SOCIALIZATION

Wednesday, November 14, 2012

Raja Permaisuri Agong Berhijab


Assalamualaikum. salam akhir tahun 1433 Hijrah. =)

Memetik dari sumber; Putra Blog 
Berita yang pasti menggembirakan seluruh rakyat negeri Kedah terutamanya; dan rakyat Malaysia am nya; bahawa Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah Bt Haji Hamidun telah pun memakai hijab secara sempurna. 
Detik dan sejarah gembira ini menjadikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia Ke- 3 yang memakai hijab dalam kehidupan seharian selepas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Siti Aishah (Raja Permaisuri Agong ke- 11) dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Nur Zahirah ( Raja Permaisuri Agong ke-13).



Tuanku Sultanah Haminah yang baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadat haji berangkat bagi menghadiri Santapan Malam sempena Majlis Mesyuarat Raja-Raja yang Ke-230. Patik rakyat Negeri Kedah menzahirkan sembah takzim Kebawah Duli Tuanku Sultanah yang juga merupakan seorang Sultanah yang sangat berpekerti mulia dan senang dengan sesiapa sahaja.


Alhamdulillah. satu perkhabaran yang cukup indah buat rakyat jelata. patik merafak sembah meluhur takzim menjunjung tinggi dan syukur atas kurniaNya, serta perubahan yang Tuanku bawa dalam usaha memurnikan lagi kedudukan Tuanku dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai kepala agama Islam di negara kita yang tercinta.

Moga dengan ini, Tuanku akan menjadi ikutan sekalian muslimah. insyaAllah. =)

Ampun Tuanku.



Selamat Tahun Baru
1434 Hijrah



4 comments:

Putra Blog said...

dipersilakan.. saya beri izin.. :)

Antara said...

terima kasih tuan! salam maal hijrah. ^^

محمد رازيق said...

entri yg baik. alhamdulillah. perkhbaran yang baik dan indh. salam maal hijrah. salam kenal

Antara said...

terima kasih. mudah2an ada bahagian kita. )

dah singgah di blog tuan juga. cukup menggamit. salam maal hijrah. salam kenal. ^^