SOCIALIZATION

Sunday, July 1, 2012

McDonald's Puncak Alam Dirompak. Lagi

sesubuh tadi aku bangun... tengok kat henpon.. ada text. tonyoh2 mata sikit.. then baca...

"An, mekdi br kne rompak.
Elakkan kua memalam
Ok tu je. Take care.
Goonight" *smiley*"

03:16

hoh!?? mekdi puncak? tempat twtup aku dgn along-angah-achik kawasan tu? pergh! tekezut la aku. so aku teros google2... dan call kawan aku.. and yes. McDonald's puncak alam dirompak, mlm tadi.




dari sumber google search dan cerita kawan aku yang pegi ke McDonald's tu untuk ambik kawan dia yang jadi mangsa kejadian.. rompakan berlaku antara jam 2-3 pagi. sekumpulan lima (5) lelaki turun daripada kereta dan meluru masuk ke dalam restoran, merompak kaunter serta pelanggan yang berada di situ.

penjenayah dikatakan menaiki Satria hitam bernombor pendaftaran WHU 3832. perompak memakai topi keledar bagi mengelak dikenali dan dirakam kamera restoran. lagi memburukkan keadaan, dorang bersenjatakan parang dalam melakukan jenayah. kalo korang ada sebarang maklumat tentang kenderaan ni, sila report polis cecepat!

dorang rompak mesin duit di kaunter, dan barang2 berharga pelanggan masa tu. antaranya, beberapa bijik laptop. rata-rata pelanggan yang ada di situ budak2 uitm puncak alam yang tengah study dengan kawan-kawan. tak pasti henpon dirompak jugak atau tak. 




tapi alhamdulillah jugak la.. sebab semua mangsa rompakan/kejadian selamat... takde yang diculik ke, dicederakan ke... walopon perompak menggertak dan mengugut mangsa dengan parang dan ugutan bunuh. to think it on the brighter side, better hilang barang daripada hilang nyawa... huuu.. mintak simpang~

em.. selain dari merompak, penjenayah jugak melingkupkan harta benda McD. taktau apa motif. mungkin tanda amaran supaya jangan membantah cakap dorang kot..

ni hasil daripada aku search sikit kat twitter pagi tadi..



untuk maklumat lanjut dan kredit (sumber) gambar, boleh baca dan lihat di SINI dan SINI


p.s. sebenarnye lah kan... malam tadi.. lepas updet blog pukul 2 pagi tu... aku memang nak pegi makan kat McD puncak. rasa naaak sangat2 makan kat situ. lapar kot.

so i drove my car, dan gerak menuju ke sana.

but halfway... masa nak sampai roundabout berhantu tu... aku tetiba rasa tak sedap ati... rasa macam ... tah. tak tau nak cakap camna. rasa sayang duit pun ada, rasa tetiba kenyang pun ada.. but i felt uneasy. macam tak best je.. jadinye, kat roundabout tu... aku pusing 1 round, and patah balek.. terus balek rumah.. tido.

kalau betul itu gerak hati aku yang menghalang aku daripada terbabit dalam kejadian rompakan tu... Allah.. aku bersyukur sangat2... Dia dah selamatkan aku, dah lindungi aku daripada bencana. mungkin berkat aku beli tisu dan sedekah apa yang mampu kat pakcik main muzik kat pasar malam, petang semalam kot.. wallahualam...

apa2 pun... aku nak pesan kat korang... take care. jaga diri. berwaspadalah. jenayah sekarang makin2 dasat. manusia makin2 hilang kemanusiaan. jadi.. tolong. please. jaga diri, tau.

Jangan Sombong, Please...

hari ni hari yang panjang... ok, same je duplopatjam. tapi... itulah.



wlopon sepatotnya sabtu adalah hari beristeri-rehat, tapi pepagi lagi dah kne pegi skola. arini kne ngajor jugak. tuisyen. kelas tambahan. whatever you call it. hehe

dari kul 8 ngajor, sampei le kul 12.30. lupe lak nak makan. balek, zohor.. tidou. kroehh krooeh sampai kul 4.30. ngeh~ mamai2... solat asar. ok lapaq. lapiaaaq~

dengan gigihnye aku gagahkan diri yang gegeh nih pegi amik laundry kat dobi. apsal macam redundant terok je ayat aku nih? hahaha. ok. pastuh... tetiba tergerak ati nak beli bola basketball baru. sebab yang lama dah tadak. dah sedekah kat orang, suroh budak2 tu rajin2 sikit maen. biar jadi hebat, masuk NBA. haha

so start ford buruk, tros pegi saujana 'mata memandang' utama. kat sungai buloh. tak jaoh pon dari puncak ni... hehe. dengor2 pekan situ lagi up dari puncak. so sebagai orang asing, aku konon2 teruja la kan. *lelompat bintang*

ngeh! mengahampakan. ok spoiler, dah gtau penghujung cerita. hahaha. taaakk.. aku pegi nak cari kedai sukan. sebab nak beli 2 benda. satu - bola basketball. dua - glove softball. ok... aku dah prepare hati dan perasaan... memang benda2 yang aku nak tu bajet rare jugak la... and yes, memang takde glove baseball yang aku impikan itu.

taaapi.. yang aku hangen nye... nama store sukan. dua lot siap! tapi takde jual equipment basketball langsung!? homaaaiii.. aku tensi~ yang ada cuma kasuit2 bola, futsel, jersi2 sukan, raket badminton, tenis bla bla bla... tapi basketball tadek! apakah ini semua? adakah basketball bukan sejenis sukan? tarian kebudayaan kah kini? -_____-

dengan penuh hampa dan lapiaaq...aku pulang ke pangkal jalan. menuju puncak! gemilang cahaya.. ok2 tergedik over.

pegi la pasiaq maliaamm.... pasiaq maliaam kat puncak bleh tahan gempak gak. penuh bebudak uitm. err.. silap. penuh dengan gerai2 jualan makanan. =p


ok tadi tu semua mukadimah. ni baru nak masuk content. bhahaha


perkara biasa dekat pasar malam sini ialah ada mereka2 yang kurang bernasib baik, cuba mencari rezeki dengan cara tersendiri. yes. aku memang maksudkan mencari rezeki dengan cara tersendiri. no no bukan memintak sedekah, tapi dorang berusaha cari rezeki dengan cara tersendiri.

