Monday, December 31, 2012

Berubahlah Wahai Rakyat Malaysia


assalamualaikum. salam sejahtera. salam hujung tahun. sehat? dah pernah makan sate willy? kalo belom.. awak... em em.. =p



esok dah tahun depan. hahaha. apa aku cakap ni. em... maksud aku, esok dah tahun baru. haa.. ikot kalendar Gregorian la. kalo kalendar hijrah dah tahun 1434 dah pun. tunggu sikit masa je lagi jadi 1435. hehe.

sempena tahun baru nak masuk ni... ikot2kan aku nak buat imbasan 2012. chewah... yelah, all the big events and happenings yang jadik sepanjang 2012. tapi.. malas lah. cliche sangat. takde kelainan. luls. jadi, i'm sticking with my hope for a change for the upcoming 2013.

dah macam presiden Obama pulak, nak change2 bagai. dah kalau sebut tukar, kang orang ingat nak tukar pemerintah pulak. maklumlah, kan sekarang bahang2 pilihanraya umum 13 dah mula terasa. nooo... aku bukan nak sembang politik kat sini. in fact, aku tak suka pon sembang politik. serabut kepala. ngap ngap..

jadi, apa yang aku maksudkan dengan tukar tu? aa... aku nak fokus kat sikap kita sebagai rakyat Malaysia. benda2 yang kita buat, dah jadi tabiat... tapi benda2 tu perkara yang tak berapa betol. tak berapa elok. so, kena tukar. hijrah! ke arah yang lebih baek. ^^ for your information, aku nak sembang pasal sikap kebanyakkan daripada kita yang aku perati dan kaji.

apa antara perkara yang kita kena ubah tu? meh sini nak sembang sosiologi dan antropologi sikit.


- awak alien -

ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. especially kat restoran makanan segera. pegi la mana-mana fast food kat Malaysia ni.. korang mesti boleh witness apa yang aku cakap. yeah... sikap ambil mudah masyarakat kita.

korang beli hidangan tu, kompem2 dengan bekas minuman, pembalut makanan semua bagai kan? unless korang memang makan skali la wrapper burger or sandwich tu. hee... then, lepas habis makan, korang buat apa? haa... ni point dia. kebanyakkan dalam kalangan kita.. lepas habis makan, kita tinggal je sisa makanan and everything tu kat atas meja, atas tray hidangan tu. be it cup minuman ke, piring sos ke, pembalut burger ke... even sisa makanan yang tak abes pon - kita longgok biar je atas meja tu. - which is so wrong!!


elok sangat la camni kan...

mungkin kita akan fikir "takpelah, dorang ada pekerja tukang kemas meja ni." ye betol, memang tiap2 restoran ada orang yang kemas tempat makan. taapii... boleh tak kalo kita ubah sket? instead kita biar je sisa makanan tu atas meja, jadi perhiasan sementara orang nak datang kemas... why not kita yang kemaskan sume2 tu, then buang dalam tong sampah yang disediakan?

bukan susah pon. compress je everything kat atas tray tu, then tuang je dalam tong sampah. paling2 tidak, korang bawak tray dengan sisa2 tu, letak atas rak dekat tong sampah tu. tah-daaahh! meja dah kemas. see? senang kan? haaa... baru nampak sense of responsibility dan kendiri kat situ. dah la tu, kita boleh dapat pahala lagi - sebab tolong orang. siyes win-win. =)

but the thing is... masyarakat kita ni tak boleh tengok orang buat benda yang diluar kebiasaan sikit. mesti nak pandang slack. grrr... aku cukup pantang ni. pernah, ada kat satu fast food ni... lepas makan kat situ aku kemas meja macam aku selalu buat. angkat tray dan buang sampah ke dalam tong. then aku noticed... orang2 yang ada kat restoran tu.. sume pakat tengok aku. jeling kat aku. peergghh... aku buat salah apa oi?? kemas tempat makan sendiri je kot. tengok aku macam aku ni penjenayah lak. mcm alien. problem? ~.~

ni la masalah orang kita. dah la tak biasa buat camtu, pastu tak supportive plak bila orang lain buat. haih... aku harap sangat, kita masing2 boleh jadi lebih bertanggungjawab, dan orang sekeliling pun turut support. kalau korang tak biasa buat sebelum2 ni... why not start now? change for good! ok? ^^


- memang escalator tu buat untuk awak je - 

kalo pegi mana2 shopping mall kat malaysia... wajib ah korang nampak situasi yang aku tak gemor ni. em em... amende? aa... sikap suka block jalan orang. -.-

wahai rakyat malaysia, ketahuilah... escalator tu dicipta memang lebarnya untuk seluas dua orang lalu dan berselisih tanpa terjadinya perselisihan faham. eh kejap, tau tak escalator tu apa? tu... tangga automatik tuu.. haha. taaapiii... ramai dalam kalangan kita yang buat escalator tu macam abah dia yang belikan khas untuk dia guna kat mall tu.


escalator etiquette . sumber

peraturan/etika menggunakan escalator ni simple je. kita naik escalator tu, kita duduk berdiri paling kiri tangga tu. unless kalau korang nak berjalan, then jalan la panjat/turun tangga tu. takyah berdiri bak tugu negara kat atas situ. simple kan? jadi kenapa kena space-kan sebelah kanan? sebab... tak semua orang yang guna escalator tu nak ikot bontot kita... ada yang nak berjalan naik/turun, ada yang nak rushing... so kalau awak selaku bbnu dengan girlfriend awak nak sweet2 pegang tangan berdiri sebelah2 kat atas tangga kekonon walking down the isle - sedangkan ada orang kat belakang tengah rushing nak naik/turun escalator tu nak pegi somewhere for something very important... tak ke awak dan girlfriend awak dah mencabuli hak dia sebagai pengguna escalator yang berhak guna laluan sebelah kanan tangga tu?

as for parents, same thing goes to you. betul... aku tak nafikan. lebih selamat kalau anak2 kecik tu ada kat sebelah korang. memang nak kena pegang tangan pun. keselamatan tu penting. but why not instead of putting your kids beside you (on the right lane), you place them one step ahead of you? in front of you. still boleh pegang tangan anak tu kan? still dalam pengawasan kita kan? cer bayangkan... kalo kat tepi, tetiba budak tu nak jatuh ke belakang. camne? kan susah nak bertindak. kalau budak tu ada kat depan, kita ada full coverage dari belakang. dan plus point kat situ, orang yang nak guna laluan kanan escalator tu tak menyumpah dalam hati cakap kita tak pandai didik anak. haa... lentur buluh biar dari rebung cik abang oi. ok?


- parking lot tu pun buat untuk awak je -

ni perangai orang yang selfish. pergilah tesco ke, giant ke, carrefour, mydin ke... mesti ada hal ni. yeap... sikap suka tinggal trolley kat spot parking like a boss.

aku muak tau dengan perangai camtu. betul, trolley tu memang korang bawak sampai ke tempat korang parking keta. mudah nak angkut barang banyak2. punggah je kat kereta. tapii... lepas dah punggah load tu masuk keta, pegi la letak troli tu kat tempat diaa... noo, you don't have to push the trolley back into the mall/hypermarket... letak je kat tempat troli yang dorang sediakan kat area parking lot tu. mesti ada punyaaa... jangan tipu la kata takde.


kenapa kita takleh ada budaya ni?

ok la... kalo nak bagi alasan jauh daripada tempat korang parking, aku boleh terima kalau korang letak kat tepi2 tiang besor2 tu. tempat yang memang bukan untuk orang masuk parking. tapi... jangan laaa tinggal kat dalam lot parking tuuu.... lepas punggah2 barang, then masuk kereta.. blah. trolley dok terkebil-kebil kat spot tu. lepas tu bila ada orang len nak masuk parking, dah serabut kena turun keta, ubah troli tu dulu, baru masuk parking. tak ke tu dah nyusahkan orang? em.. kita tak kena lagi camtu, boleh la pandang remeh.. cakap ada pekerja yang uruskan lah, muat lah.. bla bla bla... skali kena kat kita? mau menyumpah maki orang yang buat camtu. haa... camtu gak la orang maki sumpah kita kalo kita buat seumpamanya. em em~

jadi tolong lah... ada sikit rasa tanggungjawab tu. pegi la letak troli kat tempat sepatutnya. kita senangkan keje orang, kita dapat pahala. serius. buat biar ikhlas la. ok? jangan sebab korang bawak tunang shopping barang umah, barang nak kawen, so nak tunjuk konon baik - korang buat camtu. blerrgghh... hipokrit. no good, no good. yeah sila terasa ye korang. muahahaha


- signal tu kena beli asing ke camne? -

memang kereta2 sekarang tak dilengkapi signal ek? kena beli asing? ke korang tak biasa pakai signal kat keta/moto.. sebab terbiasa dengan cara pusing2 tangan - ala2 pengajaran sekolah memandu masa ambik lesen tu? Zzz...

