SOCIALIZATION

Sunday, September 16, 2012

Hantu Tumpang Kereta - (Jangan Baca Kalau Imaginasi Tinggi)

ceritenye camni...




petang tu aku baru abes jaga ekjem yupiessarr. so, rerasa nak reward -kan diri la sket, setelah berhempas pulas - melihat 3 muka wajib dalam dewan exam - muka budak, muka jam, dan muka pintu.

to cut it short, lepas balek rumah petang tu, aku gi maen basketball kejap.. (short la sangat..) ok2. lepas tu balek mandi, solat, pakai2 baju lawa2 , di seblah malamnye, aku teringin nak makan pizza baru. alaa, yang tengah dok promosi kat tibi tuu... yang ada sos pekebendetah kat dalam kerak dia tuu... kat pizza hut la. 

kat area punchak ni tadek pizza hut. maka aku kena la pegi ke setia alam (padahal memang aku cari alasan nak ke sana.) dengan hepinye, aku drive ford buruk aku pegi sana... takde la jaoh sangat, dalam 15 kilo je dari umah.

sampai kat setia city mall, aku teringin plak nak makan sushi king... tapi tak syok makan sushi sensorang, so aku cakap la kat twitter, sape nak sushi king free, meh datang makan dgn aku. malangnye, aku bukanlah retis yang ber-fanpower macam nuat hadi or mat lupi. so tadek orang layan... le me iz sad. hahaha.

aku pendekkan lagi cerita, (tau korang nyampah dah baca intro ngarut ni. memang aku sesaje delay pon... lol!) aku pegi beli pizza baru sepertimana yang aku mengidam-kan ; wlopon ada domino's dengan san francisco pizza kat setia alam tu. hehe. papa john pon ada, tapi orang cakap papa john sedap kalo dimakan beramai-ramai. so, pizza hut je la~

haha. ok continue2 baca. nak masuk isi penting dah ni. xD

lepas selesai sume urusan kat situ, aku pon nak balek rumah~ walopon tadek orang rumah, tapi memandangkan aku ada rumah sewa, so kne la balek jugak ke rumah. =p setia alemm ke punchak alemm ni paling mudah klo ikot jalan dalam. jalan kampung. kne rentas satu tempat nama meru. so daripada setia nak ke punchak, aku pon memandu Ford TX3 aku dengan penuh bersahaja - seperti akronim namanya ; "Ford Only Romantic Drivers."

on the way nak balek tu... kne lalu hutan kelapa sawet tau. haaa... korang boleh check2 tengok belakang korang ada sape tgh baca sesame ni... ^^ try la tengok seblah kanan dulu.. mesti takde apa2 kan? hehe. sebab dia ada kat seblah kiri korang!!

ok cuak x? lol

jalan setia-meru-puncak ni memang kecik. kampung la katakan. pastuh, berbukit lak. dan banyak selekoh. situ banyak eksiden benornye. so aku tak berani nak bawak 120 kmph kat jalan tu, takot terbabas. jadik, sambil dengar sinar.fm dan klasik nasional, aku tekan 60-80 kmph je.

tengah sedap2 layan lagu rock di arena rock sinar, tetiba radio aku bunyi semut2. semut2 tu aku panggil, sebab bunyi dia sama macam bila kita bukak tv takde siaran... yg kuar bintik2 hitam putih merenyam banyak2 tu. korang takleh banyangkan? nampak sangat korang ni lahir2 je dah ada estro. =p

tup. radio terpadam. sendirik bai. aku pelik la kejap.. tapi pikir positip je, sebab keta aku ni memang slalu ada masalah wayering. maklum la, kete buruk... hihi. tapi.. tengah sedap2 aku drive sensorang tu, tetiba aku rasa panas telinga seblah kiri aku. badan rasa seram sejuk, tapi telinga aku panas. haa... aku dapat agak dah. kompem. mesti punya.

yes.

aku selalu dah kena camni sebelom2 ni, tapi aku jenis risk-taker... wlopon pengalaman mengajar bahawa kalo rasa camtu jangan ditoleh ke arah tu.. tapi aku tengok jugak! biasa la, manusia. heheee.... eh, ada penumpang la plak~

100% pasti - bukan orang. sebab?

manade orang yg badannye semi-transparent. baju byk la transparent, orang takde. pastu plak... muka dia.. macam penjahat dalam citer Batman tu. sape? Two-face. muka dia seblah lawa beb.... serius lawa. lawa2 nora danish bagi aku, lawa lagi muka seblah kanan dia. tapi... muka seblah kiri dia tu... em.. em.. taknak describe leh tak? korang bayangkan je yg teruk2. k? tak sanggup... camne aku tau? sebab time aku toleh tengok dia tu la... dia pon toleh tengok aku. =| gulp..

Allah... tekezut aku weh. keta aku yang tadek ekon ni aku rasa sejuuuukk sangat, sampai ke tulang leh rasa. pegi cameron highland pon tak sejuk camni kot. chewah. =p so, aku dok istighfar banyak2 dalam hati. sebab nak kontrol emosi. alhamdulillah la, aku jenis tak cepat cuak. bleh tenang underpressure. kalo tak.. mau cium pokok kelapa sawit or lori tanah jugak ford aku malam tu. steady an, steady. tgk depan.

still tak paham bahasa kiasan aku? haih..meh nak habaq direct. ada hantu tumpang kereta aku. pontianak / langsuir... i can't tell. maybe hybrid. ~.~

sebagai seorang muslim yang lumrahnya diajar dari kecik kalau jumpak hantu, kena baca ayat Quran... so aku pon coba nak buat benda yang sama la time tu. nak tau apa jadik? baru je niat nak baca ayat2 tu, baru je bukak mulut nak a'uzubillah ... thud. aku kena cekik. serius beb... dia tak guna tangan pon cekik aku, sebab aku nampak dia takde tangan pon. tapi, tekak aku tersekat. bukan takat nak baca ayat je tak boleh, nak bernafas pon tak lepas wei!

tapi bila aku cakap dalam hati, "ok, ok.. aku tak baca".. nak batalkan baca2 ayat tu... teros bleh bnafas secara normal. haa.. nampak tak permainan dia? paham la kan... adeh. saket. bongok punya hantu. tak berperikehantuan. eh, kemanusiaan. jadik daripada aku mati sesak napas, better aku buat rileks je.

ok, tenang an.. tenang.. eh korang dah tengok kat penjuru bilik korang ada apa?

sepanjang hantu tu tumpang aku... perjalanan aku jadik selow. kereta ford aku yang gagah tu... tak larat nak pegi lebih drpd 40kmph pon - even jalannya rata. senang cakap, keta jadik berat la. siyes wei, macam mendaki bukit curam dengan gear 5. memang tak pegi ah. adoii... hantu punya hantu. 

suasana dalam keta... em.. cik lang takde la buat apa2 sangat. takde mengilai hilai bagai. cuma dia duduk tengok depan je la. tegak je muka dia. nasib la yg seblah kanan tu yang lawa... so takde la aku gerun sgt bila sesekali aku jeling kat dia.

since aku takleh bawak laju, n radio pon dah tak berbunyi, n nak baca ayat2 pon tak lepas... aku pon... tweet la kejadian tu!!! bagi korang yg folo twitter aku... klo korang ada kt timeline masa tu... korang leh baca rentetan kejadian. aku tweet live beb. tangan kiri pegang stereng, tangan kanan dok main henset, sebok tweet kat korang. hihi

maaf, aku takde masa nak buat2 cerita, nak tipu2 korang ye. cukup la byk dosa dah aku ni. =)

ok sambung cerita.

sambil2 aku tweet tu... tetiba dia bersuara. nah...mampuih. baru nak ketaq perot! dengan suara yang tak sedap didengar... dia tanya aku..

"buat apa tu...."

ngee.. tenang an, tenang. jawab elok2. "takde apa.. mesej kawan"

"tak payah mesej kawan. sembang la dengan aku....."

aku ter-straightface.jpg terus.

aku pon stop tweet2 kejap. teros fokus tengok depan. risau weh... buatnya dikokak kepala aku ke, perot ke.. tak ke mati dalam kehinaan tu? huu...

oh aku tak describe sgt lagi ek camne rope cik lang/pon tu? em.. fizikalnya macam kita... ada kepala, ada badan. tapi aku tak nampak tangan dengan kaki. just kepala je dok melekat kat badan. elok je, takde horror2 nak putus2 bagai. rambut dia .. aku tak perasan sgt. gelap~ body dia.. em... taktau la nak kata laki ke pompuan. flat chest je. takde..... tapi muka lawa! seblah kanan je la.. pompuan la kot. kot la~



dalam kereta kitorang tak banyak bercakap. senyap je. macam sepasang kekaseh yg bergadoh gittew~ alhamdulillah dia pon tadek buat good touch bad touch kat aku. cuma cekik2 time nak baca ayat2 tu je la.

sepatutnya dalam setengah jam je dah bleh sampai punchak. tapi sebabkan hantu yg tumpang dan memberatkan kereta tu... jenuh wei~ tabah je la aku dalam tu. sejuk2 cmatu aku berpeluh. amcam? paradox ke juxtapose tu? hee

anyway, setelah sekian lama ford 1.8 aku ni mengaum 20-40kmph jauh2... akhirnya, kat satu selekoh tepi hutan kelapa sawit tu, penumpang malam itu pun hilang~~ a'ah. hilang camtu je. takde adegan2 ngeri or pertumpahan darah berlaku. dia pon takde bayar2 tambang bagai. taknak lah aku. kang buatnye dia tinggal mayat budak ke, batu nesan nama aku ke, kepala dia ke... memang betul aku terjun dari kereta tu macam max payne. hihiks. alhamdulillah~


so? ape kesah nye leh tumpang2 ni benornye?? meh aku buat rangkuman sari berita penting.