there's a couple of pakcik and makcik ni. dorang kurang upaya, pada hemat aku. dua2 nampak cukup berumur... dan dari permerhatian aku.. tak salah aku andaikan dorang ni suami isteri. apa yang membuatkan hati aku tersentuh.. ialah.. kedua-dua pakcik makcik ni masing2 cacat penglihatan.

mungkin bukan buta kedua belah mata, tapi... tidaklah sempurna macam kita, macam orang lain. dalam keadaan macam tu... memang tak banyak yang dapat dorang lakukan. faktor fizikal, faktor keupayaan.. umur.. jadinya, aku sangat kagum dan terharu dengan usaha dorang mencari rezeki kat pasar malam nih.

aku dah cakap... jangan stereotype. asal cacat je, mintak sedekah. asal buta je, berdiri tengah jalan, tadah mangkuk plastik, mintak sedekah. no. in this case, they did waaaaayy better than most of us yang elok deria cukup sifat. dorang tak malas macam sesetengah daripada kita.

pakcik tu.. main keyboard elektrik. dia pasang minus one lagu2 klasik, lagu2 zaman dorang muda, dan dia ikut main alat muzik. makcik tu, ada lagu2 tertentu, dia nyanyi jugak. itu secondary. yang usahanya ialah, dorang jual tisu, jual topup. letak je dalam raga tu. paket2 tisu poket tu, dengan topup rm 5 dan 10. sape nak beli, boleh beli kat situ. bayar same je harga kedai. bukan dorang overcharge pon. so, dengan cara ni, aku tak anggap dorang mintak sedekah. bagi aku, itu namanya berusaha mencari rezeki.

apa yang menarik perhatian aku.. ialah orang ramai yang lalu lalang kat situ. well we know rakyat Malaysia ni memang murah hati. i noticed there were some of the faces in the crowd yang berhenti kejap, dengar dan tengok makcik pakcik tu main muzik. aku nampak dorang terhibur. =)

korang pon tau, kalo sepeket tisu tu.. dalam 20 sen, 30 sen je kan? tapi orang Malaysia baik2. dorang beli tisu tu, sepeket, bagi seringgit teros. takde amik baki. kira bersedekah la. mulia kan? even ada orang yang bayar lima hengget untuk sepeket tisu.. dan ada yang tak beli tisu pon, tapi bagi jugak duit. mungkin sebab dorang rasa terhibur, dan berbaloi untuk bagi tanda penghargaan atas usaha pakcik makcik tu.

tapi kan..

ada sepasang manusia nih... tengah tengok pakcik tu main muzik, dan makcik tu nyanyi. and i was standing right behind them.

lepas habis pakcik dan makcik tu main muzik, orang lalu lalang pon letak la duit dalam raga plastik depan makcik tu. ada yang beli tisu. but this particular couple... they were about to blah. takpe je, tak kesah pon kan kalo tak bagi. 

however... sebelom dorang blah... ada satu insiden yag memang buat aku hangen..

the gadis asked the jantan.. "awak, taknak bagi duit kat pakcik tu ke?" sambil tarik tangan mamat tu. then the bapak bajet bagos punya jantan tu cakap apa tau??


"tak payah lah. orang laen dah banyak bagi. lagipon bukannya sedap pun dorang perform."


perrrgghhh!! menyirap darah gua beb. lancang kuning sungguh mulot beliau. aku bet dia BBNU bajet macho dengan gelfren kat lengan. kalau kau kedekut tahap cekadak sekali pun... takyah la nak gtau satu dunia, nak tunjuk sangat kau tu bakhil. so sorry la ko cakap selow camne pon.. tapi kuang hajau cenggitu.. dan aku pulak yang terdengornye... you could predict the next scene lah kot..

aku tak kire. kau tua ke, kau muda dari aku ke... mulot aku pon bleh tahan longkangnye. puaka jugak ikot situasi. ikotkan hati, nak je aku swing sebiji dua penumbuk kat pipi cekung brader tu... tapi taknak lah. bicep dia tebal lagi. so.. aku tegur elok2... (kasaq jugak la kot..) 

aku cuit blakang mamat tu... lepas tu dia toleh tengok aku. aku teros cakap "salam, bang. boleh tak jangan sombong sangat? kalau abang taknak sedekah pun, takyah  la nak cakap macam tu. what makes you think you are better than them? maaf cakap la, tapi saya rasa dorang lagi mulia dari abang"

tudiaaaaa.... dolby surround satu set! mamat tu tengok je aku. aku dah ready nak kena maki hamun dah. dalam otak dok ligat pusing cari firman2 dalam Quran nak petah2 nih. hahaha. brader tu tinggi. dagu dia sama paras dengan hidung aku. tapi pegi mati ah. aku tengah panaih ati memang aku sound direct je. apa nak jadi.. jadilah!

the gadis yg dok pelok lengan the jantan tu comey gak. err.. bukan. maksud aku... budak pompuan tu tunduk je lepas aku sound balak dia. sori la kak, i was just teaching your boyfie a lesson. 

brader tu... brader tu pulak... maybe dia jem kat aku dengan penuh perasaan ffuuuuuuu yang meluap-luap dan meluat. tapi tah la. dia senyaaapp je.. dia tengok aku lama2... then dia tengok pakcik makcik tu... pastuh.. dia tengok aku balek. biseksual apakah ini. ok gurau. maybe dia terdetik rasa nyesal kot.. kot la. aku harap pon camtu. memang nak bagi dia terasa. kalo dia terasa.. yey. mission accomplished. padan la muka dia. ngeh.

tapi happened that lepas dia tengok aku for the last time tu...dia tarik tangan gelpren dia, blah dari situ... menyusur arus membelah lautan manusia..menghilang dalam sayup pandangan aku yang terkebil-kebil bersyukur muka tak kena tumbok lelaju dek brader berjersi merah tu.

kalau korang nak cakap aku tak patut buat camtu.. cakap lah. mungkin memang ayat aku kuanghajor ke kan... tapi... aku seriusly tak suka sikap camtu. 

in a way.. aku nak pesan. kat korang.. dan aku sendiri. jangan la kita sombong dengan orang . jangan rasa kita lebih bagos dari orang. kalau boleh, sentiasalah pandang orang lain lebih mulia daripada kita. mudah2an dengan cara tu, kita dapat jaohkan diri dari sifat bongkak, takbur, dan bangga diri. dan kedekut. puih... kalo duit banyak2, tapi sedekah sehengget dua pon takmau... terjun KB Mall la weii~

kepada brader jersi merah. kalo lu marah kat gua pasal tegur lu tadi... gua mintak sori. gua memang nak lu sentap. tapi gua harap... lu pon tarik la balik statement lu petang tadi... lu insaf sket2. kita sama2 insaf sket. mudah2an ada hikmah pertemuan kita hari ni.

oh. yes. kalo brader dengan gadis di lengan brader tu belom kawen... gua doakan lu dua orang cepat2 menikah. bahagia dunia akhirat. dapat baby ramai2 muka macam isteri brader... ok?

haha. macam la korang baca blog aku. =p dah! letih membebel. nak tidou. bye!

assalamualaikum. ^^

Monday, June 25, 2012

Berdoalah. Dia Mendengarnya.

Assalamualaikum. salam sejahtera. ^^





ingat tak entri pasal kita dan doa yang aku tulih dulu tu? em. alhamdulillah kalau ada yang pernah baca dan masih ingat. =) moga2 bleh jadi perkongsian yang baek buat kita.

kali ni, aku nak cakap pasal doa jugak. tapi ringkas. cuma sedikit perkongsian daripada pengalaman dan pembacaan yang tak seberapa ni.

"Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides Allah. Little it is that ye heed!"


Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).


kita sebagai manusia memang takkan lekang daripada masalah. dalam ertikata lain, ujian dalam hidup. orang selalu kata kita hanya ingat Tuhan bila kita susah. natijahnya, itulah lumrah kejadian. dalam al-Quran sendiri dah dinyatakan betapa kita makhluk yang senantiasa diuji. dan bila kita diduga, itulah tanda Allah masih menyayangi kita; dengan memberi peringatan, supaya kita tak terus lupa dan lalai kepadaNya. =)

tapi... selalu jugak kita komplen.. kenapa doa kita tak dimakbulkan? kenapa permintaan kita tak ditunaikan? ok itu korang boleh baca sket2 kat entri kita dan doa yang lepas. dan antara sebab lainnya... em.. mungkin kita tak jaga adab dan akhlak berdoa?




cer kita fikir. kita nak mintak duit belanja daripada mak ayah kita. katakanlah ada nak beli something yang kita nak sangat2. dan hanya mak ayah je yang mampu tolong kita dapatkan apa yang kita nak tu. so agak2 camne gayanya kita nak mintak duit tu? =D

mesti la kita mintak elok2, kan? mesti kita cakap baek2, lemah lembut... siap senyum... sengih2 cam kerang busuk.. ngendel2 kat mak, kat ayah... nak lagi effective, kita cuba amik hati dorang. buat keje rumah, tolong dorang buat keje... etc etc. kan? haa... camtu jugak la kalo kita mintak doa dengan Tuhan pun~~ kena ada adab dan tertibnya. ^^

jadi. kali ni aku nak share sket2, adab dan akhlak dalam berdoa. jejoms! reflek diri kita sama2. =D


secara ringkasnye, kita boleh cuba amalkan panduan berikut;

1. jauhkan diri daripada perkara2 yang ditegah, lebih2 lagi yang diharamkan. especially makanan. sebab bila kita makan makanan yang haram.. satu badan kita jadi haram jugak. so agak2 camne Tuhan nak terima doa kita kalau kita tak ikot suruhan dan larangan Dia. right?

2. berdoa dengan penuh ikhlas. penuh kesungguhan. mintak elok2 apa yang kita hajati.

3. baca tahmid, selawat dan salam kepada Nabi s.a.w di awal dan penutup doa. mengingati Rasulullah s.a.w itu satu tuntutan jugak tau. nanti2 kat akhirat, syafa'at Baginda jugak yang kita nak. so, masa kita hidup ni, jangan kekwat nak berselawat. ok? ^^

4. berdoalah menghadap kiblat. boleh je berdoa ikut arah mana pun, tapi kan ke lebih afdal kalau kita mengadap kiblat macam kita solat? =)




5. berdoalah dengan khusyuk dan tenang, penuh tumpuan, perasaan tunduk dan berserah. take it easy. keep calm, and say your prayers. ^^

6. berdoa dengan suara yang rendah. bukan tak boleh baca doa kuat2. boleh. lebih2 lagi kalau berdoa ramai2. tapi, jangan la nada suara tu meninggi macam bagi arahan kawad ke, macam menjerit kat orang pekak ke... biar kita baca doa dengan suara yang sayup, teduh, penuh tawadduk dan istiqamah. baru lah sejuk mendengarnya. hehe

7. letakkan pengharapan sepenuh hati. dalam tenang kita tetap harapkan Tuhan makbulkan permintaan kita. jangan la kata "takpe lah, kalo tak dapat pun takpe kot. it's okay, i understand." memang la takde keyakinan dah tu. kalo nak, buat cara nak. ini kalu doa pun macam sekadar amik syarat je... jangan bising la kalo tak tertunai~ lalalaa...



8. menadah tangan. haaa.. ini pon penting. memang la orang kata setiap yang keluar dari mulut kita tu pun satu doa. tapi kan ke elok kalo kita beradab sket.

tadah la tangan tu, tanda kita mohon limpah kurnia dan belas dari Dia. tadah tangan tu biar elok2 separa dada atau muka. jangan malas, jangan kekwat. kalo agak lagi bersungguh, tadah dua tangan lebih tinggi daripada kepala sambil dongak ke langit. macam mana kita merayu kat mak ayah nak mintak duit lebih nak beli henpon baruu, camtu la jugak kena bersungguh mintak doa kat Tuhan. ehe~

9. ulang doa berkali-kali. contoh la... kita nak hadiah sempena dapat result 9A dalam SPM. dari sebelom periksa, sampai dah dapat slip result - kita asik ingatkan mak ayah hadiah yang kita nak tu. berulang kali, sampai dah dapat baru kita tak cakap dah. hahaha.  
itu tanda kita betul2 nak! so, mintak la doa tu banyak2 kali. tak berdosa pun. siap pahala lagi, insyaAllah.

