SOCIALIZATION

Saturday, May 18, 2013

Tips dan Panduan Nak Beli Rumah


assalamualaikum. hai awak2 yang dah keje - tak kesah la kontrak atau dah tetap. dah pegi survey sofa, tv dan dapur baru? hikhik..

ok. entri kali ni sangat serius. gua tadek masa nak gelak2 dah ni. serius ni. sape rasa taknak serius, tak boleh serius... boleh keep calm.. dan terus baca entri ni! hahahahaha


sumber


hoi la hoi ramainya kawan2 aku dah beli rumah. or dah booking rumah. or at least dah berumahtangga survey rumah. aku? haa... aku ada rumah dah... tapi taktau kat mana. tak korek lagi. yes! kubor!! hahaha. ok2. aa... sekarang ni kalau korang nak tau... aku tengah teguk air liur tengok rege rumah yang noharom mencanak naiknya tanpa kawalan wajar.

depan umah aku kat punchak alaaamm ni... kat punchaak beshtarii ni. dulu masa bukak tapak tu.. ofer rege rumah 270k ++. pastu naik shoplot.. jadi 300k++ .. sekarang naik tesco kat situ... dah 500k++ . memang longkang beteii... -.- umah kecik je kot!! 20 x 70 dan ada tanah sekangkang dua untuk tanam pokok bunga kertas. bleerrgghh...

ni kalo aku nak bebel pasal rege rumah... sampai pilihanraya sekali lagi pon tak abes. so... al-kisah aku ada la menimba ilmu hartanah sket2. daripada orang2 yang berpengalaman, dan jugak tentunya pembacaan. bukan nak main property, tapi aku nak beli rumah. rumah pertamaku katanya. hikhik. so? tak sure la berguna ke tak, tapi aku nak share la dengan korang.. kot2 ada yang korang bleh bagi feedback kat aku... alhamdulillah.. hehe. yok! tips dan petua nak beli rumah!!



1. set bajet dan sumber kewangan

  • kalau boleh, pastikan kita ada pendapatan tetap atau kukuh. melainkan korang mamphoo beli umah dengan cara tunai... maka tahniahlah in advance ye. em em jeles much..
  • tetapkan bajet. berdasarkan kewangan semasa atau near future, kira perolehan dan aliran duit korang. especially simpanan. ni penting. buleh tanya2 camna nak hitung limit harga rumah based on pendapatan korang. or search kat tenet. website-website bank banyak yang sediakan kemudahan home loan/mortgage calculator, so kita boleh tahu secara kasar nilai rumah yang kita mampu beli.

spoiler kan? hahaha xD

  • sediakan duit spare. you know... untuk deposit umah, duit booking, duit lawyer bla bla bla... busuk2 dalam 10-20 ribu tu kena pandai2 cari dah.
  • tentukan samada nak buat pinjaman peribadi atau pembiayaan perumahan. mungkin rejeki korang boleh dapat umah yang best dalam lingkungan limit personal loan... so pandai2 la pertimbangkan pros and cons kedua-dua options, atau apa saja options yang ada ye.


2. pilih rumah

  • pegilah beretebaran di bumi Tuhan... carilah rumah mana yang berkenan. ada single-storey, double storey, two-and-a-half storey, semi-D, cluster house, corner lot, terrace, bungalow, condominium, apartment, townhouse... 
  • pilihlah rumah elok2, untuk jangka panjang. pikirkan masa depan.. especially yang ada plan nak berkeluarga atau settledown terus kat situ. ambik kira segala saiz rumah, luas bukaan atau up built, rekabentuk dalaman/luaran, potensi untuk renovation, kejiranan dan sebagainya. ingat, rumah ni aset, bukan liabiliti mudah alih tahu?

klik untuk gambor besor
  • sila consider lokasi rumah dengan kemudahan2 asas atau penting yang korang rasa perlu untuk korang/keluarga. ambik kira faktor2 utama, macam jarak umah dengan tempat kerja kita dan pasangan, sekolah untuk anak2, sejarah/rekod kawasan perumahan, dan prospek pembangunan rumah/kawasan perumahan tu. kot2 la nak jadi rejeki naik universiti macam kat punchak alaamm ni... tak ke mencanak naik nilai umah korang tu nanti. haaa...
  • pastikan korang check, double check, reconfirm pemaju atau developer rumah/perumahan tu. selidik latar belakang kompeni, rekod projek etc etc. pilih pemaju yang berprofil baek atau cemerlang atau diyakini berkredibiliti. biar orang kata renyah, tapi ni penting untuk jamin keselesaan kita ke depan2 nanti.

3. tetapkan pilihan, mulakan fikir perkara2 berikut;

- bank yang nak dijadikan pemiutang

- pilihan pembiayaan (islamik / konvensional)

- kelayakan pembiayaan

- komitmen penjelasan hutang (kad kredit, bayaran pinjaman, etc..)

- khidmat guaman, insurans, after sale, bla bla bla..

- dokumen dan perjanjian,

- simpanan untuk hal2 terkejut-tergempaq

- ... senang cakap, duit kena sedia la... huhu...


antara langkah-langkah untuk membeli rumah


banyak benda nak kena pikiaq bila main dengan rumah ni. aku pulak tak berapa nak pandai eksplen hal2 yang aku sendiri kurang pengalaman ni. jadi apa kata korang banyakkan pembacaan dan bersembang dengan orang2 yang tahu lebih lagi selok belok jual beli rumah.

aku sarankan korang baca artikel/entri yang ditulis ni. klik kat SINI, SINI dan SINI untuk lebih tips dan panduan membeli rumah (especially rumah baru) ... dan segala contoh calculation yang boleh korang buat sendiri sebagai asas kepada keputusan yang bakal korang buat lepas tu.

bab beli rumah ni tak kesah kau laki ke pompuan tau. pompuan maybe untung sket la, bleh tunggu laki or cari bakal hubby yang dah ada rumah. nanti lepas kawen kira cuci kaki je. hehe. tapi sekarang korang jangan memaen... pompuan banyak yang dah indepedent ok. beli sendiri. senang. nak nanti laki bagi... kot tak berlaki tak pasti lagi camne nanti kan. haa... so it goes back to you and you and you and no one else but you.


aku harap ada benda yang boleh korang ambik dari sini dan jadikkan info berguna. kalo ada respon or feedback, or even ada rumah nak dijual... sila roger aku ye. hee.. thanks for reading!!





