SOCIALIZATION

Tuesday, July 31, 2012

Rayuan Hari Pahlawan 2012 - Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera

negara kita Malaysia bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. namun, hari ni kita berbangga kerana dapat menyambut Hari Pahlawan yang diadakan pada 31 Julai setiap tahun.



tidak mampu dihikayatkan dengan pena; jasa pejuang-pejuang negara kalau kita benar ingin membukukan pengkisahan mereka. bakti yang dicurahkan tiada tertanding. demi insan-insan yang disayangi dan tanahair yang tercinta, perajurit-perajurit negara sanggup bergadai harta berkorban nyawa demi kesejahteraan generasi Malaysia.

justeru, kempen tabung rayuan Hari Pahlawan dilancarkan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk menyalurkan segala sumbangan kita terhadap mereka yang telah banyak berjasa. serta, membela nasib waris mereka yang masih ada.




*memetik daripada laman sesawang Affin Bank Berhad -

Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2012 bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara khususnya di kalangan masyarakat Malaysia supaya memperingati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara dengan bertemakan "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera".
Rayuan Hari Pahlawan bermula dari Ogos hingga Oktober 2012 bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan untuk bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
 Anda boleh menderma melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201)

 sumber: Affin Bank Berhad


Lest We Remember

 Selamat Menyambut 
Hari Pahlawan

"Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera"

No comments: