Tuesday, June 5, 2012

Snow White and the Huntsman (SWATH) Review

masa tayangan Dark Shadows aritu, aku tengok trailer citer nih - Snow White and the Hunstman. pergh.. stailo abes kot~~ teros masuk dalam aku punya to-watch list.

so today atas desakan si yazid tarmizi, aku berjaya menggapai impian. hahaha. yazid ajak gi alamanda putrajaya, tros tengok citer tu. 

Snow White and the Huntsman 2012


wohooo... filem ni daripada penerbit yang tersohor dengan elemen twists dan angker dalam cerita2 dia - Tim Burton. so kalo Burton yang buat movie ni, normally memang ada kelainan lah daripada cerita2 biasa. tengok je la cerita Alice in Wonderland tu. hehe

tonggak utama citer ni pon mantop2. pendokong watak2 penting memang classy. Kristin Stewart jadik Snow White. si Chris Hemsworth jadik The Huntsman (nama tak pernah dinyatakan sepanjang cerita), dan Charlize Theron jadik the ugly evil Ravenna (le Queen). mungkin generasi sekarang ramai tak familiar sangat dengan Charlize Theron, tapi kalo yang minat watak Bella dalam Twilight tu... or yang tengok Thor atau the Avengers tu... kompem2 la kenal si hero dan heroin citer nih. heee~

oh abam Thor.. =p


review ringkas

plot cerita dia kita boleh agak. macam mana kesah Snow White yang kita tau pasal si santek jelita yang dicemburui oleh si pompuan sihir yang nakkan eternal power le beauty. and of coz elemen2 magis yang common - especially signature citer Snow White; makan epal beracun, dan the true love kiss~ awww~~

taaapii... when it comes to Burton's ingredients... aku takleh cakap apa sangat la. memang AWESOME habess!! hahaha. karekter2 utama citer kanak2 Snow White tu ada, dikekalkan - termasuk la the seven dwarfs. cumanya, plot cerita sedikit diubahsuai bagi menjadikan cerita ni tak tipikal atau persis cerita kanak2 yang kita semua tau tu.

ok. tak sedikit la. banyak jugak yang ditokok-tambah. contohnya? contohnya... pengkisahan macam mana boleh wujudnya si Snow White tu, macam mana bleh adanya the evil Queen tu, ada pulak la side-kick atau watak sampingan yang... tak kurang pentingnya bagi menghidupkan jalan cerita ni... then ada rusa jantan kaler putih yg super rare, ada troll (yang kalo takde pon takpe kot..haha!) ... dan paling penting - ada ramai orang mati (especially mati kena bunuh) dalam cerita ni... bhahaha. i like it! snow white citer budak2 tu manada beb~~ ekeke xD

alritey.. nak citer lebeyh2...kang spoiler pulak bagi korang yang belom tengok.. (wlopon aku rasa aku je yang terlambat tengok citer nih...zzz..) hahaha. so, aku nak komen sket2 je. =)

the huntsman and the dwarfs


in my humble opinion, citer ni worth your RM 12 dan 2 jam dudok kat bangku cinema tanpa bangun2 pegi tandas walopon sekejap. thanks to Tim Burton (penerbit), Rupert Sanders (pengarah), Evan Daugherty, John Lee Hancock dan Hossein Amini (lakonlayar), citer Snow White ni jadik cerita yang serius dan mengajak penonton senyap untuk hampir dua jam straight. hahaha

aku taktau la org laen senyap sebab apa.. mungkin sebab le boys cair tengok Snow White yang memang white dan memiliki ciri2 gadis pojaan merekaaa.. atopon le ladies berangan nak boyfie masing2 macho berjambang dan menjadi pembela yang setia macam si Hunstman tu... hihi. tapi siyes, memang tak banyak LOL materials.

aku paling suka part hujung2, nak habes cerita tu. sorta denouement jugak la. when is it? yeah.. the part le Snow White jadik Balian of Ibelin. hahaha. kenal ke sape tu? pegi tengok citer Kingdom of Heaven. ape Snow White buat?? hee.. something yang Disney's Snow White (and the seven dwarfs) tak buat - she goes to war. and she kills. and she saves the day; not the prince-whatsoever. oopss! spoiler ditekted! hahaha. nak tau lebeyh, sile lah tengok beb. ^^




alritey! tanak citer panjang2. sila pegi beli tiket dan tonton sendirik. all in all, citer ni best untuk ditonton dengan kengkawan, mahupon sensorang. dan kalo anda kritis, sila compare-kan dengan citer kanak2 Snow White and the Seven Dwarfs dengan citer Snow White and the Huntsman nih. enjoice!!

scale of 10? i give 7.5. ^^

2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Hewww

okai dari pembacaan aku kat entri kau mmg cite ni cam best

tapi aku bukan kaki wayang

aku kaki donload

hewheww

& tak sangka awek vampire twilight jadi snow white kannnn

antara said...

ahaha.. aku taknak gebang lebat sangat.. sebab agak lewat dah aku tgk ni. org len dah tengok lama dah. ekeke

tapi, yeah. best! sila donlod. dvd rip HD kaw2. hihi

ahaa... aku pon tak berapa kenan si kristin tu blakon. cam kaku je.. tapi.. sebabkan citer ni serius, so ok laa~ ^^