SOCIALIZATION

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday - A Happy Royal Family

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja ( Dr) Nazrin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bersama Paduka Putera dan Paduka Puteri baginda berdua iaitu Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safiya.












Ampun Tuanku. =)

Saturday, May 19, 2012

Hanya Sekepal Dua - Sepuluh

Selamat selamat hari rayaaa~ salam ucapan untuk semua.. Aidilfitri kita raikan.. bersama.. kesyukuuraaaaannn~~ wheee!!


ok. mood cuti dah mariii! hahaha. minggu depan last week before school break. school break, bebeh! ouh cuti itu heaven. hahaha. sebab tu la entri ni pon giwang gemiwwang! ekeke

tapi tapi... sebelom seronok lebey2, meh nak cerita pasal minggu lepas dulu. hokhok

dua minggu lepas... adalah minggu ujian pertengahan tahon bagi skolah beta. jadi, sepanjang minggu exam.. macam2 la karenah bebudak - yang dahulunya aku pon ada buat jugaaakk.. ekeke. meniru tu biasa lah kan. eh tapi dulu aku tak meniru org... aku bagi orang tiru aku je.. baek tak, baek tak? baek kan? hahahaha =p tu baru meniru, belom campur perangai nak ubah tempat duduk lah, nak menulis atas lantai lah, menangis sebab tak bawak sharpener lah... macam2 lagi. adoii~ hekhekhek

lepas habes seminggu tu... kena la mengajor semulaa... minggu lepas la maksud aku. dan minggu lepas jugak ada Hari Guru (16 Mei). tapi sekolah aku tak buat sambutan hari guru haritu... sebab kitorang bring forward - buat minggu depan; hari khamis dan jumaat (24 & 25). masa hari isnin tadi, kat perhimpunan, cekgu bertugas dah pesan... sape nak bagi hadiah kat cekgu2, boleh bagi minggu depan hari sambutan... tak payah la bagi masa 16 mei tu...

tapi.. korang paham je la.. budak2.. dengar la sangat kan. hikhik. so starting hari rabu lepas, dah ramai budak bawak hadiah untuk chekgu chekgi feveretto doraaanngg... meriah la pulak jadinya. huhu. chekgu2 ok je kalo budak bagi adiah hari tu... takde la pulak suroh simpan dulu ke, kan... kang teros tak dapat.. nyesal la pulak kot. bhahaha xD

erm... aku.. wallahualam.. memandangkan aku baru kat skola tu.. mengajor pon baru satu penggal je... agak tak caraaa la nak jadik fevret kot.. =p hee... tapi alhamdulillah... rabu-khamis-jumaat, setiap hari ada satu murid bagi hadiah kat aku. huk... terharu...=') so far, aku dapat cupcakes comel2, tupperware kecik berisi sweets and candies, set pen aluminium, dengan tempat letak gambar. huhu.. syukur~... thank you dear children. ^^

yang lain2 ramai cakap "sir/ustaz/chekgu/tiicher, saye bagi minggu depan tau!" ~hahaha. iyelah, anak2.. hehe. frankly, aku tak kesah pon dorang nk bagi hadiah ke tak. tak perlu pon, even. yang penting bagi aku... budak2 ni paham apa yg aku ajar, ingat baek2, dan manfaatkan... itu pun dah kira hadiah dah tu. =)


speaking of hadiah... ada kesah dukaa.. huk...

ada sorang murid ni... minggu exam haritu dia cakap nak pindah lepas exam habes. aku tanya la guru kelas, betol ke. so cekgu kelasnya cakap yes, kompem budak tu nak pindah. mak dia dapat tukor ke Perak. so, takpe lah kan.

em.. to me that girl.. she's somewhat special. she's a bright child. dia cerdik. petah bercakap. dah la comel, kidal pulak tu! hahaha. takde kaitan. xD but most importantly, dia anak yatim. macam aku jugak. tapi.. i had my parents for more or less 19 years... dia? baru umo 8 tahun dah takde ayah.. kesian kan? em..
aku igt lagi... masa mula2 masuk kelas tu... aku nak kenal dulu budak2 ni. so first thing aku buat, aku tanya nama penuh setiap murid, dan aku tanya mak ayah diorang kerja apa. dan bila sampai kat budak ni... aku tanya..

"Mak ayah kamu kerja apa?"

"Mak saye keje tapi saye tak ingat dia keje ape"

"Ayah kamu?"

dia diam je... tiga kali aku tanya 'ayah kamu kerja apa'... dan dia jawab..

"Ayah saye dah takde"

...

terkedu kejap aku dengar ... dengan mata dia yang bulat tu.. dia pandang tepat dalam mata aku... such innocent face... nak nanges aku rasa time tu.. huhuk.. aku terdiam.. terus aku usap kepala dia, aku bacakan doa, tiupkan ke ubun-ubun dia... aku tak dpt tepis rasa simpati, empathy tu. Tuhan lebih mengetahui..

sori ter-flashback kejap! haha! *tonyoh2 mata*.. em! jadi, aku plan nak bagi hadiah sikit kat dia - sebagai kenang-kenangan. tahdaaahh~



aku plan nak bagi kelmarin la, jumaat. sebab dia cakap dia ada kat sekolah sini sampai jumaat tadi. isnin minggu depan dia dah takde.


tapi... 


huk... rupanya dia dah dibawak pindah hari khamis tadi!!! huwaaaaaaaaaaa~~~ T_______T sedeyh~~~ tak sempat bergambaaarr.. tak sempat bagi hadiaaaahhh..... wuuuu~~ terkilan.. rasa ralat sangat... huu.. kalaulah aku ikot instinct aku - nak bagi hari isnin tadi... T__T..

takpelah. Ana Qistina. take care ye. belajar rajin2. pandai2. kalau nanti ingat cekgu lagi... selisih kat pasar malam ke, supermarket mana2 ke.. tegur lah ye? =')

okeh. cukup la aku membebel. meh layan ayat2 klakar budak2 ni pulak. hehe~~

*****

budak A  : chekgu! B tiru saye!
budak B  : mane ade! saye buat sendiri. dia yang tiru saye, ustaz!
aku         : takpe lah. cikgu tak nampak. tapi Tuhan nampak. kalau kamu tipu - 
budak A : masuk nerake kan chekgu?
(tetiba budak C menangis)
aku         : dah kamu kenapa pulak nangis ni??
budak C : saye tiru dia tadi... tapi saye nak padam jawapan tu balik... tapi pemadam saye hilang... saye taknak masuk nerake~~ ... huuuuuu~~

*****

(waktu paper DSV)
budak : sir, saye tak bawak gam.
aku     : pinjam kat kawan.
*tak lama lepas tu... ada budak jerit..* sir!! tengok!! dia lekat kertas warne guna hingus!!!

*****

budak : sir, fardhu kifayah tu ape?
aku     : ok. macam ni. kalau fardhu ain.. kamu tau tak maksudnya?
budak : tau. (sambil tunjuk kat kawan dia...) tu, anak ustaz X.

*****

budak : tiicher, eje name ticher macam mane?
aku     : kenapa?
budak : alaa... cakap laaa
aku     : kamu nak buat apa~
budak : nak bagi hadi... eh bukan! bukan nak bagi ticher hadiah ni.. saje nak tulis name ticher kat sini...

*****

budak Y : sir, nak pegi tandas
aku         : i don't understand you. in english please
budak Z : please sir, may i borrow toilet?

*****

budak : ustaz, kenapa ustaz tak pakai hitam-hitam kat mata macam ustaz kat tv tu?
aku     : kamu tau tak yang hitam-hitam kat mata ustaz tu, dia buat guna apa?
budak : tau!
aku     : apa dia?
budak : pen marker

Thursday, May 17, 2012

Steamboat & BBQ yang Bajet dan Berbaloi!

hokhok! ini entri mengenai makanan. tidak disyorkan membaca pada siang hari sekiranya anda sedang berpuasa. ekeke ^^

masa hari guru kelmarin (16 Mei 2012. Happy Teacher's Day!), sekolah aku tak buat sambutan pon. alolo... sedeyh kan? hukhuk... hehe. sebabnya sambutan hari guru peringkat skolah akan dibuat pada minggu berikotnyaaa... 24 & 25 Mei 2012. hambik kau. dua hari. sakan oii!! =D

tetiba jugak, kelmarin aku teringat kat bbq yang femes dalam kalangan bebudak maktab - tak lain tak bukan.. Seoul Garden kat Gurney Plaza, Penang. (drooooliiinnnngg~~~) lepas tu aku tanya la chekgu2 sekitar meja aku, kat sini ada ke makan2 bbq camtu?

ADA!! sorang chekgu tu jerit kuat2. hahaha. semangat bukan main lagi. ^^ gedebak gedebik gedebuk, malam tu beliau bawak aku pegi tempat yang dikatakan ada serve bbq tersebooott... jeng jeng jeng!!

BBQ Land, Kuang, Sungai Buloh

itu diaaaa!! inilah tempat yang dituju! kekeke ^^ BBQ Land, Barbecue and Steamboat Buffet, Kuang (Sungai Buloh). tak la dekat sangat dari puncak alam. tapi ok la! strategik jugak bagi korang2 yang dok dekat area2 sekitar sungai buloh.

memula aku cuak... sebab.. takot mahal. dalam kepala dok terngiang-ngiang harga buffet kat Seoul Garden.. rm35 satu kapla... huk. tapi tapi... once aku tengok kat banner diaaa... wohooo!! hepi gila aku!! just RM 20.00 for eat-all-you-can! itu harga dewasa itu! kanak-kanak, RM10 sahajaa~~ wheee!

murah beb! siyes murah. so berbekalkan perot yang lapor mengganas... aku teros attack all the edibles served!

raw meats and seafoods

memang heaven gilaaaa~~ daging yang dihiris nipis, diperap banyak jenis rempah... uhuuu.. ayam lagi.. dan udang2 fresh... hirisan2 sotong.. fish cake, isi ketam... sosej.. memang aku rambang mata! haha. nak pulak ada nasik puteh, mee sanggul, mee wantan, bihun, megi, bla bla blaa.... meriah beb!

ni la hasil rambang mata 1st round... hehe~

bersederhana... kononn~~~ hahaha

memanng cara weh~ korang nampak pot hitam seketol atas meja tu? ahaa... periuk bata tu dorang tarok kuah tomyam tau! untuk rebus2 apa yang rasa nak rebus. nak buat basuh muka pon boleh.. kalo sanggup la. lepas tuu... keliling tu ada kuali 6 pecahan. steady untuk kita cair2kan mentega yang wangi, untuk salai2, barbeku-kan daging2 yang empuk, enak diperap rempah dan sos ramuan sejati... serta udang2 yang manis isinya.. uuuuu~~~ sedapnyee~~


tsssss.... testing testing... pecah minyak... wheee!

tapi standard lah kan... makan benda2 camtu, memang aku tak layan nasik etc etc laaa... nanti kenyang cepat beb. karbohidrat tuuu... rugi la, bayar rm20 tapi makan tak berbaloi. ekeke. so... memang aku blasah daging kaw2 ah! sedap seh~ tomyam dia pon cara gak! hirup2 panas2...uhh..

kat sini, bukan je air pair dan air basuh tangan je free... tapi air minuman jugak PERCUMA! free-flow bebeh! malam yang aku pegi tu, dorang buat air sirap ais 2 tong. pergh... murah rezeki laa tokei kedai ni. ameenn~

habes satu round... aku tambah lagi. bwahaha. kemon! kata buffet~ ^^

tudiaa... ni sebahagian kecil sahaja ya... hehe~

masih terngiang-ngiang baunye. hokhok =D


dah makan kenyang2 nih... dah buncit dah perot... kembong membusong dengan makanan free-flow ni... aku pon nak khatam buffet dengan dessert... wallawehh! ada eskrem aaaa!! tak main aa cikai2... Nestle, okeyh!! hahaha. aku tibai 2 mangkuk besar eskrem. puas hati. auummm!!

wohooo... seriously, dengan RM20... memang berbaloi untuk makan kat situ. aku consider RM 20 tu murah  la untuk segala yang dihidang dan disediakan. dah la tu, sedap beb! tak caya sila pegi try. hehe ^^


okesh! aku rasa cukup la aku share dengan korang sedikit sebanyak pasal makan malam hari guru yang memang caraaa ni. DISCLAIMER. aku share je ek. tak dapat komisen apa2 pon... haa... tak baek pikir bukan2. ekeke ^^

kalo rasa nak berkunjung, sila tengok details kat bawah... =]

BBQ Land, (BBQ & Steamboat Buffet)
Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang , Sg Buloh (Selangor)
GPS - 3.220189,101.531275

RM 20 nett (dewasa), RM10 nett (kanak-kanak bawah 12 tahun)
waktu operasi; 6.00 pm - 12+ am. hari2 kot..
detail; call 017 8800 627


klik utk besorkan. ^^



sila share jika mahu! ^^

Wednesday, May 16, 2012

Hahahahaaaaaarii Guru Harooooooommm~ LOL

hahaha... hari tu, viral kat fb, twitter, segala bagai laman sosial pasal the ke-haroooomm-an of Mother's Day.



blerghh... aku pon taktau nak cakap apa. kang...cakap lebeyh2, dikatanya tak mengaji tinggi... bila tak cakap pon... dikatanya jahil dan tidak amik peduli. adooih... anyway, kita serahkan pada yang pakar. Majlis Fatwa Kebangsaan ada keluarkan apa2 statement berkaitan? kalau ada sila enlighten me. mohon pencerahan. =)

okeh! back to the topik. hari guru pon harom jugak?? ahaha... kali ni dakwaan sape? meh2, sila kemukakan bukti soheh. ekeke.

sebelom aku merapu jejaoh.. ni ha, ada sikit fakta.

dalam dunia ni, Malaysia je yang sambut Hari Guru (Teacher's Day) pada 16 Mei setiap tahun - bersempena hari Penyata Razak diwartakan (1956). dan oleh kerana negara lain takde Penyata Razak, jadi dorang ada tokoh pendidikan dorang masing2. Sebab tu Hari Guru disambut pada tarikh yang situasi yang berbeza-beza bagi kebanyakkan negara di dunia.

jom tengok sket tarikh2 sambutan Hari Guru negara lain. ^^

Australia - Jumaat Terakhir bulan Oktober - Mengenai sambutan  Hari Guru Sedunia di Australia,Yayasan NEiTA dan Kumpulan Biasiswa Australia (ASG) berbangga untuk mengumumkan penerima anugerah pengajaran kebangsaan - Anugerah Merit Komuniti ASG. Hari Guru dunia telah dimulakan oleh UNESCO dan disambut di lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia setiap tahun. Pada ulang tahun ke-40 tahun ini, ia merupakan satu tanda yang penting tentang kesedaran, kefahaman, dan penghargaan yang ditonjolkan atas sumbangan guru dalam pendidikan.