Saturday, May 11, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhlima


assalamualaikum!! hai kawan2!! tak lama lagi hari guru. dah bagi checklist hadiah kat anak2 murid? hahahaha



humangai... bila aku check balek blog... memang sangat laaahh lamanya aku tak hapdet... tak sekerap (bukan getah sekerap ye..) dulu... mihmihmih. bukan aku malas ye.. tapi kekangan2 yang tak mengizinkan aku hapdet selaju minum teh O ais di tengah hari yang panas terik. luls~

anyway!

macam besa lah. hari tu aku kalut dengan kebudayaan dan tarian budak2... pastu bola lisut peringkat mssd. alhamdulillah, aku diberi peluang bawak budak pegi sofbol peringkat negri slangor pulak. seronok tak payah masuk kelas seminggu-dua dapat sedut ilmu baru dan pengalaman yang cukup precious. ^^

bila pegi level negri, saingan dia pun makin power la kan. jumpak plak team2 power, daerah2 yang otai sukan bola lisut ni... pergh... sangat mengujakan! hahaha. gerun tak gerun, tu tak penting. yang penting isipadu kejohanan tu boleh tambah pengetahuan aku. dan dengan ada chekgu2 laen yang sudi bagi tunjuk ajar, aku rasa blessed sangat. hehe

tapi tu la... rejeki tu milik Dia. haha. ktorang menang tapi kalah. hihik... nak eksplen camne pon tetau. banyak rules n regulations, teknikal yang nak diambik kira. tapi tu la... menang, tapi kalah. sokay kalo tak paham... nanti kita men bola lisut sesama, mesti paham. ye? hikhik. takpelah, maybe next time. insyaAllah. ^^

budak2 ktorang campur daripada 3-4 sekolah. basically budak2 ni tak la kenal aku sangat. tapi dorang nak sangat kenal aku masalahnya! hahaha. macam2 soalan ditanya. memandangkan dorang budak2 derjah 4, 5, 6... soalan2 dan reasoning dorang pon agak advance la. bantai gelak je aku dengan chekgu2 laen. lol. nanti korang baca kat bawah ye.. hehe

then bila aku balek skola.. masuk kelas... waaahhhh... rasa nak nanges! =') sebab? huuu... rindu anak2... dan alhamdulillah anak2 aku pon rindu aku jugak.. kata dorang la. kalo dorang tipu, aku tertipu korang la jugak jadinya ni. hahaha. sampai je kat skolah.. ada anak murid aku ni nampak aku.. teros lari2 datang kat aku, peluk kaki. salam, cium tangan... pastu tanya aku pegi mana, kenapa tak masuk kelas... bla bla bla... huuu.. 

bila masuk kelas... baru sampai depan pintu kelas - dorang dah jerit! sorak!! hahaha. yeay ticer dah balek! yeay ticer dah masuk!! -^^- taktau nak cakap apa... kebas muka aku. hepi. siyes hepi bila anak2 sambut camtu... wuuu... satu-satu muka dorang aku tengok. rindu. ='] dalam hati aku doa... takde laen yang aku mintak untuk anak2 aku ni... melainkan nak dorang membesar jadi orang, jadi baek, jadi pandai... macam mana aku doakan chekgu2 aku selama ni, harapnya ada la anak2 aku ni doakan aku jugak nanti. ehe..

okai! ni antara hasil tuaian bila duduk lepak2 dengan budak2 bola lisut, dan jugak sehari bila balek sekolah jumaat tadi. hahaha. thanks buat semua yang request aku hapdet entri ni. sokongan korang sangat2 aku hargai. ^^

enjoice!!

****

budak 1: cekgu, cekgu dah kawen ke belum?
me        : kamu rasa?
budak 2: dah!
me        : kenapa?
budak 1: sebab cekgu pakai cincin.
budak 2: mustahil lah cekgu tak kawen lagi kan. orang hensem macam cekgu mesti dah kawen
me        : bodek la tu. kalo cekgu cakap belum, camne?
budak 1: mesti sebab girlfriend cekgu curang. eii.. kesiannya cekgu...

****

budak : cekgu, cekgu ajar apa kat skolah?
me      : teka lah
budak : english.
me      : kenapa english?
budak : sebab cekgu sebut "strike" , "you're out", "batter on deck" semua2 tu.. sedap. macam orang english sebut.
me      : yeke... dah tu cekgu kamu sebut tak bunyi omputeh ke?
budak : tak. cekgu kami sebut bunyi jawa

****

budak A : cekgu, isteri cekgu berapa orang?
me          : ha?? kenapa tanya camtu?
budak A : dah tu cekgu pakai cincin, mesti cekgu dah kawen. tapi cekgu pakai dua cincin...
budak B : cekgu kawen dua kan!?
me          : hahaha. ok, kalau camtu... yang mana cincin isteri nombor satu, yang mana nombor dua?
budak B : yang cincin hitam nombor satu! yang putih nombor dua.
me          : kenapa?
budak A : sebab isteri muda cekgu mesti la cantik, putih, macam cekgu.
budak B : isteri tua cekgu dah tua, asik kena jemur kain je... sebab tu gelap macam cekgu sekarang, main panas.
me          : ooo... dah tu isteri muda cekgu tak jemur kain?
budak A : isteri muda basuh kain, isteri tua jemur kain. cekgu tengok tv. kan bahagia tu cekgu~

****

budak : cekgu, tadi ada kakak cun semalam tu kirim salam!
me      : takyah tipu laa...
budak : betul cekgu... kakak tu kirim salam kat cekgu. tak jawab dosa cekgu.. haa..
me      : haih.. ye lah... waalaikumussalam~
budak : ahaha cekgu kena tipu. manade kakak tu kirim salam! hahaha. satu kosong!~ cekgu suka dia ek...
me      : pulak dah... -.- 

****

budak x : cekgu, umo cekgu berapa?
me         : teka2~
budak y : cekgu ingat kitorang takde keje laen ke... nak teka2 umo cekgu pulak. ha? ha?
me         : -.-

****

me    : assalamuala-- *tak sempat habis salam*
kelas : yeaaaaaaaayyy!! ticer dah baleeeekkk!!!

****

kelas      : thank you, sir.
me         : eh? why sir?
budak 1 : sir la... ticer untuk perempuan la ticer... eh, sir...
me         : manade... sape ajar ni?
budak 2 : Sir X yang ajar. sebab tu kena panggil dia sir, sebab dia laki
me         : noooo...
kelas      : yeeeess...

****

me      : sorry class, i was away for quite a long while...
budak : ticer pegi mana? lama tak datang sekolah
me      : i had to attend courses, meetings, kejohanan sukan...
budak : tapi ticer Y cakap ticer bercuti
me      : cuti apa?
budak : ntah. ticer yang cuti, mana saya tau. apa la ticer ni cuti sendiri pun tak ingat
me      : -_____-
budak : nanti silap2 nama anak ticer pun ticer lupa... lepas tu tak ingat jalan balik rumah.. lepas tu sesat.. lepas tu ticer nanges sorang2...
me      : membebel ! macam mak nenek!!

****

budak a : ticer, why you black?
budak b : ticer pergi mengundi laa...
budak a : so?
budak b : masa ticer mengundi, orang tu tersimbah ticer dengan dakwat hitam tu. sebab tu jadi gelap macam pen marker~ hahahaha
me         : you two.. rehat lambat...
budak a : tak kesah... kami bawak bekal. boleh makan dalam kelas. hahahaha

****

budak : ticer ticer... nanti ticer's day ticer nak hadiah apa?
me      : eh? kenapa nak bagi cekgu pulak?
budak : sebab saya tak sambut mother's day... mak saya dah takde.. jadi saya sambut ticer's day je lah
me      : hey... em.. takpe. takyah beli hadiah kat cekgu ye. cekgu tak kesah pun..
budak : tapi mak saya ajar dulu, kena hargai orang. kena cakap terima kasih kat cekgu2... ticer, ticer ada mak lagi?
me      : mak cekgu pun dah takde. *senyum*
budak : ayah?
me      : pun takde dah. *senyum*
budak : *...nanges...*
me      : eh.. kenapa ni?
budak : sedihnya... ticer dah takde mak, takde ayah... ticer dah tak boleh sambut hari ibu, hari bapa... hari raya pun cekgu mesti sedih kan... tapi ticer senyum je... ='(
me      : takpe... cekgu tak sedih sangat... sebab ada kamu.. =')
budak : ticer.. nak peluk...


****


happy mother's day, mama..

Sunday, May 5, 2013

May the 5th be with You!


assalamualaikum, salam sejahtera. hai pengundi2 baru dan penyokong2 tegar kepimpinan idaman. seronok tangkap hantu?

google doodle khas sempena pilihan raya umum ke 13 Malaysia


hari ni, Ahad, 5 Mei 2013 bersamaan 24 Jamadilakhir 1434 Hijri... merupakan hari yang aku isytiharkan sebagai Hari Berinai Kebangsaan. hehe. sebabnya? kalo korang tengok newsfeed facebook, timeline twitter, dan segala tok nenek sumber media hari ni - semuanya dibanjiri dengan gambor jari. yaaa... jari! jari telunjuk yang dicalit dengan ink kaler blue-black sebagai tanda yang korang dah cukup umur,  diberi kepercayaan untuk membuat pilihan, dan telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Pilihan Raya Umum ke 13 weii!! Malaysia memilih!! haa... kan dah terikut iklan. hahaha.

aku nak ulas banyak isu pasal pilihan raya kali ni! tapi, esok2 lah kot. hari ni kita tengok seleksi gambar2 yang aku suka; mewarnai hari mengundi yang serba macam jadi . nanti2 la aku buat postmortem ye. hehehe. yosh!!

perkakasan undi disediakan oleh pihak SPR

orang ramai pakat balik kampung untuk mengundi. syabas!

pemandangan biasa dan seumpamanya kat mana-mana sahaja seluruh negara


PRU 13 jadi tumpuan media seluruh dunia


suasana di pusat mengundi. lebih kurang je kat semua pusat membuang undi seluruh negara. gambar diambil seawal pagi... kalau tengah hari, camne la gamaknye ye...


Tuan Guru Nik Aziz dilihat sama-sama beratur untuk membuang undi. Teladan yang patut dicontohi... tak macam  Najib... datang-datang je terus potong line pegi undi. haih laa..

Tun Mahathir dan isteri selepas membuang undi, memadamkan fitnah yang mereka ke Eropah sebab lari daripada mengundi


orang ramai membantu warga tua dan mereka yang kurang berupaya untuk membuat undi. Humanity is still there thank God!

isu pengundi hantu dan pengundi import. dalam gambor ni budak tu ditahan sebab dorang suspek orang asing yang diupah untuk mengundi oleh pihak tertentu. malangnya telahan tu salah. banyak lagi kes seumpamanya.. huu.. nampak sangat kita ni racists... -.-


antara gelagat pengundi-pengundi sepanjang tempoh berkempen dan membuang undi. walau kita lain fahaman, tapi kita tetap kawan.. err.. kawen. hahaha. +1!


isu paling hot sepanjang PRU 13 - penggunaan dakwat kekal ... yang tak berapa nak kekal katanya. banyak kes dilaporkan dakwat mudah hilang/tanggal.. tak seperti yang diuar-uarkan. hmm...


petugas SPR mengira undi sambil diperhatikan wakil pihak yang bertanding. 


isu dakwat kekal terus jadi bahan bualan. luls~


banyak lagi gambor2 yang menarik... tapi aku malas nak uplod. so korang boleh start collecting dan buat scrapbooks. nanti PRU 15 bleh show off kat anak cucu betapa heroicnya korang masa PRU 13 yang dianggap 'the Mother of elections' ni. hehehe...

bagi yang dah mengundi, tahniah diucapkan. semoga beroleh pahala atas amanah yang dah dilaksanakan. bagi yang tak mengundi, or belum boleh mengundi... doa2 la supaya dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk membuang undi di pilihan raya seterusnya. insyaAllah~ benda baek Tuhan tolong ^^

alritey... time to stick my eyes and ears kat tv and twitter. updates pasal win-lose la, apa lagi. huhu. jom!!


walau apapun keputusan kelak, terimalah seadanya. kerana.. anda jualah yang telah memainkan peranan, dalam menentukan masa depan Malaysia


kredit gambar2.
http://www.abc.net.au/news/2013-05-05/an-malaysia-election-2013-gallery/4670668

http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/indonesia-keeps-close-watch-on-malaysian/652906.html

http://borneobulletin.com.bn/index.php/2013/05/01/malaysia-braces-for-its-closest-election-ever/

http://hakaluka.blogspot.com/2013/04/pru-13-tips-memilih-calon-dalam.html

http://www.selangorku.com/?p=27421&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=80-tampil-mengundi-pru13-catat-sejarah

https://www.facebook.com/likeperekacerita

https://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini

https://www.facebook.com/otaireformasiII

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/05/kantoi-citer-bangla-mengundi-rupanya.html

http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/04/calon-calon-bebas-pru-2013.html

Wednesday, May 1, 2013

Demi Anak-Anak



assalamualaikum!! dah pektis kaler2 jari telunjuk dengan pen marker konon2 rehearsal mengundi nanti? hihik

haaa...

haritu kan aku cakap aku akan super bizi kan? yeap. itulah yang terjadik pon. siyes sebok weyh~ merata kena pegi, macam2 kena buat. tapi aku malas nak cerita panjang2... so aku bagi isi penting je bleh tak? hahaha

okay! memula.. sabtu tadi. aku attended satu English Camp ni. katanya lah camp. tapi bengkel je. hihi. harus la nama nak grand, noq! haa... buat pe kat sini? memperkasakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua? nuuuu... kitorang pegi... to have fun!!

syok ooo... kat sana, kitorang cecekgu inggerish ni didedahkan kepada sinar ultraungu cara2 nak ngajor english dengan lebeyh berkesan. haa... best! macam2 aku belajor. dari classroom management, pegi phonetics and phonology, pegi language art... semua syok! 

trainers bengkel tu terdiri daripada ENS (english native speakers) yang didatangkan khas daripada obesi untuk ajor kitorang camne nak jadikkan lesson kita lagi menarik dan berkesan. macam2 aktiviti kitorang buat. story telling, total physical response, games, nyanyi2... puas belajor banyak benda baru yang insyaAllah bermanfaat untuk digunapakai kat skola nanti. demi anak-anak.. hehe. whee!! nah aku sajikan sket2 dapatan camp tu. hehe


ni masa classroom management. interactive abesh! 


ni masa phonetics and phonology. dia punya english.. pergh.. London weh. jenuh nak paham. haha

ni masa language art. menyanyi! dan nyanyi! dan nyanyi segumbira hati!! wheee

sonok! buatkan aku dan cekgu2 inggerish laen rasa motivated nak ngajor. nak implement benda2 best camtu kat skola dengan budak2. haha. insyaAllah... yang baek kita try naaa... hiks~

then.. hari ahad pulak.

aku kena pegi pangkor!! pangkoq. lantak la ampa nak sebut camna. ekeke. pangkor lagi. taon lepas kursus kat pangkor gak. kali ni... pon situ gak. resort yang sama lak tu! adeii.. nasib la makanan dia sedap2, so aku tak kesah la revisit. ekeke

pegi sana buat apa?? haa... aku ringkaskan cerita - kitorang pegi mewakili daerah masing2 dalam negri slangor. kalo macam aku, wakil kuale slangor la. pegi sana atas tiket kesenian dan kebudayaan. ada seni tari, ada seni teater. tapi semua tu seni persembahan la. kena buat modul untuk present kat kmentrian plajaran... so that dorang akan review, then kalo ok... akan jadi modul untuk digunapakai satu negeri/negara. wallahualam~

tak kesah! janji... i had my time there! best la, dapat jumpak kawan2... dapat kawan2 baru... kenal2 orang. pastu aktiviti kitorang pon komprehensif. memang menepati tajuk kursus lah. takde menyimpang langsung. hehe. yeap. kena menari. ohuuuu... lamanya tak menari. aku dah nak pencen dah pon.. tapi boss suroh pegi jugak. demi anak-anak katanya. ngaa... call of duty ni. so.. takleh tolak la kan. hakhak

so kat sana kitorang blajor acaner nak ngajor tarian tradisional kat budak2. zapin, inang, joget. camne nak siapkan budak.. kostum mekap bagai. haaa... hambik kau an. menari reti, siap budak tak pandai. kan dah kena lahar. ekeke. oh ya! kreasi pon team aku buat. aku bawak lagu Rampai Tari Meriah Latah Che Kiah. nama taknak kalah kan! hahaha. rindu punya pasal, kita reka gerak. tribute!! ^^ 

nah aku kongsi sket2. sket je ni... kalo ikot banyak sangat tak larat cerita. hahaha

ni time blajor siap budak. aduii... tak pandai la akuu.. T____T


blajor pemilihan busana. banyak lak nak kena study. aih... tapi takpe la. ilmu tu bernilai. hehe


manis-manis lara lebaran. selamat hari raya!! hahaha


makan hati tak tengok? harus la. holiday kot! hahaha. tapi balek skola pecah kepala la... bertimbun buku nak kena semak, ketas2 instrument nak kena tanda.. adeii... @____@

balek ari rabu. khamis gi skola.. jumaat ponteng skola!! hahaha. pi mana pulak~~

pi UM oi, UM! universiti malaya!!

buat apa? haa... pon demi anak-anak. ekeke. budak2 ni ada dua event. satu bertanding tarian. satu lagi show . so jumaat rehearsal - spacing pentas bagai. sabtu show pulak. ahad baru bertanding. padatnya lah jadual budak2 retis budaya ni. haha. haaaiihh...

so jumaat berlabuh, datanglah sabtuuuu... pagi2 sabtu tu dah ada kat hotel legend. nama baru dia sunway putra hotel kot. ada apa? aa.. budak2 ni show sempena majlis pelancaran novel. novel terbaru Siti Rosmizah. kaki2 novel surely kenal kot. femes beliau ni. majlis pelancaran novel dia je dah buat kat hotel grand2, panggil press, jemput peminat, undang artis buat persembahan teater dan nyanyian. perghh... aku cam tak caya je aku terlibat dengan dengan semua2 ni. hahaha

pasal novel Siti Rosmizah tu, korang leh google kot. "curi-curi cinta" dah ada kat pasaran. pastu novel "takdir itu milik aku" pulak bakal difilemkan. suke la korang ye. hahaha. nanti la aku give it a try baca novel melayu lak. hee

oh ya! masuk bab bertanding.

humangaaii... skola2 yang masuk bertanding semuanya hebat2. reputasi dah ada. nama dah gah. aku rasa bertuah dapat join event seumpamanya. bleh kenal otai2 bagai. rasa kerdil je diri ini bila ada dalam kalangan dorang yang power2 tu. hiks. takpe la.. aku pegi pon nak belajar. demi anak-anak. =)

lebeyh daripada suploh buah skola bertanding, hantar team terbaek dorang. skola aku pon tak nak kalah kan. harus la budak2 aku pon dah berlatih kaw-kaw punyooo! sape tak nak menag kan? hihi. tapi nak buat camne... taon ni tadek rejeki. skola2 yang disebut-sebut, dijangka-jangka - semua tak dapat tempat. haa.. tu la kuasa Tuhan. hahaha. sokaayy, aku cakap kat budak2, kita takde rezeki kali ni. maybe nextime. dorang ok je. janji makan kenyang, buleh main lari2... ok la tu.. luls!

citer banyak tak guna. nah tengok sedut sedan ktorang! ^^


ni budak2 skola aku. maap ye anak2... nak pegi wet land kena menang.. em em.. haha


ni budak2 laki sk bkt jlutong. mana pegi dak2 pompuan dia tah. haa.. dorang bawak lagu asli. pergh~ layak johan!


ni skola power gak. puchong prdna. tempat ketiga. cayalah!!


ketua pngarah jkkn turon beb~ haaa... tahniah buat semua!


tuuudiaa... banyak gila gambaq kali ni. lepas geram punya pasal sebab dah lama sangat tak uplod. ekeke. tatap la puas2 ye. aku dah tak larat nak cerita. a picture speaks a thousand words kan. so let it be. hahaha

oh! gambor last utk sajian semua. . .






selamat mengundi!! xD


Friday, April 19, 2013

Hari Keputeraan Sultan Perak ke 85



Assalamualaikum

Daulat Tuanku




Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.


Patik dengan rasa rendah hati dan diri penuh takzim ingin mengambil kesempatan 
menjunjung kasih merafak sembah
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena menyambut

Hari Keputeraan

Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Ghafarullahu-lah

yang ke 85

pada hari yang mulia ini
Jumaat, 19 April 2013, bersamaan 8 Jamadilakhir 1434 Hijri


Patik dan jelata Perak sekalian mendoakan semoga Allah lanjutkan usia 
dan
memberkati pemerintahan Tuanku


Daulat Tuanku!





sumber banner dan gambar

Thursday, April 18, 2013

Belajarlah Sebelum Jadi Jenazah


assalamualaikum. salam takziah buat mereka dan keluarga mangsa yang berkorban, terkorban, demi agama, bangsa dan negara. semoga dirahmatiNya.

sedor tak sedor, umor kita meningkat. jyeaahhh.. setaksub aku berjiwa forever21 pon, aku tahu mati itu pasti. huhu. 

jadi!

kali ni aku just nak kongsi something yang aku rasa wajar sangat2 di-share secara pukal dah berjemaah.