10. berdoa pada waktu2 yang utama untuk berdoa. memang, anytime je kita boleh berdoa. tapi ada waktu2 yang lebih afdal untuk kita memohon perkenanNya. antaranya ialah;

a. selepas solat
b. masa sujud ketika solat. (baca dalam hati ye~ ^^)
c. lepas solat Tahajud, dan sepanjang sepertiga malam
d. ketika berpuasa
e. ketika berbuka puasa
f. lepas mengaji Quran
g. sepanjang hari Jumaat
h. sewaktu hujan
i. antara azan dan iqamah
j. ketika menunaikan ibadah haji, especially masa wuquf di Arafah, masa tawaf, masa solat depan Ka'abah
k. sepanjang bulan Ramadhan, especially di malam harinya.. lagi especiallynya di malam Lailatul Qadar
l. semasa dalam majlis2 ilmu. waktu korang dalam kelas, kuliah tu pun, majlis ilmu, tahu? =)



haa... itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan kali ni~ harap2 kita take note lah ye. sebarkanlah kalau ia berguna. mudah2an kita sama2 beroleh keberkatan. ^^

jadi, apa tunggu lagi? berdoalah! seperti firman Allah;



maksudnya; Dan Tuhanmu berfirman; Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan permohonanmu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takabur) daripada beribadah dan menyembahKu (berdoa) akan masuk ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina dina. 
(Al-Mu'min, ayat 60)

sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Memberi Rezeki.

wallahualam. =)

Friday, June 22, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Sireh Junjung

Assalamualaikum, hai bakal-bakal suami soleh dan isteri solehah sekalian. ^^

kalo dalam siri yang lepas aku cerita pasal hantaran kawen dan duit hantaran, kali ni kita masih dalam bab hantaran. cuma, aku nak kecikkan sket skop perhatian korang kat salah satu hantaran feveret aku yang insyaAllah tak lapok dek hujan tak lekang dek panas, sepanjang zaman;



Sireh Junjung.

zaman sekarang dah moden. dan maju, kata orang. jadi... kebanyakkan jenis hantaran perkahwinan pun semuanya nak ikot arus perdana lah kununnya. letak iPad, iPhone, tab, laptop, cup cakes bla bla bla. tak kesah la tu. hak masing2. =)

cumanya... aku rasa sedikit ralat bila tengok rata2 anak muda sekarang ni pandang remeh pada hantaran sireh junjung. maaf lah kalau korang rasa aku ni kuno ke, zaman melayu melaka ke, tak boleh terima perubahan ke... ehe. boleh berubah. dan memang perlu pun. tapi pada aku, there are certain things that should remain as they are. or were. and to an extent, if it ain't broken - why fix? ^^

ok. tu mukadimah. hehehe. meh sini nak tanya korang. pernah makan sireh tak? yang lengkap dengan bahan2 dia? cer angkat tangan, nak bilang... hahaha. tipu dosa tau. =p to be honest, aku kecik2 dulu selalu makan sireh. dah besor ni je jarang2 sekali - sebab dah takde orang yang nak lipat-gobek-kan untuk aku. lalalaa~

bagi yang pernah makan; tahniah. tentu korang tau rasa dia macam mana, kan? pahit tobat.. dengan masamnye, manis, kelat.. sume lah buleh rasa. haa... kalo korang nak tau, sireh junjung yang dibuat hantaran tu, sebenornye melambangkan suka-duka, pahit manis dan asam garam rumahtangga yang dibina. dalam kan maksud dia? ^^

meh kita cungkil satu-persatu makna di sebalik bahan2 nak buat sireh junjung ni.

1. daun sireh.
daun sireh ni memang femes dalam kalangan masyarakat melayu. bukan sebarangan daun sireh boleh dibuat sireh junjung, tahu? kena pilih elok2...betul2.. saiz, warna, jantan-betina nya. 

biasanya orang guna sireh jantan untuk buat hantaran (macam berubat jugak la). macam mana nak kenal? hehe.. aku cerita len kali. ^^ then, bilangannya mestilah ganjil. ramuan utama sireh junjung ni umpama kesederhanaan dalam hidup berpasangan. bak kata orang tua2, kesediaan hati menerima seadanya. hehe


2. gambir
tak. aku tak typo kat situ. bukan gambar, bukan gambor. memang gambir. hahaha

kalau sireh rasa kelat, gambir pulak rasa pahit. jadi simboliknya... pahit maung ku telan jua, demi hidup bersamamuuu oh kanda, oh dindaaaa..^^


3. kapur
kapur tahu kapur? yang cekgu2 tulis kat papan hitam tu... yang korang sapu kat kasut adik2 korang kat skolah rendah tu... haaa. kapur la tu! hee... tapi kapur untuk sireh junjung laen laa~ boleh makan punya~

kalo makan sireh... korang akan rasa pahit, payau.. dan paling penting panas. lol! orang kimia, sila terangkan kenapa makan kapur dengan sireh rasa panas. =p ok. kapur warna apa? putih kan? haaa... itu melambangkan kesucian hati pasangan dalam memberi dan menerima tatkala hidup bersama.. lomantika abehs ouh. hehek


4. buah pinang
selalu tak dengar pepatah.. bagai pinang dibelah dua? mesti selalu~ haha. tapi benornye... takde la sama simetri pon kalo korang belah pinang tu... kacip la tengah2 macam mana pun, karang senget2 jugak. =p

tapi lepas korang belah dua pinang tu, cer cantumkan balek. mesti boleh fit, kan? haaa. tu la maksudnya pinang dibelah dua - saling melengkapi! simbolik suami isteri yang ada kelebihan dan kekurangan masing2, tapi itu jugaklah yang menyatukan dorang. aww~ ^^


5. cengkih
ada sesetengah tempat dorang sebut bunga cengkeh. ikot la, janji korang tau yang mana satu cengkih. hehe.

