SOCIALIZATION

Tuesday, July 31, 2012

Rayuan Hari Pahlawan 2012 - Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera

negara kita Malaysia bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. namun, hari ni kita berbangga kerana dapat menyambut Hari Pahlawan yang diadakan pada 31 Julai setiap tahun.



tidak mampu dihikayatkan dengan pena; jasa pejuang-pejuang negara kalau kita benar ingin membukukan pengkisahan mereka. bakti yang dicurahkan tiada tertanding. demi insan-insan yang disayangi dan tanahair yang tercinta, perajurit-perajurit negara sanggup bergadai harta berkorban nyawa demi kesejahteraan generasi Malaysia.

justeru, kempen tabung rayuan Hari Pahlawan dilancarkan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk menyalurkan segala sumbangan kita terhadap mereka yang telah banyak berjasa. serta, membela nasib waris mereka yang masih ada.




*memetik daripada laman sesawang Affin Bank Berhad -

Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2012 bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara khususnya di kalangan masyarakat Malaysia supaya memperingati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara dengan bertemakan "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera".
Rayuan Hari Pahlawan bermula dari Ogos hingga Oktober 2012 bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan untuk bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
 Anda boleh menderma melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201)

 sumber: Affin Bank Berhad


Lest We Remember

 Selamat Menyambut 
Hari Pahlawan

"Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera"

Saturday, July 28, 2012

Hanya Sekepal Dua - Tigabelas

assalamualaikum. salam ramadhan. dah ponteng puasa? hehehe...


onigiri atau nasi kepal. nyum~


hoi hoii... puasa dah seminggu, yo! alhamdulillah.. Tuhan bagi kita kesempatan untuk bertemu ramadhan lagi. sedar tak sedar, dah lapan hari kita berpuasa. ada berapa hari lagi nak raya? haha. lepak dulu.. jangan kira raya lagi... manfaatkan ramadhan sebaiknya dahulu. carilah keberkatan, keampunan, barulah kita jemput kejayaan. ^^

hm.. baru seminggu posa, banyak dugaan jugak yang aku terima. fizikal, mental, jiwa, raga... chewah. hehe. ada la suka duka sket2. tapi, yang paling obvious... ni lah. demam ni. dari sebelum bulan ramadhan, aku dah memang batuk. tapi sikit2 la, saki baki hasil tuaian demam terdahulu. tetiba Tuhan nak uji, dibagiNya pakej demam kat aku di awal2 puasa ni~

demam. batuk. selsema. 3 kawan baik ni datang ziarah aku. dan dorang stay agak lama kat badan ni, sampai la hari ni. adeh. paling jem, bila nak mengajar. pergh... dengan batuknye, dengan sengaunye.. dengan takde suaranye.. memang budak2 pon melompat girang, aku takleh nak ajar banyak2. haha. tapi bagos la, budak2 ni jadi baek je. aku psiko sket2 pasal ramadhan, puasa, dosa pahala.. hihi. teros buat keje elok2. ahaks. 

anyway, alhamdulillah, i'm getting better. thanks to those yang doakan kesehatan ni, secara langsung dan/atau tak langsung. terima kasih. hanya Tuhan dapat balas kemuliaan anda yang mendoakan sesuatu kebaikan. =)


haa... berbalik kat cerita bebudak sekolah ni.

puasa memang menguji budak2. serius. dari dulu sampai sekarang, lebeyh kurang sama je situasinya. well, kalo nak dibandingkan, memang ada beza. tapi... pi mai pi mai tang tu jugak. hihi~

kalo dalam kelas tu... paling obvious ialah budak2 lemah, lesu, longlai, tak bermaya. tak aktif langsung. muka masing-masing kuyu je mata. hahaha. siyes beb, kalo tak alert time ngajo.. memang kita bercakap dengan kerusi-meja je la. budak2 tido! hahaha

ye, aku paham. puasa. memang penat bagi dorang.. wlopon benornye ramai je yang tak puasa. hihi. tapi, kesian tengok.. kepala semua stok nak letak atas meja je. baca buku pon tersengguk-sengguk. suara... alahai... sayup. aku sampai tak dengar la dorang sebut betul ke salah. nyunyunyuu je bunyi - nak bukak mulot pon malas. hee

tu belom kira yang mintak nak keluar pegi toilet. haaa... muka dah habes kesian dah tu. tahan dalam kelas 5-10 minit je. pastuh mesti ada yang mintak keluar pegi tandas. eleh, bukan nak buang air sangat pon.. tau je. nak main air la tu. balek kelas, muka basah, rambut basah, baju basah, tudung basah. laki pompuan sama je. hahaha. kekadang tu aku nak tergelak jugak tengok perangai masing2. ye la, budak lagi pon. so, aku boleh pesan elok2 je la. harap dorang tak ponteng puasa, curi-curi minum ke, buat2 tertelan air ke.. hihik.

paling takleh terima...alasan puasa untuk taknak buat keja dalam kelas. hamboooiihh.. macam2 alasan wei. taknak menulis sebab tangan tak larat, taknak membaca sebab lapar... tak bawak buku sebab puasa. adoooiihh... nak marah pon ada, nak gelak pon ye jugak. hihi. sabor2.. kalo ikot hangin, memang la nak sound je. sekali aku sendiri pon tak sehat... ha, ceramah slow-slow je la mampu. ekeke

korang baca je la ek. kot2 korang pon dulu cenggitu ke.. sila terasa. bhahaha ^^


*****

me    : alright, before we start. i would like to know... how many days have we been fasting?
class : monday!

****

budak : sir, sir puasa tak hari ni?
me      : kenapa tanya?
budak : saje, tengok sir saket. manetau sir tak larat puasa ke...
me      : cikgu puasa la. kamu puasa tak?
budak : sir agak?
me      : tak.
budak : alaa... kenapa sir pandai teka~

****

me      : ok i want to listen to your reading. A, please read the text.
budak : teacher, saye tak larat nak baca la...
me      : kamu puasa?
budak : ha'ah...
me      : kesiannye... sahur tak?
budak : pagi tadi saye makan banyak... tapi tengahari tadi saye makan sikit je..
me      : ohh.. ~.~"

****

budak A : sir, kenapa bulan puasa pun orang jual mercun?
me          : sebab dorang nak putus jari. taknak raya~
budak B : ustaz main mercun tak?
me          : tak. cikgu main meriam je.
budak A : meriam? ape tu sir.
budak B : ustaz! saye tahu! meriam tu nama isteri ustaz!

****

budak : sir, dia tido...
me      : alright! who sleeps in my class, cikgu suruh berdiri nyanyi lagu raya sampai balik.
budak : *pegi kejutkan budak yang tido tu*  wei bengun, sir suruh ko nyanyi lagu Negaraku.
budak yg tido : *bangun.. gosok-gosok mata* Negaraku... tanah tumpah - 

****

me      : when Dolly Doe met Dambi Cow, she asked for some... ?
kelas   : food~
me      : good. after that, she met Sheepy Sheep. what did she ask for, then?
kelas   : water~~
me      : great! pandai pun.
budak : teacher, kenapa kita baca cerita pasal makanan....

****

budak 1 : semalam aku nampak ustaz naik basikal pegi klinik
budak 2 : sir kan sakit, memang la sir pegi klinik. ape la kau ni
budak 3 : ha'ah. korang tak tau, klinik tu isteri sir yang punya
budak 1 & 2 : Ooooo~~

****

budak : teacher, nak pegi tandas
me      : i don't understand you
budak : teacher, may borrow toilet please?
me      : incorrect
budak : please teacher, may i to incorrect the toilet please?
me      : no, salah.
budak : please teacher... may i to borrow go incorrect toilet.. please? *buat muka kesian*
me      : adoih lah... pegi cepat.. ~.~"

****

budak : ustaz, ustaz berbuka apa hari ni?
me      : buka apa? buka puasa la
budak : ... eeeiiiii... sudahlah! takmau bagi ustaz kad raya!!


Thursday, July 26, 2012

Ramadhan - Formula Tenaga Segera!

Assalamualaikum.

uhm... i'm not sure how it works... but really, aku rasa aku dah jumpak satu formula untuk rejuvenate badan yang tengah lemah dan tak bermaya.

al-kisahnya... aku demam teruk.. dan selsema teruk.. dan batuk teruk. -____- so for the previous 2-3 days, aku tak berapa lalu nak makan. even aku pegi param (PAsar RAMadhan) pon, aku beli makanan... then balik berbuka dengan makanan yang dibeli... in the end makin kronik lak saket aku jadiknye.

tak.. bukan aku beli biawak masak merah ke, or tenggiling goreng kunyit ke... or belalang goreng tepung, mahupun landak masak kicap.... bukan, bukan... cumanya, aku rasa kondisi badan aku ni kot yang reject makanan berat. so, muntah bertalu-talu laa... sumbat murtabak, keluar kebab. sumbat nasik keluar bubur. adeh~

sudahnye, semalam dalam kepucatan senja nan kabur di balik gemawan berarak rendang... aku teros tak lalu nak makan. tapi... takde la gigih nak teguk air kosong je kot kan. nak gak mengunyah~ tapi kalo makan, nanti muntah lagi. hm...

aha!!

aku rasa nak try nih - berbuka dengan kurma dan air 100 Plus. hm... kenapa? sebab.. kita disunatkan berbuka puasa dengan kurma (tamar) dan air;

- daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).


sebagai umat islam, kita pun tau.. apa yang Nabi buat tu, mesti ada sebab dia. kalo nak cerita khasiat kurma, memang banyak la beb. so, korang boleh google sendiri kot. sila baca demi pengetahuan ye. hehe. anyway, alhamdulillah, aku rasa aku dapat hikmah daripada amalan Nabi s.a.w tu...


kombinasi kurma dengan air 100 Plus memang awesome!! happy sangat bila body aku (especially tekak dan perot) tak reject pengambilan makanan dan minuman ni. takde rasa mual, loya, muak... dan tak muntah! dan paling best... badan rasa energized! serius bertenaga. 

betol beb. bukan nak exaggerate, tapi itulah yang benornye. anyway, supaya korang tak kata aku tipu... meh aku eksplen details sket. aku makan kurma bukan la sebijik je... seingat aku, tujuh (7) bijik. dan air hundred plus tu... suku 1/3 botol besor tu haa.. banyak ke? takpe, memang perlu sebab nak menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa menjalani gaya hidup aktif! ahahaha


dan! aku tak makan apa2 dah lepas tu. sampai lah sahur untuk puasa hari ni - pun aku makan kurma 7 bijik dan teguk air 100 plus. dan berbuka puasa tadi pun aku makan dan minum benda yang sama jugak. alhamdulillah, ada rasa kenyang yang cukup. takde rasa nak mengulor ke, sebu perot ke.. wheee! 

well, i'm not saying inilah sajian terbaik sepanjang ramadhan or sepanjang zaman ni. mungkin sepapan daging burung unta lebih baik, atau sekilo kacang bendi atau sebakul roti cicah kari yang sedap hingga menjilat jari~~ mungkin sebab aku tak sehat ni, so makanan yang ringan camtu je yang badan dapat digest. dan aku tak kata makan camtu je dah cukup untuk badan kita...noooo~~ cuma, bagi aku, itulah formula tenaga yang terbaik untuk aku setakat ni~ so bila aku dah baek demam, maybe aku akan start makan landak  murtabak semulaa.. ^^

sesimple aku menulis nih, sesimple tu jugak la untuk korang try sendiri. anyway, result bergantung kepada banyak faktor ye. tapi try la! sunat tu~ pahala tuu, makan kurmaa... hihi


p.s; dah 2 hari tak makan nasik nih... steady je. kemon Aan, kemon! misi 50kg dan jeans saiz 27 pasti menjadi realiti! hahaha 

Wednesday, July 25, 2012

Iatrophobia, anyone?

This is me.. now..




..so people tell me to go and see... 



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Iatrosuka, anyone?

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan Kareem

assalamualaikum.

..ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. agar dapat ku lalui dengan sempurna..

macam pernah dengar? yeah... itulah bait lirik yang acapkali kita dengar tiap kali tibanya bulan Ramadhan. dipetik daripada lagu Harapan Ramadan, nyanyian Raihan. =)


Ahlan Wa Sahlan, ya Ramadhan!

ramadan kareem


alhamdulillah. baru tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kita, Datuk Syed Danial Syed Ahmad (yang menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara) mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi tahun 1433 H. bila? haa.. tak tengok tv lettew. =p hehe. Sabtu ni, 21 Julai 2012. bersamaan 1 Ramadhan. yeay!

bila kita sebut pasal ramadhan, mesti ada perkara2 tertentu yang bermain kat minda, benak kita. di facebook dah mula aktif post2 dan updates pasal puasa, doa, suruhan dan larangan, gambar2 yang berkaitan ramadhan. tak kurang jugak kat twitter; macam2 nasihat, hadis, petikan ayat dan doa2 seumpamanya di-tweet-kan hampir setiap masa. syukur, media sosial digunakan dengan baik dan bijak sebagai medium penyampaian dan penyebaran ilmu masakini. ^^
and of course, aku yakin setiap daripada kita ada kenangan tertentu berkenaan puasa dan ramadhan. haa.. tu .. senyum2 tu... ada lettew. hehehe. mungkin manis, mungkin pahit. mungkin istimewa, mungkin biasa2. tapi kalau memori tu tak bermakna, takkan lah kita ingat, kan? hehe
ramadhan al-mubarak

aku sendiri ada banyak kenangan berkenaan bulan puasa. macam2 sangat, sampai kena sort out ikot garis masa. chewah! hehe. mostly, kenangan masa kecik la. tak kurang jugak memori puasa di zaman2 belajar dulu. zaman kat maktab, kat universiti.. oh.. rindu. =')

insyaAllah, untuk Ramadhan kali ni, aku akan cuba update blog hari2, macam aku buat tahun lepas. well, mungkin tak tercapai. tapi apa yang terdaya, aku share la kat sini. ye? and.. sila2lah jenguk entri meriam katak, meriam tanah, dan baju-baju raya tu. maaayybe aku akan buat video tutorial meriam. =p hahaha

baek! sebagai mengalu-alukan Ramadhan yang mulia ni, aku mulakan entri dengan perkongsian yang aku dapat daripada sorang sahabat. silalah terapkan dan amalkan, insyaAllah. untuk kebaikan kita bersama. 

here you go! 10 tips pengisian Ramadhan!


1. berbuatlah sesuatu perkara itu dengan ikhlas
especially buat yang bekerja - bekerjalah seikhlasnya. memang penat bekerja sepanjang berpuasa tu lain macam sikit daripada dok saja di rumah. tapi, ikhlaskanlah diri. niat lillahi ta'ala. mudah2an tambah barakah.

perbanyakkan doa dan berdoa! bulan Ramadhan bulan yang cukup istimewa buat kita. jadi jangan lepaskan peluang ni. berdoalah, Dia Maha Mendengar. =)

ramadan's checklist

2. rancang perjalanan harian di hari sebelumnya!
meaning that, korang plan elok2 - esok nak buat apa. apa yang nak dicapai. apa yang nak kena buat or siapkan. ini untuk memudahkan korang jugak. takde la nanti kalut2 pikir nak beli apa ke, nak masak apa ke, dengan penat puasanye lagi, penat kerja lagi, penat pikir lagi... lepas tu merungut. haa.. tak elok la camtu. salah sape benornye? hehe..


3. seboleh-bolehnya JANGAN sesekali TINGGAL SAHUR
ramai yang pandang remeh bab sahur nih. yelah, konon body tu hebat, tak makan sahur pon rileks je sampai maghrib. hee.. betol. ada orang camtu. tapi, ni bukan soal tahan atau tak tahan. tapi ni soal mencari keberkatan.

tak perlu la nak sahur berat2, nak makan nasik minyak nasik lemak ayam goreng berempah bagai. cukup lah dengan makan seadanya. even kalau bangun dengan niat nak sahur, minum air dan makan kurma pon dah cukup. pahala tu~ taknak ke? easy deposit beb.

dan kalau boleh, bangunlah sekurang-kurangnya 1 jam sebelum Subuh. kalau yang nak masak tu, mungkin kena awal sikit. tapi kalau yang dah ready makanan, elok la bangun sejam sebelum subuh. bagi badan kita masa untuk refresh, then sedia untuk terima makanan. kalo lewat sangat.. nanti perot terkejut! mula la nak saket la, nak memulas lah... hehe. ok?


4. mulakan tugas sejurus selepas Subuh
ini kita memang sedia maklum, waktu subuh dan pagi memang waktu terbaik untuk apa-apa urusan sekalipun. kalo yang belajar tu, waktu macam tu lah yang paling awesome untuk study. otak memang fresh untuk terima input. laju je proses. ingatan pon baek, hati pon terang, insyaAllah.

kalau berkesempatan, luangkan sedikit masa untuk buat amal2 sunat. kalau dapat mengaji Quran, satu dua helai pun dah baek. lagi baek kalau kita fahami maksudnya sekali. tapi make sure continuously la. jangan la awal2 ramadhan je semangat.. naik 10 hari ke atas.. hm... hehe. ^^


power nap is powerful!

5. cuba dapatkan tidur yang singkat di tengah hari
orang kata, power nap. or afternoon nap. jangan lama! dalam 20 minit dah memadai. kalau sekejap sangat, korang rasa tak puas. kalo lama sangat... hanyut la pulak. hihi. so, try to get your 20 minutes nap, just before Zohor, atau directly lepas Zohor. trust me, korang akan rasa energized!


6. peruntukkan sekurang-kurangnya satu jam untuk mengaji Al-Quran
cuba bayangkan... sejam tu macam lama sangat kan? tapi kalau tengah main game ke, tengah online ke, twitter-facebook ke... bersembang benda2 lagha ke... kejap je abih sejam tu. =p hehe. takpe lah. kalau di bulan2 lain kita tak berkesempatan, why not kita istimewakan ramadhan dan diri kita sendiri, dengan mengaji Quran.

mungkin kita sebok di siang hari. so why not malam? lepas balek terawih tu, rehat2 kejap, minum2 ke... then mengajilah. jangan paksa diri, tapi pujuk hati. insyaAllah, awal2 tu mungkin rasa berat je.. tapi bila kita jadikan kebiasaan, then we will feel happy. tak caya? try dulu brader~ ^^ mengantuk? aish... tengok Euro pukol 3-4 pagi boleh bangun, berjaga.. takkan lah kul 11 dah ngantok... ehek



7. carilah ruang menambah ilmu dan pengetahuan
tapi sesungguhnya bulan Ramadhan memang bulan terbaek untuk kita buat pembacaan ilmiah. natijahnya, badan kita rileks sebab perut kita rehat daripada dok proses makanan. tubuh kita lebih cergas, dan otak kita lebih cerdas. bukan ke tu semua ciri-ciri perfect untuk kita hadam ilmu pengetahuan?

don't get me wrong. aku tak bermaksud kita pulun baca bab agama saja dalam bulan puasa ni. aku pernah jadi student. aku pernah pulun study subjek2 nak test dan exam untuk satu-satu semester tu. alhamdulillah, personally aku rasa lebih mudah paham dan ingat bila mentelaah dalam bulan puasa berbanding bulan2 lain. mungkin ada faktor2 lain jugak, wallahualam. tapi .. aku percaya, itu antara kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan. =)