Panduan Menyelenggarakan Jenazah dan Persoalannya

yes. panduan menyelenggarakan jenazah dan persoalannya.

mungkin ramai dah dalam kalangan kita yang tahu benda ni. dulu2 time skolah dah blajo. tapi tak dinafikan, ada jugak yang tak tau. tapi memandangkan dah besor, dah tua... segan pulak nak bertanya... tu yang jadi takketauhala tu. maka... jom kita berterimakasih kat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas inisiatif dorang menyediakan risalah ilmiah ni dalam format PDF supaya sumorang buleh donlod dan baca dan faham dan amal.

korang boleh klik kat SINI untuk terus ke pautan muat turun pdf ni. terima kasih kat kawan kita, Faiz Zaini yang share benda ni kat fesbuk. besor pahala dia. =]

ingat. perkara paling dekat dengan kita ialah mati. (Imam Al-Ghazali)

wallahualam~

Wednesday, April 17, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhempat


assalamualaikum! hai korang yang pandai masak. ajor saya masak asam pedas keladi boleh? selalu buat - selalu jugak tak jadi... =(




blup blup blupp!! kuchii.. chaaaa!! nyaan nyaaann~ ^^ ok aku takde niat nak buat kiyomi gwiyomi asdfghjkl bagai. apekebende pon ntah la tu. tup tup dah femes. pehtu ada plak makhluk nama bobo jadi viral kat youtube. hhnnngghhhh... facepalm doplosatu kali lelaju. ~.~

aku tak pasti la samada aku yang lembab atau aku yang lembab. wahaha. tapi tu la. benda2 laghoo centu aku jarang amik pusing sangat. em em.. =p benornye aku sebok weh... aa... itu ini nak kena urus, nak kene handle. tanak la citer kat sini nanti korang skip baca perenggan ni plak. pastu korang akan cakap "ah pegi mati ah kau punya sebok! orang len pon sebok jugak, sempat je buat keek, video parody dan TweChaTup (Twtup + WeChat)" .. ye la ye la.. aku la pegi mati. #jalanseretbantal ... 

eh tanak. blom mao mati. tak kawen lagi  amalan tak banyak lagi.. wuuu.. budak2 aku pon tak bagi aku mati lagi. dorang cakap "sape nak marah kitorang bila tak siap latihan kalo ticer mati.." .. bhahaha . aku tatau nak sedeyh ke camne. tapi aku gelak gak la walopon budak yang cakap tu cam siyes je. luls~ 

anyways! minggu dopan den takdo kek skulah. poie mano? aa... camni citonyo.. minggu dopan den bizi bonar. mulo sabtu ni den kono poie english camp. humangai! dah tuo bangko pun dapek poie enggerish camp? sonok eh! sonok yo? haghapnyo lah... sobab deghang koba kek den namo bengkel tu.. English Fun Day. bhahaha. yang kono masuk namo, sumo cekgu2 eh. ghaso2 sonok ko? hee.. nanti den koba kek sini yo, lopeh den bojimbaa sano. ekeke

tapi nak kabo ke mengkeme ni pon lambat le ghopenye. ate, lepeih kemping tu teman kene balek negeghi teman . pegi mane? pegi pangkor oiii~ hahaha. deme kabor kat teman, kate ahad ni kene pegi sane.. sampei le aghi rabuuu... haa.. ade ape yob? teman ade seminar ni, seminar.. haih bala bala.. bengkel kesenian dan kebudayaan. uhuuuu~ bunyi macam buleh menggetik lagi ye? udoh2 le... beda'ah je ha. setat deme kabo ke teman tadi, udoh libang libu teman dibuatnye. haaa... kome ngekek le~ yang nak nyelap sadonye kaghang teman ni ha.. haih~ tak sior teman... -.- tapi lege. deme ngangkot pakei beh. tak ghiso le takde mentokaa. hahaha

hat tu pon nanti kami hapdet kat sini. tapi tunggu senayan satu lagi laa.. pasai lepaih balek tu, hari jumaat kami kena pi yuem! Yuu-Em! hahaha. awatnya? aa.. ada bertanding menari. sabtu dengan ahad kami dok kat sana. mai la tengok! =) eh dak aih.. kami tak pandai menari... saja gatai nak ikot. =p ekeke. boss kami suroh masuk bertanding! adui laa... nak kena bawak budak lagi. dah la lawan dengan hat tera-tera. kami ja dok rasa cokiaa tahap kena balun dengan bemban pon dok bebai lagi. ngehngeh. tapi ampa doa la kat kami noohh... nak gak merasa menang.. lagi. ^^ mudah2an ada rejeki pembawakan bawak budak... hehe

noharomm.. aku cerita panjang2 pon kannye korang baca. hahaha. ye ye... aku cut it short. baca laa puas2 bawah ni. aku pon dah letih sengih mengenangkan budak2 aku ni. saket kepala pon dengan dorang... tenang jiwa pon dengan dorang. hee.. enjoice!!


****

budak : ticer, haritu ticer cerah. kenapa sekarang ticer gelap?
me      : cekgu pegi berjemur kat padang... seminggu berpanas~
budak : .... 
me      : dah kenapa?
budak : ticer takde rumah ke?

****

me    : who knows how to play the piano?
*hampir satu kelas angkat tangan*
me    : whooaa... betol ni?
kelas : betoooolll~
me    : okay... tapi kalau kamu tipu, nanti kena panah petir. tu je. ok now who knows how to play the piano?
*takde sorang pon angkat tangan*

****

me      : *tengah geram kat budak asik tak bawak buku* don't make me speak lengthy english with you! elok2 kamu makan nasik, karang makan lempang kot.
budak : ustaz! saya selalu makan lempang!
me      : cekgu tengah nak marah ni kamu menyampuk! ha, sape lempang? makan kat mana!?
budak : kat rumah! mak saye buat. saye makan cicah susu.
me      : itu lempeng!!! eeeiiiii~~!!

****

budak A : ticer, ticer suke pompuan macam mane?
me          : hoh!? apsal tanye camtu?
budak B : ye la... kot2 la ticer suke pompuan macam neelofa ke, yuna ke..
me          : nope
budak A : najwa latif?
me          : nope
budak B : shila amzah?
me          : nope
budak A : nora danish?
me          : dah abes tanya? go, finish up your work. go go.
budak B : ticer, muka ticer merah! weii muka ticer merah laa!

****

me      : let's take a look at the story. read aloud together. are you ready?
kelas   : aye aye captain!
me      : i can't hear yooooouuuuu....
kelas   : AYE AYE CAPTAIN!!
me      : hahaha. ok let's read!
budak : salah la ticer. patotnye.. ooooooooooohhhhhh... spongebob squarepants!!