ini betol punya pedas. kunyah dia saja pon dah rasa nak telan air milo ais free, inikan pulak dicampur dengan sireh dan kapur. haruslah mintak se-tupperware tutti frutti! hahaha


orang tua2 kata, cengkeh nih lambang kesetiaan. aku tak pasti la camne lak dorang leh kaitan kan.. tapi itulah. =) mungkin inilah penyebab ramai orang tak suka makan sireh - siap muntah2 bila kunyah sireh junjung. sebab? tak tahan daulat. eh, pedas.

jadi... nak tengok orang tu teguh peribadi, sedia setia ke tak... bagi la makan sireh + pinang + kapur + cengkih... tengok dia kunyah dan telan ke... kunyah dan luah balek ke... or tak sentuh pun. hehe~ tak note ye kawan2... ada lagi orang2 tua yang suka menguji camni... aku pesan siap2.. hee~


*****

vrooom vrooomm!! dah? paham tak apa aku membebel tu? hahaha. aku tau, mesti ada yang kompius - ko nak suroh buat sireh junjung ke, ko nak suroh kami mati tercekik sireh? LOL

aku cerita tuuu... berdasarkan pengalaman, dan pembacaan. itu suma doluu2 punya. sireh junjung orang hantar bukan suroh kau  buat tempek kat dinding jadi wallpaper... ataupon lipat2 buat trumpet, tiup2... dulu orang makan bahan2 sireh junjung tu. sekarang ni je orang buat sireh junjung JUST sebagai hiasan, kepala hantaran dan penyeri rombongan pengantin yang bajet tertib gila bawak sireh junjung santek2 turun kereta dan jalan dari jauh menuju ke rumah kendurik dengan penuh ayu dan tampan orang melayu. kunun la... hahaha

dan sume benda yang aku list-kan tu... adalah bahan wajib atau basic. tapi skarang nih orang tak ikot sangat dah camtu. paling kuat pon ada sireh dengan pinang je. orang skarang suka hias sireh junjung lawa bukan maen! membukit tingginye ha. dah macam roti tisu kat restoran mamak impian maju kat bangi. ahaha. pastuh ada la pulak yang selit2 bunga lawang, kulit kayu manis, bunga hidup... nak bagi nampak santek, naik seri. baru molek nak bagi kat orang~ hehe..




jadi, aku harap... kalopon korang takkan makan sireh junjung yang korang2 insyaAllah akan buat sempena hari ber-cam-whore korang nanti, at least amik la tahu sikit2, simbolik bahan2 yang makcik pakcik, opah wan atau tokey butik tempat korang tempah baju pengantin tu sediakan dengan hantaran sireh junjung tuu~~ okeyh?

orang kata, biar mati anak - jangan mati adat. tapi aku lak kata... kalo anak pakat2 mati, dah tu sape nak sambung adat? ahak ahak. =p 

pikir2kan. wallahualam~ ^^ selamat pengantin baru!! 

Thursday, June 21, 2012

Hanya Sekepal Dua - Sebelas

Assalamualaikum! Ogenki desuka? ^^



Huio... lama kot aku tak update siri sekepal dua nih. al maklum lah... bizi ngalahkan menteri yang sebok berkempen demi pilihanraya yang akan datang. ohok ohok. =D

minggu lepas... minggu first persekolahan lepas cuti pertengahan taon. yeah, i have to admit - i missed those kids. hahaha. tapi tu la. masuk2 kelas je, first day dah kena trollolol. dorang buat apa? hee...

standard la cuti skolah kan banyak kendurik. and happened to be kazen aku pon kawen gak masa cuti aritu. so... dah jadik kebiasaan - asal kendurik je, mesti aku dan sedara-mara sepupu-sepapat aku semua akan berinai. *wink wink* hahaha

selalunya aku berinai sepuloh jari! memang wajib orang tanya - ni sape yang kawen nih. hohoho. aku memang. bab berinai taknak kalah. =D tapi kali ni... stok inai sikit.. wuuu~ so terpaksa berinai 3 jari je.. tu pon sebelah tangan. haih~ sedeyh.. =p 

bila bukak skola... inai tak ilang lagi. so... korang agak2 aku leh ke sorok inai tu daripada budak2? hee... senyum je la melayan soalan2 dan tuduhan2 tak berasas dorang. ekeke. japgi korang baca. senyum jugak! ^^


lepas tu.. masuk pulak minggu ni. hyper bizi weh... dengan temasya sukan tahunannye. sukaneka sukaneki sukaneko sume ada dalam minggu ni. sampaikan sabtu ahad ni takdenye bercuti sebab nak langsungkan acara tu. nak buat macam mana... itu je masa yang ada.

tapi ralat sket la.. orang len dok kecoh2 bermeriah sakan dengan budak2.. aku lak demam dah 5 hari direct tak kebah2 lagi. ada la beransur pulih, tapi saket tekak pulaaakk... langsung hilang suara kot! wuwuu...

anyway, aku pegi jugak skola. ngajor jugak la perit2 pon. ntah budak paham ke tak... huhu.. then hari ni, skola buat open day. hari interaksi akademik. bahasa mudahnye, hari ambik repot kad. and tanpa segan silu aku quote diri aku sendiri; 

"Open Day - where parents bad-mouth their children to hear teachers good-mouth them in return.

and that's sooooo true. hahaha

open day adalah hari paling sebok bagi guru2 kelas. well.. so to say sepatotnya aku tak sebok sangat la sebab bukan guru kelas. namun! chewah... ada je parents yang nak jumpak personally, nak tanya pasal anak dorang dalam kelas - especially berkenaan performance dalam subjek yang chekgu tertentu ajor...

yesh. ada la jugak parents yang carik sape la yang ngajor bahasa omputeh kat anak dia nih. ahaa... so aku pon terbizi la sket2~ ^^ tapi! tapi sonok! sonok tengok gelagat budak2 tu bila depan parents masing2. macam2 perangai. hahaha... nak je aku bantai gelak, tapi kang tak sopan lak. hihi~

so! aku nak share sket2 dengan korang, perbualan2 dan situasi2 yang memang golden dalam 2 minggu nih. hehe... sori la terpaksa update awal dari kebiasaan - fresh lagi nih. LOL


*****


budak a : sir, sir dah kawen ke belom?
me         : kenapa kamu tanya?
budak b : sir, cakap la... dah ke belum~
me         : why~
budak a : sir pakai inai tu..
budak b : sir tiap2 kali cuti sir kawen ke?

