SOCIALIZATION

Monday, June 25, 2012

Berdoalah. Dia Mendengarnya.

Assalamualaikum. salam sejahtera. ^^





ingat tak entri pasal kita dan doa yang aku tulih dulu tu? em. alhamdulillah kalau ada yang pernah baca dan masih ingat. =) moga2 bleh jadi perkongsian yang baek buat kita.

kali ni, aku nak cakap pasal doa jugak. tapi ringkas. cuma sedikit perkongsian daripada pengalaman dan pembacaan yang tak seberapa ni.

"Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides Allah. Little it is that ye heed!"


Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).


kita sebagai manusia memang takkan lekang daripada masalah. dalam ertikata lain, ujian dalam hidup. orang selalu kata kita hanya ingat Tuhan bila kita susah. natijahnya, itulah lumrah kejadian. dalam al-Quran sendiri dah dinyatakan betapa kita makhluk yang senantiasa diuji. dan bila kita diduga, itulah tanda Allah masih menyayangi kita; dengan memberi peringatan, supaya kita tak terus lupa dan lalai kepadaNya. =)

tapi... selalu jugak kita komplen.. kenapa doa kita tak dimakbulkan? kenapa permintaan kita tak ditunaikan? ok itu korang boleh baca sket2 kat entri kita dan doa yang lepas. dan antara sebab lainnya... em.. mungkin kita tak jaga adab dan akhlak berdoa?




cer kita fikir. kita nak mintak duit belanja daripada mak ayah kita. katakanlah ada nak beli something yang kita nak sangat2. dan hanya mak ayah je yang mampu tolong kita dapatkan apa yang kita nak tu. so agak2 camne gayanya kita nak mintak duit tu? =D

mesti la kita mintak elok2, kan? mesti kita cakap baek2, lemah lembut... siap senyum... sengih2 cam kerang busuk.. ngendel2 kat mak, kat ayah... nak lagi effective, kita cuba amik hati dorang. buat keje rumah, tolong dorang buat keje... etc etc. kan? haa... camtu jugak la kalo kita mintak doa dengan Tuhan pun~~ kena ada adab dan tertibnya. ^^

jadi. kali ni aku nak share sket2, adab dan akhlak dalam berdoa. jejoms! reflek diri kita sama2. =D


secara ringkasnye, kita boleh cuba amalkan panduan berikut;

1. jauhkan diri daripada perkara2 yang ditegah, lebih2 lagi yang diharamkan. especially makanan. sebab bila kita makan makanan yang haram.. satu badan kita jadi haram jugak. so agak2 camne Tuhan nak terima doa kita kalau kita tak ikot suruhan dan larangan Dia. right?

2. berdoa dengan penuh ikhlas. penuh kesungguhan. mintak elok2 apa yang kita hajati.

3. baca tahmid, selawat dan salam kepada Nabi s.a.w di awal dan penutup doa. mengingati Rasulullah s.a.w itu satu tuntutan jugak tau. nanti2 kat akhirat, syafa'at Baginda jugak yang kita nak. so, masa kita hidup ni, jangan kekwat nak berselawat. ok? ^^

4. berdoalah menghadap kiblat. boleh je berdoa ikut arah mana pun, tapi kan ke lebih afdal kalau kita mengadap kiblat macam kita solat? =)




5. berdoalah dengan khusyuk dan tenang, penuh tumpuan, perasaan tunduk dan berserah. take it easy. keep calm, and say your prayers. ^^

6. berdoa dengan suara yang rendah. bukan tak boleh baca doa kuat2. boleh. lebih2 lagi kalau berdoa ramai2. tapi, jangan la nada suara tu meninggi macam bagi arahan kawad ke, macam menjerit kat orang pekak ke... biar kita baca doa dengan suara yang sayup, teduh, penuh tawadduk dan istiqamah. baru lah sejuk mendengarnya. hehe

7. letakkan pengharapan sepenuh hati. dalam tenang kita tetap harapkan Tuhan makbulkan permintaan kita. jangan la kata "takpe lah, kalo tak dapat pun takpe kot. it's okay, i understand." memang la takde keyakinan dah tu. kalo nak, buat cara nak. ini kalu doa pun macam sekadar amik syarat je... jangan bising la kalo tak tertunai~ lalalaa...



8. menadah tangan. haaa.. ini pon penting. memang la orang kata setiap yang keluar dari mulut kita tu pun satu doa. tapi kan ke elok kalo kita beradab sket.

tadah la tangan tu, tanda kita mohon limpah kurnia dan belas dari Dia. tadah tangan tu biar elok2 separa dada atau muka. jangan malas, jangan kekwat. kalo agak lagi bersungguh, tadah dua tangan lebih tinggi daripada kepala sambil dongak ke langit. macam mana kita merayu kat mak ayah nak mintak duit lebih nak beli henpon baruu, camtu la jugak kena bersungguh mintak doa kat Tuhan. ehe~

9. ulang doa berkali-kali. contoh la... kita nak hadiah sempena dapat result 9A dalam SPM. dari sebelom periksa, sampai dah dapat slip result - kita asik ingatkan mak ayah hadiah yang kita nak tu. berulang kali, sampai dah dapat baru kita tak cakap dah. hahaha.  
itu tanda kita betul2 nak! so, mintak la doa tu banyak2 kali. tak berdosa pun. siap pahala lagi, insyaAllah.

10. berdoa pada waktu2 yang utama untuk berdoa. memang, anytime je kita boleh berdoa. tapi ada waktu2 yang lebih afdal untuk kita memohon perkenanNya. antaranya ialah;

a. selepas solat
b. masa sujud ketika solat. (baca dalam hati ye~ ^^)
c. lepas solat Tahajud, dan sepanjang sepertiga malam
d. ketika berpuasa
e. ketika berbuka puasa
f. lepas mengaji Quran
g. sepanjang hari Jumaat
h. sewaktu hujan
i. antara azan dan iqamah
j. ketika menunaikan ibadah haji, especially masa wuquf di Arafah, masa tawaf, masa solat depan Ka'abah
k. sepanjang bulan Ramadhan, especially di malam harinya.. lagi especiallynya di malam Lailatul Qadar
l. semasa dalam majlis2 ilmu. waktu korang dalam kelas, kuliah tu pun, majlis ilmu, tahu? =)



haa... itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan kali ni~ harap2 kita take note lah ye. sebarkanlah kalau ia berguna. mudah2an kita sama2 beroleh keberkatan. ^^

jadi, apa tunggu lagi? berdoalah! seperti firman Allah;



maksudnya; Dan Tuhanmu berfirman; Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan permohonanmu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takabur) daripada beribadah dan menyembahKu (berdoa) akan masuk ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina dina. 
(Al-Mu'min, ayat 60)

sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Memberi Rezeki.

wallahualam. =)

2 comments:

Tea Dean said...

baguih entri yg ni. kami suka sangat2...banyak membantu

Antara said...

thank you~ ^^ insyaAllah mudah2an kita sama2 dpt pertolonganNya