please la wahai rakyat Malaysia yang sayangkan kereta lebih daripada sayangkan nyawa ... awak rasa nak eksiden awak boleh pegi langgar tiang letrek tiang telekom tu sorang2. rasa nak kemek kereta boleh ketuk sendiri je keta tu dengan hammer, dengan ketul batu bagai. tapi.. jangan la gadaikan nyawa orang lain. jangan la susahkan orang lain. nak masuk simpang tak bagi signal tu satu pertaruhan nyawa, tahu?

aku cukup pantang dengan sepisis manusia yang tak bagi signal kalau/bila nak membelok. tak kesah la belok ke, tukar lane ke... bagi la signal yang betul! kalo takde signal or salah signal, buleh eksiden tau tak?

cer bayangkan. tengah sedap2 speeding 110 kat highway... tetibe ada keta kat lorong sebelah nak masuk lorong kita. mengejut je dia tukor lane. signal tak bagi. jarak antara kita dengan dia pun bleh tahan dekat. tak ke mengundang caci maki camtu? caci maki takpe lagi.. kalo berlanggor acaner? haa... then paling selalu aku nampak, bila kereta dengan moto dalam satu situasi. keta tu nak belok kiri, amik exit simpang. then ada moto kat belakang-kiri kereta tu. moto tu nak terus, tapi keta tu nak belok - dan keta tak bagi signal. kedebumm... moto tu bantai keta sebab tak sempat alert. yang bawak keta steady, yang bawak moto.. mati. apo nak kato? menyosal kau jang... yang spesis bagi isyarat last minute pon sama la... melingkup buleh. haih~


belok tak bagi signal.. -____- (sori lukis tak lawa~)


dan jugak.. kalau tak eksiden pon, kita dah susahkan orang. ada keta tu di jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat tapi kat simpang depan tu dia nak belok kiri. kita kat simpang tu pon nak belok masuk simpang yang sama. punya laa tunggu tengok signal dia. tak bagi signal pun. nak teros kot gamaknya. kita pon tunggu la dia lepas simpang. tengok2... dia belok masuk susur keluar. grrr... kalo dia bagi isyarat nak belok tadi, takde la kita rasa tertunggu tunggu, tertampi tampi tertipah tertipu kat situ kan?? kalo aku memang aku wind down tingkap, then jerit kuat2.. "Oi!! beli keta mahal2 mampu, tapi signal tak mampu pasang ke!??"

jadi aku harap sangat... kita masing2 beringat dan saling memperingatkan. betul benda nak jadi kita takleh kata apa. dah tertulis. tapi sekurang-kurangnya, kita cuba nak elak kejadian tak diingini. Tuhan tu Maha Adil. kalau kita senangkan orang, nanti Dia bagi kita senang pulak. insyaAllah =)


- aku jual nasik lemak, kau jual benda lain boleh tak? -

ni perangai manusia bernama melayu. melayu laaa yang paling hebat dalam bab2 'bersaing' ni. konon nya la...

bukan nak kutuk bangsa sendiri. tapi ni lah hakikat. makcik Jenab bukak gerai jual kuih muih, nasik lemak kat tepi jalan. baru dua-tiga hari dapat customer... tup tup ada satu gerai naik betul2 dekat dengan gerai makcik tu. nah.. jual nasik lemak jugak. kuih muih jugak. perghh... ni kes bersaing sehat ke, takleh tengok orang senang ni?

bukan tak boleh awak nak jual nasik lemak ke, produk yang sama ke... buleh sangat yang oii... tapi, boleh tak awak bukak gerai awak tu kat tempat laen? at least jaoh sikit la daripada lokasi gerai yang dah naik sebelum awak tu. dan kalau nak buat sebelah-sebelah pon takde masalah - tapi jual la something else. dah makcik jenab jual kuih, makcik esah jual la cucur udang ke, pasembur ke, roti jala ke... baru la betul! ini tak... orang jual kuih, dia pon nak jual kuih. orang jual nasik lemak, dia pon jual nasik lemak. orang jual roti canai, dia pon nak sama jugak. bila orang laen untung lebih... disantaunya kawan tu sampai saket, sampai rugi, silap2 sampai mati. bleergghh.... busuk ati perot betol la ko nih. ati perot busuk camtu, bagi dubuk kat afrika makan pon dorang tak lalu, tahu?

ni memang genetik masyarakat malaysia, terutamanya melayu. maaf cakap, aku benci sikap sesetengah orang yang hanya pikir pasal diri dia je, tak pedulik hal dan hak orang lain. aku harap sangat2... kita boleh buang perangai dengki dengki ni, perangai pantang tengok orang senang ni.. kita tukar bagi jadi baik. saling tolong, saling hormat. tak kesah aa ko melayu ke, melanau ke, cina iban india serani majusi bidayuh bugis singh bla bla bla dan lain-lain ke... dok kat Malaysia, buat cara beradab. malu kat orang luar tengok kita perangai kita huduh camtu ooiii...

*****

ha.. hambik kau. berjela aku membebel. ekeke. kalo ikotkan, banyak je lagi yang aku nak ngomel kat sini. tapi takpelah. maybe di laen entri. cuma aku harap, ada benda yang aku kongsi kat sini - buleh jadi panduan or at least ingatan yang baek buat kita. yang elok, ambik. yang buruk..tinggal. keep it short n simple. haha


anyway!

thanks for reading. time kaseh baca post ni. dan terima kaseh jugak buat korang yang sudi baca segala dan/atau mana-mana tulisan aku kat sini, yang sudi share, yang sudi komen... semua lah! thanks sangat2. thank you!

sempena akhir tahun ni.. dan nak masuk tahun baru 2013... aku ucapkan, selamat tahun baru kat korang semua~ ^^ happy new year... moga2 tahun mendatang ni bawak lebih kebaikan kat kita semua bersama, insyaAllah.

jadi, aku mintak ampun, mintak maaf.. atas salah silap aku kat korang, or kat sesape je.. especially sepanjang aku run belog ni, selama aku menulis kat sini. maaf sebab guna bahasa kasaq, maaf sebab isu dan isi blog tak best, maaf dah bazir masa korang kat sini, maaf tak dapat buat entri ikot permintaan korang... semua2 lah jugak! ehe... sorry ye. kalau ada salah silap tak betul kat mana2 tu... tegur lah aku ye. correct me. moga aku boleh perbaiki mana yang patut. aku mohon korang terus support aku untuk teros menulis dan kongsi cerita kat sini, mudah2an.

terima kasih tak terhingga buat semua! terima kaseh untuk segalanya. i don't have fans, but i have YOU and all as friends, and YOUR support is all i need. thank YOU!! ^^

Goodbye 2012. Irasshaimase, 2013!!!

Saturday, December 29, 2012

Cari CREATIFAT Untuk Fotografi dan Design Cun-Melecun!


serius aku cakap... kalo pasal seni reka, design2 ni... aku memang cerewet. bukan la nak kata aku ni berseni sangat. tapi... taste aku kekadang pelik. hihi... 

susah sket aku nak berpuashati dengan something yang bernaung di bawah nama 'art' ni. tambah2 pulak kalo benda tu untuk tatapan aku kan. haa... memang banyak songeh la jawabnya. kalo bab fotografi, laaagii aku renyah. tapi, ye la.. lain orang lain view-nye, ye tak? hehe

tapi ada satu company ni, dorang punye keje banyak cun woo! memang aku suka. sebab memang cantik, elok, molek. paling penting - kreatif. haa.. sebab tu la nama dorang pon sesuai sangat! - Creatifat!




aku tahu pasal Creatifat ni masa kat #TwtUpKami kat Stadium Bukit Jalil. dorang bukak booth kat situ, then dorang buat contest twitpic gambor paling kreatip dengan stiker Creatifat. nak jadi cerita, aku join contest tu, dan alhamdulillah aku jadi salah sorang pemenangnya. whee!! RM100 free free je dorang bagi adiah. thanks Creatifat! ^^

kat booth dorang, aku sempat la tengok hasil kerja dorang. gambar2 yang dorang shoot, design yang dorang buat untuk business card, banner, kad kahwin... macam2 lagi lah. design T-shirt pon ada beb. memang A+ punya kerja. 

tak jelas pasal Creatifat? ini drpd laman facebook rasmi dorang.