*****

budak : ticer, kenape ticer pakai inai macam kakak saye?
me      : kenapa? tak boleh ke?
budak : kakak saye pun pakai inai. tapi saye tak nampak ticer pun mase die kawen.
me      : err.. kamu cakap apa ni...
budak : ticer, toilet.

*****

budak 1 : wei sir dah kawen la. sir pakai inai.
budak 2 : ha'ah! sir tipu cakap sir tak kawen lagi. mak saye cakap orang dah kawen die pakai cincin!
budak 3 : wei mane ade la~ sir baru bertunang laa~ kan sir?

*****

budak : ustaz haritu saye nampak ustaz kat tv.
me      : ha? bila?
budak : ade haritu. dalam masterchef. azhan miskin. ustaz kan!

*****

budak A : sir, baby sir name ape?
me          : hoi bila pulak saya ada baby??
budak B : haritu C cakap sir dah dapat baby, sebab tu sir tak masuk kelas haritu, sebab sir pegi tengok isteri sir kat hospital.
me          : heh? sape isteri saya?
budak B : Neelofa
me          : hooooooooooiiihh!!

*****

parent : chekgu, anak saya ni macam mana dalam kelas?
me      : dia ni... cerdik. tapi malas sikit gayanye... buku tulis tu belum sampai separuh pun..
parent : oh. yeke. lagi chekgu? (sambil cubit belakang anak dia...)

*****

parent : dia selalu mengadu kawan dia curi buku dia. saya pun tak tahu kenapa kawan2 dia selalu buli dia, cikgu.
me      : oyeke? buku apa tu? saya harap buku yang kena curi tu buku English dia lah - sebab dalam 5 bulan ni, dia cuma hantar buku untuk disemak sekali je. itu pun tak siap, encik. 

*****

parent : kau dengar tak cikgu azhan cakap apa? banyak buat latihan. siapkan keje rumah.
budak : abah la. dengar tak sir cakap ape? tolong adik buat latihan, keje rumah. 
parent : menjawab, menjawab! 

*****

parent : terima kasih ye cikgu.
me      : sama2 =)
budak : ustaz! kakak saye kirim salam
parent : bila masa kau ada kakak??

*****

ibu      : anak saye ni asik cakap pasal cikgu je. selalu dekat rumah tu dia cakap cikgu ni kawen dua. maafkan dia ye cikgu.
me      : eh takpe puan. biasa dah tu. budak lagi, ikut faham dia je.
budak : betul ma, sir dah kawin. cuti haritu. macam ayah.
ibu (dengan aku skali ter-latah) : HA!?


Monday, June 18, 2012

Jom Melawat Perak! - Visit Perak 2012: Yours To Discover

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam hormat, salam muhibbah, salam perpaduan! Salam 1Malaysia. =)

Kita mulakan entri kita kali ini dengan sedikit trivia~


1. Namakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia

2. Negeri manakah yang pertama sekali mempunyai nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri di Malaysia?

3. Pada tahun 1824, negeri manakah yang diisytiharkan sebagai negeri paling kaya dengan galian timah di dunia?

4. Semenjak diwariskan daripada Kesultanan Melayu Melaka, Keris Taming Sari selamat disimpan dan diwarisi sehingga kini oleh Kesultanan Negeri ...........?

5. Saya (penulis) adalah anak jati negeri ............?


yaaa... tidak lain dan tidak bukan.. tentu sekali negeri Perak Darul Ridzuan!!


Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012 ni... acer teman ghase nak kabor ke mengkome semue... ape yang menarik kat negeri teman yang tercinte nih. nak tau? nah!







tapi mungkin ramei yang dah biase benor dengor name tempat tu semue. jadi! teman nak kabor yang tak ramei oghang tau. boleh? =D

ok2.. kita guna bahasa standard ye.. hihi~ jom saya bagi sedikit pengenalan mengenai tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi, serta aktiviti-aktiviti yang unik, di negeri Perak.

Tahukah anda, negeri Perak mempunyai dua loghat yang dituturkan penduduknya mengikut daerah? 8 daripada 9 daerah di Perak menuturkan bahasa Perak; cuma 1 daerah sahaja (Kerian) yang mana penduduknya lebih menguasai loghat utara (cth; Kedah, P. Pinang). Jadi anda akan mendengar perkataan-perkataan seperti "kome", "mike," "reben-teben," "tak sior" dari Hilir Perak, Batang Padang membawa ke Kinta, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama - tetapi "hangpa," "depa," "loqlaq" dan "tak buloq" di Kerian.


Negeri Perak turut dikenali dengan kemahiran pertukangan bot nelayan dan perkapalan yang bermutu tinggi. Untuk pengetahuan anda, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau mempunyai perkampungan nelayan yang kerap menerima tempahan untuk menghasilkan bot-bot nelayan dari serata negeri, sehinggalah ke luar negara. Berkunjunglah ke sana untuk menyaksikan sendiri kehalusan seni pertukangan warisan negeri Perak.


Anda penggemar makanan unik? Mungkin anda biasa mendengar atau pernah merasa keenakan 'Rendang Tok' - sajian lazat dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi himpit, terutamanya di musim perayaan. Rendang Tok amat signifikan dengan negeri Perak, kerana kelainan cara penyediaan serta rasanya berbanding rendang dari negeri lain. Mungkin anda boleh mencuba rendang tok di Hilir Perak - di mana mereka gemar menggunakan daging kerbau sebagai bahan utama rendang tok di sana.


Bagi mereka yang sukakan durian, tentu sekali mengenali Perak sebagai salah satu negeri pengeluar durian yang popular! Jika Ipoh dikenali dengan buah limau bali-nya, Kuala Kangsar, Taiping, Bruas dan Bukit Gantang turut menempa nama sebagai kawasan yang mempunyai dusun durian dan buah-buahan yang berkualiti. Anda mungkin pernah merasai kemanisan dodol, namun pernahkah anda mendengar perkataan 'lempok'? Merasanya? Penggemar durian sekalian, berkunjunglah ke Perak tengah dan utara bagi menikmati kelazatan lempuk asli adunan tradisi turun temurun.