8. berbuka puasa dengan susu dan tamar (kurma)
kalau dapat, silalah. kita pun tau betapa Nabi s.a.w tekankan khasiat susu dan kurma nih. tak perlu aku eksplen kat sini kot. korang boleh google. banyak! hehe. tapi kalo tak dapat kombinasi tu, berbukalah dengan air dan kurma. meaning, dahulukan makan kurma tu dan minum air dahulu.

lepas buka puasa dengan kurma dan susu/air, pergi solat Maghrib dulu. lepas selesai solat baru makan lagi. bukan apa, nanti kalau dah kenyang... nak solat pon jadik malas. nak mengular je rasanya. kan kan? haa.. erm.. kalau boleh... kurma dan air tu.. jangan diganti dengan rokok pulak tau. tau tau.. hehe ^^


9. banyakkan bersedekah
kalau kita dah selalu sedekah sebelum ni, why not kita continue amal baik tu? even better, kita gandakan ibadah sunat yang sangat dituntut tu. carilah peluang untuk bersedekah. tak perlu sumbangan wang ringgit yang banyak. hanya sedikit sumbangan dan keikhlasan sudah memadai. Allah suka perkara baik yang sedikit tetapi berterusan, daripada perkara baik yang dibuat besar-besaran, tapi mati di tengah jalan.

selain duit ringgit, kita boleh jugak sumbang bakti dengan cara lain. pegilah surau2 ke, wakaf2 yang disediakan, ataupun cukup sekadar di rumah - ajar budak2 mengaji ke, membaca ke.. anything yang baik, berfaedah dan berguna. or, kita boleh buat kerja2 amal, macam bersihkan surau/masjid ke, halaman rumah jiran ke... even tanah perkuburan pon boleyh. tak nanti raya je tu beb. ^^


du'a and prayers


10. mohonlah keampunan dari Nya
sebagai hamba Tuhan yang hina... kita memang tak lekang daripada dosa. dosa dengan orang, dosa dengan kucing, dengan ayam, dengan makhluk Allah yang lain, dan... paling banyak ialah dosa kita dengan Pencipta kita.

kalau di bulan2 yang lain kita lalai, kita banyak buat dosa... jadikan kedatangan Ramadhan ni sebagai bulan penyucian hati nurani, rohani dan jasmani. kita mintak doa banyak2 kat Allah, mintak dia ampunkan dosa2 kita. dan telahpun dinyatakan, Ramadhan ialah bulan di mana "...pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, dan pintu taubat dan syurga dibuka seluas-luasnya." jadi, rebutlah peluang yang dikurniakan ni sebaiknya.


jadi, bila lagi kan? betapa bertuahnya kita dapat bertemu dengan Ramadhan kali ni. mana tahu... mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita...

*****

aku sekadar berkongsi sedikit cuma info dari apa yang aku perolehi. segala yang baik tu, kita kreditkan kepada sumbernya. dan segala yang buruk tu, mungkin terbit dari kekhilafan aku sendiri.

jadi, mohon kita sama2 bertegur-sapa, berkongsi cakna, serta berpesan pesan pada kebenaran. insyaAllah, mudah2an kita diberi rahmat dah hidayahNya.

wallahualam. =)

Selamat Menyambut
RAMADHAN
Al-Kareem

buat semua umat Islam di seluruh dunia

Tuesday, July 17, 2012

Hanya Sekepal Dua - Duabelas

assalamualaikum!!


hai bakal2 tetamu Tuhan. dah ready nak dijemputNya? hehe..

sekian lama aku tak hapdet belog.. err, i mean entri Hanya Sekepal Dua. siyesly, dah lama jugak entri ni dudok dalam draf tu.. cuma tak berkesempatan nak publish elok2. ini baru terasa nak melepas rindu, so nak kongsi suka duka yang tercipta bersama. chewah!!

oh. sebelom terlanjur mencintai (ko mereng ke hape an... hahaha) aku dengan serendah-rendah hati bak kuman di kaki, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kaseh bak kutu di rambut korang buat korang pembaca setia siri Hanya Sekepal Dua nih. terharu sangat bila ada yang bertanyakan "bila nak ada siri sekepal dua yang baru?" "bila nak update cerita budak2 tu. rindu lah" dan seumpamanya. terharu bila ada yang menghargai. =') .. so.. group huuugggss!! hahaha xD

okeh! continue2. erm... al maklum lah kita, Ramadhan; bulan puasa bulan mulia bakal menjelma. tak berapa hari je lagi ha. world record - this time, it's gonna be my 1st time berpuasa as a teacher. huiooo... bunyi macam grand. pfffttt... hahaha. anyway, memandangkan ni first-time aku akan ber-fasting and teaching serentak.. macam2 la perkara yang dok berputaq ligat dalam kapla otak nih.

teringat zaman bebudak dulu. alaa, zaman kita sama2 mandi sungai ramai2 waktu tengahari lepas balek skolah tu... yang konon2 "tertelan air" tuu... hahaha xD .

time aku skola dulu... bulan puasa adalah bulan paling dinantikan! sebabnya? hee... aku suka buat kueh raya!! ok lambat lagi nak cerita pasal tu. zzz... erm, klo bab jadik budak skola rendah, bulan puasa paling mencabar kot... harus lah bai... kalo bulan2 biasa, seminggu paling koman pun, 2-3 kali jugak aku dengan kengkawan aku pegi curik buah epal, limau yang diletak kat depan tokong buat hidangan 'tuhan' penganut Buddha kat pekan tu. bila dah ramadhan.. nak makan pon tak boleh, apatah lagi nak curik. hihi~

kalo kat sekolah.. ujian paling berat ialah bila tengok member dengan selamber melantak air sirap dalam botol berbentuk henpon ... lagi masyuk bila kawan tu ofer kongsi minum. perrgghh... tapi nasib la aku igt pesan mama... kalo ponteng puasa nanti takleh kawen. so... nak kawen punya pasal, aku pon cobalah puasa penoh sebulaaann.. =p

botol air berbentuk telefon bimbit. kau hado? haha

kredit


seriously, puasa zaman budak2 dulu memang penuh kenangan. insyaAllah, aku akan update, share dengan korang .. time to time. yang pasti... kenangan main mercun dan meriam memang rare dan memorable dan extremely precious. mana budak2 sekarang reti buat/main meriam dah baii... sume swipe2, slash2 skrin sesentuh je. takpon, tekan2 butang kat controller ps/xbox ... terasa? hihi~

orait!! ni yang korang nak baca benornye kan... ahaha. nah! 2 minggu aku kutip dari budak2 kat sekolah. enjoice!!