****

budak 1 : ustaz, ustaz dah kawen ke belom?
budak 2 : ko tak payah tanya sir la... sir takkan jawab.
me         : eh? apsal plak?
budak 2 : ye la... orang kawen dua mane nak cerita kat orang. macam ayah saye. senyap2 je. pastu mak mengamuk baru dia cakap.
me         : err..

****

*tengah bersidai kat koridor sambil tengok budak kawad dengan budak2 time rehat*
budak a : kenapa ko panggil ticer ni, ustaz?
budak b : ticer memang ustaz la. dia ajar tahun satu mengaji kan. lagipun ustaz pakai songkok. kan ticer pakai songkok. ustaz la tu!
budak c : habes kenapa ko panggil ticer X tu ustazah?
budak b : dia pakai tudung tak lipat. 
budak a : ha'ah. kalau ticer2 selalunya pakai tudung pin kat bahu... ustazah je tak lipat tudung ni...
budak c : habes, kenapa cikgu Y ko tak panggil ustazah?
budak b : cikgu Y pakai tudung renda langsir. manade ustazah pakai tudung ombak2 camtu...
budak a & c : ooooo...

jenuh aku tahan gelak. bhahahaha xD
****

*lupa pakai songkok*
budak 3 : ticer, kenapa ticer tak pakai songkok?
me         : kamu rasa?
budak 3 : ticer tak pegi solat jumaat
budak 4 : wey, ticer pegi la. tadi aku nampak kat surau. 
me         : haa.. thank you.
budak 4 : ticer, kenapa rambut ticer kaler brown?
me         : err... what do you think?
budak 3 : ticer kacuk kan!
me         : oh? haha. kacuk apa dengan apa?
budak 4 : mesti la orang dengan orang... takkan la dengan pokok bunga pulak! ahahaha. ticer kena!! satu kosong!!

****

*relief tahun 3*
me    : okay i'll see you tomorrow insyaAllah.
kelas : insyaAllah... insyaAllah.. insyaAllah... ada jalannyaaa~~
me    : hahaha. alright. terima kasih kelas!
kelas : terima kasih.. ku-ucapkan paaadaaamuuuuu.. aatas nikmat.. yang diberi.. padaakuuu~~

****


aahh... i love my job. alhamdulillah ^^


Wednesday, April 10, 2013

Tengok Betul-Betul...




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





-use your eyes, with your brain. seeing is believing. you'll crack the trick. =)

Sunday, April 7, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Petua Mengadap Bakal Pak dan Mak Mertua


assalamualaikum ! hai gadis2 semester akhir dan yang dah tamat mengaji. nak tunggu dapat piheshdi baru nak cari laki? luls~

sekarang dah 2013. ramai kengkawan aku yang dah kawen. dah tunang. alhamdulillah... yang dah nak jadi mak bapak budak pon ada. wheee!! the rest? aa... majoriti budak2 ni pon ramai yang dah steady dengan calon2 laki/bini masing2.

anyway. dalam pada aku blurr2 ni... still ramai yang tanya aku;

"an, nanti nak jumpak family dia.. nak kena buat apa ek?"

or "ada tips tak... petua ke... nak mengadap bakal pak/mak mertua... em?"

berani tak?? hehehe. sumber


ngaaa... aku kedip2 mata kejap. sambil2 aku pikir... dorang salah tanya orang ke camne? hahaha. adeh.. aku ni sape2 jugak la. ilmu tak banyak, pengalaman pun sikit... nak nasihat orang yang lebih maklum? uhuu... anyhow, i feel honoured la bila kawan2 mintak pandangan, pendapat centu. alhamdulillah. =]

kenapa korang kalut sangat bila nak jumpak family dia? what's the hassle? haaa... aku tak sure la kalo kehidupan korang memang macam cerita "Meet The Parents" tu kan. tapi kalo kita kat Malaysia ni... ada tatacara dan sila santun yang nak dijaga. kita tinggikan adab, bukan adat. hatta... orang kata first impression tu penting. lebeyh kurang macam korang nak interview keje la jugak kan. segala sijil portfolio nak bawak, baju nak lawa, bau nak wangi... bla bla bla. ekeke.

so! nak citer banyak tak reti. jadi aku kongsikan some humble opinions of mine ye. hehe. leggo!!


Petua Mengadap Bakal Pak dan Mak Mertua 101

SEBELUM

1. kaji background family pasangan

benda basic bro... nama penuh, nama tak penuh, nama panggilan, nama glamer... umur, pekerjaan, kesukaan, ketidaksukaan... etc etc. haa... ni penting ni. details ni yang korang perlu tahu, hafal, hadam. takde la korang buat benda bodoh nanti... macam tertanya "err.. pakcik ni nama apa ye? maklum laa, selalu panggil nama anak pakcik makcik je.. tu pon bukan nama penuh.. dah la panjang. jenuh saya nak nyebutnye. maaf saya lupa.." kalo buleh relate-kan little details tu dengan korang. agak2 yg dorang suka, korang buat. yang tak suka.. jangan bagi nampak. common law sense bro... haha


2. faham culture keluarga 
kalo gamak2 korang ni gegadis bandar, uptown girl, city boy... tapi bakal mertua korang tu orang kampung atau mendukung norma2 desa... jangan la korang nak buat pekan sangat. ikot pepatah melayu; di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. jangan disanggah benda yang tak salah. ok? kalo dorang makan stail tambah nasik, korang kena tambah bila dipelawa. kalo dorang makan bersila, korang kena bersila. takyah ngengada mintak sudu garfu kalau dorang sendiri pun makan dengan tangan. haa. begitu jugak sebaliknya. insyaAllah, dorang pun dah cuba nak present yang terbaek buat korang.. so why not korang cuba ikot cara dorang? =]



3. tanya pendapat pasangan

tentu2 la anak dorang tu lagi memahami mak ayah dia kan. hanya johari mengenal maniam jauhari mengenal manikam? aa.. centu la. hehe. mak awak orangnye camne... abah tu garang ke tak... suka sembang pasal apa... kalo nak tanya2 itu ini boleh ke tak.. apa je yang sensitip bagi dorang.. etc etc. koman2 partner korang akan suruh buat itu ini sket2, demi menjaga kemasylahatan bersama. ekeke. ikot je la. tak luak pon kalo setakat nak sembang isu2 semasa, minat dorang, or nak kena kalahkan dorang main dam aji ke... nak kena masak japanese cuisine ke.. tak reti? belajar la dulu! maklum la, nak amik ati~ ekeke


SEMASA

1. timing

masa. jaga masa. plan elok2, bila nak jumpak.. hari apa, pukul berapa, bla bla bla. biasanya kalo korang dah keje.. sabtu ahad je la yang free pon kan. elok jugak, maybe bakal abah dan mak mertua korang pon free hari2 camtu je. then... suroh la partner korang set masanye. seelok-eloknya, waktu nak tengahari, or petang2 sket... kalo dijemput makan malam lagi baek! haa..

agak2 korang tak berapa berani lagi... maklum la... rasa belum bersedia... so korang pegi la time2 special events. macam masa hari raya ke, open house ke, sambutan ulangtahon kelahiran dorang or pasangan korang ke... kenduri tahlil ke... pandai2 la bajet event yang sesuai. yang penting musti korang berkesempatan nak luang masa utk borak2 dengan bakal mertua korang tu. jangan jadi just a face in the crowd je... kang laen pulak impression dorang nanti.


