder. segala mak nenek bleh sumbat. senang!

ni ramai pakai ni. laki pon pakai. hiokhiok..

kalo yang jenis suka susun2 ikot compartment... beg dorang surely banyak poket. tapi yang pasti... seluk la mana2 poket pon... mesti ada isi punya. hihi

dalam beg camni...selalunya ada segala benda yang ada dalam tas tangan yang kecik... dan diserikan lagi dengan macam2 accessories... contohnya spek mata, spek mata gelap/fashion, majalah, contact lens, solution contact lens, ubat-ubatan macam panadol, panadol pink, plaster luka, 'barang keperluan wanita', sanitizer... henpon... henpon... pendrive, earphone...henpon lagi. kosmetik takyah citer kot... segala sikat, mascara, eyeliner, eyeshadow, blusher, nail clipper, lip balm, foundation, compact, make up remover, whitening cream, sunblock, ...


ni contoh beg korang kan? =p


Handbag Makcik2

normally jenis handbag makcik2 ni tak curi lampu sorot la. tapi tahap kebolehsimpanbarangan beg tu... memang menakjubkan aku. silap haribulan bleh bukak kedai runcit sendiri. bhahaha. biasa yang pakai beg makcik2 ni... well.. makcik2. or, gadis2 yang simple like dimple. tapi isi dia bleh tahan gak laa.. ekeke

apa yang ada dalam beg besor camtuh? huioo... more tissues, tisu lembap, losyen, minyak cap kapak or minyak gamat, balsem cap rimau, kit menjahit (emergency), ketip kuku, pin tudung, kerongsang, charger henpon, set kosmetik yang hampir lengkap... weii banyak la! letih nak list-kan. haha

ada jugak yang aku pernah jumpak...yang bawak botol/tupperware air. standard la tu kan. tapi tu la... yang bawak milo/kopi/teh 3 in 1 tu yang gempak tu. nestum peket pon ada! memang spesis on-the-go sungguh.
 ^^





Handbag Gadis/Wanita Bekerjaya

ahaa...ini extra. dalam beg gadis/wanita bekerjaya... normally ada isi yang menunjukkan bahawa dia seorang yang tak-duduk-rumah-basuh-kain-lipat-baju-sapu-sampah-tengok-tv-tido-duoplopatjam. tak caye? korang gi selongkar handbag mereka2 yang dok opis, berniaga, jaga kedai, etc. kalau kena tampar lelaju, jangan carik aku ye. muehehe...

setakat ni, yang aku tanya2... segala or hampir semua tok nenek benda yang basic2 untuk seorang gadis tu memang ada lah dalam handbag wanita bekerjaya nih. cuma, kebanyakkannya ada tambahan. ok, nescafe 3 in 1 tu macam item wajib je... then... korang leh jumpak buku nota, pen, pensel, klip kertas, sepit rambut..eh.. um... sticky notes, card holder, business cards, jam tangan... more cards... kalkulator, resit Tesco atau Giant, bil2 utiliti, surat saman majlis perbandaran (kesalahan parking..lol!), setem,... dan macam2 lagi lah.

itu baru yang kje2 opis, kje kompeni biasa2. kalo korang tengok beg cekgu-cekgi... haaa... mengucap panjang la jawabnye. nak aku list-kan? meh2... ada pen merah, pen biru, pen marker, pen dah habis dakwat, pendrive, klip ketas, ubat stapler, buku nota,pengasah pensel, henpon, charger henpon, panadol actifast (utk kelegaan cepat), minyak cap kapak, plaster luka, beg plastik, name tag, gula-gula (untuk diri sendiri dan anak murid), bateri, kunci bilik persatuan, resit yuran budak2, kertas jawapan exam, senarai nama budak, surat tunjuk sebab budak tak hadir, mc budak, surat peminat.... *kejap...minum air...haus la nak eksplen*... gam kasut, payung, katalog tudung, sampel kuih...


amcam?? topik hot kat internet ni. hahaha


Handbag opah/nenek/wan

takde maknenye opah2, nenek2 kita nak pakai clutch, coach, tote bag yang beraneka ragam...kan. surprisingly, pompuan nih...bila makin meningkat usia (aku takmo la cakap tua...kang ada yang terasa.. ekeke), makin kecik beg tangan dia. siyes ouh!

zaman2 bawak barang bersepah-sepah tu kian ditinggalkan. chewah! now it's time to go back to basic. makcik2 yang berusia, opah2... biasanya bawak purse/wallet kecik je... siyes kecik. seboleh-bolehnya yang paling kecik yang dia ada/boleh guna, itulah yang dibawaknye.

bukan apa... dorang dah takde kepentingan untuk bawak serba serbi kosmetik gejet surat pajak gadai segala... just bawak duit kertas, gulung2 or lipat2, masuk dalam purse. bawak duit syiling sikit... masuk dalam purse. laen2... just kad pengenalan, gambar anak-anak, gambar cucu cicit, pin tudung, kerongsang kecik... ubat darah tinggi, tisu... tu je la kot. kan ke tenang je haa....^^

****************

amacam?? ada terkena kat hidung korang tak? ekeke.. jangan la marah. ini dapatan daripada survey aku je... hasil penyelongkaran dan penyiasatan tak diiktiraf, dan temuramah tak bertauliah... maka aku share la dengan korang kat sini. hehehe... well, obviously... korang bleh argue, bleh disagree. memang betol, kita takleyh buat generalization. setiap individu itu unik dan berbeza, kan? so jangan terkejot kalo jumpak maggi cawan dan plastik aiskrim yang dah lusuh dalam beg pompuan ye. ^^"

tapi tu la. kalo korang gelak2 ke..senyum2 tu... haa... ada lettew~ hahaha


woh, aku dah letih nak review pasal beg tangan pompuan nih. kalo nak selongkar betol2... sebulan punye cerita tak abes! paham2 la...pompuan.. eh? ekeke... kalo korang ada pendapat, share2 lah ek! ^^ selamat terasa!! (mati la aku kne trollolol lpas nih) ~


p.s: oh ya.... aku masih tertanya-tanya... kenapa kebanyakkan pompuan suka simpan resit? haha.. korang tau tak, tabiat menyimpan resit tu... menunjukkan personaliti korang? *wink wink* hihihi... aku tanak cerita kat sini. biarlah rahsiaaa... hakhak! ^^



Tuesday, December 13, 2011

Ampun Tuanku. Sembah Patik Menjunjung Kasih. Daulat Tuanku


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.

Patik berbesar hati dengan penuh takzim ingin mengambil kesempatan 
merafak sembah setinggi-tinggi tahniah
sempena pertabalan dan pengisytiharan 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Negeri Kedah Darul Aman
sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-14


Patik bersama rakyat jelata menjunjung kasih taat setia terhadap negara di bawah naungan Duli Tuanku. 

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan Raja Permaisuri. 
Semoga negara bertambah aman dan makmur di bawah naungan Duli Tuanku.

DAULAT TUANKU

Thursday, December 8, 2011

6 Tips Taknak Kalah Lawan Gunting-Batu-Kertas!!

korang tau camne main "gunting-batu-kertas" ? alaaahh... yang kita selalu main bila nak tentukan sape kena belanja makan ke, sape kena buat assignment ke, or sape yang kena pegi hantar surat kat anak gadis tok imam...


haa... gunting - batu - kertas ni dalam (GBK) dalam bahasa inggerisnye, Rock-Paper-Scissors (RPS). selalunya kita maen nih bila;

a. nak tengok giliran, sape start jalan dulu, especially masa main dam aji, masa main guli dan masa nak jentik jari/dahi member. 
b. nak tentukan pemenang dan penkalah. sape kalah kena belanja makan, or cuci baju seminggu, or siapkan nota lecture, dan seumpamanya. 
c. nak buat keputusan bila terpaksa pilih group/member. sape kalah join team loser. yang menang masuk team power. 
d. saje nak tengok ngko ade luck ke takde. kalo asik kalah je, kompem ko kena bahan sebagai loser. hehe

permainan ni kalo tak silap aku, asalnya dari Jepun. ok, obviously aku sangat tebal semangat keJepunan. lol! siyes2, bukan sebab permainan ni femes dalam katun Doraemon, Tomatoman or Dash Yankuro yang membuatkan aku claim benda ni dari Jepun. tapi sebab memang betol dari sana. hahaha

camne nak maen? loorrhh... korang ni tak pernah jadi budak2 ke? ke... masa zaman budak2, korang memang #foreveralone? bhahaha. takpe2, meh nak ajar peraturannya.