*****

me      : what is the meaning of nurse?
budak : tak tau
me      : ok. erm, pilot?
budak : juruterbang!
me      : good. nurse? juru... . .
budak : juruterbang perempuan!

*****

me      : sit down class. erm.. who's class monitor?
budak : saye, sir.
me      : okay. who's absent?
budak : ebsen? sape tu sir?

*****

budak  : teacher, nak pegi tandas..
me       : hm? i don't understand you..
budak  : sir.. nak buang air~
me       : i don't understand you... in English please~
budak  : teacher, tak tahan.... (sambil kepit2 kaki..)
me       : go now, go. pergi cepat!! GO!!!

*****

budak A : ustaz, ustaz dah kawen ke?
budak B : sir belom kawen laa... 
budak C : weii sir dah kawen la. tapi sir dah cerai~
me          : hey!! kenapa pulak??
budak C : jari sir mana ada inai dah. orang kawen je ada inai. bile inai takde, maksudnye dah cerai la kan?

*****

me      : what is "swim?"
budak : berenang.
me      : good. what is.. "hop?"
budak : melompat
me      : pandai. so 'fish' is ikan. ikan lompat ke berenang?
budak :  (muka konfiden habes) melompat!

******

budak 1 : sir, isteri sir berapa orang?
me         : kenapa pulak?
budak 2 : haritu kami nampak sir balek ramai2 dengan pompuan? dorang naik kereta kancil warna pink.
me         : heh? dah tu masa tu saya naik sekali ke?
budak 1 : tak lah.. sir naik kereta sir la.
me         : dah tu.. camne pulak kamu kata dorang tu isteri saya?
budak 2 : sebab sir sampai rumah same2 dengan dorang. rumah pun sebelah2 je.

*****

me          : okay class, what is the meaning of "night"
kelas       : malam!
budak X : batman!!

*****

budak a : ustaz, antara gajah dengan saye, sape lagi kuat?
me         : mesti la gajah.
budak b : salah. A lagi kuat la sir..
me         : aik ..  why??
budak a : sebab saye kuat menipu!! ahahaha, ustaz kena tipu. ahahaha (sambil lari pegi rehat..)

*****

relief tahun 1
me    : assalamualaikum, class~
kelas : good afternoon sir!

*****

budak : teacher! saye tahu name anak teacher!!
me      : aa.. apa nama anak saya?
budak : Neelofa!

*****

budak C : sir, buku tulis saye dah nak habis..
me          : ok. so kalau dah nak habis, kamu nak kena buat apa?
budak D : berenti sekolah!


Friday, July 13, 2012

36th Bon Odori Festival 2012

* scroll down towards the very end of this entry. i just updated this one with some pictures from the event*

Malaysia 36th Bon Odori Festival 2012

click HERE for better view


wah!! festival Bon Odori kali ni dah masuk yang ke 36!!

di Malaysia, festival Bon Odori disambut di dua buah negeri; Pulau Pinang dan Selangor pada setiap tahun. lokasi utama bagi Penang Bon Odori ialah di Padang Kota Lama (Esplanade), manakala di Selangor ia diadakan di Matsushita Stadium, Shah Alam.



biasanya Bon Odori menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong asing, termasuk warga Jepun yang berada di seluruh pelusuk Malaysia. walaupun terdapat banyak negara lain yang mengadakan festival bon odori ini, tumpuan tertumpu kepada obon yang disambut di Malaysia. ini kerana Bon Odori di Malaysia dikategorikan sebagai perayaan Bon Odori di luar Jepun yang terbesar di dunia!

berbeza dengan perayaan obon di Jepun, bon odori di Malaysia lebih menerapkan elemen budaya masyarakat Jepun. obon di Malaysia menyediakan lebih persembahan seperti tarian, nyanyian dan gendang Jepun.

beberapa elemen utama yang boleh kita lihat di obon ialah

pertama, gerai jualan. banyak booth, stall dan gerai dibuka sepanjang bon odori berlangsung. kebanyakkannya terdiri daripada gerai menjual makanan dan minuman, barangan kraf bercirikan jepun, cenderahati dan kedai2 permainan tradisional jepun.

kedua, persembahan sempena bon odori. satu pentas besar ditempatkan di tengah-tengah tapak festival di mana semua persembahan akan dibuat di situ. persembahan terdiri daripada nyanyian lagu2 rakyat dan klasik jepun, serta pertunjukan gendang semangat/ pahlawan. paling penting - persembahan odori, iaitu tarian.

tarian2 dipersembahkan oleh penari2 tradisional yang memang pakar dalam seni tarinya. lagu yang ditarikan ialah antaranya Tokyo Ondo, Matsuri, Sakura Ondo, dan Soran Bushi. aku tak pasti tentang sambutan di Shah Alam, tapi kalau di Penang, ada satu lagu khas dalam bahasa melayu yang dinarikan juga - lagu Rasa Sayang Hei versi klasik. memang comel. hehe. 



oh ya! paling penting - semua yang hadir dijemput menari bersama mengelilingi pentas utama. bagi yang sporting dan ceria, mungkin wajah2 korang akan masuk dalam news - macam aku dan kengkawan suatu ketika dulu.. hahaha

ketiga, Hanabi. atau bunga api. setakat ni, hanya Penang Bon Odori sahaja yang mengadakan pertunjukan bunga api bagi mengakhiri obon. kalau sambutan di Shah Alam... so far belum ada sponsor... =p tak tau la kali ni kot2 ada kan.. heee~

jadi, itu serba sedikit pasal Bon Odori Festival di Malaysia. aku sarankan korang pergi la sendirik merasai kemeriahan festival ni. tak rugi! DSLR fags, sila caj betri anda, bawak lens tiga pat ketul. bagi yang nak pergi enjoice, pakailah se-selesa anda. kalau ada yukata, sila pakai. nak pakai cosplay...boleh. tapi.. biar senonoh sket ye. hee~

chotto! sebelom terlupa. sila bawak duit. banyak2. aku jamin korang akan nyesal kalo tak bawak duit secukopnya.. hehe~~


bagi korang yang berhajat nak pegi, ni details Bon Odori Festival 2012;


tarikh : 14 Julai 2012

masa  : 5.00 p.m - 10.00 p.m

venue : Panasonic Sports Complex, Lot No 4, Persiaran Perkilangan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

GPS : +3° 3' 25.19", +101° 32' 49.38"

Malaysia 36th Bon Odori Festival 2012

click HERE for better view

*Free Admission.
** Free Shuttle Bus disediakan dari stesen KTM Shah Alam ke stadium dari jam 4.00 pm - 11.00 pm.

