SOCIALIZATION

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan - Formula Tenaga Segera!

Assalamualaikum.

uhm... i'm not sure how it works... but really, aku rasa aku dah jumpak satu formula untuk rejuvenate badan yang tengah lemah dan tak bermaya.

al-kisahnya... aku demam teruk.. dan selsema teruk.. dan batuk teruk. -____- so for the previous 2-3 days, aku tak berapa lalu nak makan. even aku pegi param (PAsar RAMadhan) pon, aku beli makanan... then balik berbuka dengan makanan yang dibeli... in the end makin kronik lak saket aku jadiknye.

tak.. bukan aku beli biawak masak merah ke, or tenggiling goreng kunyit ke... or belalang goreng tepung, mahupun landak masak kicap.... bukan, bukan... cumanya, aku rasa kondisi badan aku ni kot yang reject makanan berat. so, muntah bertalu-talu laa... sumbat murtabak, keluar kebab. sumbat nasik keluar bubur. adeh~

sudahnye, semalam dalam kepucatan senja nan kabur di balik gemawan berarak rendang... aku teros tak lalu nak makan. tapi... takde la gigih nak teguk air kosong je kot kan. nak gak mengunyah~ tapi kalo makan, nanti muntah lagi. hm...

aha!!

aku rasa nak try nih - berbuka dengan kurma dan air 100 Plus. hm... kenapa? sebab.. kita disunatkan berbuka puasa dengan kurma (tamar) dan air;

- daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).


sebagai umat islam, kita pun tau.. apa yang Nabi buat tu, mesti ada sebab dia. kalo nak cerita khasiat kurma, memang banyak la beb. so, korang boleh google sendiri kot. sila baca demi pengetahuan ye. hehe. anyway, alhamdulillah, aku rasa aku dapat hikmah daripada amalan Nabi s.a.w tu...


kombinasi kurma dengan air 100 Plus memang awesome!! happy sangat bila body aku (especially tekak dan perot) tak reject pengambilan makanan dan minuman ni. takde rasa mual, loya, muak... dan tak muntah! dan paling best... badan rasa energized! serius bertenaga. 

betol beb. bukan nak exaggerate, tapi itulah yang benornye. anyway, supaya korang tak kata aku tipu... meh aku eksplen details sket. aku makan kurma bukan la sebijik je... seingat aku, tujuh (7) bijik. dan air hundred plus tu... suku 1/3 botol besor tu haa.. banyak ke? takpe, memang perlu sebab nak menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa menjalani gaya hidup aktif! ahahaha


dan! aku tak makan apa2 dah lepas tu. sampai lah sahur untuk puasa hari ni - pun aku makan kurma 7 bijik dan teguk air 100 plus. dan berbuka puasa tadi pun aku makan dan minum benda yang sama jugak. alhamdulillah, ada rasa kenyang yang cukup. takde rasa nak mengulor ke, sebu perot ke.. wheee! 

well, i'm not saying inilah sajian terbaik sepanjang ramadhan or sepanjang zaman ni. mungkin sepapan daging burung unta lebih baik, atau sekilo kacang bendi atau sebakul roti cicah kari yang sedap hingga menjilat jari~~ mungkin sebab aku tak sehat ni, so makanan yang ringan camtu je yang badan dapat digest. dan aku tak kata makan camtu je dah cukup untuk badan kita...noooo~~ cuma, bagi aku, itulah formula tenaga yang terbaik untuk aku setakat ni~ so bila aku dah baek demam, maybe aku akan start makan landak  murtabak semulaa.. ^^

sesimple aku menulis nih, sesimple tu jugak la untuk korang try sendiri. anyway, result bergantung kepada banyak faktor ye. tapi try la! sunat tu~ pahala tuu, makan kurmaa... hihi


p.s; dah 2 hari tak makan nasik nih... steady je. kemon Aan, kemon! misi 50kg dan jeans saiz 27 pasti menjadi realiti! hahaha 

No comments: