About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, July 1, 2012

Jangan Sombong, Please...

hari ni hari yang panjang... ok, same je duplopatjam. tapi... itulah.



wlopon sepatotnya sabtu adalah hari beristeri-rehat, tapi pepagi lagi dah kne pegi skola. arini kne ngajor jugak. tuisyen. kelas tambahan. whatever you call it. hehe

dari kul 8 ngajor, sampei le kul 12.30. lupe lak nak makan. balek, zohor.. tidou. kroehh krooeh sampai kul 4.30. ngeh~ mamai2... solat asar. ok lapaq. lapiaaaq~

dengan gigihnye aku gagahkan diri yang gegeh nih pegi amik laundry kat dobi. apsal macam redundant terok je ayat aku nih? hahaha. ok. pastuh... tetiba tergerak ati nak beli bola basketball baru. sebab yang lama dah tadak. dah sedekah kat orang, suroh budak2 tu rajin2 sikit maen. biar jadi hebat, masuk NBA. haha

so start ford buruk, tros pegi saujana 'mata memandang' utama. kat sungai buloh. tak jaoh pon dari puncak ni... hehe. dengor2 pekan situ lagi up dari puncak. so sebagai orang asing, aku konon2 teruja la kan. *lelompat bintang*

ngeh! mengahampakan. ok spoiler, dah gtau penghujung cerita. hahaha. taaakk.. aku pegi nak cari kedai sukan. sebab nak beli 2 benda. satu - bola basketball. dua - glove softball. ok... aku dah prepare hati dan perasaan... memang benda2 yang aku nak tu bajet rare jugak la... and yes, memang takde glove baseball yang aku impikan itu.

taaapi.. yang aku hangen nye... nama store sukan. dua lot siap! tapi takde jual equipment basketball langsung!? homaaaiii.. aku tensi~ yang ada cuma kasuit2 bola, futsel, jersi2 sukan, raket badminton, tenis bla bla bla... tapi basketball tadek! apakah ini semua? adakah basketball bukan sejenis sukan? tarian kebudayaan kah kini? -_____-

dengan penuh hampa dan lapiaaq...aku pulang ke pangkal jalan. menuju puncak! gemilang cahaya.. ok2 tergedik over.

pegi la pasiaq maliaamm.... pasiaq maliaam kat puncak bleh tahan gempak gak. penuh bebudak uitm. err.. silap. penuh dengan gerai2 jualan makanan. =p


ok tadi tu semua mukadimah. ni baru nak masuk content. bhahaha


perkara biasa dekat pasar malam sini ialah ada mereka2 yang kurang bernasib baik, cuba mencari rezeki dengan cara tersendiri. yes. aku memang maksudkan mencari rezeki dengan cara tersendiri. no no bukan memintak sedekah, tapi dorang berusaha cari rezeki dengan cara tersendiri.

there's a couple of pakcik and makcik ni. dorang kurang upaya, pada hemat aku. dua2 nampak cukup berumur... dan dari permerhatian aku.. tak salah aku andaikan dorang ni suami isteri. apa yang membuatkan hati aku tersentuh.. ialah.. kedua-dua pakcik makcik ni masing2 cacat penglihatan.

mungkin bukan buta kedua belah mata, tapi... tidaklah sempurna macam kita, macam orang lain. dalam keadaan macam tu... memang tak banyak yang dapat dorang lakukan. faktor fizikal, faktor keupayaan.. umur.. jadinya, aku sangat kagum dan terharu dengan usaha dorang mencari rezeki kat pasar malam nih.

aku dah cakap... jangan stereotype. asal cacat je, mintak sedekah. asal buta je, berdiri tengah jalan, tadah mangkuk plastik, mintak sedekah. no. in this case, they did waaaaayy better than most of us yang elok deria cukup sifat. dorang tak malas macam sesetengah daripada kita.

pakcik tu.. main keyboard elektrik. dia pasang minus one lagu2 klasik, lagu2 zaman dorang muda, dan dia ikut main alat muzik. makcik tu, ada lagu2 tertentu, dia nyanyi jugak. itu secondary. yang usahanya ialah, dorang jual tisu, jual topup. letak je dalam raga tu. paket2 tisu poket tu, dengan topup rm 5 dan 10. sape nak beli, boleh beli kat situ. bayar same je harga kedai. bukan dorang overcharge pon. so, dengan cara ni, aku tak anggap dorang mintak sedekah. bagi aku, itu namanya berusaha mencari rezeki.

apa yang menarik perhatian aku.. ialah orang ramai yang lalu lalang kat situ. well we know rakyat Malaysia ni memang murah hati. i noticed there were some of the faces in the crowd yang berhenti kejap, dengar dan tengok makcik pakcik tu main muzik. aku nampak dorang terhibur. =)

korang pon tau, kalo sepeket tisu tu.. dalam 20 sen, 30 sen je kan? tapi orang Malaysia baik2. dorang beli tisu tu, sepeket, bagi seringgit teros. takde amik baki. kira bersedekah la. mulia kan? even ada orang yang bayar lima hengget untuk sepeket tisu.. dan ada yang tak beli tisu pon, tapi bagi jugak duit. mungkin sebab dorang rasa terhibur, dan berbaloi untuk bagi tanda penghargaan atas usaha pakcik makcik tu.

tapi kan..

ada sepasang manusia nih... tengah tengok pakcik tu main muzik, dan makcik tu nyanyi. and i was standing right behind them.

lepas habis pakcik dan makcik tu main muzik, orang lalu lalang pon letak la duit dalam raga plastik depan makcik tu. ada yang beli tisu. but this particular couple... they were about to blah. takpe je, tak kesah pon kan kalo tak bagi. 

however... sebelom dorang blah... ada satu insiden yag memang buat aku hangen..

the gadis asked the jantan.. "awak, taknak bagi duit kat pakcik tu ke?" sambil tarik tangan mamat tu. then the bapak bajet bagos punya jantan tu cakap apa tau??


"tak payah lah. orang laen dah banyak bagi. lagipon bukannya sedap pun dorang perform."


perrrgghhh!! menyirap darah gua beb. lancang kuning sungguh mulot beliau. aku bet dia BBNU bajet macho dengan gelfren kat lengan. kalau kau kedekut tahap cekadak sekali pun... takyah la nak gtau satu dunia, nak tunjuk sangat kau tu bakhil. so sorry la ko cakap selow camne pon.. tapi kuang hajau cenggitu.. dan aku pulak yang terdengornye... you could predict the next scene lah kot..

aku tak kire. kau tua ke, kau muda dari aku ke... mulot aku pon bleh tahan longkangnye. puaka jugak ikot situasi. ikotkan hati, nak je aku swing sebiji dua penumbuk kat pipi cekung brader tu... tapi taknak lah. bicep dia tebal lagi. so.. aku tegur elok2... (kasaq jugak la kot..) 

aku cuit blakang mamat tu... lepas tu dia toleh tengok aku. aku teros cakap "salam, bang. boleh tak jangan sombong sangat? kalau abang taknak sedekah pun, takyah  la nak cakap macam tu. what makes you think you are better than them? maaf cakap la, tapi saya rasa dorang lagi mulia dari abang"

tudiaaaaa.... dolby surround satu set! mamat tu tengok je aku. aku dah ready nak kena maki hamun dah. dalam otak dok ligat pusing cari firman2 dalam Quran nak petah2 nih. hahaha. brader tu tinggi. dagu dia sama paras dengan hidung aku. tapi pegi mati ah. aku tengah panaih ati memang aku sound direct je. apa nak jadi.. jadilah!

the gadis yg dok pelok lengan the jantan tu comey gak. err.. bukan. maksud aku... budak pompuan tu tunduk je lepas aku sound balak dia. sori la kak, i was just teaching your boyfie a lesson. 