(better naik public kalau taknak bersesak-sesak dengan parking dan trafik)


see you there!!


*****


UPDATED


yatta!! 36th Bon Odori festival was awesome!!!

i reached there at 5.00 pm something like that. and there were already people cramming the place like a slumber party!! hahaha

entrance booth at the Bon Odori

went there by car. luckily i was early, so i managed to get a spot in the panasonic's parking lot. it was a sunny day - like the years before. gladfully. well they say some monks launched a prayer for the sky to be clear till the end of the day. im not quite sure how far the truth is... or was. but, yeah it was sunny and windy all day long. ^^

the 36th Bon Odori festival was celebrated in conjunction with Malaysia-Japan 30th anniversary of "Look East policy" which was inspired by Tun Dr Mahathir Mohamad, former Prime Minister of Malaysia. 

this was my first time celebrating Bon Odori in Shah Alam. previously, for 7 consecutive years, i participated in the festival held in Penang. from such experiences, i had many things in mind to relate and compare between the two venues.

children in yukata, at Bon Odori


there were differences and similarities, though. similarities - i'd say the attractions. obviously, the food stalls, the booths that sell japanese stuff, and the performances. yet, they were somewhat differed by the choice of songs, and dances. and dancers!!

for Penang Bon Odori, normally they have 3 must-dance songs for the festival. as far as i can remember, they usually play and dance to the Tokyo Ondo, Sakura Ondo, and Rasa Sayang Hei. not forgetting, the Soran Bushi as a powerful song to balance the other folk songs.
Wadaiko Shio drums practice session

for this particular 36th Bon Odori festival in Shah Alam, they played Dai Tokyo Ondo, Ohisama Ondo, and Tokyo Ondo. (there's another song but i forgot the title.. hehe~~) they didn't have the soran bushi, however - they put a great drum performance - Wadaiko Shio Drums, led by Nakamishi-san - with the heart-pumping beats by the Malay Gendang Sembilan, Chinese Drums and Bhangra Drums shows as a symbolic for Malaysian unity.

planned to wear my yukata for the event. however, i changed my mind. instead, i wore jinbei! good decision i'd say, because of the weather. it was hot and humid .. and i participated along the dances full time!! berpeluh beb... hahaha. needless superfluousness of words; enjoy the pics! till we meet again , 37th Bon Odori!!!

beautiful Japanese in their yukata, at 36th Bon Odori 2012


graceful in yukata



sweet Japanese couple watching the shows and performances

friendly reminder, Penang Bon Odori 2012 will be held this 21st July 2012, at Padang Kota Lama (esplanade)

feel free to indulge yourself with the beauty of Japanese culture

see you again at the next event;
27th Bon Odori 2013

^o^

Thursday, July 12, 2012

Tapai

tahu tapai? tahu? pernah makan? sedap?






haa... tapai ni.. dengar nama je dah boleh timbulkan tiga situasi. satu, korang terliur... kemam2 mulut, tahan daripada meleleh ayaq lioq tu.. sebab terbayang betapa sedapnya lah tapai ni. hehe. dua, korang kembang tekak.. rasa loya, nak muntah... brr... ape lah manusia ni makan benda2 busuk camtu.. =p atau ketiga... tapai? amende tu? we olls orang elite2 ni makan pizza je~~

selaku anak kampung yang sejati.. (chewah..) tapai memang menjadik fevret aku la. buat korang yang tak kenal tapai... meh aku ceritakan sket2 ciri2 tapai nih.
tapai ada 3 jenis. tapai nasik, tapai pulut, dan tapai ubi kayu. aku tak pernah jumpak lak tapai ubi kentang atau ubi keledek.. tapi tak tau la kot korang kreatip kan.. hehe. paling femes, tapai nasik dengan tapai pulut. rasa dia... em... ada masam, ada manis. kalo buat biasa2, jadi masam-masam-manis. kalo tere buat.. jadi masam-manis-manis. hihi

kenapa masam? haaa... sebab tapai ni diperam~ kenapa peram? sebab kalo tak peram.. jadi bubur chacha. ~.~ jangan tanya soalan pelik2 boleh tak? grrr.. hahaha. ntah! pegi la tanya orang belajar sains kimia dan pemakanan sana... =p yang aku tau, camtu la proses penyediaannya. bahan2 dia pon tak susah nak cari/dapatkan. senang sangat lah nak buat tapai nih! siyes. kat hujung entri nih aku ajar camne nak buat tapai ek. =)




now.. aku nak mengimbas balek kenangan2 berkenaan tapai ni.

orang tua-tua kata... nak buat tapai ni bukan buleh main buat sembarangan je. ada pantang larang dia. salah satunya... kalo nak buat tapai, kena dalam keadaan yang sunyi.. tenang.. jauh dari keriuhan suara2 yang membingitkan.

seingat aku la... sepanjang aku pernah tengok arwah mama dan arwah tok buat tapai... memang dorang tak pernah bagi aku datang dekat2. kalo buat kat dapur tu... alamatnya sampai sudah la dapur tu jadi kawasan larangan. no entry. LOL. tapi aku kan ketegaq. aku pegi jugak! perasaan ingin tahu itu menebal di dalam jiwa. ekeke. curiousity kills the cat. nasib aku bukan cat. =p

orang kata kalau kita bising2 masa buat tapai.. nanti tapai tak menjadi. maksudnya? yeah~~ tapai akan jadik sangat lembik, or busuk. senang cakap, tak buleh buat makan lah. aku tak paham apa kaitannya. tapi tried and tested - memang kalo buat tapai sambil bersembang-sembang, kecoh2... masam lembik lah tapai tu. buang la jawabnye. hm~


then... kalo nak buat tapai, tak boleh marah2. kena dengan jiwa yang tenang, ceria, penuh tawadu', istiqamah dan toma'ninah! muka pon kena hepi2, senyum selalu, takleh cengeng2... hahaha. kenapa? sebab.. kalo buat tengah moody, tengah marah or masam muka... nanti tapai pun jadik masam! tak sedap untuk dimakan. mama dengan angah (ibu jagaan aku masa kecik) pernah buat tapai sama2. bahan yang sama, sukatan yang sama, pada waktu dan tempat yang sama.. tapi dalam keadaan yang berbeza.