1. syukur, aku dikurniakan sedikit kelebihan berbanding orang laen - bleh detect dan nampak benda2 yang kebanyakkan orang takleh nampak. mungkin ada masanya, semua orang pon bleh nampak, tapi aku nampak lebih sket la kot. itu pon dengan izin-Nya. as for that, i take it as a gift from God.

2. aku dah selalu sangat nampak benda2 camni... since kecik lagi. makin menjadi-jadik sejak masuk skola menengah, sampai la skrg. jadi, sebab tu la alhamdulillah aku tak cepat melatah or tekezut cuak bila ada encounter camnih. bak kata orang utagha, "dah mangli". tapi tak bangga pon ... dan tak syok pon benornye.. siyes beb~

3. macam kes2 tumpang yang penah aku kena, yang kali ni pon tumpang sebab... sebab dia tau aku bleh nampak dia. dia sendiri cakap "aku tau kau boleh nampak aku.. kan" ... so aku nak tepis macam mana lagi.. sedangkan kat mana rumah aku pon dia tau, ni pulak kebolehan camtu. ahaks..

4. motip dia tumpang aku.. sebab... katanya... dia sunyi. siyes, dia cakap camtu ok. bukan aku main teka2 . 

5. konsep dia sama je. tempat aku lalu tu kawasan dia. cuma maybe aku lalai, dok buat alpa melalak sorang2 lagu2 rock dalam kereta... so dia pon join la kot. pengajarannya, jangan melalak sangat bila drive sorang2 tepi hutan... hehe~


em... camtu la kesahnye... kesah hantu tompang kereta aku time aku nak balek umah malam tu... err, malam jumaat ye. hari khamis malam jumaat adalah malam kejadian. hehe

anyway, aku sengaja cerita dengan nada tak serius tau. sebab, aku taknak korang plak jadik takot tak pasal2. rileks je. just baca macam bedtime story, k? haha. tanak aa serius2 sangat, kang korang tak abeh baca lak. pastu nak kuar malam , nak drive sorg2.. teros takot, teringat kat citer ni. pastuh salahkan aku sebab tulih cerita hantu. memang la aku dapat saham kan... lol! lagipon, memang gaya aku bercerita camni. tak ske siyes2. enjoy sudeh. k? ^^
setiap kejadian ada hikmahnya. wallahualam~



eh yang kat blakang awak tu sape? kakak ek? =)

9 comments:

MohdIzwan said...

I was there...I mean..at the TL on twitter..hehee...

btw..still waiting the other story to be continued.. :)

Nur Intan Syafinaz said...

pergh!!hebat!
carik balik TL ko malam tu nak bace..hehehe

Unknown said...

lain kali kalau jumpa hantu kecing je depan dia

Wasuka Tiramisu said...

waah...nasib baik kan x jadi pape...

tips dan trick said...

ish... sumpah serem...

WiDa said...

hg taw x mcm mna aku bca post hg spya aku xtkt? aku gelak. huhu..

trigt sepupu aku ni, kna tumpang jgk rr...taw x parit buntar? kat jalan sempadan perak-kedah? ada satu selekoh..sepupu aku ni laki, dia bwk moto n time tu tgh hujan..msa dia lalu selekoh tu, ttba nmpk kelibat pmpuan..n dia tgor dlm ati, "cantiknya pmpuan ni..nk kasi tmpang, tp xbley"..

after dia tegur ja, berat trus moto dia..dia pown pusing la side mirror dia...dan dia la nmpk penumpang dia sapa...jen3...'cantik' gila la muka, siap kasi senyuman maut lg..

Antara said...

onney, kau tak habis2 ye... ~.~" haha

intan! kau gigih sgt knp? lol

aim, petua mana hg pakai ni? =o

wasukatiramisu, sila doakan ketiadaan apa2 itu berpanjangan. hahaha

wida, standard kes mesti cmtu kan? stok tumpang tetiba je. hm~ jem jgk weh~~ haha

Liza Aidid said...

Beraninya An nie. Seram giler.

nurhazwani said...

kerana cerita ini, sy telah menjadi seorang yang tekun membaca..adoyai...supervisor nmpak sy jd pelik ja...