About Me

My Photo
seorang yang.. kadang2 baik, selalunya jahat. kadang2 kurus, selalunya buncit. kadang2 bising, selalunya diam. kadang2 main basketball, selalunya main pondok2. tapi.. aku Forever21. Forever a son. Forever kawan. Forever hamba Tuhan.

Thou.Thinkers.

Thursday, December 27, 2012

Makan Belut Anda Jadi Sihat Dan Kuat!

bebaru ni aku gi pasar tani... then aku terpandang la something yang aku cukup gemor. sejenis makhluk yang buleh di-omnomnom...

belut!!

belut/unagi

yeah~~ belut. nama saintifik dia, Anguilliformes (wikipedia). amboih dah macan transformers dah aku tengok. ekeke. haaa... serius weh. aku cukup suka belut. no bukan suka bela buat haiwan peliharaan. tapi suka makan! sedap oooo...

ramai yang tak suka makan belut. ada yang sampai takleh dengor nama... dah geli geleman, ketor2 badan. paling biasa - orang kaitkan belut dengan ular. adeii... memang la badan dia panjang, licin.. macam ular. tapi belut tu sepisis ikan la awaknye~ haha. tapi tak tau la kan kot2 aku salah... mohon betulkan ye. =)

meh aku nak cerita perihal belut dan zaman kekanak aku.


kecik2 dulu, aku suka tangkap belut. buat apa? haa.. dulu aku rajin tangkap belut untuk dijual. selalunya memang aku jual la, sebab harga belut mahal. masa tu sekilo belut.. dapat dekat2 sepuloh hengget jugak la. kekadang lebih - tengok permintaan/pasaran. tapi ada jugak belut yang aku simpan untuk bela, dan untuk makan. omnomnom...

nak tangkap belut ni tak la sesenang yang disangka. tapi kalu dah biasa tu, memang tak jadi hal lah nak cari pot baek nak culik belut ni. hehe.. belut buat sarang dalam tanah lembap. senang cakap, berselut dan berair la. kalo kat bendang (sawah) tu, kat batas2 tanah parit gila tu memang kawasan belut buat sarang. ataupun lubang2 kat dinding2 parit. tapi tu kena tunggu musim air surut atau kemarau la, baru leh nampak. nak senang keja, aku lebih suka cari belut kat bendang.

ada dua cara kami guna nak tangkap belut. satu, guna 'bubu'. bubu ni ada dua jenis. satu bubu ikan (yang buluh tu) , satu lagi bubu gelung. normally kami guna gelung PVC tu je nak tahan bubu belut ni. gelung tu panjang tau. kat satu hujung kena letak serkup bubu, untuk belut masuk. opkos, letak umpan la jugak nak tarik perhatian dan selera dia. the other end, tutup dengan jaring pukat atau plastik guni baja.. supaya dia tak buleh keluaq dah bila terperangkap dalam bubu tu. bubu belut ni kita tahan je dekat lubang belut tu. nanti2 dia lapaq, dia keluaq cari makan... bila dia terbau umpan dalam bubu tu, dia masuk la. tahan sebelum maghrib, sok pagi nanti pegi tengok. wheee!! kenapa? sebab belut aktif waktu malam. siang2 dia banyak tido je.. unless kena kacau dengan budak2 cari belut macam aku. ekeke~
bubu belut verci paip PVC

satu lagi cara, ialah dengan mengai belut. oh korang tak faham 'mengai' tu apa? mengail/memancing. biasa la, bahasa utara. hehe. ha! mengai belut paling best. kami guna buluh pendek untuk buat taut (batang pancing). kenapa pendek? sebab takleh la guna yang panjang2 macam joran pancing ikan tuu... hehe. nak pancing belut ni kena ada teknik. kena pandai tengok yang mana lubang belut. macam mana nak tau? haa... kena teliti tengok lubang yang kita aim berpotensi sebagai lubang belut tu - ada pergerakan air kelur masuk, naik turun tak. kalo ada, bleh try mengai kat situ. sangkut umpan isi ikan sepat or siput bendang (kalo kaya bleh guna udang) kat mata kail, then provoke belut tu betul2 depan lubang/sarang dia. untung2 nasib, dia sambar!! tarik masuk sarang... then kena pandai lawan tarik la pulak dengan dia. ini yang lejen!! hahaha. syok beb!!! tapi kalo tak pandai, silap2 leh terlepas belut daripada mata kail. nyesal woooo~~

mengail belut


seronok tangkap belut ni. tapi... tu la. banyak gak la risikonya. satu, kena marah dengan tuan punya bendang. dah kitorang randuk anak semai sawah orang, memang la kena sound kan. hikhik. maap wak seman pekak. kami tau wan seman pekak, tapi lupa plak wan seman tak buta - bleh tengok kami melingkup padi wak seman. hihi... then..paling bahaya sekali... bila salah lubang. selain belut, ada menatang lain jugak yang buat lubang kat tanah macam tu. biawak? ha'ah.. itu pon ada. tapi takpe lagi... kena2 lubang ular?? huhu...