masa tu mama tengah marah2... pasai pa aku tak ingat. lepas tu dia pegi buat tapai dengan angah, konon nak cool down chill out la kot. angah... dia rileks je~ aman damai je perasaan. so, i cut it short - bila tapai dah siap peram... yang angah buat rasa manis, yang mama buat jadi masam. hokhok. betul weh~~

the last one .. yang paling ekstrem skali ialah... pantang kalau buat tapai time period. kalo korang tu tengah period, haid, datang bulan... takyah la nak gedik buat tapai. wallahualam la kan.. tapi.. pernah cousin aku sendiri buat tapai time dia period... huu... horror gila jadiknye.

bukan la korang kena rasuk ke hape... -____- tapi... tapai tu nanti bukan setakat rasa masam.. lunyai... tapi turut bertukar jadik kaler merah!! betol weh... itu la yang jadik kat hasil tapai buatan spupu aku yang tengah haid masa buat tapai tu. ngeee.... memang kena sound la beliau. ekeke. takpe la, pengalaman. tak jadi - tak tahu~~ kan? ^^

anyway... wallahualam~ hehe

dah. tu pantang2 buat tapai. so, korang dalam pantang tak? kalo tak.. meh aku nak ajor buat tapai nasik dan tapai puluit.




Tapai Nasi

bahan-bahan: 2 pot beras, setengah bijik (1/2) ragi

cara buat:
- tanak (masak) nasik macam biasa. bila dah masak, tunggu sejuk, lepas tu tuang dalam talam (dulang).
- parut ragi sebijik tu. tabur/serak/ayak atas nasik. bagi sekata tau, biar semua kena. kang tak menjadi lak...
- gaul bagi serata. tutup bekas. biar dalam sehari dua.
- agak2 dah berair tu, boleh la simpan dalam peti ais~

*better guna beras biasa je, tau. jangan la guna beras brasmathi ke, berang perang ke.. tau la kaya, tapi.. hehe*



Tapai Pulut

bahan-bahan: sekilo pulut, setengah bijik (1/2) ragi, daun pisang/keladi/getah

cara buat: lebeh kurang je dengan tapai nasik~
- basuh pulut, then masak macam masak nasik jugak. kalau takut pulut lembik, sukat elok2. satu cedok pulut sama dengan satu cedok air. lebeyh kurang la.. janji tak banyak sangat lebih airnya.
- bila dah masak, tunggu pulut sejuk. lepas tu tuang pulut atas talam or dalam bekas. ratakan.
- ayakkan/tabur ragi (yang dah diparut jadi serbuk) bagi serata atas pulut. lepas tu, terbalikkan pulut tu (upside down), dan ayakkan lagi ragi bagi kena kat bahagian yang belom kena.
- kompemkan semua bahagian pulut kena ragi, lepas tu bungkus dengan daun pisang or keladi or getah. peram lebih kurang dua hari. tiga pon okay~ ^^

amacam? senang kan? haa.. tinggal rajin tka rajin je. hehehe.

oh ya. kat sini aku nak ingatkan... tapai ni .. panas. berbisa. jadi bagi yang tak biasa makan tu... maybe penin2 sket la jadinya. bukan mabuk tau! penin je. sebab panas.

kalo korang tengah period... elakkan makan tapai. nanti darah banyak turun. maksudnya.. lebih banyak dari biasa. dan mungkin akan lambat habis jugak.

paling penting! JANGAN MAKAN TAPAI SEKIRANYA ANDA MENGANDUNG. tak kira la berapa bulan pon. especially yang baru2 lekat ke, 3-4 bulan ke.. wuuu... please darling please.. jangan la mengidam tapai... mudarat nanti. ok? ini pesanan ikhlas.


Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Happy 87th Birthday, Tun Dr Mahathir


saya tidak tahu tentang anda
tapi bagi saya..

beliau

Tun Dr Mahathir Mohamad

adalah insan yang amat saya kagumi
insan yang sangat saya hormati

insan 

yang saya sayangi




Hari ini, 10 Julai 2012

merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau. Justeru, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan


Selamat ulangtahun kelahiran

tanjoubi omedetou
happy birthday

Sanah Helwah


yang ke 87

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Semoga Tun diberi kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, dikurniakan keberkatan, dan rezeki yang berpanjangan. Semoga Tun dan keluarga dianugerahkan kebahagiaan dalam keredhaanNya, insyaAllah.


Dr M


sayang Tun.

=)

Monday, July 9, 2012

Perginya Seorang Budayawan - Mak Ungku Azah Aziz

negara merasa kehilangan tatkala Azah Aziz, seorang pejuang budaya dan bangsa, telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya, pada hari ini; Isnin 9 Julai 2012, bersamaan 19 Syaaban 1433 H.

beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat strok, kira-kira jam 10 pagi tadi. jenazah beliau dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar untuk disolatkan, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun.



Mak Ungku, (Azah Aziz) atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff merupakan isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Halim, juga bonda kepada Gabenor Bank Negara; Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, merupakan seorang yang tersohor sebagai pendokong seni dan budaya, terutamanya warisan bangsa Melayu.

sepanjang hidupnya, beliau amat menitikberatkan keterpeliharaan warisan busana dan berpakaian dalam budaya Melayu khususnya, sehinggakan beliau menulis buku "Rupa & Gaya; Busana Melayu" demi menterjemahkan ketelitian dan kehalusan seni yang amat disanjungnya itu.




Mak Ungku amat menekankan keperincian dan ketertiban yang tepat dalam mengenakan busana Melayu, terutamanya dalam penggayaan baju kurung.

Allahyarhamah juga gemar mengumpul kain dan fabrik yang menjadi simbol kehalusan dan keindahan bangsa , sehinggakan beliau mempunyai koleksi fabrik yang dikatakan antara yang terbaik yang pernah diperolehi daripada Alam Melayu.


Semoga kepergian Mak Ungku diiringi doa dan amal beliau diterima. sama-samalah kita berdoa buat allahyarham; semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dikasihiNya.