2. pakaian

bukan nak suroh korang pakai suit or tuxedo or jubah or abaya or berniqab bagai. nooo... unless itu memang korang, then laen citer la kan. pakaian.. penampilan.. biar modest. sederhana. islam suka kita bersederhana. tak berlebih-lebihan. no need coat and tie, or peplum and stilettos 5 inci. janji sopan, kemas, sesuai, dan paling penting tutup aurat. kalao korang memang pakai kopiah, pakai je lah. takyah hipokrit nak bukak lak... tapi takyah tabarruj sampai berserban tiga-patblas kali lilit plak - konon2 nak nampak cam ustaz don. yang pompuan.. tudung bawal dengan kurung cotton pon dah cukup perfect. siyes. eh.. =p



kalo boleh... elakkan lan printed T yang tulis ayat yang bukan2... ini, pakai baju tulis "saya sayunk anuck muckcheek" or "punk not dead" ... jadahnya dorang nak berkenan. baju gambor2 tengkorak ke, gambor happy tree friends ke... even gambor muka korang skali pon - takyah la kot... elakkan2. >.< pompuan.. jeans ketat2 tu, simpan dulu sat na... kalo nak pakai blouse or dress, pakai la yang sopan dan tak striking. be humble. jangan nak melawa macam gi grand dinner kolej sangat. semua tu bakal mertua korang tengok dan nilai tau! haaa.. 


3. bawak buah tangan

tak semestinya buah... tapi kalo bawak buah pon cara gak. hahaha. bring something nice! something yang dorang suka. gamak2 family partner korang tu suka doyan... ate mike jinjing le sebakul due doyan bukit gantang nu haa... uih, suke deme! hahaha. or korang tahu the parents suka kek ke, mee bandung muor ke, mee udang banjir kuala sepetang ke... usaha! cari, buat, masak, bawak pi. itu baru nama bersonggoh nak amik hati! ekeke

tak sure la kaum lain acaner kan.. tapi kalo dah namanya melayu... ada budi bicaranya. bila kita bawak buah tangan semasa bertandang ke rumah orang... orang yang menyambut kita tu pon jadi suka. hepi je welcoming korang. ni bukan setakat adat budaya je tau. akhlak islamiah pun ada ajar tatasusila bertandang ke rumah orang. haaa... but please, selidik dulu apa yang patut dibawak. jangan main taram ke. tak semestinya apa yang awak rasa dorang suka tu... memang dorang suka. ok?


4. jaga adab dan perangai
ini aku rasa takyah pesan kot. naturally korang tau nak kena buat apa kan... jaga perangai tu. bagi elok2 sikit. tenang, rileks. jangan buat cempera tak tentu hala. salam pada yang sepatutnya. duduk molek2, jangan nak sila panggung sangat. kalo bercakap jangan tinggi suara. jangan kasor2. gelak tu cover2 sket. TV tu bukan korang punya, so jangan nak suka2 tukar channel wlopon remote depan mata. aircond tu pon kalo tak di-on, jangan memandai cari suis. jangan buat benda2 yang buleh sakitkan telinga, mata, hati dan otak orang . ok? babap satgi kot.. ~.~


5. topik perbualan

aku gunakan istilah perbualan kat sini supaya korang tau itu bukan mesyuarat ahli lembaga pengarah atau pibg sekolah. keep it santai. no pressure. k? paling2 pasti, korang kena pandai nak cerita pasal diri korang sendiri. harus la... tah sape2 jugak la yang sangkut kat anak dorang ni... mesti la nak kenal empunya diri, keluarga dan laen2 peri. amik cue, cerita sket2 pasal asal usul, keluarga, blajor mana, keje apa, camne kenal si dia... cari space untuk korang pon tanya2 pasal dorang. lepas tu cari la topik2 umum macam isu2 semasa ke, cuaca ke, semangat kejiranan ke.. tapi ingat! jangan over lak. be it soalan, be your jawapan... keep it below par. play safe. tanya banyak2 sangat pon orang menyampah, jawab lebih2 pon orang menyampah. so know your limit, k? paling penting - LISTEN! pay attention! memang potong aa kalo tengah2 abah dia syok cerita pengalaman masa jadi askar dulu... tetiba korang 'tertanya' "apa dia pakcik? saya tak dengar tadi. maklum laa pakcik cakap selow sangat. dah la selow, tak best lak tu.. boleh tolong ulang?" basic bro, basic. hehe

then, kenalpasti mak ayah dia suka sembang pasal apa. paling2 koman korang kena tau isu2 semasa. kalo bakal pak mertua korang suka memancing... bawak sembang pasal memancing. kasi pancing dia sket. ekeke. kalo mak mertua korang suka menjahit, korang borak pasal fesyen dan yang berkaitan. agak2 tak paham... boleh je tanya elok2, nanti dorang eksplen la... kalo buat2 paham je.. kang kne tanya balek - korang taktau nak jawab - mati oooiii~ hokhok. ^^ erm.. kalo boleh, elakkan topik2 sensitip dan hot, macam politik, agama, perkauman, hak istimewa orang melayu, subsidi, teori letupan besar, faktor kepupusan dinosaur, kenapa lipas perlu ada sayap dan seumpamanya. unless korang di-invite untuk berbicara tentang tuu... then doa2 je la korang takde slip of tongue. muehehe...




6. rajinkan diri

gamak2 dah tengahari tu... waktu2 orang nak makan lunch... pegi la tolong bakal mak mertua korang tu masak kat dapur. siang2 ikan ke, potong2 sayur ke... biasanya pompuan la yang kena masuk dapur ni. kalo lelaki... duduk2 kat depan tu, sambil2 tengok tv, borak2 la isu2 semasa. jangan lak korang bantai baca soratkabo senyap2 je... agak2 bakal abah mertua korang tu tak banyak cakap, aku rasa takde masalah pon korang tolong2 sedia apa2 yang patut untuk lunch or dinner japgi. aku dulu selamber je masuk dapur, tolong masak bagai. err... bakal mak mertua tak jadi aku dulu tu baek. sporting. paham perangai aku yang suka menempel kat dapur sambil2 mengumpat ni... ekekeke

stigma dia satu je - jangan dok diam buat bodoh, apatah lagi buat malas. pergh... orang tua2 cukup pantang dengan orang malas. dah sudah makan tu, sila rajinkan diri - kemas meja makan. tolong basuh pinggan mangkuk periuk belanga semua. takde hal lah beb, kau laki ke pompuan ke. benda baek ni tak nanti jantina sesuai. ok? haha.