Tidak lengkap rasanya kunjungan anda ke negeri Long Jaafar ini andai tidak membawa pulang ole-ole unik khusus mencirikan negeri Perak. Bertandanglah ke perkampungan nelayan, dan bawalah pulang ikan pekasam dan wadi yang sungguh menyelerakan. Tinggalkan ikan talang masin atau gelama kering - pekasam ikan sepat, pekasam ikan seluang dan kaloi tentu menggamit selera sesiapa sahaja yang menghidunya!

Jika labu sayong sudah menjadi ikon negeri Perak, maka bolehlah anda membeli tenunan indah bak sulaman istana - Tekat Benang Emas negeri Perak. Hanya jauhari mengenal manikam - anda boleh membeli tepak sireh baldu bertenun mesin yang banyak dijual di kedai, dan bandingkan dengan tepak sireh bertekat benang emas tenun asli negeri Perak. Pasti sahaja anda akan terpikat dengan keindahan dan kehalusan seni tampak tekat benang emas daerah Parit dan Kampung Padang Changkat, terutamanya.




Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, serta hari raya yang menjelang, saya selaku anak jati Perak mengesyorkan anda berkunjung ke negeri indah nan permai ini - dan nikmati keindahan panjut pelita buluh yang dinyalakan di malam hari di bulan Ramadhan menjelang Syawal, serta keasyikkan dentuman meriam buluh yang memecah bening malam sehingga subuh! Satu tradisi yang menjadi simbol kekuatan budaya dan warisan di negeri Perak. Anda pasti teruja!

Sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Jika diizinkanNya, saya akan menulis lebih banyak mengenai negeri Perak ini di lain entri.

Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau informasi yang ingin dikongsikan, saya mengalu-alukan pembaca sekalian membuat ulasan di ruangan komen. Terima kasih atas kerjasama saudara/saudari. =)

Jadi, apa tunggu lagi? Moh kite ke Perak! Yours To Discover. ^^


pautan: Perak Tourism, Blogger Perak, warisan tekat benang emas

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Abah

Hi Dad,


How are you doing? I bet you're having a good time there. Pretty sure they take a good care of you. You deserve your pleasant vacation, anyway. Right Dad? =)


Dad


Do you remember my childhood? Owh I do. Very well indeed! How could I forget the precious moments we had together. With mom around, we completed each other.


Remember how I used to be the naughty one? Haha. Yeah, you and mom were always comparing me with sis. But I never really listened, though. Hey, I'm the youngest child in the family - I'd got to do what the youngest should do - attention-seeking! LOL


Hey Dad! First thing I wanna tell ya today is that ... I'm keeping some lobsters as pets! Hahaha. Sounds ridiculous, eh? Nay... You were the one who taught me to be unique. *rolling eyeballs* xD Remember when I was 2 or 3... you bought me some colourful chicks to keep? That day we went to pasar pagi and we stumbled into an apek selling colourful little chicks. I wanted them so badly that I pulled  your pants and tugged to your leg - letting go not; not until the apek put 10 or so those cute anak ayam into the paper bag for me to hug all the way home. hehee... 






Those anak ayam warna warni... yeah they were my first pets. Thanks Dad.. =)


Growing alone wasn't fun, tho. And you knew that. I lost my interest in those red-blue-purple-green chicks when they grew up and changed their colour into white (I should have listened to you Dad.. Sigh. =p). So to keep me entertained, you bought me some rabbits! Aww.. how thoughtful. hihi. You know what.. I'd longed to keep a rabbit since I was 2. I'd never mentioned it to you - but mom. 


So when you brought home two white rabbits and a brown one... I could not express how happy and thankful I was.. so I just hugged you, thanked you, and fed the new friends. Haha. You knew I loved them too much - you built a house for them! Since that moment, I always have this in my mind - I wanna be a good carpenter; just like you Dad. But I know, I can never inherit your talent. Mind if I recall all the damaged goods I produced in attempts to be like you? hahaha




Dad


When I turned 3, you bought me a bicycle. A small one. Red in colour. First questions I asked you when I saw the bike - why does it have four wheels? Ain't a bicycle should have only two? And you laughed joyfully. You told me the big two wheels were meant for the bicycle. And the other two extras - "one is the present from your mom, the other one is the present from me - to safeguard you from falling off the bicycle."


You taught me how to ride a bicycle. I couldn't imagine myself cycling without those two extra wheels. Remember the first time you took off those wheels for me to learn cycling like normal people? Yup. How can I forget that - you sent me off the 'starting line', and the next thing I realized I was paddling hard in the parit. LOL! I failed you as a cyclist genuinely. =3 






You're such an idol to me, Dad. I used to enjoy listening to you and mom singing. You were the fan of ths Pop Yeh Yeh sorta music. Mom idolized those English songs. You influenced me to like songs of A. Ramli, Ahmad Jais, Katrina Dahari, S. Jibeng etc. Mom was like the trend setter for me to love traditional songs and bands - Melayu Deli, S.M Salim, those jogets, zapin, asli and inangs, Deep Purple, Aerosmith, The Carpenters, Abba and many more. Talk about culture. =p


But what I remember most about you and music; is you teaching me to sing P. Ramlee's songs. You had a great voice, Dad. I adore you. I tried to sing like you (and mom) ... but I think I just don't have that talent. hee... Oh! Talk about music - do you remember the first musical instrument you gave me? yeap! Harmonica.


I wonder how you discovered my liking and preferences, Dad. You yourself did not know how to play harmonica. Yet you bought me one, and I loved it! And the love for harmonica grows, up till now. Such a wonderful fortune-teller you were. =)




Dad..


Why am I writing all this?




I miss you Dad. I really really miss you..


I write all those happy moments I had with you... 'cause I'm trying to divert my sadness from showing. I don't want you to know that I miss you and mom so much that I can't even smile plainly without bursting into tears whenever your face crosses my mind.


I regret for myself were not a good son to you. Tell me Dad, how many times I told you I love you? No more than a full count of fingers on my both hands, I perhaps. You told me you love me... almost every morning before I cross the school gate. You told me I'm your pride and joy each time I fell sick - just to get me spirited up. You tried your best to cheer me up whenever I felt down and sorrow.


I caught a cold right now. Feverish, and it's getting worse. How I wish you and mom would sit next to me, and tell me it's all right and I'm gonna get well very soon - like the old days... How I long for you to press a wet towel onto my forehead to chill the heat. How I dream of tasting the chicken porridge of your recipe that you prepared only when kakak or me fell sick. 


As for much as I wish for, I know I could get none of those anymore.




Abah..


Somebody told me that you and mom are watching over me. I'm pleased to know that - though I shall be more pleased to see you two, meet you, talk to you...


If I could turn back time... I would stand in front of you, and hug you, and make you slap me in the face - for telling you too little too much, yet too many times - that I love you, and I miss you..




Sorry, Dad.. I could not continue writing.. I'll end up crying alone in this small room. =') Here's my favourite song, Dad ... for it tells you all the things that I really want to have, to do, now. Please, don't cry. Keep calm, and smile for me. Okay? ^^









Salam Isra' Mikraj, Abah! and Happy Father's Day, Mr Ramli bin Pilus. 




from your son,
Azhan

Saturday, June 16, 2012

Menanti Mentari - Kopi


"Takpe lah awak... saya tahu siapa saya."




"Apa awak cakap ni?" Salmah mengerut dahi. Matanya merenung tepat ke wajah Rahmat yang kelihatan senyum tawar bersahaja. "Awak tahu saya macam mana kan?"

Rahmat tidak mengangkat muka. Dia terus menerus memerhatikan pekat kopi tanpa gula yang tenang tidak berkocak dalam cawan porcelain berwarna putih krim. Sekali sekala dia meniup wap yang terbit dari minuman panas itu. Sudu kecil yang diminta tadi belum berusik.

Rahmat menghela nafas panjang. Dialihkan pandangannya memerhati wajah Salmah yang jelas suram. Dia menyambung bicara..

"Salmah... Awak ingat tak lagi? Dulu saya pernah cakap yang saya nak fahami awak?

Salmah membisu seribu bahasa.

"Saya janji untuk terima awak seadanya, kan?"

"Dah tu? Kenapa awak merepek bukan-bukan pulak hari ni?" Salmah mula melontar ketidakpuasan hatinya dengan lebih lantang. Wajahnya yang putih gebu, jelas tampak sedikit kemerahan. Kemarahan.

*****

Siapa yang tidak kenal Salmah. Gadis manja yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang anak, seorang kekasih, seorang isteri - bahkan persis seorang ibu. Parasnya indah menjadi siulan anak teruna berbilang umur. Pekertinya tinggi didamba ibu-ibu yang teringin benar bermenantukan gadis sepertinya. Sebagai anak, hampir segenap keluarga pernah berkata pada ibu Salmah - yang mereka berdoa agar mempunyai anak seperti itu.

Andai rupa dan susila sebagai nilai tambah, ukurlah Salmah pada terasnya. Walau jarang ke surau untuk berjemaah, namun dia mengaji Quran di hampir setiap kali selesai solat. Walau dahulu rambutnya ikal lurus dilepas bebas atau disanggul  kemas, namun hidayah itu milik Tuhan - tudung bawal menjadi pilihan - hikmah perkenalannya dengan Rahmat.

Salmah dan Rahmat.

*****

Pagi belum meninggi. Mentari bermalasan menyinar, membiarkan awan nan mendung menapis terbit pancarnya. Di sekitar pasar orang ramai sibuk berjalan berhenti; berjual beli. Pagi minggu yang berkabus. Dingin memeluk tubuh sepasang manusia yang sedang duduk-duduk di meja gerai - meneliti renungan masing-masing. 

"Baiklah.. " Rahmat cuba memecah kesunyian. "Saya.. risau."

Dahi Salmah yang licin kembali berkerut. "Awak risau apa? Cuba awak cakap elok-elok sikit?" Tegas.

"Saya risau .. yang awak... Saya taknak hilang awak"

Rahmat mengangkat muka, merenung tepat ke wajah sugul penawar rindunya. Dia tahu, butir katanya tadi sudah dapat diagak Salmah.

Namun, bagi Rahmat kerisauannya berasas.

Bukan calang-calang lelaki yang mendekati Salmah. Dari yang berstatus pelajar, hingga yang berkerjaya hebat - semuanya dalam senarai mencuba nasib. Entah  berapa utas rantai dan gelang tangan hadiah pemberian jejaka-jejaka tampan dipulangkan kembali. Belum kira cincin mutiara yang Salmah terima lantas dicampaknya ke tasik dek perangai lelaki yang mendesak dan menjengkelkan.

Namun Salmah tetap Salmah. Kawannya beribu. Pengarang jantungnya tetap satu. 

Itu katanya - bukan Rahmat. Salmah tahu benar. Faham benar maksud Rahmat. Tetapi, bukankah mereka saling berjanji untuk sedia setia?

"Awak... awak tahu saya macam mana kan?"

Rahmat membisu. Air kopinya belum diteguk. Sejuk. Untuk seketika dia berfikir - apa perlunya sudu, sedangkan kopi yang dipesan tidak bergula?

Awan mula menipis. Mentari tersenyum. Namun Rahmat.

*****

Thursday, June 14, 2012

Dilema



aku insan yang lemah.. aku semakin tua... meniti hari menambah usia... meluluh kudrat apa terdaya..

dunia kian giat berputar... masa terus lantang berlegar..

hatiku bersulam kabur beranyam takut

jiwaku berbelah bahagi

aku termanggu

aku tak tahu

aku perlu

kamu




.

tolong..

bantu aku

berikan aku kekuatan

pimpinlah aku dalam mencari keputusan

simbahi aku dengan cetus akal serta tegar jiwa dan fikiran

wahai kamu.. bantulah aku yang buntu

yang tersekat dalam memilih

yang mana satu

antara




atau



atau



sebagai

peneman, penghibur

di kala sunyi

~.~

tolong aku buat pilihan

sekian