Al-Fatihah

Thursday, July 5, 2012

Kepingin dan Kempunan

Assalamualaikum!

konbanwa~ genki ka? saa.. chotto shibaraku desu ne. ^^ e? nani? aitai katta? arara... aitai mo, minna. un! hontou ni. =D



korang pernah tengok/baca cerita Batu Belah Batu Bertangkup tak? ala... yang cerita majok2, lari2 masuk gua tuu... ha. ingat kan? yang pasti korang mesti tau pasal Pekan si anak durhaka yang mensababkan ibundanya meroyan lantas menyertai acara balapan 5000 meter berhalangan versi hutan tu.

tak tau? apakah generasi Y sungguh korang nih. hahaha

meh aku ringkaskan (ringkas...~.~) si ibu a.k.a makcik Tanjung ni hidop miskin dengan anak2nya, Melur si kakak, dan Pekan si adik - selepas kematian ketua keluarga, enche Kantan. dek kerana kesempitan hidup, maka mereka pun adanya jua berkais pagi makan pagi, kais petang makan malam... 

si pekan ini degilnya amatlah ketegaq. mahu sahaja di-smackdown-nya oleh si Melur. nak jadi cerita... satu hari auntie Tanjung balek dari mencari rejeki di hutan. ke sungai.. sungai tepi hutan. ye lah tu! ok, lepas tu, beliau bawak balek ikan tembakul (ada yang sebut temakul. and setahu aku, ikan tembakul ni ... ikan belacak. ~.~) dalam perot ikan tu ada telur! so the mother pesan

"O my children. Hath seen you the golden delicacies of the river monster. What matter the most - I feed ye children all but the eggs. For you hath some love, and for love I shall share."

mengerti dengan kata2 the Queen, Melur pon masak la lauk ikan tembakul - skali dengan telur ikan tu la. masa puan Tanjung pegi mandi, makanan dah sedia terhidang ala2 siri Masterchef. Melur ni kakak yang baek, so dia suapkan Pekan makan dulu sebab budak tu tinggal sikit lagi nak kena siku laju2 sebab mengamuk nak makan sangat2 dah. Melur bagi la lauk telur ikan tu kat Pekan, dan simpan sebahagian lagi untuk The Mother.

tapi.. si Pekan yang bagai dirasuk jin lapaq tu teros mem-begging kakaknya yang cun untuk makan lauk telur ikan lagi. last2, dia ikut pepatah melayu - ku pujuk2 tak dapat, ku curik, makan. alhamdulillah~


clichenye, time tu jugak la The Mother lapaq ketaq2 lutuit bak aaanng... so auntie Tanjung pon pegi la nak join dinner dengan anak2 kesayangans. sekali bukak tudung saji... nah haaaiihh.. hapa pon tarak! The Mother tanya le daughter, mana lauk telur ikan tembakul?? gua pesan apa tadi!??

dengan rasa penuh takut dan kecut perotnya (bukan sebab PMS) ... Melur bagitau the truth... 

APA!?? jeng jeng jeng jeeeennngg!!! *sound efek kilat berdentum di langit*

the Bonda memang RAAAAAAAAAAAAGE habes ah! kalo ikotkan hati, makcik Tanjung nak je stone-cold-stunner-kan si Pekan tu. pastuh chokeslam si Melur pulak sebab tak bleh harap! so the best option, lari jejaoh - merajok tahap dewa tanah.

so di tengah kepekatan malam tu jugaklah.. satu keluarga anak-beranak ni berlari berkejaran di dalam hutan. time2 tu la nak hujan lebat, nak ribut petir, nak angin kencang... lol. aku pendekkan cerita, the mother tu pelari pecut Srivijaya atau Temasek, gamaknya - beliau sampai ke Stone Split Stone Bertangkup (haram aku tak reti translate..~.~). dalam keadaan murka... beliau pon berkata..

"O Stone Split Stone Bertangkup, swallow me, chew me. i am as tasty as those value meals at McD"

terjemahan; Batu belah batu bertangkup, telanlah aku..luluh lah aku. aku kempunan telur tembakul~~


haaaa!! nampak? nampak?? situ la point aku cerita nokharoomm panjang nak arwah nih. nak cakap pasal kempunan tu je. hahahahaha


so tu baru mukadimah. ni nak masuk isi cerita. =p


selalu aku dengor kengkawan aku guna perkataan kempunan bila tak dapat sesuatu yang dorang nak. especially makanan la. hm.. kalo ikot konsep.. memang la. once kau dah kompem tak dapat, memang dipanggil kempunan la. 

taaaaappii... aku pantang sket dengan penggunaan kempunan nih. sebab? sebab bagi aku.. kempunan ni membawa satu konotasi negatif. seolah-olah macam tak kan dapat sampai sudah benda tu. tengok la citer Stone Split bla bla bla tu. kempunan2...teros kena telan. kompem mati la kot kalo dah kne penyek dengan batu besor ghomah cenggitu. heee

jadi, kat sini aku mohon perhatian korang sekalian. kalu buleh elakkan la gunakan perkataan kempunan tu. sebab... it doesn't sound good la dear. serius. abeh tu nak cakap apa? haaa.. gunalah polident! ok tak lawak.

gunalah 'kepingin'! kepingin ni bukan sejenis cornflakes mahupun bijirin sarapan ye. walopon dia bunyi dekat2 dengan emping jagung... tapi.. no. bukan. kepingin ni adalah kata lain bagi teringin - tapi lebih dalam maksud dia. kalo teringin tu ... macam.. nak something, tapi kalo tak dapat, takpe lah. ok je. tapi kalo kepingin... korang naaaaaaakk sesangat sangat lah something tuuu.. tak dapat is not an option. get it? hee

so.. bila korang dah cuba dapatkan apa yang korang nak tu.. tapi tak dapat jugak, maka boleh lah mengeluh kat kawan2 korang  yang tak ramai tu, yang berapa kerat je kisah pasal riwayat hidop korang.. camni.. 


"sedihnye... aku kepingin nak makan satey rusa putih macam dalam cerita Snow White and the Huntsman tu.."


so, it sounds better daripada kempunan. tampak masih ada sinar harapan di hujung terowong yang gelap. ^^

but wait... itu macam bunyi mengidam je??

=O

aku cerita bab mengidam di entri yang laen haaa.. ^^


erm.. sambil2 korang sesenyum ke, gelak2 ke... meh pikir satu-dua soalan nih;

1. apakah wajar tindakan auntie Tanjung yang sudah tua memalukan anak2nya yang muda belia dengan meninggalkan mereka jauh bertiang-tiang di belakang sepanjang larian berhalangan itu?

2. adakah Pekan sudah cukup umur mumayyiz untuk dipersalahkan atas kebengapannya mendegilkan diri dan menghabiskan lauk fevret The Mother?

3. wajarkah seorang ibu merajok sampai membunuh diri? dan paling penting... wajar ke bunuh diri? camne nak kire tu... moral cerita ni - jangan jadi anak durhaka. tapi bunuh diri tu.. acaner? 


thanks sebab sudi buang masa kat sini! hahahaha xD