Brunei Darussalam - 23 September - Untuk memperingati tarikh kelahiran pemerintah ke 28 Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddien III, juga dikenali sebagai 'Arkitek Moden Brunei' yang antara lain telah menekankan kepentingan pendidikan kepada rakyatnya dengan memperkenalkan dasar pendidikan percuma '' di mana warganegara membayar yuran nominal untuk menghadiri sekolah. Dasar ini kini telah diikuti oleh pemerintah semasa yang telah melanjutkan polisi.

Chile - 16 Oktober - Pada tahun 1967, 11 September telah dipilih sebagai "Dia del Maestro" ("Hari Guru"). Tarikh itu ditukarkan ke 10 Disember pada tahun 1975, kerana pada hari itu pada tahun 1945, penyair Chile Gabriela Mistral menerima Hadiah Nobel. Pada tahun 1977, tarikh telah ditukar nama kepada "Dia del Profesor" (juga "Hari Guru") dan telah bertukar sekali lagi, 16 Oktober, untuk menghormati penubuhan Colegio de Profesores de Chile (Persatuan Guru Chile).

Nepal - Hari Bulan Penuh (bulan Ashad mengikut kalendar Nepal) - Pada hari bulan purnama juga dipanggil 'Ashad sukla purnima' dan hari biasanya jatuh pada pertengahan bulan Julai. Hari guru dipanggil "Guru Purnima" di Nepal. Pelajar memberi penghormatan kepada guru, menawarkan mereka makanan dan bunga dan mendapat berkat dari guru. "Guru devo bhava:" frasa Sanskrit yang bermakna "Guru ialah Tuhan" masih diterima secara meluas. Guru diberi tahap tertinggi berkenaan.

Singapura - Jumaat Pertama bulan September - Cuti sekolah rasmi. Perayaan biasanya dijalankan sehari sebelum, di mana pelajar biasanya mendapat setengah hari cuti. Di sesetengah sekolah, pelajar akan membuat persembahan untuk menghiburkan dan menghormati guru-guru mereka.

Taiwan - September 28 - Taiwan menggunakan hari ini untuk kebaikan dan sumbangan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar mereka sendiri tetapi juga kepada masyarakat secara umum. Mereka menggunakan hari ini untuk merakamkan penghargaan mereka kepada guru-guru mereka, seperti melawat atau menghantar kad. Tarikh ini telah dipilih untuk memperingati kelahiran Confucius, dipercayai menjadi model pendidik negara China purba. Pada tahun 1939, Kementerian Pelajaran mengisytiharkan hari cuti kebangsaan pada 27 Ogos, sebagai hari lahir Confucius.
Pada tahun 1952, Eksekutif Yuan menukarnya kepada September, menyatakan bahawa ia telah dikira sebagai tarikh yang tepat dalam kalendar Gregorian. Sambutan perayaan dibuat di kuil Confucius di seluruh pulau itu, yang dikenali sebagai "Grand Dedicated Ceremony for Confucius" (祭 孔大典). Majlis bermula pada 6 pagi dengan paluan drum. 54 pemuzik berpakaian jubah dengan tali pinggang biru, dan 36 (atau 64) penari berpakaian kuning dengan tali pinggang hijau. Mereka dipimpin oleh keturunan ketua Confucius (kini Kung Tsui-chang) dan diikuti oleh pegawai istiadat. Tiga haiwan - lembu, kambing, dan babi - akan dikorbankan. Bulu yang dipetik dari haiwan-haiwan yang dikorbankan dikenali sebagai rambut Bijaksana. 

Amerika Syarikat - Hari Guru Kebangsaan (National Teachers Day) ditetapkan pada hari Selasa, Minggu Apresiasi Guru, yang jatuh pada minggu pertama Mei (8 Mei bagi tahun 2012) - Pelajar sering menunjukkan penghargaan untuk guru-guru mereka dengan hadiah. Hari Guru Kebangsaan ditakrifkan sebagai "hari untuk menghormati guru dan mengiktiraf sumbangan mereka yang membentuk kehidupan kita".
Asal-usul Hari Guru di Amerika adalah kurang jelas. Sekitar 1944, Ryan Krug (guru di Wisconsin) mula mengutarakan mengenai keperluan untuk satu hari kebangsaan bagi menghormati guru. Woodbridge menulis kepada Eleanor Roosevelt yang pada tahun 1953 memujuk Kongres 81 untuk mengisytiharkan Hari Guru Kebangsaan. NEA bersama dengan Kansas dan anggota gabungan Indiana dan Dodge City melobi Kongres untuk mewujudkan hari guru kebangsaan. Kongres mengisytiharkan 7 Mac, 1980, sebagai Hari Guru Kebangsaan bagi tahun itu sahaja. NEA dan sekutu-sekutunya terus menjalankan Hari Guru pada Selasa pertama pada bulan Mac, sehinggalah pada tahun 1985, National PTA menubuhkan Minggu Penghargaan Guru (Teachers Appreciation Week) sebagai seminggu penuh pertama bulan Mei. Perhimpunan Perwakilan NEA kemudiannya mengundi untuk menjadikan Selasa minggu itu sebagai Hari Guru Kebangsaan. Pada 7 September 1976, 11 September juga telah diterima pakai sebagai Hari Guru di Massachusetts. Pada masa ini, Massachusetts menetapkan hari Ahad pertama bulan Jun sebagai Hari Guru sendiri, setiap tahun.


wohoooo... see? betapa pelbagainya sebab mosabab masyarakat di donia menyambut hari guru. kebanyakkannya berdasarkan tokoh2 tertentu di negara masing2. nak tau lagi, sila ke SINI.

tapi.. korang tahu tak... kita jugak ada sambutan Hari Guru Sedunia, yang diiktiraf dan ditetapkan oleh UNESCO. bila? haa... baca nih.