brader tu... brader tu pulak... maybe dia jem kat aku dengan penuh perasaan ffuuuuuuu yang meluap-luap dan meluat. tapi tah la. dia senyaaapp je.. dia tengok aku lama2... then dia tengok pakcik makcik tu... pastuh.. dia tengok aku balek. biseksual apakah ini. ok gurau. maybe dia terdetik rasa nyesal kot.. kot la. aku harap pon camtu. memang nak bagi dia terasa. kalo dia terasa.. yey. mission accomplished. padan la muka dia. ngeh.

tapi happened that lepas dia tengok aku for the last time tu...dia tarik tangan gelpren dia, blah dari situ... menyusur arus membelah lautan manusia..menghilang dalam sayup pandangan aku yang terkebil-kebil bersyukur muka tak kena tumbok lelaju dek brader berjersi merah tu.

kalau korang nak cakap aku tak patut buat camtu.. cakap lah. mungkin memang ayat aku kuanghajor ke kan... tapi... aku seriusly tak suka sikap camtu. 

in a way.. aku nak pesan. kat korang.. dan aku sendiri. jangan la kita sombong dengan orang . jangan rasa kita lebih bagos dari orang. kalau boleh, sentiasalah pandang orang lain lebih mulia daripada kita. mudah2an dengan cara tu, kita dapat jaohkan diri dari sifat bongkak, takbur, dan bangga diri. dan kedekut. puih... kalo duit banyak2, tapi sedekah sehengget dua pon takmau... terjun KB Mall la weii~

kepada brader jersi merah. kalo lu marah kat gua pasal tegur lu tadi... gua mintak sori. gua memang nak lu sentap. tapi gua harap... lu pon tarik la balik statement lu petang tadi... lu insaf sket2. kita sama2 insaf sket. mudah2an ada hikmah pertemuan kita hari ni.

oh. yes. kalo brader dengan gadis di lengan brader tu belom kawen... gua doakan lu dua orang cepat2 menikah. bahagia dunia akhirat. dapat baby ramai2 muka macam isteri brader... ok?

haha. macam la korang baca blog aku. =p dah! letih membebel. nak tidou. bye!

assalamualaikum. ^^

5 comments:

KinosKoko said...

nice..aku bercita2 nak buat mcm ni gak..sound org kat tengah2 rmai..tp cuak gak kdg2..haha

KinosKoko said...

nice weyh..rs nak wat gak mcm tu..kewl org ckp..haha

antara said...

haha... tapi ikot situasi, keadaan la kan.

bak kata puan Mariah, "Don't just do the things the right way, but do the right things!"

hee. moga2 aku dah buat benda betol la. wallahualam. ehe

iena_mieyna ^^ said...

salam. new here. baru je singgah di blog awk ni and tertarik dgn entry ni.saya bakal cikgu pendidikan khas and agak sensitif bila sebut psl OKU..mmg org cacat penglihatan,pendengaran diorg byk berusaha ke arah tu mcm play music,mengurut, ambil upah kemas rumah and etc. kita sbg yg dilahirkan sempurna ni lah kena galas tanggungjwb utk bantu diorg kan. well, apa yg awk buat tu btol lah and tak semua org berani mcm awk even me. hehe. sy sendri pun x berani tegur org mcm tu. hehe. btw, slm p'kenalan. entry blog awk best. :)

antara said...

salam. hey. =)

thanks sebab baca, dan share pandangan kat sini. ehe.

itulah. terkadang kita ni manusia yg kononnya sempurna - selalu lupa nak bersyukur. moga2 leh jadi pengajaran kat kita.

oh, bakal cekgu! welcome to the club. ^^ tp awk lg tabah, bukan mudah nak ajar pendidikan khas. =) semoga yg terbaik ya!

best ke? haha. time kaseyh~ ^^