pengalaman aku la.. pernah gak terpancing ulor ni. luls... mula2 aku jumpak lubang tu kat dinding parit gila. tapi lubang tu tinggi sikit tau - tak masuk air pun. aku agak2 taknak la try, sebab tak sedap hati. tapi... memandangkan time tu aku takde rezeki lagi setelah seharian mengai belut... aku pon up for the challenge la! letak la umpan kat kail.. sebabkan lubang tu kering, aku sua la umpan masuk dalam lubang tu. acah2.. acah.. tup!! sambar!! aku hepi gila2. finally!! hahaha. tapi aku rasa dia punya strunggle lain tau... hm.. lantak lah, belut muda kot. sekali aku rentap keluar.... homaaaaaaiii!!! ular tedung woooooiiii!!! noharom panjang kan main!! punya la takut, aku baling kail aku tu ke langit tinggi2. dengan ular tu melayang sekali. masa dia dok terbang tu, aku lari. hahahaha. tak kuasa aku nak bukak kail dari mulut ular. gila!

satu lagi pengalaman ngeri dengan belut ni... em em.. aku hampir putus jari kena gigit belut. ekeke...

citernye camni... masa aku darjah 4.. hari tu aku dengan ajib pegi cari belut. kebetulan umpan habis.. tapi ada satu lubang belut yang besor ni. teorinya - lagi besor sarang, lagi besor belutnya. so ada dua lubang... kitorang tengok memang air bergerak naik turun. acah2 berani, ajib ready kat satu lubang tu dengan guni plastik. aku pulak bajet lubang yang kat seblah aku ni, lubang masuk dia. so aku pon seluk la tangan dalam tu. pam air - paksa belut keluar ikot lubang kat ajib tu... sekali... ngap!! aku rasa pedih nak mampos!! aaarrgghh!!! hujung jari aku kena gigit!!! lelaju aku sentak tangan keluar dari lubang tu. piuuuuu.... belut yang gigit aku tu pon melayang keluar lubang. maknanya masa tu dia masih melekat gigit jari aku la. hohoo.... aku tengok jari aku merah, darah berjurai-jurai keluar. ajib tak buang masa... dia terus selamatkan - belut tu daripada masuk dalam parit semula. besor belutnya, rugi kalo terlepas - katanya. ~.~"

saket oii... jari tengah aku ni terkopak satu ruas.... terkopak keluar isi jari tu. sikit lagi nak putus. tinggal tak putus je... ngehngeh... seminggu gak la jari aku berbalut tak bukak2 - nak bagi isi tu melekat balik. nasib laa cuti sekolah. luls~ alah lepas bukak balutan tu, kitorang pegi cari belut semula. haha. serik? apa tu? ekeke.

ni apa aku melalut cerita pasal belut ni? hohoho


belut / eel / unagi


ok! tadi tu mukadimah je. wahahaha. ni baru masuk isi penting. haaa... belut ni sedap dimakan, tahu? tahu tak?? sape penah makan, mesti tahu. betapa enaknya rasa belut ni. uuuiiihhh... kecur! buat sup.. tapi sup belut kot ramai yang geli la. aku pon tak berapa sangat. hehe. pastu, masak lemak cili api, masak asam pedas.. paling cara, goreng biasa je. kalo rajin, buat belut panggang/salai. pergh!! kena cicah air asam. masyuuukk!!

belut banyak khasiat. meh aku cerita khasiat2 belut.
- belut boleh tolong stabilkan tekanan darah. taktau la camna, tapi belut kaya dengan protein, kalsium, dan zat besi. macam kerang~ 
- belut boleh buat kulit kita tegang dan halus ; especially kulit muka. awet muda gittew~ 
- orang kata makan belut , bantu kuatkan memori. daya ingatan makin tajam. haa.. 
- makan belut boleh bagi cepat proses penyembuhan luka. sebab tu, kalo orang bersalin ke, orang lepas operation ke, or budak2 lepas bersunat ke... digalakkan makan belut. dan ikan haruan. sebab khasiat dia bagi luka cepat baik. see? tere tak orang tua2 dulu2. petua sepanjang zaman oo!! ^^ 
- makan belut leh bantu mereka yang lemah tenaga batin. hempedu belut kot. for both lelaki n pompuan. wallahualam yang ni. 

so.. amacam? teringin tak nak makan belut? try la wei... siyes sedap. dah la berkhasiat lak tu. lagi elok makan belut daripada makan ayam, tahu? orang jepun cukup fanatik dengan masakan berasaskan belut. tengok la dorang, cerdik2. hahaha. taaaaaapii! aku nak pesan. kalo beli belut hidup tu... hati2 la masa nak siang dia ye. licin! sumpah licin. susah gila nak pegang. ~.~ silap2 korang ter-siang tangan sendiri . ergh... mintak simpang...

jom, belut salai jom!

2 comments:

MohdIzwan said...

waaa...teringat jgk zaman kecik2 dlu..
tahan bubu belut...mengai belut...
semua tue kenangan kat sg labu dlu...skrg nie mana nk ada dh..

btw..belut mmg sedap..selalu goreng gitu je..slalu org ckp klu goreng khasiat dia kurang...sbb abes masuk dlm minyak..so..klu nk preserve khasiat dia..buat la masakan berkuah..hehee..

antara said...

asam pedas belut, penah try? bhahaha. cara oooo!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...