"On 5 October 1966, the world's teachers made a giant step forward. A Special Intergovernmental Conference adopted the UNESCO/ILO Recommendation concerning the Status of Teachers. This Recommendation, for the first time ever, gave teachers, throughout the world, an instrument that defines their responsibilities and asserts their rights.  
UNESCO inaugurated World Teacher's Day on 5th October 1994. This day was selected to commemorate the adoption of UNESCO/ILO joint Recommendation. World Teacher's Day also highlights the Recommendation concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel. World Teacher's Day is celebrated in almost 100 countries. It lays emphasis on the achievements and contributions of the teachers around the world.  
Education International strongly believes that World Teacher's Day should be internationally recognized and celebrated around the world. It also believes that, on this date, the principles of the 1966 and 1997 Recommendations should be considered for implementation in all nations. The efforts of Education International and its 348 member organizations have led to the wide spread recognition of World Teacher's Day. Every year, Education International launches a public awareness campaign to highlight the contributions of the teaching profession."

yeap. but kita kat Malaysia, tak ikot UNESCO. becoz we have our own reason to celebrate 16th May every year as our very Teacher's Day. berbeza itu unik, tahu? =D


 jadi!!


sempena Hari Guru yang belom diharamkan lagi ni... (bhahahahaha).. saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru saya - cekgu, cekgi, sir, madam, lecturers, dan yang seangkatan dengannya - yang telah mendidik saya semenjak kecik sampai la sekarang, secara langsung atau tidak langsung.



kepada mereka yang masih hidup, saya doakan kalian sehat sejahtera dalam rahmatNya. kepada guru2 saya yang telah tiada, Al-Fatihah saya sedekahkan buat mereka yang beragama Islam, dan my deepest condolence for my non muslim teachers. May Lord have mercy on them upon the noble deeds they had done in life before.
there's no istilah bekas guru for me... sebab... sekali anda menjadi guru, pengajar dan pendidik... selamanya anda seorang guru yang mengajar dan mendidik. =)

.. tentu2 sekali, SELAMAT HARI GURU buat rakan2 sejawatan, samada yang dah senior atau baru posting. hahaha ^^ TEYL Cohort 4, I miss you guys. =) dan tak lupa, buat kengkawan, juniors maktab dan semua bakal chekguuu-chekgi sekalian. Happy Teacher's Day. ^^

Sunday, May 13, 2012

Safe (2012) Review

yeaahhh!!! awesomeness has been redefined!



aku baru balek dari tengok citer Safe, lakonan Jason Statham (sebagai Luke Wright) dan Catherine Chan (sebagai Mei). all i can say is... satu cerita yang wajar ditonton penggemar filem aksi. woot wooooot!!

kenapa? sebab dari awal cerita sampai habes... kita disajikan dengan penumbuk, penendang, sepak terajang... peluru dan mayat bersepah. hokhok. semua disebabkan oleh sorang bekas ejen elit yang dah ada krisis dalam hidup... dan budak pompuan berbangsa cina - yang genius matematik tahap dewi Kuan Yin. hokhok

first impression aku bila tengok poster filem Safe ni... terus aku tersambungkan ingatan kat filem Man On Fire lakonan Denzel Washington dan Dakota Fanning. tapi cerita tu sedih... buatkan aku nanges kot. penuh emosi. nevertheless, cerita Safe ni penuh aksi dan keterujaan! haha.

here's a quickie; cerita ni ada...

good, elite, ex-NY police



who protects a genius Chinese girl



from the corrupted cops and officials...



.. the Russian mafia...



.. and the Triads.



sume tu cuba nak dapatkan budak tu demi kepentingan masing-masing. well yeah, 30 million bucks (oopss, spoiler. =p), IS kepentingan to anyone - but Wright.

in between... memang sangatlaaaahh banyaknya aksi 3T - tumbuk-tendang-tembak. aksi kejar2 pon banyak... lari2, drive2 kereta lelaju... memang trademark Statham kot. hahaha

aku suka cara orang kena seksa dan mati dalam cerita ni. banyak yang klasik dan unforgivable. just bayangkan... ada yang mati kena head shot, kepala bersepai dengan peluru tabur, mati kena tembak 5 das dalam 2 saat, mati kena tikam dengan garfu kat tengkuk, pen fountain ditusuk ke leher... leher kena kilas sampai patah,  hokhok... 

Statham, kereta, dan firearms memang tak dapat dipisahkan. korang pernah tengok cerita The Transporter? ok sila tengok kalau belom. kan Statham jugak yang berlakon kan? hahaha. remember how he puts the girl dalam bonet kereta? LOL. same thing bro. cuma dalam Safe he doubles the fun. ekeke xD tengok la, you'll understand, and you will smile. ^^

in my humble opinion... cerita ni sangat hensem!! plot cerita mudah difahami. korang takyah nak flashback2 bagai. well.. maybe ada la sikit berkenaan previous life si Luke Wright tu. oh, ada jugak pasal budak Mei tu, - how, why, when dia dari China tetiba kena jadi warga Amerika. cool stuff. tapi takde la sampai kena fikir payah2 macam filem Inception.. hehe. jalan cerita sangat direct. seriously, you WILL enjoy the shooting scenes. haha

tapi tapi... why... kenapa ending cerita Safe ni macam tuuu... kenapa... 


taknak cerita. pegi tengok sendiri. huhu~ ^^

all in all, Safe is an awesome action movie! berbaloi la bayar RM11 dan duduk tak bangun-bangun selama sejam setengah direct. sila masukkan dalam to-watch list anda. 4 / 5 stars

Saturday, May 12, 2012

Dear PTD Candidates... All The Best and Best Of Luck!

hari ni (Sabtu, 12 Mei 2012) merupakan hari yang ulung dalam ini tahun. kenapakah?

hehe...

tudiiaaa... hahaha xD

bagi rata2 pemegang ijazah yang sedang mencari keroje~... busuk2 pon mesti pernah dengar pasal PTD. em? korang tak tau PTD tu apa?? hokhok. meh aku nak terang kan sket... (sumber; Google search. pfft..=p)

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.
Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa. 
Sumber dan untuk bacaan lanjut

tudiaaa... paham ka? hehe. senang cakap... jawatan PTD ni memang cukup femes dan gah la dalam sektor perkhidmatan awam. sape dapat tu... memang untung. memang hensem. memang hebat.

kenapa? macam grand sgt je bunyinye kan? haha. yes. memang pon grand. dianggarkan lebih kurang 10,000 hingga 15,000 permohonan untuk duduk test PTD ni setiap kali dibuka... cuma lebeyh kurang 2000 je lulus setiap kali exam. hokhok... 


hahaha... saje nak saiko korang.. =p

panggilan untuk test tu pulak sebenornye dah melalui saringan dan tapisan berpuluh lagi ribu permohonan. so bila dapat panggilan untuk exam PTD pon dah rasa syukur. sebab bukan senang nak dapat! syarat2 dia ketat ooo.. sebab tuu laaa... ramai calon exam PTD ni ketaq perot, ketaq lutuuiitt... takot fail. hihi. tapi.. kalo berjaya... pergh!! Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 okeyh! starting gaji dah minimun RM2257.. basic. kachiinngg!! untung laaa~~ ^^

so kenapa kena ada exam bagai nih? haa.. ni jawapan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ..



