SOCIALIZATION

Thursday, May 17, 2012

Steamboat & BBQ yang Bajet dan Berbaloi!

hokhok! ini entri mengenai makanan. tidak disyorkan membaca pada siang hari sekiranya anda sedang berpuasa. ekeke ^^

masa hari guru kelmarin (16 Mei 2012. Happy Teacher's Day!), sekolah aku tak buat sambutan pon. alolo... sedeyh kan? hukhuk... hehe. sebabnya sambutan hari guru peringkat skolah akan dibuat pada minggu berikotnyaaa... 24 & 25 Mei 2012. hambik kau. dua hari. sakan oii!! =D

tetiba jugak, kelmarin aku teringat kat bbq yang femes dalam kalangan bebudak maktab - tak lain tak bukan.. Seoul Garden kat Gurney Plaza, Penang. (drooooliiinnnngg~~~) lepas tu aku tanya la chekgu2 sekitar meja aku, kat sini ada ke makan2 bbq camtu?

ADA!! sorang chekgu tu jerit kuat2. hahaha. semangat bukan main lagi. ^^ gedebak gedebik gedebuk, malam tu beliau bawak aku pegi tempat yang dikatakan ada serve bbq tersebooott... jeng jeng jeng!!

BBQ Land, Kuang, Sungai Buloh

itu diaaaa!! inilah tempat yang dituju! kekeke ^^ BBQ Land, Barbecue and Steamboat Buffet, Kuang (Sungai Buloh). tak la dekat sangat dari puncak alam. tapi ok la! strategik jugak bagi korang2 yang dok dekat area2 sekitar sungai buloh.

memula aku cuak... sebab.. takot mahal. dalam kepala dok terngiang-ngiang harga buffet kat Seoul Garden.. rm35 satu kapla... huk. tapi tapi... once aku tengok kat banner diaaa... wohooo!! hepi gila aku!! just RM 20.00 for eat-all-you-can! itu harga dewasa itu! kanak-kanak, RM10 sahajaa~~ wheee!

murah beb! siyes murah. so berbekalkan perot yang lapor mengganas... aku teros attack all the edibles served!

raw meats and seafoods

memang heaven gilaaaa~~ daging yang dihiris nipis, diperap banyak jenis rempah... uhuuu.. ayam lagi.. dan udang2 fresh... hirisan2 sotong.. fish cake, isi ketam... sosej.. memang aku rambang mata! haha. nak pulak ada nasik puteh, mee sanggul, mee wantan, bihun, megi, bla bla blaa.... meriah beb!

ni la hasil rambang mata 1st round... hehe~

bersederhana... kononn~~~ hahaha

memanng cara weh~ korang nampak pot hitam seketol atas meja tu? ahaa... periuk bata tu dorang tarok kuah tomyam tau! untuk rebus2 apa yang rasa nak rebus. nak buat basuh muka pon boleh.. kalo sanggup la. lepas tuu... keliling tu ada kuali 6 pecahan. steady untuk kita cair2kan mentega yang wangi, untuk salai2, barbeku-kan daging2 yang empuk, enak diperap rempah dan sos ramuan sejati... serta udang2 yang manis isinya.. uuuuu~~~ sedapnyee~~


tsssss.... testing testing... pecah minyak... wheee!

tapi standard lah kan... makan benda2 camtu, memang aku tak layan nasik etc etc laaa... nanti kenyang cepat beb. karbohidrat tuuu... rugi la, bayar rm20 tapi makan tak berbaloi. ekeke. so... memang aku blasah daging kaw2 ah! sedap seh~ tomyam dia pon cara gak! hirup2 panas2...uhh..

kat sini, bukan je air pair dan air basuh tangan je free... tapi air minuman jugak PERCUMA! free-flow bebeh! malam yang aku pegi tu, dorang buat air sirap ais 2 tong. pergh... murah rezeki laa tokei kedai ni. ameenn~

habes satu round... aku tambah lagi. bwahaha. kemon! kata buffet~ ^^

tudiaa... ni sebahagian kecil sahaja ya... hehe~

masih terngiang-ngiang baunye. hokhok =D


dah makan kenyang2 nih... dah buncit dah perot... kembong membusong dengan makanan free-flow ni... aku pon nak khatam buffet dengan dessert... wallawehh! ada eskrem aaaa!! tak main aa cikai2... Nestle, okeyh!! hahaha. aku tibai 2 mangkuk besar eskrem. puas hati. auummm!!

wohooo... seriously, dengan RM20... memang berbaloi untuk makan kat situ. aku consider RM 20 tu murah  la untuk segala yang dihidang dan disediakan. dah la tu, sedap beb! tak caya sila pegi try. hehe ^^


okesh! aku rasa cukup la aku share dengan korang sedikit sebanyak pasal makan malam hari guru yang memang caraaa ni. DISCLAIMER. aku share je ek. tak dapat komisen apa2 pon... haa... tak baek pikir bukan2. ekeke ^^

kalo rasa nak berkunjung, sila tengok details kat bawah... =]

BBQ Land, (BBQ & Steamboat Buffet)
Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang , Sg Buloh (Selangor)
GPS - 3.220189,101.531275

RM 20 nett (dewasa), RM10 nett (kanak-kanak bawah 12 tahun)
waktu operasi; 6.00 pm - 12+ am. hari2 kot..
detail; call 017 8800 627


klik utk besorkan. ^^



sila share jika mahu! ^^

2 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

Aku balik upm nanti make sure ko belanja aku kat sini!!
Drooling~_~

Antara said...

aku la blanja kau? hahaha. on it! jejoms2 ^^