Creatifat

 
About
"Emulating the entrepreneurial efficiency and effectiveness of a well-established company with the decisive and creative authority of masters at play."
"Creatifat Media is a company that has expertise in the field of design, advertising, printing, and others."

dan antara perkhidmatan yang dorang sediakan;


DESIGN & PRINTING
- BUSINESS CARD
- BUNTING
- BANNER
- MENU
- CUSTOM ALBUM / PHOTO BOOK 
- BROCHURE
- LETTERHEAD
- FLYER
- KAD KAHWIN
- TSHIRT

OTHERS 
- PHOTOGRAPHY
- VIDEOGRAPHY
- PHOTO FRAME 

ni antara hasil kerja dorang.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/71711_404611369619182_673413509_n.jpg 


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/376531_335017349911918_967173553_n.jpg

cun kan? haaa. and, bagi korang yang nak kawen tu, nak kendurik tu.. taon depan.. haaa, ni ada promo baek untuk korang. ^^




nak tau lebih lanjut, boleh pegi ke page facebook dorang kat SINI . or boleh contact dorang via emel; creatifat@gmail.com . or, boleh call terus je - 016 632 1259 .

mesti korang pon reuja tengok gambor tu kan? tu belom tengok video yang dorang buat dgn kolaborasi bersama Hitz.fm tu. haaa.. apa lagi! ushaa la Creatifat sekarang! ^^


Thursday, December 27, 2012

Makan Belut Anda Jadi Sihat Dan Kuat!

bebaru ni aku gi pasar tani... then aku terpandang la something yang aku cukup gemor. sejenis makhluk yang buleh di-omnomnom...

belut!!

belut/unagi

yeah~~ belut. nama saintifik dia, Anguilliformes (wikipedia). amboih dah macan transformers dah aku tengok. ekeke. haaa... serius weh. aku cukup suka belut. no bukan suka bela buat haiwan peliharaan. tapi suka makan! sedap oooo...

ramai yang tak suka makan belut. ada yang sampai takleh dengor nama... dah geli geleman, ketor2 badan. paling biasa - orang kaitkan belut dengan ular. adeii... memang la badan dia panjang, licin.. macam ular. tapi belut tu sepisis ikan la awaknye~ haha. tapi tak tau la kan kot2 aku salah... mohon betulkan ye. =)

meh aku nak cerita perihal belut dan zaman kekanak aku.


kecik2 dulu, aku suka tangkap belut. buat apa? haa.. dulu aku rajin tangkap belut untuk dijual. selalunya memang aku jual la, sebab harga belut mahal. masa tu sekilo belut.. dapat dekat2 sepuloh hengget jugak la. kekadang lebih - tengok permintaan/pasaran. tapi ada jugak belut yang aku simpan untuk bela, dan untuk makan. omnomnom...

nak tangkap belut ni tak la sesenang yang disangka. tapi kalu dah biasa tu, memang tak jadi hal lah nak cari pot baek nak culik belut ni. hehe.. belut buat sarang dalam tanah lembap. senang cakap, berselut dan berair la. kalo kat bendang (sawah) tu, kat batas2 tanah parit gila tu memang kawasan belut buat sarang. ataupun lubang2 kat dinding2 parit. tapi tu kena tunggu musim air surut atau kemarau la, baru leh nampak. nak senang keja, aku lebih suka cari belut kat bendang.

ada dua cara kami guna nak tangkap belut. satu, guna 'bubu'. bubu ni ada dua jenis. satu bubu ikan (yang buluh tu) , satu lagi bubu gelung. normally kami guna gelung PVC tu je nak tahan bubu belut ni. gelung tu panjang tau. kat satu hujung kena letak serkup bubu, untuk belut masuk. opkos, letak umpan la jugak nak tarik perhatian dan selera dia. the other end, tutup dengan jaring pukat atau plastik guni baja.. supaya dia tak buleh keluaq dah bila terperangkap dalam bubu tu. bubu belut ni kita tahan je dekat lubang belut tu. nanti2 dia lapaq, dia keluaq cari makan... bila dia terbau umpan dalam bubu tu, dia masuk la. tahan sebelum maghrib, sok pagi nanti pegi tengok. wheee!! kenapa? sebab belut aktif waktu malam. siang2 dia banyak tido je.. unless kena kacau dengan budak2 cari belut macam aku. ekeke~
bubu belut verci paip PVC

satu lagi cara, ialah dengan mengai belut. oh korang tak faham 'mengai' tu apa? mengail/memancing. biasa la, bahasa utara. hehe. ha! mengai belut paling best. kami guna buluh pendek untuk buat taut (batang pancing). kenapa pendek? sebab takleh la guna yang panjang2 macam joran pancing ikan tuu... hehe. nak pancing belut ni kena ada teknik. kena pandai tengok yang mana lubang belut. macam mana nak tau? haa... kena teliti tengok lubang yang kita aim berpotensi sebagai lubang belut tu - ada pergerakan air kelur masuk, naik turun tak. kalo ada, bleh try mengai kat situ. sangkut umpan isi ikan sepat or siput bendang (kalo kaya bleh guna udang) kat mata kail, then provoke belut tu betul2 depan lubang/sarang dia. untung2 nasib, dia sambar!! tarik masuk sarang... then kena pandai lawan tarik la pulak dengan dia. ini yang lejen!! hahaha. syok beb!!! tapi kalo tak pandai, silap2 leh terlepas belut daripada mata kail. nyesal woooo~~

mengail belut


seronok tangkap belut ni. tapi... tu la. banyak gak la risikonya. satu, kena marah dengan tuan punya bendang. dah kitorang randuk anak semai sawah orang, memang la kena sound kan. hikhik. maap wak seman pekak. kami tau wan seman pekak, tapi lupa plak wan seman tak buta - bleh tengok kami melingkup padi wak seman. hihi... then..paling bahaya sekali... bila salah lubang. selain belut, ada menatang lain jugak yang buat lubang kat tanah macam tu. biawak? ha'ah.. itu pon ada. tapi takpe lagi... kena2 lubang ular?? huhu...

pengalaman aku la.. pernah gak terpancing ulor ni. luls... mula2 aku jumpak lubang tu kat dinding parit gila. tapi lubang tu tinggi sikit tau - tak masuk air pun. aku agak2 taknak la try, sebab tak sedap hati. tapi... memandangkan time tu aku takde rezeki lagi setelah seharian mengai belut... aku pon up for the challenge la! letak la umpan kat kail.. sebabkan lubang tu kering, aku sua la umpan masuk dalam lubang tu. acah2.. acah.. tup!! sambar!! aku hepi gila2. finally!! hahaha. tapi aku rasa dia punya strunggle lain tau... hm.. lantak lah, belut muda kot. sekali aku rentap keluar.... homaaaaaaiii!!! ular tedung woooooiiii!!! noharom panjang kan main!! punya la takut, aku baling kail aku tu ke langit tinggi2. dengan ular tu melayang sekali. masa dia dok terbang tu, aku lari. hahahaha. tak kuasa aku nak bukak kail dari mulut ular. gila!

satu lagi pengalaman ngeri dengan belut ni... em em.. aku hampir putus jari kena gigit belut. ekeke...

citernye camni... masa aku darjah 4.. hari tu aku dengan ajib pegi cari belut. kebetulan umpan habis.. tapi ada satu lubang belut yang besor ni. teorinya - lagi besor sarang, lagi besor belutnya. so ada dua lubang... kitorang tengok memang air bergerak naik turun. acah2 berani, ajib ready kat satu lubang tu dengan guni plastik. aku pulak bajet lubang yang kat seblah aku ni, lubang masuk dia. so aku pon seluk la tangan dalam tu. pam air - paksa belut keluar ikot lubang kat ajib tu... sekali... ngap!! aku rasa pedih nak mampos!! aaarrgghh!!! hujung jari aku kena gigit!!! lelaju aku sentak tangan keluar dari lubang tu. piuuuuu.... belut yang gigit aku tu pon melayang keluar lubang. maknanya masa tu dia masih melekat gigit jari aku la. hohoo.... aku tengok jari aku merah, darah berjurai-jurai keluar. ajib tak buang masa... dia terus selamatkan - belut tu daripada masuk dalam parit semula. besor belutnya, rugi kalo terlepas - katanya. ~.~"

saket oii... jari tengah aku ni terkopak satu ruas.... terkopak keluar isi jari tu. sikit lagi nak putus. tinggal tak putus je... ngehngeh... seminggu gak la jari aku berbalut tak bukak2 - nak bagi isi tu melekat balik. nasib laa cuti sekolah. luls~ alah lepas bukak balutan tu, kitorang pegi cari belut semula. haha. serik? apa tu? ekeke.

ni apa aku melalut cerita pasal belut ni? hohoho


belut / eel / unagi


ok! tadi tu mukadimah je. wahahaha. ni baru masuk isi penting. haaa... belut ni sedap dimakan, tahu? tahu tak?? sape penah makan, mesti tahu. betapa enaknya rasa belut ni. uuuiiihhh... kecur! buat sup.. tapi sup belut kot ramai yang geli la. aku pon tak berapa sangat. hehe. pastu, masak lemak cili api, masak asam pedas.. paling cara, goreng biasa je. kalo rajin, buat belut panggang/salai. pergh!! kena cicah air asam. masyuuukk!!

belut banyak khasiat. meh aku cerita khasiat2 belut.
- belut boleh tolong stabilkan tekanan darah. taktau la camna, tapi belut kaya dengan protein, kalsium, dan zat besi. macam kerang~ 
- belut boleh buat kulit kita tegang dan halus ; especially kulit muka. awet muda gittew~ 
- orang kata makan belut , bantu kuatkan memori. daya ingatan makin tajam. haa.. 
- makan belut boleh bagi cepat proses penyembuhan luka. sebab tu, kalo orang bersalin ke, orang lepas operation ke, or budak2 lepas bersunat ke... digalakkan makan belut. dan ikan haruan. sebab khasiat dia bagi luka cepat baik. see? tere tak orang tua2 dulu2. petua sepanjang zaman oo!! ^^ 
- makan belut leh bantu mereka yang lemah tenaga batin. hempedu belut kot. for both lelaki n pompuan. wallahualam yang ni. 

so.. amacam? teringin tak nak makan belut? try la wei... siyes sedap. dah la berkhasiat lak tu. lagi elok makan belut daripada makan ayam, tahu? orang jepun cukup fanatik dengan masakan berasaskan belut. tengok la dorang, cerdik2. hahaha. taaaaaapii! aku nak pesan. kalo beli belut hidup tu... hati2 la masa nak siang dia ye. licin! sumpah licin. susah gila nak pegang. ~.~ silap2 korang ter-siang tangan sendiri . ergh... mintak simpang...

jom, belut salai jom!

Tuesday, December 18, 2012

Where's Your Common Courtesy?

assalamualaikum. salam sejahtera ke atas kamu. sehat? dah pegi buat pemeriksaan HIV? =)

baru tadi aku tengok ada satu iklan kesedaran nilai-nilai murni drpd Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta FINAS kat tv. iklan selama seminit lebih tu sebenarnya banyak memaparkan hakikat atau realiti kita, rakyat Malaysia.

dalam iklan tu, ada cerita pasal sikap rakyat negara kita yang tak prihatin dengan nilai murni. paling menangkap perhatian aku - part bukak dan tutup pintu.


not holding door for others

ada sorang auntie ni... gayanya agak berusia... tengah usung kendong kotak2 yang banyak. nampak macam berat jugak. she was walking towards the glass door. tetiba, out of nowhere ada seorang wanita, dengan anak perempuan dia yang masih kecik - jalan lelaju, pintas auntie tadi. rushing. the daughter was looking at the old lady dengan mata penuh kasihan dan rasa nak tolong - tapi the mother showed no reaction - not even tengok pon kat auntie tu.

rushing, she dragged her daughter forward. wanita tu tolak pintu kaca tu (walaupun pintu tu tulis "TARIK") dan masuk ke dalam - tanpa menoleh ke belakang. dan dia lepaskan pintu tu...biarkan pintu tertutup sendiri - dan makcik tua yang bawak kotak berat2 dengan dua belah tangan dia tu - was just right behind her while she was pushing the door. pintu tu dibiarkan tertutup just betul2 sebelum auntie tu sempat masuk...

masa tengok iklan tu... i was like... hoii biadapnya awak!! what's wrong with you, lady? where's the love? mana pegi sifat ramah, suka membantu yang kita canang2 serata dunia tu? tak boleh ke tolong bukakkan pintu tu untuk orang lain?? kena bayar ke kalo tolong orang lain yang sedang memerlukan? WHERE IS YOUR COMMON COURTESY?? tudiaa... a'an dah rage! auuumm!! oh before that. untuk makluman, takde unsur2 racism atau bias kat sini, ok? bukan nak kata orang pompuan tak prihatin ke, satu2 bangsa tu tak sensitif ke.. no. the characters are just representing the majority of us Malaysian with no stratification whatsoever.

ah... for your information, aku memang mudah emo kalo tengok iklan. hahaha. menjiwai, bak kata orang seni. ekeke

so...back to the point.

ini baru courtesy! 

susah sangat ke kita nak tolong bukak pintu untuk orang lain ek? aku heran tau... situasi ni sangat jelas kat mana2 ceruk Malaysia pun. secara amnya, inilah situasi yang kita boleh kata.. common. dah jadi budaya. paling senang nak tengok, kat shopping complex, kat bank...kat kedai makan.. mana2lah yang memerlukan kita bukak-tutup pintu. by referring to such act... isn't that what we call selfish?

nampak gaya memang selfish. pentingkan diri sendiri. asal kita dapat masuk, dah la. orang lain yang nak masuk...pandai2 la bukak pintu sendiri. Tuhan bagi dua tangan kan. guna la! amboih... 
atau pun..korang rasa hina bila tolong bukak pintu kat orang lain? rasa macam low class giler kot... rasa macam kuli je, macam pecacai - keje bukak pintu kat orang. macam jaga pintu... macam tu?? 

maaf cakap bagi yang terasa, tapi... bagi aku, takde cacat cela langsung bila kita tolong bukak pintu kat orang lain. alhamdulillah, Tuhan bagi aku kesedaran ni. tiap kali aku pegi bank or mall, or anywhere yg takde pintu sliding otometik tu.... ada beberapa benda yang aku akan pastikan dan buat. meh nak ajar sket.

satu, pastikan arahan pintu tu, samada "PUSH" atau tolak, atau "PULL" atau tarik - daripada arah kita datang. kenapa? no it's not about obeying rules. ini soal prihatin dgn persekitaran. tentu ada sebab kenapa kita kena "pull" pintu dari luar, dan "push" bila berada dalam bangunan menuju keluar.. dan sebaliknya, dan sebagainya. cer bayangkan... dalam bank tu orang beratur sampai dekat nak sampai pintu. then tetiba kita datang lelaju "tolak" pintu tu ke dalam. tak ke dah susahkan orang? logik camtu je dah la. (tapi... kekadang ada orang suka "tarik" jugak walopon pintu tulis "tolak"... kat hujung entri aku cerita...)




kedua, pastikan ada orang atau tak kat belakang kita. lepas kita masuk atau keluar; lepas kita bukak pintu tu... mesti toleh ke belakang, nak tengok kot2 ada orang yang nak keluar masuk pulak. kalau ada, sila hold pintu tu - tolong bukak, sampailah takde orang berdekatan yang nak keluar masuk dah - then only we close the door. normally, kalo ada orang yang nak kuar or masuk, aku akan bagi dia keluar/masuk dulu, then baru aku menyusul... ye la, dah aku yg pegang pintu tu kan... kang aku keluar sesama dgn orang tu.. tak ke tersepit di pintu syurga jadinye? hihi..

pernah, aku hold pintu kat Prangin Mall, Penang sampai 5 minit lebih, sebab ramai orang keluar masuk lepas aku bukak pintu tu. dalam ramai2 yang ucap terima kasih-thank you, ada jugak yang pandang slack tengok aku buat camtu. dan aku sikit pon tak kesah. aku rasa hepi dapat tolong orang dengan cara tu. nampak macam orang bodoh - pegang pintu lama2 camtu? em..biar bodoh - jangan sombong.

ish.. cerita pasal pintu pon aku leh tulis panjang2 sampai camni. adeii... haha. dah2! cut it short, a'an! lulz~

banyak lagi sikap rakyat Malaysia khususnya - yang aku tak berapa berkenan. macam kesah bagi tempat duduk kat orang lain, kesah terjumpak wallet/purse/henpon/barang orang kat tempat awam... berebut naik bas dan tren, kisah fitting baju fitting seluar... macam2 lah. semua tu korang boleh google , dan cari pasal 'rude malaysians'. tapi cukup la aku highlight kisah bukak pintu ni kali ni. nak membebel banyak2 pun, kannye orang nak dengor . =)

apa yang aku harap... kalo korang ter-baca entri ni... dan kalo korang boleh do some thinking, dan give some thought about it... aku dah bersyukur. amalkanlah nilai2 murni dalam hidup kita. tak rugi pun, serius. jadikan ia a good habit. tapi jangan pulak pegi buat baek sebab nak dapat recognition masyarakat. jangan ingat nak amalkan nilai murni sebab nak orang puji. dah tak betul lak tu.... biar kita buat kerana Allah, kerana memang kita nak buat camtu. ikhlas. insyaAllah... ada pulangan baek untuk kita jugak nanti. ^^

dan jangan pulak, kalo ada orang yang tolong bukakkan pintu untuk kita... kita masuk, lalu dan blah selamber jek! ucap la terima kasih, thank you, arigatou the like. bukan susah pun nak hargai orang.. k? please, kalo sebelom ni tak pernah buat... start here and now. you'll be amazed with the positive energy you'll get from doing good deeds.


please and thank you are still the magic words

oh. pasal tarik/tolak pintu tu. ok.


ini ilmu psikologi tau. cer tengok... kalau pintu tu tak tulis arahan push/tolak atau pull/tarik... apa orang yang nak gunakan pintu tu akan buat. dia tarik ke, dia tolak. ..

kita akan buat mana2 satu tu subconsciously - based on our preference n personality. kalo yang prefer tolak/push... orangnya ada sifat kepimpinan, mudah buat keputusan, ego agak tinggi, dan mungkin kurang sensitif. kalo yang prefer tarik/pull ... orangnya mudah bertolak ansur, lebih prihatin, tapi sukar buat keputusan bila keadaan memerlukan, dan mudah ditipu (sebab senang percaya kat orang) . ehe... tapi bukan la semestinya ghope ituuu... manusia kan unik dan berbeza-beza? ^^

wallahualam~~

thank you! terima kasih for reading~ ^^

Thursday, December 13, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Adat Bersanding; Can Or Not?

assalamualaikum. salam sejahtera. salam bahagia. salam kenduri kendara. ^^

cuti sekolah dah nak abes? eh lambat lagi.... ada 3 kali weekends lagi beb. maknanya... ada sekurang-kurangnya 8 kenduri kawen korang kena attend. tu tak termasuk kenduri kawen sendiri. kalo korang pon kawen time2 ni la. hehe

bersanding di pelamin . sumber gambar


ok. bila sebot je pasal bersanding... akan timbul macam2 reaksi daripada pelbagai pihak. yes, aku tau ni topik hot. hahaha. sebab macam2 pendapat ada berkenaan persandingan dalam perkahwinan ni. but 1st! sebelom kita bahas bab tu, meh aku cerita dulu sikit2, amende lah bersanding ni. ok?

eh sebelom tu! andai kata ada info aku yang salah, atau khilaf kat mana2... ya akhi, ya alim ulama, ya ustaz ustazah, tuan2, puan2, adik kakak abang pakcik makcik tokwan toknek semua.. toloooong la tegur. ye? perbetulkanlah yang mana silap. mudah2an kita sama2 dapat berpesan-pesan pada kebenaran. insyaAllah. ameen~ ^^


ok. bersanding ni maksudnya pasangan pengantin (yakni suami isteri) diletakkan side by side kat atas penganjangan (pelamin) demi tatapan mereka yang hadir ke majlis. tujuannya? tujuannya nak elakkan pergadohan. kenapa? ye lah, cer letak bini orang lain dok sebelah kita kat pelamin tu, or laki pompuan lain menempek tepi kita kat atas pelamin... tak ke bertumbok nanti? hahaha. tu bukan tengok orang bersanding. tu dah VIP ticket tengok wrestling! LOL~


merenjis air mawar . sumber gambar

dalam adat bersanding.. kalo ikot yang betol2 adatnye lah kan... ada adat merenjis pulak. kekadang orang panggil menepung tawar. tapi aku lebih suka sebut merenjis. lebih releven. kalo tepung tawar.... seriously takde tepung langsung digunakan dalam adat bersanding ni. bedak ada la, tu pon kat muka pengantin. hahaha. ok2. ada air tepung tawar digunakan, tapi itu doluu2 punya stail. skarang tak pakai air tepung tawar dah. pakai air mawar. leceh tepung2 tawar ni... dah la bau mashemm.. ekeke

merenjis ni pulak adat merenjis air haruman (biasanya air mawar la nowadays) ke arah pengantin, menabur beras kunyit dan bunga rampai ke telapak tangan mempelai. kenapa buat camtu? aaa.. ini yang kita nak ulas. jom2

kalo mengikut banyak pendapat... adat merenjis/menepung tawar ni... adalah adat atau amalan agama Hindu. tujuan mereka adalah untuk menghalau syaitooonn, membuang sial, menyucikan diri daripada badi dan seumpamanya. upacara dibuat dengan melempar/merenjis beras kunyit beserta dengan bacaan atau jampi serapah yakni dengan tujuan seperti yang aku nyatakan tadi lah. mungkin ada benda2 lain yang digunakan, tapi ada sebab aku fokus kat beras kunyit. japgi aku eksplen. hewhew~

aku tak pasti sangat tentang air mawar dan bunga rampai dalam upacara agama Hindu bagi tujuan yang sama. tapi setau aku... kalo dalam adat bersanding kat rumah orang kawen ni, penggunaan bunga rampai dan air mawar untuk merenjis tujuannya nak bagi wangi je. tu je kot. kalo rasa2 kaya sangat, nak ganti dengan perfume DKNY ke, Lacoste ke.. bleh kot. =p

now, apa masalahnya di sini?

haaa... takde masalah pon. nak bersanding, bersandinglah! ada beberapa perkara yang kita kena tengok - yang menjadikan samada majlis bersanding tu boleh, harus dan haram - menurut Islam. ini yang kita kena jaga.


bersanding. ini baru betul menepung tawar. tak merenjis pakai air mawar, tapi pakai air tepung tawar. sumber gambar


pertamanya, tujuan bersanding tu sendiri. kalau tujuan kita duduk atas pelamin tu.. lepas tu tunggu 4-5 orang mai renjis kita dengan beras kunyit bunga rampai air mawar bagai - dengan niat atau hasrat nak naik semangat, nak bersihkan badi, nak buang sial.. nak halau hantu and bad luck bagai... itu HARAM. kalau aku salah, sila betulkan. cuma, pada kajian dan pembacaan aku yang tak seberapa ni... kalo buat dengan tujuan tu - maka berdosalah kita jadinya. wuwuu...

tapi.. andaikata kita nak buat majlis bersanding.. duduk2 atas pelamin tu.. sebab nak ambik gambaq, nak jadikan satu kenangan, nak dukung budaya (selagi tak bercanggah dengan agama) dan paling utama - nak perkenalkan pasangan kita kepada orang ramai... maka banyak pendapat kata - bersanding dibolehkan, malah diharuskan - selagimana tak melanggar hukum syarak. =) betul kita nak perkenalkan isteri/suami kita kat khalayak... tapi kalau kita bermewah-mewah sampai membazir, atau bermegah-megah dengan perhiasan sampai menimbulkan umpatan atau fitnah.. apatah lagi sampaikan aurat terdedah... itu dah salah tu. so, kena hati-hati. ok? ^^

now nak sentuh pasal merenjis sket. ada orang bersanding, tapi tak merenjis. cuma duduk kat atas pelamin, ada dua pengapit dok kipas diri sendiri sebab hangat kipas tak kena kat dorang pengantin, dan orang ambik gambor. tapi ada jugak dalam kalangan kita yang masih buat adat merenjis. seperkara aku nak ingatkan, Islam melarang pembaziran. sebab tu pernah ada orang tanya Ustaz Azhar Idrus tentang hukum menabur beras kat pengantin;




hahaha. hambik. dalam kata lain, perbuatan tu membazir. buat pe nak tabur beras kat pengantin.. kan buleh buat masak. jadi makanan tu... dah lepas tu, sape je nak kutip beras2 tu buat nasik.. takde kan? haa. tu je. jadinya... setakat yang aku dah tanya orang2 yang lebih banyak dan tinggi ilmu agamanya, ustaz ustazah kata.. boleh merenjis air mawar dan bunga rampai - selagi dengan tujuan suka-suka untuk memeriahkan suasana, atau sekadar amik syarat beradat sahaja - bukan dengan niat nak bagi semangat naik seri dan seumpamanya. okeh?

baek. sini aku kongsikan sket daripada apa yang aku baca;


HUKUM BERSANDING 
Soalan :
Apakah hukum bersanding?

Jawapan :
Definisi persandingan : Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pengajangan (pelamin) dengan berhias indah, perpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan ditatap oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

Tujuan : Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya.

Sejarah : ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dlm adat Melayu.
1.      Persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) 
2.      Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Hukum : Bersanding adalah hukum uruf. Uruf menurut jumhur fuqaha' ialah sesuatu norma atau lumrah yang menjadi kebiasaan sesuatu bangsa atau kaum yang dikenali sebagai adat resam yang dipatuhi. Mereka akhirnya menjadikan uruf itu sebagai identiti sesuatu etnik atau kaum itu (Dr Abd Karim Zaidan, al-Qajiz fil usyul);

Ada uruf/adat yang sahih (tidak bercanggah dengan Islam), contohnya barang hantaran selain daripada mas kahwin, kebiasaan orang Melayu tidak melakukan akad jual beli dalam pembelian runcit harian; dan ada uruf yang fasid, iaitu adat resam yang menghalalkan yang haram atau yang membatalkan yang wajib. Misalnya adat berjudi, minum air tapai atau samsu.

Bersanding adalah uruf Melayu; ia boleh menjadi uruf yang sahih (diterima syarak) atau uruf yg fasid (jika mengandungi perkara-perkara yang haram).

Bersanding dihukumkan haram bukan kerana zat (diri) bersanding itu, tetapi kerana adanya unsur-unsur yang diharamkan di dalamnya, seperti aurat perempuan dipertontonkan di khalayak lelaki yang ajnabi, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas syariat, wujudnya beberapa adat khurafat yang tidak diiktiraf oleh Islam dsbnya.

Jika persandingan itu dilakukan jauh daripada perkara di atas, maka ia diharuskan.

Di samping itu, persandingan itu juga hendaklah dibersihkan dari unsur haram yang ketara, antaranya menabur beras kunyit, membaca jampi mentera oleh pawang dan dukun, mengandam dan menghias pengantin bertujuan merubah ciptaan Allah atau berlebih-lebihan secara tabarruj, mengadakan kenduri secara besar-besaran dan membazir serta memilih dalam mengundang tetamu, maskahwin dan hantaran yg memberatkan.

sumber: Ahkam Islami.


pada pendapat aku... berwalimah bermajlis kawen ni.. bior le ikot agama yang utamanya. bak kata @imammudaasyraf, "Memposisikan Perkahwinan Sebagai Ibadah". adat2 ni kita sampingan-kan. kalo rasa nak buat majlis bersanding, buatlah - selagi berada pada landasannya. paham kan? haa.. then kalo agak2 bila buat pelamin,bersanding semua tu... kena keluar belanja lebih... mampu atau tidak tapi kalo ia membebankan - better takyah la kot. em? kesian kat diri sendiri tu sikit... duit ratos2 ribu2 tu buleh buat benda laen lagi... daripada berhabisan kat pelamin, bersanding je.

anyhow, kalo korang buat pelamin tu.. bagos jugak. bleh aku menyendeng amik2 gambor. berangan2 kejap. yelah.. kawen ke tidak aku ni taktau lagi, so tumpang pelamin orang pon jadilah. ekeke. even so, ia sekadar my humble opinion.. sesungguhnya korang yang nak kawen, maka korang lah yang lebeyh mengetahui~ ^^




aku harap ada perkongsian kat sini yang buleh kita sama2 jadikkan panduan. bagi yang dah selamat, tahniah aku ucapkan! bagi yang bakal langsung, tahniah in advance! ekeke.

buleh share kalo sudi! and... jumpak lagi di laen entri!!!

*****


klik sini untuk pautan sebahagian sumber bacaan yang aku buat rujukan:

Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia
Halaqah.net
Fazakkeer

wallahualamm... ^^

Wednesday, December 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Dalam keghairahan kita ingin menjadikan 12-12-12 sebagai hari yang bermakna dan bersejarah, kepergian seseorang yang cukup dikenali dan berjasa bakti cukup untuk membuatkan hari ini dikenang semua.



"Berita yang menyedihkan yang diterima pada malam tadi bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011."

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah


Sumber - Bernama, dan Putra Blog


Kehadiran beliau di kaca TV untuk mengumumkan tarikh melihat anak bulan ramadhan dan syawal, serta mengumumkan ketetapan sambutan hari raya aidilfitri dan aidil adha, cukup dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham, serta mendoakan kesejahteraan beliau di sana - agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihiNya.

Takziah buat keluarga allahyarham serta mereka yang merasa kehilangannya. Al-Fatihah...

Monday, December 10, 2012

Main Pondok-Pondok Jom!!



assalamualaikum! sehat? sonok makan nasik minyak tiap2 sabtu-ahad? hehehe

korang ni... aku taktau la korang generasi X ke, Y ke, Z ke... tapi nak tanya la ni, pernah main pondok-pondok tak? sape penah main pondok-pondok sila angkat tangan kanan!! tangan kiri tutup ketiak tu. ekeke xD


hm hm. macam ramai je yang angkat tangan. bagos. tu tandanya kita sezaman. sezaman kekanak yang girang gemilang! haha. hoip hoip. tapi aku rasa budak2 zaman sekarang ni tande dah kot main pondok-pondok ni. dorang celik mata je dah ngadap tv besor, ngadap astro, ngadap Xbox PS3 etc... manade masa nak main tanah main pasir macam kita doluu2... =)

syok weh, main pondok2 ni. dia takde had umor. selagi kau rasa ko boleh belakon, main peranan... silakan! tapi biasanya sekolah rendah je la... naik skola menengah dah segans2.. padahal masa kecik dulu dia yang beria ajak orang teman dia main pondok-pondok. lulz~ ha! meh aku cerita.

main pondok-pondok ni kena main ramai-ramai. paling koman, 3 orang. nak lagi cantik, bagi ada 4 orang. lagi ramai lagi best! sebab apa? haa... ada syarat wajib main pondok-pondok ni. amende? hehe...


1. kena ada ayah

selalunya budak laki la yang jadi ayah ni. betol la tu kan. so bila dah jadi ayah ni, peranan korang pon kena macam suami orang, macam bapak budak yang betol jugak la. kui kui. pagi2 bangun baca surat kabor... lepas tu breakfast dengan family. lepas tu kena pegi keja cari rezeki utk keluarga... then balik rumah bawak barang dapur... bawak la apa yang patut nak konon2 beli barang rumah. pokok ke, kucing ke, anak ayam ke. lulz~

tengok jugak 'ayah'nye keja apa. kalo pesawah, balik bawak ikan, bawak sayur kat kebun. kalo keje drebar lori, em... 'beli' la apa2 yang patut kat luar tu, nak bagi anak bini makan. haa.. kalo ada rezeki lebih, beli 'mainan' untuk anak2. pergh~ mithali abes!! xD

aku rasa macam jarang je aku dapat jadi ayah masa dulu... dorang cakap aku kena jadi anak. selalu camtu. sedeyh.. wuwuu... =p


2. kena ada mak

ini... wojib. kalo ayah takde pon, mak mesti ada jugak. habis2 takde orang sangat pun - kena jugak sorang jadi mak. hehe. nampak tak, betapa pentingnya ibu-ibu dalam masyarakat kita. ekeke. bila jadi mak ni, keje berat beb... tipikal surirumah abes! pagi2 bangun kena masak, then kena kemas rumah, then basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju... then tengahari masak lagi, petang sambut suami balek keja... buat minum petang pulak.. jenuh laa isi air parit dalam tempurung tu ha, hulur kat enche bapak budak2 tu yang baru balek keje. malam pun kemas rumah lagi sebab 'anak-anak' dah bagi sepah... ikot la kau nak jadi mak yg baik ke, yang garang ke... pandai2 la set dengan family members yang laen. ekeke xD


main pondok-pondok . sumber gambar

itu tak kira jadi 'ibu tunggal' tu. hahaha. selalunya bila budak laki takmo jadi ayah (sebab kena kuar pegi keja), so si mak ni pon kena la jadi single parent. lepas masak sarapan, kene kuar beli barang dapur, balek masak pulak tengahari. then kuar pegi keja, pastu balik masak makan malam... pergh... tobat.

aku pernah gak kena belakon jadi mak ... ~.~" gelak la dulu, ha gelak2.... grr... haha. experience tu beb! penat la wei... dengan karenah anak-anak yang suka begadoh, suka melawan cakap... adui... 'anak-anak' aku masa tu dengar cakap time aku angkat tangan nak doa dorang jadi batu je macam si tanggang tu. sikit lagi nak makbul, pastuh hujan... bersepah kitorang lari. hahaha xD


3. kena ada anak

kan tadi aku cakap, koman2 kena 3 orang main. sebab sorang ayah, sorang ibu, dan sorang lagi jadi anak. anak kena ada! sebab anak-lah filler aktiviti kekeluargaan sebenarnya. noharom awkward gila kot kalo takde anak... itu tak jadi main pondok-pondok dah kalo dua orang je main. tu jadi main kawen-kawen oi! hahaha

anak ni, kalo jadi anak tunggal... memang kau manja abes ah. nak2 plak kalo ko anak pompuan.. pergh~~ mintak je la apa nak... mak ayah kompem bagi! makan tu dari kecik sampai besor dapat suap je. potong tangan pon takpe, nasik sampai jugak ke mulot. ekeke.

tapi kalo ada adek-beradek, lagi best. masa kecik kaki gadoh, kaki sepah, kaki lawan cakap mak ayah... memang korang dah la kan. tapi bila dah besor... masing2 ada keja sendiri... jadi doktor, jadi cekgu, jadi chef...polis...askar.. segala tok nenek keja yang ter-cita-cita masa tu, semua buleh jadi. nanti balek rumah bagi mak ayah duit, tolong mak masak, tolong ayah buat rumah...duit pon pakai daun pokok je. buat rumah pun susun2 kertas, ikat tali rafia kat dahan pokok... lebeyh2 kurang je. =) huuu... idaman dan harapan dan impian setiap keluarga! ^^

kalo aku jadi anak... selalunya kalo jadi anak lelaki, aku jadi yang bongsu. kalo jadi anak pompuan, aku jadi kak long. ekeke. bila jadi kak long, memang keje aku mengarah 'adik-adik' aku la buat keje. LOL. kecuali... jaga baby. uhuuu... kalo main pondok-pondok tu ada yang jadi baby kecik tu... memang aku laa yang jaga. orang lain aku tak harap! hahaha xD . tapi bila jadi anak bongsu, biasanya aku la yang baby comel shomel mama papa shayang muah muah!! then kakak-abang aku yang laen sume tanak jaga aku. Zzz... jeles lettew, aku comel cam anak bosnia. hihi~