ada pahamm?? hehe... nah. ni pautan untuk Panduan Peperiksaan PTD M41.


soooo... nak cakap banyak pon tak guna... sebab dah nak exam kan! jadi kat sini aku nak kongsi sket tips hujung2 nyawa buat korang2 yang berkenaan... last kopak dah ni. =)


1. Pastikan calon telah mengenal pasti tempat, tarikh dan waktu peperiksaan. Dapatkan laluan jalan yang cepat dan mudah sampai ke sana. Uruskan pengangkutan yang sesuai. Sediakan pelan kecemasan juga. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Contohnya: tayar pancit, minyak habis, kesesakan jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya
2. Bawa alat tulis yang secukupnya. Antara yang perlu dibawa ialah pen, pensel, pemadam dan pengasah pensel (jika perlu). Bawa sekurang-kurangnya dua setiap satu. Tidak perlu bawa kalkulator. Dapatkan kesemua keperluan ini sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia wajar diambil berat.
3. Siapkan pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan. Jangan pula pagi hari kejadian baru tercari-cari pakaian. Basuh dan gosok siap-siap terlebih dahulu. Kasut juga begitu. Janganlah pula memakai selipar jepun ke dewan peperiksaan. 
4. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan semasa di dewan peperiksaan, silalah bertanya kepada pengawas atau ketua pengawas. Mereka telah diberi tugas untuk membantu kelancaran peperiksaan termasuklah mengendalikan para calon. Selain itu mereka juga telah diberi penerangan dan taklimat bagaimana menguruskan peperiksaan.
5. Bagi soalan-soalan yang sukar dijawab, tinggal dan selesaikan yang mudah terlebih dahulu. Selepas selesai yang mudah, cuba jawab soalan yang sukar tadi. Ingat, masa yang diberikan adalah singkat.
6. Bagi bersifat karangan, cuba gunakan kaedah yang mudah ini. Setiap karangan perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Isinya pula sekurang-kurangnya tiga yang mempunyai intipati isi, huraian dan contoh. 
7. ‘Expect the unexpected’ yakni jangkakan perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hari kejadian.
8. Kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul dan mengarang adalah aspek-aspek yang akan diuji dalam peperiksaan ini. Gunakan bahasa yang elok dan berhemah. 
9. Tulis jawapan dengan tulisan yang cantik. Sedap mata penilai membacanya. Jika ada kesilapan, padamkan dengan garisan. Elakkan menggunakan ‘liquid paper’. Ia boleh merosakkan kertas jawapan calon.
10. Usah dihiraukan konotasi sebelum ini. Anda telah layak menduduki peperiksaan kali ini. Cuba dengan sedaya upaya. Siapa tahu barangkali rezeki anda kali ini.!!

ayat skema... sebab bukan aku yang tulis.. hokhok.. ni ha, dapat kat SINI. thanks penulis!! ^^


auuumm!! Perak 2-0 Selangor. yeaayy! *tetibe* hahaha xD


entri ni aku buat khas untuk kengkawan aku... Juliza, Athirra, Syazwana, Norzaila, Akmaliah, Syamim, Miza, Hisham, Arman ... dorang akan amik exam PTD ni pagi nanti. jadi ...

wahai korang2 yang disebut, dan korang2 yang tak tersebut... ehe.. aku doakan korang tenang, sehat tubuh badan, cergas dan cerdas, diberi petunjuk, dan dipermudahkan untuk jawab soalan2 exam tu nanti. moga2 korang semua dapat buat yang terbaik, dan insyaAllah, mohon lulus dengan kepujian! wheee!! ^^ may the force be with you. =]

all the best, and , best of luck!

Thursday, May 10, 2012

Dark Shadows Review

hello darlings and sweetcheeks...

sebelom aku meneruskan review... nak tanya sket.. korang dah tengok filem Moulin Rouge? hoho... dear musical genre lovers... sila tonton. ^^

okeh! back to reality.


Dark Shadows poster


last night aku pegi tengok cerita Dark Shadows lakonan abam Johnny Depp (Barnabas Collins), Michelle Pfeiffer (Elizabeth Collins), dan Eva Green (Angelique). oh tak lupa jugak, key characters, Josette dan Victoria Winters (lakonan Bella Heathcote), dan the too-hot-to-handle Carolyn (lakonan Chloe Grace Moretz).

masa aku tengok satu movie sebelom ni... which aku dah lupa movie apa... you know the time sebelom movie starts tu, ada iklan2, preview trailer tu kan? ha.. 
haaaa!! ok dah ingat citer apa!! hahaha. The Hunger Games!! oh my how on earth aku bleh lupa kejelitaan Katniss Everdeen. bwahaha xD

ok. first time aku tengok trailer Dark Shadows adalah masa nak tengok cerita The Hunger Games. to be honest, aku sangat suka dengan trailer Dark Shadows. why? sebab 1. background music yang happening. 2. nampak macam kelakar kaw2. 3. kombinasi Johnny Depp dan Tim Burton. dan sedari ituuu... Dark Shadows masuk dalam aku punya to-watch list. hehehe. so here's the official trailer..



ahaa.. for your info, US punya official trailers agak lain tau. yang aku embed ni versi UK, similar to Malaysia punyaa~~

dalam otak aku sangat terbayang satu cerita pasal vampire yang kelakar habes, macam siri Addam's Family. so memang aku ternanti-nanti la kan. hoho... but. but.. since pengarahnya Tim Burton... aku tapis imaginasi it's-a-fun-wild-movie-to-watch aku tu. hahaha. dah pernah tengok Edward Scissorhands? Alice in Wonderland? Nightmare Before Christmas? all those Tim Burton's? then you will surely know why... hokhok ^^

aku takmoh review plot cerita... itu korang boleh tengok sendiri atau google je. banyak dah kat internet tu. hahaha. now nak cerita dari sudut 'in my humble opinion' ...  =)


Dark Shadows' casts


Dark Shadows bukanlah filem terbaek Tim Burton. so, prepare your mind siap2 - jangan comparekan citer ni dengan Burton's other box offices. ehe... yeah, kalo korang nak tau, dulu dah pernah ada cerita Dark Shadows di-siri-kan, dan difilemkan. lama daahh.. tahon 60-an, 70-an dulu. so, macam biasalah... bila sebut Tim Burton ni... apa je cerita yang sounds familiar... mesti ada twist yang dia buat. itu kekuatan Tim Burton. tengok je la Alice in Wonderland. hehe...

indeed, antara twist yang paling ketara ialah the humour part. oh sangat mengguling-gulingkan isi perot! part yang lawak, all the scenes and dialogues (especially the dialogues. please please jangan baca subtitle please... sangat joykill.. hahaha) yang kelakar2 tu... memang berjaya buat aku dan audience gelak kaw2. seriously LOL material. =D 

first 20 minutes korang akan boleh agak ending cerita ni macam mana. agak slow... mellow... solemn... serious... but bila sampai kat scene McDonald's tu... oh dan scene meja makan... dan scene... hahahahaha... xD tak nak citer.. nanti spoil~~ ekeke ^^

tapi tapi... Burton tetap kekalkan elemen dark cerita ni.. (nama pon dark shadows...pffttt...) you know... when you are a vampire... yang immortal for 200 years (196 tahun je benornye... ahaks!) ... and you're brought to 'life' untuk selesaikan hutang2 dendam... and you have to deal with your ex, which was your lover (that you hate), your rival (which is your lover that you hate), and your crush (which your lover - that you hate - hates..) ... argh kompleks! =____="

speaking of perasaan... hokhok... cerita ini tak sesuai ditonton kanak2 ye... sebab scene kissing, hugging and beyond tu memang ada. oh... Eva Green's superior smexaaayy okaayy~~ raawwr... xD

alritey.. malas nak cakap banyak. things i like bout/in this film?
1. the language (the words of course!) of Barnabas Collins. (LOL!!)
2. the settings, the jokes
3. Carolyn  + her ATTITUDE!!


4. the hippies.. (aww.. poor unshaven lads..) bwahaha xD
5. the shops, the dresses, the cars! oh so 70's!!
6. Alice Cooper (the ugliest woman Barnabas Collins has even seen! bwahahaha)

things i dislike?
1. the predictable plot..
2.
3.


All in all... movie ni enjoy ditonton. give it a go! you'll like it somehow. really! ^^

3 / 5 stars. =)

Sunday, May 6, 2012

Menanti Mentari - Asam Pedas Sayur Keladi

Senyumannya yang menawan tidak putus-putus menguntum di bibir. Manis. Bayu petang menghembus sepoi-sepoi bahasa, menerpa ke wajah bujur sireh Salmah, lembut menyusuri helaian rambutnya yang lurus panjang dibiar lepas tidak berikat. Sambil duduk bersimpuh, Salmah menghirup secangkir kopi kosong yang dibancuhnya sendiri tengahari tadi - lantaran mata melirik jauh nan ke tengah sawah; melirik sesusuk tubuh yang sedang mundar mandir di batas. Hatinya berdebar. Hatinya tenang.




"Ada tak?" jeritnya kepada Rahmat. Nyaring suara Salmah tiada bergema. Entahkan didengar Rahmat, entahkan tidak.

Dedaunan hijau yang memayungi pangkin kayu tempat Salmah bersimpuh, berdesir dek tiupan angin yang galak dan riang. Dalam redup berbumbungkan daun nyiur berlantaikan papan usang berlapikkan tikar mengkuang, ingin sahaja dia merebahkan diri di pangkin itu, lantas lena dibuai bayu yang manja membelai tubuh. Nyaman. Jemari halus yang selalu menari di papan kekunci, hari ini melenggok santun menguis putik-putik kelapa yang jatuh lebat meliputi segenap inci tikar mengkuang yang sudah lusuh warnanya. Dilihatnya beberapa kesan hitam seperti terbakar pada tikar itu. Mungkin akibat lingkaran nyamuk.

Sekali-sekala Salmah membetulkan kain batik yang dipakai. Lenguh bersimpuh dia melunjur. Lenguh melunjur dia menjuntai kaki di tepi pangkin. Namun matanya tetap memandang Rahmat yang sekejap-sekejap menoleh kepadanya dari tengah sawah. Walau sayup mata memandang, Salmah tahu, Rahmat memandang dengan senyuman. Dan Salmah membalas, dengan harapan.

"Anak. Jauh menung?" 

Terkejut, Salmah menoleh ke arah datangnya suara itu. Cuba dia menyembunyikan wajah yang sedikit terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba; Salmah menyahut dengan penuh sopan.

"Makcik. Eh tak ada lah. Ambil-ambil angin je". Bohong

"Jangan ditenung sangat anak makcik tu. Kang tak jadi kerja pulak dia, asyik nak tengok kamu aje. Sudah lah dia suka tengok perempuan cantik, kamu pulak memang cantik. Tak berkedip la mata tu ha. Ha, tengok tu" Ibu Rahmat berseloroh, sambil memuncungkan bibir menunjuk ke arah anak sulungnya yang berjemur panas bermandi peluh. Salmah tertawa kecil, seraya mengalihkan pandangan ke arah Rahmat yang memang sedang memerhatikan gelagat mereka. Mereka saling berpandangan.


Inilah kali pertama Salmah bertemu dengan keluarga Rahmat. Sedari perkenalan mereka, Rahmat sering bercerita tentang ibu, ayah, adik-adiknya, kampung halamannya. Paling tidak, mesti ada cerita tentang  basikal tua kesayangan. Selepas beberapa lama Salmah mengenali dan mendengar cerita Rahmat, timbul rasa ingin mendekati keluarga yang sering meniti di bibirnya. Namun Salmah takut untuk menyuarakan hasrat itu. Tapi, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Tuhan yang tahu.

"Anak dah solat?"

"Oh. Zohor tadi sudah, makcik. Asar je belum."

"Em. Ni, ada pisang goreng dengan jemput-jemput ni, dengan air teh sekali. Makan la dulu."

Salmah tahu, ada soalan-soalan 'wajib' yang bakal menyusul bersama dengan hidangan minum petang itu. Dia menenangkan diri - bersedia untuk menjawab sejujurnya. Sebaiknya.

"Dah lama kamu kenal Rahmat?" Itu dia.

"Tak sampai setahun lagi, makcik." Salmah mula tidak senang duduk. Dipintal-pintalnya hujung kain batik yang dipakai.

"Eh, dah lama la tu. Makcik dengan pakcik dulu lagi sekejap. Minggu ni datang merisik, minggu depan kami bertunang, bulan lepas tu kami kawen."

Salmah tidak pasti samada itu satu jenaka atau sindiran. Namun, diukir juga senyuman manis yang jelas tampak keliru di mata ibu Rahmat.

"Pakcik ke mana, makcik?" Salmah cuba mengubah topik perbualan.

"Ada tu ha kat atas, tengah tido. Kamu nak ubah topik ye?" Terdiam Salmah tersenyum tawar, sedangkan ibu Rahmat ketawa sehingga nampak gigi.


Di tengah sawah, Rahmat tekun memeriksa segenap bubu yang ditahan di batas. Air parit gila sudah surut. Yang kelihatan hanyalah selut kelabu, rumpai air dan lumut. Girang - dari pangkal batas sampai ke hujung sawah dijelajahi; empat daripada tujuh bubu belut yang ditahannya berisi. Alhamdulillah, rezeki dia; bisik hati Rahmat. Mengenangkan Salmah seorang gadis kota yang pertama kali bertandang ke desa, tentu sekali dia perlu dilayan bak puteri - cara Rahmat dan keluarganya. Nah, Rahmat sendiri yang akan siapkan hidangan malam istimewa buat sang puteri; belut salai diperap sambal tumis dan ikan haruan masak lemak cili padi, bersama anak sepat yang digoreng rangup, serta ulam jantung pisang dan asam pedas keladi. Rahmat tersenyum. Puas.


*****


Mentari kian rendah. Anak-anak ayam sudah pulang ke reban. Itik di parit naik ke jalan. Burung walit yang tadi anggun berlegar di dada langit, kini sunyi tiada berkicau. Kanak-kanak yang bermain di jalan sudah dihambat masuk ke rumah. Hari semakin gelap. Mambang jingga.

Malam itu Rahmat mengimami solat maghrib. Ayahnya ke surau; ada mesyuarat jawatankuasa kariah. Yang tinggal hanyalah ibunya, dan Salmah, sebagai makmum.

"Tambah la lagi. Ambil ikan tu. Budak bertuah ni jarang nak masak. Kalau dia masak tu, ada la yang tak kena tu." sindir ibu Rahmat. Diperhatinya Salmah yang sedang tunduk-tunduk menyuap nasi ke mulut, walhal mata menjeling anak terunanya. Sejuk hati.

"Ye ke Rahmat masak ni? Tak percaya lah saya, makcik." usik Salmah. Rahmat mencebikkan wajahnya.

"Awak ni kan..."

"Haha. Baik, baik. Makcik, Rahmat merajuk." Salmah mengusik, sambil tangan kirinya menyisipkan rambut ke belakang telinga. Ayu.

"Biarkan. Karang bapaknya balik surau, tahu la dia nak merajuk ke nak menyorok." Berderai ketawa Salmah dan ibu Rahmat. Rahmat tumpang ketawa.

"Mak...", dia memanggil ibunya, "orang ada benda nak cakap sikit ni. ."

Salmah berdebar.

Dear Full Moon. I Love You. Dear God. Thank You

malam ni.. bulan saaaangat cantik. ^^



korang tau tak.. aku akan jadi sangat2 sayu, melancholic dan syahdu tetiap kali malam bulan penuh? hihi... sounds so gedik kan.

biar ah... daripada aku drooling tengok nelopalopa (sorry, gua memang tak taste lopa2..hihi) tu, baek aku tengok bulan. lagipon, like a dear of mine said,  "Dia ciptakan keindahan untuk kita nikmatinya - dan berfikir akan hikmah penciptaanNya."

so rightfully true. ^_^

kalau korang suka tengok bulan jugak, meh sini nak syorkan something sweet. first of all, read this;






ok? dah paham kenapa bulan malam ni sangat2 cerah, besar dan indah? hehe. read more HERE, HERE and HERE. oh yeah, and also HERE


now... pegi kat google, cari tajuk buku ni. 

The Book Of The Moon

Tak mahal. 16.99 pound sterling je. ^^ dalam tu ada baaaanyak cerita pasal bulan. Facts, myths, legends, all sort of things. I bought myself a copy of this book, and I loved it. =)

baek lah! soalan wajib aku untuk korang...


nampak tak ada arnab kat bulan?

can you see a bunny on the moon?

no?

read THIS!! ^^ 

Happy Full Moon night!

Saturday, May 5, 2012

Kisah Rumah Sewa-ku Yang Berhantu - [PERINGATAN] Kalau Agak2 Takut, Jangan Baca Entri Ini

direct je aku gitau isi entri ni kan? hahaha. ok. memang aku nak straight to the ampang point je pon. sebab dah lama sangat aku tangguh cerita ni. kang basii.... lemau lak. takde laa orang nak baca dah. hhihi


al kisahnye cengginii~~

masa aku mula2 dapat posting kat puncak alam nih, aku dah set dalam otak - nak cari rumah sewa. gedebak gedebik gedebuk, dapatla menyewa bilik~ - serumah dengan lagi 2 orang. dua2 tu keje jugak. wah, bujang bekerjaya nih. ekeke ^^

syukur jugak la. cari2 teros dapat umah. rumah tu 2 tingkat, 3 bilek. corner lot siap! best kan? hahaha

nak jadi ceritaaa... mula2 aku masuk je rumah ni, aku dah tak sedap ati. rasa cam ada something yang tak syok. macam ada yang tak suka je aku dok sini. wuwu... ok la, aku pikir positip - perasaan masuk tempat baru je tu. hee...

tapi kan...

start dari aku dok kat situ... memang ada rentetan2 kejadian yang... hm... menguatkan lagi telahan aku pasal benda tak best kat rumah tu. aku malas sket nak cerita details, nanti korang takot nak baca... tapi.. aku cerita jugak la kot sket2 ye. hehe

ini sumer kisah betol - berdasarkan pengalaman aku dan housemates aku. hee....

kat rumah tu, paling kerap kitorang kena usik ialah dengar bunyi2 pelik. korang bayangkan ek... aku dok sensorang kat bilik tingkat atas... tetibe bunyi macam orang memasak kat tingkat bawah. keletung, keletang, srenngg srenngg... macam orang dok masak something guna kuali! walhal... time2 tu hosmet2 aku sume dah kuar, pegi keje. memang aku sorang je la kat umah.... abes tu.. sape yang.... em~~

adakala... kitorang lepak2 tengok tv kat bawah... tetiba... bunyi shower kat tingkat atas terpasang. pergh... sah2 kitorang masing2 kat bawah time tu. tak tau la kot2 aku je dengar ke, perasan ke.. kan. hehe... tensen2... abes laaa naik bil air. lol!

aku... Tuhan kurniakan kebolehan untuk nampak lebih2 berbanding orang lain... syukur~. tapi.. em.. tak seronok sebenornye boleh nampak2 benda2 yang orang laen tak nampak ni. ehe... stress, tahu? dah la benda2 tu ada kat mana2 je. kat blakang rumah, depan rumah, siling... kat belakang korang tu... tak tenang idop.  haha. tapi takpe la. aku terima tu sebagai anugerah dari Dia. Alhamdulillah~~

so...kalau setakat kelibat2 benda tuuu... selalu la aku nampak. kat tepi tingkap la, kat hujung katil lah... kat bucu siling laa... kat papan tanda nama jalan depan rumah pon dia pernah bertenggek. rimas2... semak pemandangan betol.. huk..

pernah.. time aku tido... kaki aku kena sentak kuat2. hoh!! super terkejut la akuu!! teros terjaga, bangun mengejut - DANG!!! kepala terhantuk lapis besi katil tingkat atas. adoooiii... kaki saket, kepala saket.. hati la lagi laaa saket.. hooorgghh. oh ye, katil aku double decker tau... tapi aku tido yg tingkat bawah punya la... tak tau la sape yg tido kat atas tu malam2... setau aku.. aku je la... tapi... em..



































hosmet aku sorg tu... selalu kena tindih. aku tak pernah lagi la. mintak simpang~... takmau la bertindih-tindih dengan benda2 tu... hish... lemas kot... kesian gak kat hosmet aku tu. selalu kena. so tido pon tak bleh nak lena sangat. no wonder la aku selalu dengar dia pasang cd/mp3 bacaan ayat2 Quran tetiap malam. aku lak bantai dengar lagu jepun.. elok laa an.. elok sangat.. =___="

haa... hosmet aku yang sorang lagi tu pulak... paling ekstrem kot. aku simplekan cerita ye? haha. spoiler. ok!  dia pon selalu gak kena2 usik... dengar2 bunyi org jalan time2 takde orang laen dalam rumah... rasa macam ada benda lalu kat belakang time2 dok sensorang tengok tv... dia cakap kekadang tu.. rasa macam angin berhembus kat tepi telingaa...