SELEPAS

ini patut2 entri laen dah ni. tapi aku bagi advance la ek. hewhew

1. keep in touch

rajin2kan jugak tanya khabar bakal pak dan mak mertua korang. kalo ada nombor tepon tu, call. takpon sms. takpon emel. kalo advance, ada fesbuk ada twitter... guna cara yang ada. let them know yang korang ni prihatin. habis2 takde sangat, sampaikan salam dan/atau tanya kabor melalui pasangan korang. ini penting beb... nak build rapport yang baek kena maintain network. connection kalo 3G, HSDPA, sumorang pon suka. tapi kalo GPRS, EDGE... sumpah seranah tu biasa la. if you know what i mean.. hehehe


2. kirim buah tangan
ada masa2nya.. kalo agak2 lama tak pegi melawat dorang tu... kirim2 la buah tangan~ bagi la cekelat daim sebalang ke, kain pelikat kain batik ke, manggis 3-4 kilo ke... supaya dorang tau yang korang ni ingat kat dorang selalu - bukan one shot masa pegi rumah aritu je. paham? takde la dorang pikir korang ni just semata-mata nak kat anak dia je, bukan nak jadi sebahagian ahli keluarga. pandai2 la ek. heee...


3. datang ziarah

jangan serik datang rumah! kalo dijemput, datang. kalo ada kelapangan/kesempatan, pergi. baru nampak korang bersungguh nak jadi anak menantu dorang!! tapi jangan la hari2... or tiap2 minggu... kang mak ayah korang sendiri lak pelangkung korang dengan senduk kuali. hambooiihh... gatai meghela!! rumah orang buleh pegi tiap2 minggu. rumah mak bapak sendiri sebulan sekali pon belom tentu!! =p


fuuuuhhhh.... nak sangat tips. hambik. hambik! hahahaha


anyway, apa yang aku kongsikan akt sini basically based on my pengalaman, pembacaan dan perkongsian dengan orang2 lain. yang mana baek, buleh la amik, pakai. yang tak elok.. takyah la ikot. takpon, pandai2 la modify.. ok? ^^ PALING PENTING!! jadi diri sendiri. be yourself. takyah susah2 nak jadi macam Anwar hadi or Mat Luthfi or Aiman Azlan or Maria Elena or Hanis Zalikha or Ainan Tasneem or Nelydia Senrose, unless awak memang Anwar Hadi or Mat Luthfi or Aiman Azlan or Maria Elena or Hanis Zalikha or Ainan Tasneem or Nelydia Senrose. ekeke.

selamat maju jaya. selamat pengantin baru in advance!! ^^



Saturday, April 6, 2013

Suka Duka April 5


assalamualaikum. ^^



ya Kariimm... lama sangat dah rasanya aku tak update blog. kalo aku bagi alasan busy, mesti bunyik cam dah lapok kan? haha. tapi nak buat camne ... tu hakikat. ekeke

minggu lepas, minggu kemuncak bagi team bola lisut skola aku. yeah... dah turon padang 2-3 bulan, dah lenjan main panas pagi petang minggu2 last sebelom tourney.. memang wajar la aku demam kan. haha. tapi alhamdulillah... i enjoyed the minutes spent. i had my time. ^^

these are my kids. my little army. =)

last pose sebelom game. nampak cam old skool lak lepas filtered. ekeke

power budak2 ni. tapi ni budak skola laen la. hahaha

pose pasca perlawanan. ah.. muka hepi je wlopon kalah. bhahaha. they learned well. xD oh maaf gambar kurang 'terang'. malas nak edit. luls~


well... takde rejeki nak menang tourney kali ni. tapi alhamdulillah... lepas kira2 semua benda, teknikal segala... dapat la budak2 ni nombot 3... boleh la tuu... hehe. insyaAllah, ada peluang aku try bawak bagi jadi champion pulak. doa2 la ye! ^^

ekceli tu mukadimah. ada benda best nak cerita...

hahahaha

masa dua hari tournament ni... banyak benda jadi beb! ada budak injured, ada budak gadoh, ada cekgu gadoh. hahaha. biasa la tu. tiap2 kali bertanding bola lisut, mesti ada gado punya. leuls. tapi tapi!! ada satu benda ni... yang tak selalu jadi tau! tetiba jadi aritu. haaa... apakah??

ada budak skola menengah nak ngorat aku beb!! form 4 plak tu!!!

hahahahahaha. homaaaiii... siyes! terkejut aku. kebas muka! dah lama kot tak kena mengorat secara terus dan telus. hahaha. noharom ayat xD . 

citernye camni... 

.

.

.

taknak citer ah. malu.. >.< hahahahaha. biar aku simpan sorang. buat kenangan. ekeke. apa yang leh aku gtau; aku dapat surat 'peminat' . wohooo!! nak pengsan. luls! lawa beb tulisan budak tu. dah la bahasa pon cantek. takde rempit2 ittew2 awuck2 laaa... ini baru melayu sejati. hahahaha. tapi tu la. aku cakap aku cekgu, budak tu tak caya. dia ingat aku tipu. dia ingat aku student kolej or universiti, tolong coaching budak2 skola rendah. tak nampak macam cekgu katanya. muda baya2 dorang je. hahahaha

terkedu aku bila dapat surat cenggitu. bukan tak pernah dapat... tapi dah lama tak dapat~ ekeke xD zaman muda2 skola2 dulu ye la... dah tua2 cenggini, tak sangka lak leh dapat lagi. tu yang aku macam bengong2 kejap... budak ni rabun ke camne.. ahaks. well, sori la... aku memang tak bagi la dia nak add fb, apatah lagi nombot tepon aku... tapi bergambar tu bleh la, since ramai gak budak2 len tarik2 aku bergambar dengan dorang. muehehehe ayat poyos nak mampos! LOL. tapi nak wat camne.. kebenaran itu pahit kan.. =p hahaha

speaking of gambar... 

actually aku nak tulis entri ni semalam... tapi... memandangkan aku tak dapat nak menulis sebab mata pedih mengantuk punya pasal kot... so aku delay-kan ke hari ni. hehe. yeah i know. gua kata gua rock. tapi hati gula kapas. acaner.. hihik. ^^

em.. it's been a while. . .


wajah kesayangan hamba. 


err.. sila abaikan muka yang ada bendera malaysia kat atas kepala dia tu ye. muka budak baru bangun tido.. hihi..


yeap.. mama. abah.

18 februari tadi, ulangtahon kepergian mama... 5 april semalam, ulangtahon kepergian abah. dorang pergi tahon yang sama. 2007. jahat dorang ni... pakat nak tinggal aku sama2 plak. dah la tu, tak pernah datang jengah pon. dalam mimpi pon tak.. huhu..

mama.. abah.. adik rindu. 

hahaha. ingatkan tulih merapu2 kat atas bleh cover line. haha... aish..

.

moga mama abah..
tenang kat sana
adik doa
=]



aaaarr... habuk masuk mata... erghh... ni akibatnya malas kemas umah. banyak habuk. aa.. nak cari mop dgn duster kejap. bye.