4. kena ada rumah/pondok

ini baru pelengkap namanyaaaa.... ada rumah! ada pondok tempat berteduh. kira tempat tinggal la tuuu. uih part buat rumah ni paling best! segala tok nenek kertas soratkabo, plastik, tikar getah yang koyak2 tak pakai dah tu, kerusi rotan kat rumah aku tu semua aku angkut bawak ke 'pondok' kitorang. semangat!!

biasanya kitorang buat pondok bawah pokok pelam depan rumah aku tu, tak pon bawah pokok jambu tepi rumah. redup sikit... tak la terbakor panas2 terik tu. hehe. hampar tikar, dok ramai2, pastu berebut sape nak jadi apa. ^^

aktiviti ? paling syok main pondok-pondok ni ialah... memasak!!! masing2 bawak peralatan dari rumah siap2. sudu, periuk bocor, kuali tembus, camca, piring rebeh, pinggan sumbing.. pisau takyah risau, masing2 sedia pisau lipat yang sekupang satu tu. hehe. masa tu laa kau nak korek tanah, nak gaul dengan air, nak campur pasir... buat lauk. masa tu la kau nak rosakkan pokok bunga kertas yang mak kau susah2 tanam tu, petik bunga segala jenis yang ada, carik2 daun pokok, cabut2 rumput...gaul je dalam tempurung ke, dalam tin milo ke, buat masak hidangan tengahari.

main masak-masak . sumber gambar

aku pernah seludup beras dengan tepung dari rumah, semata-mata nak main pondok-pondok. nasib laa mak aku sporting. ekeke. thanks mom! kalo nak makan ikan ke, ayam ke, daging ke... tak dapat la yang real punya kan. so, ganti je dengan batu besor penumbuk, kayu besor lengan.. ranting2.. blasah je labu. janji pandai guna imaginasi. hakhakhak. 

selain masak, buat apa lagi? em... kalo jadi anak2, bleh main tom-tom-bak, bleh main teka-teki, boleh main belajar2 dengan mak ayah. uhuuu... bahagianye~~ ekeke. agak2 dah bosan main pondok-pondok, otometik bleh tukar main aci ligan pulak! tak pon tuju kasut ke, polis sentri ke, main A-E-I-O-U Stop ke... wheee!! the fun continues!! main sampai lebam. takpon sampai senja. takpon sampai ada yang nanges sebab asik kalah je. hihihi~


hoi lah rindunya main pondok-pondok. tu belom aku cerita pasal main kawen-kawen tu! hahaha

kalo korang perasan la kan... semua yang kita buat masa main pondok-pondok tu... adalah apa yang kita semua nak dalam hidup ni. apa dia? yes... keluarga bahagia. bagus kan orang tua kita? dari kecik dah didik kita dengan nilai kekeluargaan yang harmoni.

dan aku hepi, aku dibesarkan dalam ketika aku berpeluang untuk rasa keseronokan tu semua. jadi anak kampung. alhamdulillah. ^^ 



so. dah besor2 ni... ada lagi tak yang nak main pondok-pondok? kalo ada.. aku nak join!!! wheeee!!!


Sunday, December 9, 2012

Pesanan Buat Suami . . .



Wahai suami.
Cintailah isterimu



Cintailah dia ... pabila dia menghirup minuman daripada cawan dan gelasmu. Dia cuma ingin merasa, apa yang kamu rasa.

Cintailah dia ... pabila masakannya tidak seenak masakan ibu. Sesungguhnya, dia telah mencuba.

Cintailah dia ... pabila dia meminta kamu membantunya membuat kerja rumah. Dia cuma ingin kamu bersama menjadi sebahagian daripada makna keluarga.

Cintailah dia ... sekiranya dia mempunyai telatah yang sedikit menjengkelkan bagi kamu. Ketahuilah, kamu juga adakala menjengkelkan - namun dia terima; seadanya.

Cintailah dia ... pabila dia kelihatan kusut dan serabut di waktu pagi. Berbanggalah kerana hanya kamu dapat melihatnya.

Cintailah dia ... pabila dia bertanya "do I look fat?" . Dia utamakan pendapat kamu - maka beritahulah dia.. "you're beautiful."

Cintailah dia ... tatkala dia mengambil masa berjam-jam untuk bersiap. Dia hanya cuma ingin kelihatan cantik, untuk kamu. Hanya yang terbaik - untuk kamu.

Cintailah dia ... pabila dia menghadiahi kamu sesuatu yang bukan pada citarasamu. Senyumlah, dan hargailah. Beritahu dia, "it's what I've always wanted!". Dan maksudkannya.

Cintailah dia ... pabila dia menangis untuk sebab yang tidak kamu ketahui. Tak perlu kamu bertanya, cuma beritahu dia, "it's going to be okay" . Dan maksudkannya.

Cintailah dia ... tatkala dia sugul dan murung. Dia menanti satu pelukan yang halal daripada kamu.

Cintailah dia ... pabila dia sedang mengharungi PMS. belikan dia coklat, urut kakinya, urut belakang dia. Berboraklah dengannya. InsyaAllah. ^^

Cintailah dia ... pabila semua yang telah kamu usahakan tidak dapat memujuk dan menenangkannya. Hormon. Biasalah tu..

Cintailah dia ... pabila dia ter-rosakkan baju kegemaran kamu. Maafkanlah. Mungkin sudah tiba masa kamu bantunya membasuh dan menggosok pakaian, bersama-sama.

Cintailah dia ... pabila dia salah bagi direction jalan.

Cintailah dia ... pabila dia membebel dengan cara kamu memandu, pada ketika kamu memandu. Dia cuma ingin suaminya selamat.

Cintailah dia ... pabila dia ada pendapat dan pendiriannya tersendiri. Dia cuma inginkan yang terbaik - buat dia dan kamu.

Cintailah dia ... pabila dia cemburu. Siapa kamu untuk merungut - kerana daripada semua lelaki di dunia, dia telah memilih kamu untuk hidup bersama.

Cintailah dia ... tatkala dia mengajak dan menyuruh kamu untuk solat; untuk beribadah sunat. Dia cuma ingin bersama kamu - hanya kamu - di dalam syurga kelak. InsyaAllah.

****

Cintai isterimu. Sayangi isterimu. Kasihi isterimu. Wahai suami, ingatlah pesan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda):

"treat women well"

dan

"the best of you are those who are best in the treatment of their wives."


wallahualam. =)

Saturday, December 8, 2012

10 Things Your Dog Would Tell You



I Wish You Knew


10 Things Your Dog Would Tell You..

1. My life is likely to last 10 to 15 years. Any separation from you will be painful: remember that before you get me.

2. Give me time to understand what you want of me.

3. Place your trust in me- it is crucial to my well being.

4. Do not be angry at me for long, and do not lock me up as punishment.

5. You have your work, your entertainment,and your friends. I only have you.

6. Talk to me sometimes. Even if I don’t understands your words, I understand your voice when it is speaking to me.

7. Be aware that how ever you treat me, I will never forget.

8. Remember before you hit me that I have teeth that could easily hurt you, but I choose not to bite you because I love you.

9. Before you scold me for being uncooperative,obstinate,or lazy, ask yourself if something might be bothering me. Perhaps I might not be getting the right food, or I have been out too long, or my heart is getting to old and weak.

10. Take care of me when I get old; you too will grow old. Go with me on difficult journeys. Never say: “I cannot bear to watch” or “Let it happen in my absence.” Everything is easier for me if you are there, even my death. 

-Source-

****

this is just deep... .though I ain't have a dog.. but yeah, I wept. 