1. hanya tiga jenis hand-gesture yang digunakan ; penumbok = batu. simbol 'peace' = gunting. dan penampar = kertas. 
2. biasanya lawan 1-on-1. kalo ramai2 sekali tarok tangan... camne kau nak decide sape gunting sape... kejap lagi batu kalah dengan kertas, tapi menang dgn gunting...haa.. acane? ha gadoh, gadoh. hehe 
3. peraturan teragung. gunting kalah dengan batu, tapi menang dengan kertas. kertas kalah dengan gunting tapi menang dengan batu. batu kalah dengan kertas, tapi menang dengan gunting. ada paham?? ^^  

orang melayu/Malaysia normally panggil permainan ni "One Two Som!" atau "Oooo Som!". aku pon taktau mana datang si Som tu. aku lahir2 je, pandai je main game nih, dengan aku2 sekali seru nama si Som. ekeke

****************

ok. sekarang, meh aku ajar pulak... camne untuk TAK KALAH bila main gunting-batu-kertas ni. hahaha. mesti korang kata "gilo". tu semua nasib la. ko mana naktau opponent kau nak kuarkan gunting ke, kertas ke...kan? lain la kalo kau menipu, ataupon opponent kau "cerdik" sangat dengan bagitau kau apa dia punya next move.

well, almost there. hehe. sebenarnyekan... korang leh main saiko2 dengan opponent korang. haaa... ni yang aku nak ajar!! teruskan pembacaan.


#pertama - ada dua cara nak MENANG lawan gunting-batu-kertas nih. satu! hapuskan option opponent. dua! paksa dia buat move yang predictable. camne tu? hehehe....


#kedua - kenali opponent korang. biasanya... orang yang jarang main gunting-kertas-batu ni... pada lumrahnya sgt suka bagi batu berbanding lagi dua tu. sebab? batu dirasakan paling selamat! remember, "Rock is for rookies." bahaha. so kalo rasa nak menang? keluarkanlah kertas! ^^

tapikan...kalo opponent korang dah berpengalaman... jangan gedik2 kuarkan ketas... hulur je gunting. normally dorang takkan bagi batu. so either korang menang sebab dorang bagi kertas, or seri sebab sama2 gunting. hehehe...

#ketiga - kalo lawan korang dah kuarkan satu gunting/batu/kertas dua kali berturut-turut... kebarangkalian untuk dia benda yang sama kali ketiga adalah sgt tipis. sebab memang perangai manusia ni tak suka benda berulang dan boleh dijangka. 

so kalo opponent korang bagi gunting 2 kali berturut-turut, kali ketiga tu korang tarok la kertas! korang kalo dia tukar batu, korang menang. kalo kertas jugak, korang tetap takkan kalah. hehehe...


#keempat - saiko sikit2. guna la ayat2 macam "hahaha...aku ingat kau nak keluarkan gunting tadi!" atau "nasib baek kau tak bagi kertas, kalo tak mesti aku kalah. hehe..." dan seumpamanya. sebenarnya, kalo tak banyak...sikit pon tetap akan ada efek kat dalam otak dan hati dorang untuk terikut 'cadangan' korang tu untuk next round.

siyes beb. ayat konon manis, tak sangka lah... nasib baek lah... mujur lah... tapi tu semua racun je tuu. hihi. kalo opponent korang kureng pengalaman, sgt tinggi possibility utk dia cuba menang dengan cara yang korang konon2nya mungkin kalah tu. dah kalu korang cakap gunting kt dia...pandai2 la bagi batu utk next round! hahaha

#kelima - jangan membuta tuli coba tiru gerakan yang buatkan lawan korang menang. contohnya, kalo round ni korang kalah dengan kertas (korang bagi batu), next round takyah gedik sangat nak tunjuk gunting untuk cover kalah tadi.

gerakan camtu bleh jadi costly sangat2. silap haribulan... memang loser of the day. big L kat dahi, yo! haha


#keenam - main kotor. korang takyah mention nak main berapa round. kalo main 1st round korang dah menang, so be it. walk away with pride and joy. korang akan mati sebagai lagenda. tapi kalo kalah, cepat2 cakap "okei, next round". 

main la sampai korang menang majoriti 2/3 atau lebih. lol! agak2 dah menang 7 kali, kalah 5 kali... stop je. walk away. go die as a legend. kalo opponent korang banyak bunyik..."ap ni, kecut ke!" "wei main tipu!" dan sebagainya... korang balas je "dah kalah tu buat cara kalah. senyap boleh tak?"

walk away. smile. die a legend.

******************

so, ada bran? bwahahaha >=D