SOCIALIZATION

Sunday, March 10, 2013

Enche Lejen!


assalamualaikum. hai korang2 yang postmodernists, skeptics, socialists, dan Marxists sekalian. dah belajar bersyukur? =p




ok. entri pendek.


cer korang tengok gambor kat bawah ni...


demi menghormati privacy


nampak? nampak?? hahahaha.

gambor ni masa aku pegi seminar patriotisme dan perspektif islam. event tu buat kat dalam satu lobi besor berhawa dingin. aku ter-duduk kat satu meja ni... which was a hot spot for the veterans. the big shots. Zzz... aku sorang je under 30 kat situ. laen2 sume 40+, 50+ .. orang2 hebat weii!!

tolak tepi hal2 politik yang dorang sembang sampai segala rahsia kerajaan pon keluar dan menepu dalam otak aku. hahaha. apa yang menarik perhatian... tengah dorang dok sembang2 hal2 orang tua.. (which aku suka) tetiba enche lejen ni (aku gelar pakcik lejen sebab whenever dia cakap sumorang diam dan dengar dan setuju.. pergh~) keluorkan beg kecik...

lepas tu satu2 barang dia kuorkan daripada beg tu.. mula2 kertas... pastu tembakau, pastu bunga cengkih, kulit kayu manis, gunting, lighter... hoh! perokok tegar gayanya! klasik!! hahaha. sambil dorang dok kutuk2 kerajaan sembang isu-isu semasa, enche lejen ni pon buat keje menggulung rokok gulung dia. steady je. aku dah tak berapa fokus kat isu2 panas, sebab dok perati dia buat keje gulung rokok tu. ohh.. camtu ke... hehe

dari jaoh tetiba ada orang tegur.. "oi! ko ingat ni rumah ngko ke nak merokok dalam dewan ni oi" sambil diikuti dengan gelak tawa dan senyum sinis.

enche lejen ni selamberr je jawab

"ada kau nampak tanda larangan "Dilarang Menggulung Rokok?" ada? ko nampak signboard dilarang merokok je kan?"


hahahahahahahahahaha!! mantap!!!


korang pernah menjawab sampai tahap #winwalkwave camtu? haaa.. klo nak jadi lejen camtu, mesti peka dengan persekitaran. mesti dah study the Do's and Don'ts bagai. baru WIN!!

eh jangan salah sangka. aku bukan promote benda tak baek tau. aku just nak korang sedor.. bak kata Mama Mariah (lecturer aku masa kat maktab) .. 
'don't just do things the right way, but more importantly.. do the right thing!'

selamat bereksperimen! ^^

1 comment:

Tea Dean said...

LOL baguih3... gulung rokok naa lama tak dengaq. zaman2 tokwan kami ada la