Tuesday, December 4, 2012

Tetanda Penyakit Angau Kus Kus


ini... by the time korang baca title ni je, korang mesti dah senyum sampai tinge. al maklumlah... hati dah berbunga-bunga. ye tak? ekeke




penah dengar istilah "angau" kan? haa... aku percaya ramai dalam kalangan kita korang yang penah dilambung-lambung, dilantun-lantun angau. haha. eleh takyah dalih laa... nampak benor nak nipunye. hihi.

tido tak kenyang.. makan tak basah.. mandi tak lena...
bagi korang yang sentiasa menidakkan situasi ang-hau korang tu... aa, meh aku nak bagi pencerahan - yang sebenornye korang ni dah wojib kawen. hahaha. baca2. pasni tengok kawan2 korang jugak. kot2 ada yang kena sindrom2 yang aku sebot nanti ni... bawak2 la dia pegi kursus kawen yeh. lol~

mohon izin guru2 antropologi, sosiolinguistik dan psikologi saya ye. nak share sini. ^^


tanda-tanda korang angau

1. hilang selera makan.

korang asik pikir diaaaaa je. sikit2 dia. sikit2 dia. banyak2 pon dia. ~.~" bila ni berlaku, badan korang akan hasilkan lebih "dopamine" (hormon hepi, hormon kenyang) daripada biasa. sebab tu la.. korang makan pon sikit je. so betul la... orang kata.. sampai makan pun tak lalu.. ekeke. bukan tak lalu, tapi korang rasa makan sikit camtu pon dah cukup. acaner? wink wink. hahaha





2. buang tebiat

ni satu pesen lagi. buang tebiat ni maksudnya korang buat something out of ordinary. benda yang tak biasa buat - korang buat. contohnya... tak pernah2 korang menyapu halaman rumah, vacuum karpet, basuh pinggan bla bla bla... tetibe sehari dua ni korang rasa terlebeyh rajin lak. semua benda yang tak pernah2 buat tu korang ringan tulang je. kena2 kalo mak ayah korang tengok perubahan ni... dengar je la dorang tanya.. "aih, ko ni buang tebiat ke Tipah? tak pernah2 bangun awal pagi ni..." dan seumpamanye~ ^^


3. terpancar di wajah 
serius beb. bila korang angau, korang rasa hepi. bila rasa hepi, hormon hepi tu akan buat kelancaran darah dalam badan. paling ketara, korang akan nampak berseri-seri wajahnye. orang kampung kata.."it's glowing" . hehe. ini saintifik tau. =) lagi satu... orang akan perasan korang lebih ceria, lebih suka senyum... tak pasal2 je sengih, senyum. gilo hapo. hahaha. memang ekau gilo. gilo kek si milah tuuu. hikhik. layankan aje laa, orang tengah bahagia~ 


4. menaik-taraf penampilan diri

ini ... paling ketara kot. dalam lingkungan buang tebiat jugak la ni. hahaha. korang akan lebih jaga penampilan diri berbanding sebelomnya. kalo dulu zaman2 bujang trang-tang-tang, yang lelakinya pakai selebet nak mampos. mandi pon 2-3 hari sekali. jeans tu ikot2 gaya...tak pernah basoh kot sejak beli. nasib beli bundle je yang korang basoh - takot kurap owner baju suar tu lekat kat korang lak. hihi. yang pompuannya pulak... dulu2 masa single and available and ever ready to mingle... pakai rileks2 je. santai... tak layan heels2 ni. flipper je. tak pon snickers. rambut tu ikot2 tak sikat pon tak kesah... 

bila dah angau... haaa

yang laki ni menyemat bukan main! dulu jeans koyak2 kat kaki suar pon layan, skrg takde daaahh. imej mau jaga beb. mandi 4-5 kali sehari. botol perfume tu kalo susun2 ... buleh sama tinggi bumbung rumah dah. sikat wajib selit dalam poket! baju nak uptodate je... fit mesti mau, baru terampil otot2 lengan korang. kekonon nak tarik perhatian si dia yang selama ni lalu depan korang dalam kuliah buat dek je tak pandang korang langsung. dah pulak tu jalan sambil tutup idong dek busuknye bau korang ni.. hiokhiok. "sekarang aku dah pakai bedak tebal2.. cantek taaakk~~"

kalo yang pompuan... tiada lain. segala yang mereka lakukan, demi hanya untuk mendapatkan redha Ilahi dalam mencari teman hati yakni bakal suami. (sori lelaki.. aku bias. aku puji pompuan tapi kutuk laki. hihihi) =p


5. berangan 
ni buah berangan . lulz~

sape tak pernah berangan kat sini, angkat tangan? sape angkat tangan tu beda'ah je bak kata orang perak. nipu benor ghopenye. haha. bagi korang yang ada someone yang terberkenan kat hati... paling2 koman korang mesti akan berangan nak kawen dengan dia. tol tak?? haaa...
elok la berangan camtu. bagi aku, itu sebahagian daripada doa jugak. datang drpd niat yang baek. =) selain tu? hoh... korang berangan nak kuar makan dgn dia, nak pegi library sama2 dgn dia, nak study sama2, nak masak untuk dia... bla bla bla... atototo.... shuuweeitnyew~ .. ekeke. tak salah berangan, tapi jaga batas ye bang, ye kak.. ^^


6. jadi perisau tegar

pagi wish morning. malam wish gudnite. kejap2 tanya kaba. kejap2 tanya dah makan ke belom. kejap2 bagitau korang ada kat mana, buat apa, etcetera2 - wlopon orang tu tak tanya pon. hakhak. angau oiii... bulih2 korang nak cakap doplopatjam dengan dia. mesej2 takyah kira la.. penuh inbox dgn mesej dia. dia text "ok!" pon korang simpan - siap print sekerin lagi. wakaka. kalo pegi kuliah... tak nampak kelibat si dia... korang dah tak tentu arah. mula la tanya orang kiri kanan... mana dia, apa dah jadi, bla bla bla. amboihh... dah camtu gayanye pon korang nak berdalih dengan hati sendiri ye, tanak ngaku korang dah angau kat dia... hikhik


7. jadi pencemburu celik

celik la jugak. tak buta sangat. sebab korang sedor diri. sape la korang ni nak jelly2 kat dia tu kan. tapi... arrrgghh!! kenapa dia pi layan mamat tu!? kenapa dia kuar library dengan minah tu!? kenapa dia senyum2 tengok henpon - padahal korang tak pegang tepon pon masa tu. kenapa itu kenapa ini... bleergghh... rasa menikam-nikam jiwa kan? tudiaa... sabaq cek, sabaq... ingat sket, tu baru crush... belom bini/laki korang nak jelly2 menonong je. sila banyakkan solat sunat ye. mohon cerah ati, mintak diberi petunjuk, dipermudahkan urusan . bior yang baek2 aje, insyaAllah. ^^




8. indahnya hidup ini

terasa idop lebih bermakna. hokhok. camne tu? ini ... subjektif. nak hurai "bermakna" atau "meaningful" ni .. depends kat orang tu jugak. so... korang sendiri tau kott... =p ekeke


9. banyak cakap pasal dia dengan orang len 
korang ada kawan baek. best frens la kan. tak kesah la best fren korang laki ke pompuan ke... kot mana pon korang koman2 mesti nak cerita pasal si dia yang korang angaukan tu kat dorang. paling takde pon - korang nak cerita kenapa korang suka kat dia. betol tak? betol tak? terasa kan? hahaha. sampai satu tahap, korang mintak pendapat kawan2 - acaner nak pegi ke next step; more than just crash bandicoot. LOL.. sape main video game korang tau la nama tu. hekhek 
dan sekarang... trendnya ialah - gitau kat parents. haaa.. hambik. direct cerita kat adek beradek, kat mak ayah. bagos la camtu... at least dorang tau. bleh dorang pantau level angau korang ni. takpe. kalo jadi kita nak pi kira bagi. insyaAllah, benda baek Tuhan tolong. ^^


10. penyokong harimau malaya tegar

korang ni kalo buleh2 hadiahkan helikopter kat dia tu... helikopter lah dia dapat. hahaha. perumpamaannya camtu la. korang akan support all out! dia nak exam ke, nak ambik lesen ke, nak kuar keje ke... semua korang sokong. apa yang terbaek bagi dia, itulah yang terbaek bagi korang. korang akan coba jadi seberguna mungkin bagi dia. pergh... harap2 ada la jodoh korang dengan yang berkenaan tu ye. 

indirectly.. ramai yang tak tahu... bilamana kita mula mendoakan seseorang secara spesifik dan berterusan... tandanya ada sesuatu yang Allah aturkan.


amcam? ahaa.. ada yang tengah sengih2 tu... kena idong sendiri lettew. hikhik


anyways.

apa yang aku share ni hanyalah kajian saintifik bidang2 sains tertentu. bagi kita yang beragama Islam, kita kena ingat - kita ada agama nak dijaga. kita ada suruhan dan larangan nak dipatuhi. tak salah kot ada hati kat someone. tapi kena usaha la. usaha apa? paling penting, usaha perbaiki diri kita dulu. yang tak elok tu, kita perelokkan. yang dah elok tu, kita murnikan lagi. ye? then... good things will come to those whom do good, be good - because of Him.

insyaAllah. Dia Perancang terbaik. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui... ^^


p.s; buat sahabat baekku, Ijan, Amy, Ucin dan Hafiz - entri ni khas untuk korang yang sampai sudah tanak ngaku yang korang dah angau!! jadi sila terasa teruk2!!! hahaha xD