nak dijadikan cerita.. al kisahnye dia saket belakang, saket pinggang, saket kaki. kesian la jugak aku tengok. dua bulan dok mengadu saket2... pegi klinik byk kali dah. siap scan2 bagai. elok je pulak. last2 dia tergerak nak pegi berubat cara laen. so dia pegi la darul syifa'...

orang kata... kalo tak kena kat hidung sendiri... memang takkan percaya kan?

hambik kau.. kat darul syifa' tu... time2 nak berubat tu la.. ada 3 JIN merasuk hosmet aku tu. perrgghh!! kental wa cakap luuu... bukan satu-dua je. 3 sekali! siap amik giliran kot. hohoo... seram weh.... macam biasa la... suara yang bercakap tu bukan lagi suara hosmet aku, tapi dah bertukor. ini baru betol 3 suara - seribu bebalan. hahaha. lepas tu... member aku ni piau2 orang Perak. boleh cakap loghat KL dan utara je. sekali masuk jin tu.... dia speaking KLATE deh!! pekat punye kelantan plak tu! aku bajet2 ni sah2 siam marii nih... heh.. camne aku tau? aku pegi berubat sekali ke? taaakk.. ada member kepada hosmet aku tu, yang teman dia masa tu - rakam guna henset. sejam beb~~ dah macam siri bercakap dengan jin ... tapi versi bukan Tamar Jalis. hokhok

kat situ la... segalanya terbongkar...
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

aku cerita kat entri laen eh? ^^

Friday, May 4, 2012

Hanya Sekepal Dua - Sembilan

minggu ni cekgu2 banyak sebok bagi latihan kat budak2. kenapakah?


sebab minggu depan ujian pertengahan tahonn!! untuk tahap 1, ada PKSR la kan. senang cakap, minggu depan budak2 serabut kepala seminggu. hewhewhew~~

ala.. seminggu je. nanti cekgu2 akan serabut kepala lagi lama. sebab nak marking paper budak! bukannye sikit2... haha. adoihh. takpe2. bertabah! ^^

kan hari tu aku sebok2 dengan softball bagai kan? sampai 3-4 minggu tak masok kelas. ni..minggu ni ter-sebok la jugak. apa pulak? haaa... tarian beb. tarian~

yeppaa~~ aku kena ngajor tarian. budak2 pandu puteri tunas. untuk persembahan sempena karnival apa benda tah hujung bulan ni. tak hujung sangat la kot, sebab kalo tak salah aku... sebelom cuti skolah ni dah kena perform. perghh....

aku penin laaa... serabut perut weh. ada la dua tiga kekangan yang menyerabutkan keadaan... -____- antaranya?

satu, budak2. budak2 yang dipilih oleh cekgu dorang tu... bukan la tak boleh dilatih. tapi... sebabkan dorang takde basic langsung pasal tarian.. so nak lentur elok2 bagi sharp2 menari dengan lenggok, gaya dan step yg betol tu... agak mencabar la jugak. nasib baek laaa ada sorang cekgu praktikum kat skola nih yang memang pro bab2 menari ni. orang Yayasan Warisan Johor ok~ Afiq name beliau. legaaaa sikit. ye laa, aku kannye pandai pon... dia lagi berilmu beramal bertaqwa.. huhuu~~ oh tarian apa? tradisional beb. lagu zapin bunga hutan. gerak zapin tanjung labuh. tu je yg senang nak ajar~... (teringat lak kat budak2 INSPEN).. hihi ^^"

dua, masa. budak2 ni dah la memang baru sgt2 nak kenal tarian.... dah pulak tempoh utk dorg berlatih ni macam tak berapa nak cukup je.. memang la hari persembahan tu lambat lagi (harapnye lah), tapi... baru dapat latih dorang seminggu je... sehari satu jam (12 - 1 tghari).. takyah mention la aku kne gi skolah awal dari biasa tu kan.. haha. ok, lepas tu.. minggu depan ni exam week. memang takleh usik dorang langsung..
dah tu, acane~~ minggu seterosnye aku makin2 bizi... nak kena lead, train choir budak2 dan persembahan guru2 untuk hari guru nanti. tudiaaaa~... bilanye ntah aku nak boleh latih pandu puteri ni menari. hokhok. 

next thing, is the budget. wallaoo... penin2. kena pulak tarikh show dorang tu clash (kot) dgn budak2 budaya skolah... memang tak dapat la nak share2, pinjam2 kostum bagai.. mana laa nak cekau baju kurung sama kaler siap songket sepuloh pasang... Zzz...

takpelah. tabah je la, an. apa yang sempat buat, kita buat.

okeh! nah. santapan senyum aku minggu ni. enjoice!! ^^

*****

budak A : cikgu, cikgu ada berapa orang anak?
aku         : kamu agak?
budak B : emm... lima!!
aku         : kenapa lima?
budak A : sebab... cikgu kawen lima

*****

budak D : sir! C nak cium saye!!
aku         : C! what are you doing? why did you want to kiss her!?
budak C : manade! saye cume nak cium bau die je...
budak D : dia tipu sir. tadi muke die dekat dengan muke saye macam ni -
 yes, budak pompuan tu demo balek apa yang berlaku... end up dia pulak yang... ok taknak sambung..=__=" 

*****

aku     : okay, i wanna ask you. have you ever seen a mermaid?
budak : saye! (angkat tangan)
aku     : really? where did you see it?
budak : sir tak paham...
aku     : kat mana kamu tengok?
budak : kat rumah saye, ustaz. mak saye panggil 'maid'. tapi saye dengan kakak panggil bibik

*****

budak X : tiicher, tiicer dah kawen ke?
aku         : kenapa kamu tanya?
budak Y : sir kawen baru ke?
aku         : hey! why??
budak Y : sebab haritu cincin sir ade satu je. harini ade due. satu cincin satu isteri. sir baru kawen lagi satu kan?

*ok penjelasan sikit. memang aku baru beli cincin. tapi bukan cincin tanda/risik/tunang bla bla bla ok~ kroooeehh~~ hahaha

*****

budak : sir may i go with the toilet?

*****

budak : cekgu, dalam banyak2 tol, tol ape yang bagi pahale?
aku     : ha? tol? err... tol kutip derma?
budak : salah.. jawapannye.. TOLla'al baaadruu 'alaaaiinaaa~~ 

*****

budak : sir, kenape sir tak pegi rehat?
aku     : i forgot my wallet. cikgu tak bawak duit. (padahal aku malas nak turon ke kantin... heee)

lepas 20 minit... habis waktu rehat.

budak : sir, kami beli nugget untuk sir. sir makan la.
aku     : hey... .. 


p.s; moral of the story... nakal2 budak pun, dia tetap utamakan cekgu dia. =')