SOCIALIZATION

Thursday, June 7, 2012

Beginner's Guide to UEFA EURO 2012 Poland-Ukraine

demam bolasepak telah kembali! kali ini, kita bakal disajikan dengan perlawanan bolasepak berkualiti daripada pasukan-pasukan ternama Eropah!

jadi, entri khas ini adalah untuk anda dan mereka yang tertanya-tanya.. apakah itu UEFA Euro 2012



1. UEFA - Union of European Football Association. bernaung di bawah FIFA. ber-ibupejabat di Nyon, Switzerland.

2. UEFA memayungi 53 kesatuan bolasepak kebangsaan di bawahnya - yakni negara-negara di dalam benua Eropah

2.1 Brazil bukan anggota UEFA. Argentina pun bukan. Malaysia anggota Commonwealth, bukan UEFA. harap maklum.

3. Euro 2012 merupakan kejohanan bolasepak Eropah kali ke-14.

4. Poland dan Ukraine menjadi hos (tuan rumah) bagi kesemua perlawanan Euro 2012 yang bakal berlangsung dari 8 Jun sehingga 1 Julai 2012. Pemilihan hos kejohanan telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.

4.1 Undian bagi Poland-Ukraine sebagai hos telah mengalahkan pencalonan Austria-Switzerland, dan juga Italy sebagai pilihan menjadi tuan rumah.


4.2 Inilah kali pertama Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bagi Euro Championships. 


5. Sebanyak 51 negara bertanding merebut peluang di dalam pusingan kelayakan pada Ogos sehingga November 2011. Hanya 16 pasukan terbaik layak ke pusingan akhir kejohanan.

5.1 16 pasukan diundi dalam 4 kumpulan. Sila doakan kejayaan pasukan pilihan anda. =)

best 16 for Euro 2012


Euro 2012 groups schedule (click to enlarge)

5.2 Mulai 2016, bilangan pasukan yang akan bertanding di pusingan akhir Euro akan ditambah kepada 24 pasukan.

6. Lapan stadium akan digunakan di lapan lokasi (masing-masing empat stadium di Poland dan empat di Ukraine) mengikut perlawanan kumpulan dan peringkat saingan seterusnya.

7. Perlawanan pembukaan akan dilangsungkan di National Stadium di Warsaw, Poland, dan perlawanan akhir akan diadakan di Olympic Stadium di Kiev, Ukraine.


stadiums and locations of matches of Euro 2012

7.5 Stadium terbesar ialah Olympic Stadium di Kiev yang mampu memuatkan 60,000 penonton pada satu-satu masa; diikuti dengan National Stadium (Warsaw - 58,500), Donbass Arena (Donetsk - 50,000), PGE Arena (Gdansk - 43,600), Municipal Stadium (Ponzan - 43, 300), Municipal Stadium (Wroclaw - 42,800),  Metalist Stadium (Kharkiv - 35,000) dan Arena Lviv (Lviv - 35,000).


8. Pengeluar barangan sukan ternama dunia; Adidas, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menjuruterai bola rasmi sempena Euro 2012 kali ini. Seetelah dua tahun kajian dan pembangunan dilaksanakan, maka terciptalah Tango 12.

Euro 2012 Tango 12

click to enlarge



9. Perlawanan kumpulan B dan C dilihat sebagai kumpulan 'maut'. Survey rambang menunjukkan peminat-peminat bolasepak mengharapkan persembahan berkualiti daripada pasukan ternama pilihan seperti Spain, Germany, France, Italy dan England.

9.1 Rata-rata penyokong Liverpool dan Manchester United menyokong pasukan England untuk juara.

9.2 France dan Italy mempunyai loyal supporters yang terdiri daripada warga yang agak berusia. Italy dilihat mampu pergi jauh dalam saingan kejohanan.

9.2.1 Pasukan France (Perancis) juga dikenali sebagai pasukan 'cap ayam'. Tak pasti ada maksud tersirat ke tak...

9.3 Ramai gadis menyokong Portugal sebab ada Cristiano Ronaldo, serta warna jersi yang tampak sesuai dipakai mereka.

9.4 Penyokong pasukan Germany lebih sukakan kit jersi away (hijau) pasukan berbanding kit putih. (sumber; penjual2 jersi bolasepak di downton sekitar bandar baru bangi)

9.5 Siapa yang sokong Spain, dia 'Glory Hunter'. =p

sumber




10. Sila langgan Astro Sports Pack untuk akses menonton kesemua perlawanan Euro 2012 secara langsung di kaca gentian TV anda. stesen tv laen.. erm.. tak pasti dapat hak penyiaran atau tak. selalunye Astro ni bolot semua kat dia sorang je. biasa la.. konglomerat~ monopoli la selagi buleh. hm~~

oh. jadual perlawanan waktu Malaysia... saya tak sediakan di sini. sila google atau tengok kat web astro sendiri. tak pun, pegi beli buku jadual perlawanan. dah ada jual dah.

cadangan pakej lengkap untuk Euro 2012 ni (dan masa depan) - TV plasma 42 inci (atau lebih) dengan fungsi full HD + astro beyond + set sofa + kawan2 yang happening. kurang salah satu? sila cukupkan. hihihi

selamat berdemam Euro 2012!!

No comments: