SOCIALIZATION

Wednesday, July 31, 2013

Terima Kasih, #Pahlawanku



"to our glorious dead"

"Setiap negara mempunyai sejarah dalam membangun dan mempertahankan tamadun yang diwarisi dari generasi ke genarasi dengan menempuh pelbagai rintangan dan peristiwa.  Pengorbanan dan perjuangan adalah satu-satunya cara untuk mempertahankan hak kewujudan sesebuah negara dan bangsa yang merdeka.  Begitu juga dengan pembangunan dan permodenan negara, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara."
"Sebagai generasi yang tahu mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara, maka tanggal 31 Jul setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960 telah dijadikan Hari Pahlawan."
sumber; http://army.mod.gov.my/




Salam Hari Pahlawan. Thank you. May Allah bless our police officers.

"There will be no less than 50,000 policemen working during the Hari Raya Aidilfitri holiday season, as only 10 per cent of the whole force nationwide will be given off. However, no traffic personnel will be granted leave this year for this particular holiday period."
"All traffic policemen are needed to ensure safety and smooth traffic flow during the heavy traffic period, of one of the biggest holiday seasons for the nation."

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Inspector-General of Royal Malaysia Police

sumber petikan dan gambar; Aji Yusop




Selamat Menyambut Hari Pahlawan
#Pahlawanku





Sunday, July 28, 2013

Iftar Jama'ie Blogger Perak (wilayah tengah) 2013


assalamualaikum! ^^ pekabor? dah abeh duit gaji beli barang raya? hiks

haritu!!


iftar jama'ie blogger perak (wilayah tengah) . tu tangan adib bytheway. =p


alhamdulillah... haritu, 21 julai 2013, bersamaan 12 ramadan 1434 hijrah, hari ahad.. kitorang berjaya menjayakan majlis berbuka puasa secara berjemaah dengan jayanya~ hahaha. ^^ syukur syukur! despite perancangan yang boleh dikatakan last minit jugak... iftar jama'ie yang sederhana dapat dilaksana - thanks to komitmen, bantuan dan sokongan semua pihak yang terlibat! uhuu.. terharu. =']

well, the journey began bila ada yang cakap "jom bukak puasa sama2!" set! teros kitorang jadikkan event ni "majlis berbuka puasa Blogger Perak (wilayah tengah)". dari situ kitorang gather member2 yang nak join, yang boleh join. then decide tarikh, masa, tempat etc. jadi, end result dia kitorang tetapkan satu weekend yang mostly semua free, makan kat restoran Sofina seafood kat persiaran inspen, gate 1 putrajaya.

sebagai insan yang ditugaskan booking tempat dan order makanan, aku kena la gerak awal. so izan dari kajang amik aku kat bangi pergi kedai makan. kitorang sampai sana kul 3. punya excited nak place order nih... sekali kedai tu pon tutop lagi daaa... facepalm kejap. haha. since tanak buang masa, kitorang gerak ke cyberjaya, amik rahim mesir, kawan izan. pastuh baru faiz roger cakap kedai dah bukak. ok excited balek. hahaha. pegi kedai, order2 semua, siap. baru pukul 4 lebeyh, banyak lagi masa. nak buat apa pastuh??


demonstrasi jalanan. haha. buat putu kacang weh! tradisional auumm~


since kitorang datang dari multiple lokasi, first thing first nak kena ensemble the army! haha. lepak alamanda putrajaya dulu beb~ ^^ so kitorang berempat pegi alamanda - meet and greet adib dengan hani kat sana. awal gak budak2 ni sampai. then tak lama lepas mini reunion tu, wawa pon sampai dengan kakak dia, dan kawan kakak dia. ohooii makin meriah! =) lepas lepak2 kat rasa tu, buat macam rumah sendiri... sampai lagi comrades daripada division setapak - shah alam. ada aim, qila, al, kawan2 al. lepas solat asar kat surau sementara alamanda yang dah macam permanent je aku tengok tu, baru laa kitorang gerak ke tempat makan~





kat sana!!

waaahhh... makin makin meriah!! dalam pukul nam setengah membawak ke pukul tujuh tu, baru la semua2 yang RSVP ada. wheee!! syok wooo~~ time tu my colleagues, athirra dengan syidah sampai... then tak lama pastu pikah, nisa dengan arip pulak sampai. cukup orang dah? belooommm... glad-fully 14 orang student inspen, yang aku ajor dorang kat sana dulu, pun sampai and join the party. hahaha. yeayy!! altogether iftar kitorang haritu ada 34 orang yang join. semua2 la, alhamdulillah~~ sonok sangat rasa! ^^




nampak tak senyuman yang terukir kat muka picek tu? ekeke

the everyone!

me with the INSPEN'S!
boys dah jalan dulu, tak sempat bergambor. wuu..



adik beradik sanak sedara blogger perak!!


 tapi tu la... masa tak berapa nak mengizinkan. sempat makan sama2, sembang sikit2 je... especially dengan those yang bukan budak2 blogger perak. uhuu... =( takpe la. semoga dalam masa yang singkat tu ada ikatan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sempena majlis sederhana di malam ramadhan yang mulia. ecewah! =p hehe... ada rejeki kita makan2 lagi okay? yay!!


and then?


lepas makan tu... kitorang pegi depan istana kehakiman kat presint 2 putrajaya. buat apa? apa lagi... bincang tentang masa depan lah! hahaha. takde lah. pegi rehat2, amik2 gambor buat kenangan. bukan selalu dapat gather reramai cemtu. hee... 

haa... with them friends i have, how could i possibly not be thankful? merci, Allah. gracias. alhamdulillah. =)


jakim . CEO . cekgu

dah macam poster filem/ cover album lak. ekeke



the we!


syukur sangat2 . segala perancangan dan urusan dipermudahkan. and may i say, it was a success!! taktau nak cakap hepi nya aku rasa camna. indescribable. hee... thanks.

special thanks to adib (adired studios) yang memang official photographer videographer editor er er er Blogger Perak. sampai abeh betri kemre dia kitorang punya lenjan. hahaha. ni hasilan beliau!!!



bagi yang cuba/nak datang tapi tak kesampaian... uhuu.. takpe la. nak buat camne kan. maybe lain kali insyaAllah. and to everybody; semua yang join terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung. terima kaseh!! thank YOU!! ada rejeki kita gather2 lagi!!


till then

hahahahaha

Saturday, July 27, 2013

What If I Died Tomorrow?


assalamualaikum! salam menjelang 10 terakhir ramadhan. dah pernah ter-sujud masa orang baca doa qunut time solat witir? =p

tadi aku dok memikior pasei mati. haa... elok kot pikir pasal mati ni. bleh la reflek2, prepare2 apa yang patot. nak pulak orang jahat cam aku ni. uhuu... takot... ='(

rite. all in all memang kena berbalik pada agama. yeap, mati itu pasti. tapi ada benda2 berkaitan pasal mati yang aku sendiri tengah nak pastikan. especially bila aku mati nanti.




aa.. nothing much. but i feel like sharing some thoughts here. so.. yeah. here goes. =)

bila aku mati nanti...

camne aku mati ek? arwah mama dulu meninggal sebab... wallahualam. just like that. dah sampai ajal. arwah abah pulak sebab sakit. aku? aa... muliakah mati aku? hinakah mati aku? =\

kat mana aku mati? kat deathbed ke... kat umah ke... kat jalan ke... kat darat? laut? langit?

sape ada dengan aku time aku mati? Rasulullah s.a.w wafat dengan ada para sahabat dekat dengan baginda. mama abah meninggal pun masa dengan kitorang punya ahli keluarga. aku?

ada ke kawan2 nak ziarah aku bila aku mati? ada ke kawan2 yang sudi solatkan jenazah aku nanti? ada ke kawan2 yang akan mendoakan keampunan dosa2 aku yang berat tak terhingga ni?

ada ke kawan2 yang akan ingat aku lepas aku mati?

dosa. banyak dosa aku kat orang. terampunkah semua tu? dosa kat Tuhan. terhapuskah semua tu?


paling aku takot... mampu ke aku mengucap lafaz syahadah yang agung tu sebelum roh dan nyawa aku dicabut? sempat ke aku mengucap? ada ke orang nak ajar aku mengucap andai aku tak mampu tak berdaya? ='\


kemana harta2 pinjaman dunia aku akan pergi ek? duit, simpanan, umah yang nak runtuh tu, Ford buruk aku... kebajikan ke, ketakketahuan? hmm... waris? sape yang nak setelkan semua tu? dah la setakat waktu aku menulis ni, aku takde buat wasiat lagi.. erk..

ha..

sape nak run blog ni? sape nak tolong update?

sape nak handle akaun twitter aku? sape nak tolong tweet "it's a quarter after one.. i'm all alone and i need you now" tetiap malam?

sape nak tolong update status kat facebook aku.. gitau kawan2 aku yang aku dah mati?

sape nak tolong delete dan deactivate semua akaun media sosial aku? so far aku je tau paswod dan id segala tok nenek yang aku guna...

sape je nak sedekahkan Al-Fatihah kat aku... doa supaya aku tak teruk kena seksa kat sana...

sape je nak ziarah kubur aku. nak bersihkan kubur aku...

itu kalau mati aku ditanam. kalau tak? kalu tak berkubur? kalau aku missing in action? kalau aku mati tanpa kesan, tanpa pesan?
kalau aku tetiba takde... ?
.



=\

send me your prayers... will ya? =')

God bless.

Friday, July 26, 2013

Job Opportunity. JFKL is hiring fast!




This is a copy of the newsletter from The Japan Foundation, Kuala Lumpur for August 2013.

Job Opportunity

JFKL is looking for a new staff who can work with us from next month.

Job Title:
Assistant Public Relations Officer

The position is to assist broader range of public relation tasks. It includes coordination, execution and development of Public Relations for all the programs in Cultural Affairs Department and issue relating to the corporate public relation of JFKL. Although the task will be under supervise and direction of the senior officers who produces the programs/events, it is much encouraged to take active part in charge as well as to develop new ideas and to contribute to more effective work.

Working Start:
from mid-August (negotiable)

Condition:
1.  Salary - RM 2000 to 3000 depending on experience.
2.  Holidays: Saturday and Sunday, and other holidays determined by JFKL.
3.  Leave: Annual Leave 14 days, Medical Leave 14 days per a year for the first year.
4.  Entitlements include personal/accident insurance, transportation allowance, EPF and SOCSO.
5.  Overtime work and working on holiday may be required and will be fully paid according to Malaysian Employment Act.
6.  Duration of Contract: 3 years with possibility of renewal (including 3 month of Probation Period).

Eligibility / Requirements:  
1. Possess a Diploma or Degree
2. Age: From new graduates to around 35 (negotiable).
3. Language: Fluent in Bahasa Malaysia and English. (Japanese Language is not necessary but would be an advantage)
4. Basic computer skills are indispensable (i.e. Microsoft office, internet use, Email manners)
5. Those who can complete whole term of first round of the contract (3 years) are much preferred.
6. Having related experience especially in the areas below will be given preference.
[Public Relations, Service Industry, Performing Arts / Fine Arts / Film Industry, Cultural Agency and International Agency]
7. Good communication and task management skills

Application / Closing Date:
After reading the application detail carefully, please send the CV and answers to the question to: saiyo@jfkl.org.my with the subject of “Job Application” by  5th August 2013.
(1) Full CV (with recent photo, age, full academic and work history, expected salary)
(2) What is your related experience with Arts/Culture/Japan? (within 200 words).
(3) Why do you want to work with JFKL?  (within 200 words).
 
Procedure  
Shortlisted candidates will be notified for Interview by  6th August 2013 .
Interview for the shortlisted candidates will be on 15th & 16th August 2013 (or otherwise arranged).

For application form and more information, please visit:
http://www.jfkl.org.my/notices/notice_body.php?id=133

Contact    
Cultural Affairs Department
The Japan Foundation, Kuala Lumpur
18th Floor, Northpoint Block B, Mid-Valley City, No. 1 Medan Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
TEL: 03-2284 7228
FAX: 03-2287 5869
E-mail: saiyo@jfkl.org.my

Wednesday, July 24, 2013

[TUTORIAL] Part 2 - Cara Buat Meriam Tanah


salam setengah ramadhan! dah pegi tukar duit raya kat bank?

ok. haritu aku buat tutorial meriam katak atau meriam tin. ada orang siap request aku buat video tutorial! erm.. sebenornye aku memang berhajat pon. cuma takde kesempatan lagi. nanti2 la, aku dah balek kampung nanti... kita tengok camne ye?

baek! kali ni, kita advance ke level seterusnya! meriam tanah!!


meriam tanah versi gelung konkrit/paip pvc. sumber gambar


bahan-bahan nak buat meriam tanah;

tin susu tepung / tin milo yang sama saiz (dalam 5-6 bijik)
karbaid
api
air


alatan

pisau / gunting besi
cangkul
kayu / buluh pencucuh


cara-cara buat meriam tanah

1. bersihkan tin. buang bawah/bontot tin guna pisau/gunting. bagi tin jadi satu silinder yang berlobang atas dan bawah. AWAS! hati2 dengan kepingan zink/besi tin. nanti luka plak. 

tinggalkan satu tin untuk dijadikan bekas takung karbaid nanti. jadi tin tu jangan buang bontot dia. just tebuk kat tepi tin tu sebagai lubang pencucuh. (rujuk rajah)


tin untuk body meriam dan pencucuh



2. korek tanah dengan cangkul. korek ikot kedalaman yang sesuai untuk letak tin/meriam. kalau main kat tanah rata, pastikan hujung bunker meriam tu ada ruang extra untuk api keluar. kalau main tepi parit, pastikan hujung meriam betul2 kat tebing parit/sungai/tali air.

pastikan tin muat-muat dengan lebar lubang bagi mengelakkan tin melompat, teranjak atau bersepai.

pastikan hujung meriam tak terkambus.... kalau tak, memang lingkup. jahanam~


3. susun tin yang dah ditebuk tu sepanjang-panjang lubang yang dikorek. amik tin yang tak dibuang bontot-nya tadi, isikan dengan karbaid dan air. letak kat pangkal meriam.


4. ambik kayu/buluh pencucuh, pelekat api kat hujung buluh dan 'ketuk' tempat cucuh meriam.


ni situasi kalau main kat tebing parit/sungai/tali air


KAABOOOOOMMM!!! 


simple kan? semudah 1,2,3 .. ABC. ekeke.

safety measurement;

kalau agak2 takot tin melambung or bersepai... elok korang timbun/kambus meriam tu dengan tanah kejab2... pastu tindih dengan apa2 benda berat. just in case.

kalau korang cucuh meriam tapi tak meletup... JANGAN pergi sua muka kat hujung/muncung meriam konon2 nak check tengok apa yang tak kena. ketuk tin pencucuh dengan api sampai at least ada bunyi meletup walopon kecik or tak kuat, atau sampai lubang pencucuh keluar api (kitorang panggil pelita) .. then only korang selamat nak keluarkan tin yang ada karbaid tu untuk check defect whatsoever. pandai2 timing, ok?

untuk entri lama yang lebih merapu, klik SINI


All in all, SAFETY FIRST!!


DISCLAIMER

- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe

- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe

- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~

Thursday, July 18, 2013

Eh! Ter-Crush Pulak~


assalamualaikum. salam witir. dah start malas gi solat teraweh? hehehe

haritu... masa kitorang makan moreh lepas teraweh... aku duduk2 la lepak dengan member aku ni. tengah syok dok sembang baek punya... tetiba dia jadi macam tak ketauhala. err.. tak keruan. haa.. kejap dia bersila, kejap dia duduk tahiyat awal, kejap2 betulkan kepiah. ish, tak buleh ke dia ni duduk diam2 elok2 sikit... tengok macam aku, bersimpuh je dari mula makan sampai sudah. hmm...

rupa2nya... ada sebab. tak tak bukan dia ada buasir. sebabnya... dia tertangkap syok kat sorang gadis ayu yang lalu kat belakang aku masa dok makan tadi. patut la sat bukak spek, sat pakai. mata dah kelabu asap! hahaha. aku perati je la dia... sambil senyum. kita paham la kan. hehe. lepas gadis tu hilang dari pandangan, baru dia normal balek. aku sakat la;

"hamboih... nampak gadis je teros cerah dunia! hahaha." dia balas
"eh manade... mende ko cakap ni. haha. makan2"



sikit lagi aku nak starlite dahi dia dengan sudu cedok gulai daging tu. sikit lagi. hm... orang in state of denial macam tu la. jari ada sepuluh pun dia kata dak aih, lapan ja... ~.~

actually... when you feel good, it shows. when you like someone, you will feel good. then it shows la jugak obviously. scientifically proven you know. haa.. i'm not talking zero ooo. hehe. here, some good tips for you to know realize.. "adakah ini.. yang.. dinamakan..." jeng jeng jeng!! ^^


1. degupan jantung menderap laju

di setiap ada kamoo mengapa jantung ku berdetak.. berdetak lebih kencang... seperti genderang mahu perang. bak kata fahrin ahmad, ali cafe KUAT! hahaha. bila kita syok kat someone (or something) tu, ada satu sistem dalam badan kita yg beroperasi dipanggil "adrenaline rush". A-Rush ni yang buatkan darah dipam lebih laju (especially ke/dari jantung), dan hormon pon join sekaki. sebab tu korang rasa berdebar... dup dap dup dap dup dap...

been there? hakhak xD



2. berpeluh

satu downside adrenaline rush ni ialah dia jugak provoke hormon - which explains pengeluaran peluh yang extra daripada biasa. ketiak tu takyah cakap la... tapi paling obvious ialah kat tapak tangan. sweaty palm memang common. sebab tu kadang2 korang akan rasa tak selesa... kejap2 nak basuh tangan la, nak tisu la, main rambut la, lap tangan kat kain seluar baju la... haa.. tak pernah sedor lettew sebelum ni. ekeke


3. bertukar!
belom. bukan sesenang nak dapat number fon dia. ekeke. tapi, suara. yeaaahhh~~ lelaki akan rendahkan ton dan suara dia, dan pompuan pulak akan bercakap lebih laju sikit daripada kebiasaan - bila bercakap berkomunikasi berinteraksi dengan orang yang dia suka. sebab tu kalo tengok kawan korang pom pang pom pang bersembang dengan korang waktu lunch, tapi tetiba tepon dia bunyi.. teros tukor suara, jadi gentleman nak arwah. hahaha. petanda besor weh. ^^


4. anak mata mencapah

ini... ini korang takleh tengok sendiri. agak pelik kot bila korang tengah borak2 dengan crush korang, pastu tetiba keluarkan compact dari dalam handbag then tengok cermin semata-mata nak kompemkan anak mata korang mengembang seperti yang diperkatakan... em em. tapi siyes. ni pon salah adrenaline rush tadi. nak pulak si dia puji "eh mata awak cantik..." ... korang pon lagi la jegil bijik mata tu.. pom pecah! mati... hahaha




5. euphoria

no. bukan sepupu Sony Xperia. euphoria ni macam... angau kot. secara sains-nya, bila korang rasa hepi, badan akan produce extra dopamine, bahan kimia yang buat korang rasa donia ni korang yang ponyaaa~~ ya betol... makin hepi makin tinggi level dopamine, pastu korang high, pastu pengsan. eh ada tau kes orang pengsan bila nampak or bercakap dengan orang yang dia suka. ni la punca dia. hee...


6. you jump i jump
you die, i say bye bye subconsciously kita akan terikut-ikut tingkahlaku orang yang kita suka tu. kalo dia gelak tutup mulut, kita akan tertutup mulut dengan tangan jugak walopon sebelum ni kita gelak nganga luas2 sampai leh masuk siku. kalo dia makan dengan sudu garfu, korang akan cuba ikot cara dia makan walopon sebelom ni tanganlah sudu-garfu-sudip-senduk korang. em em. tu belom cerita body language lagi tu. haaa... chapter laen ok? hikhik


7. tetiba segans...

bukan segan malas. tapi segan maluu.. tersipu-sipu... uhuuu... orang kulit cerah paling senang nak detect. bila dia segan or malu or seumpamanya, muka dia habes merah! dok la diam macam mana pun, orang nampak gak.. hahaha. ini selalu jadi. bila segan2 ni... mula la tak tentu arah. buat apa pon tak kena. typo la, slip of tongue la, tanya soalan bukan2 la... haih. terasa tak? ekeke



8. rama-rama dalam perut

orang kampung aku kata, butterflies in my stomach. kekadang tu bukan butterflies je... satu zoo ada dalam perot! lagi kesian kat yang ada jurassic park dalam stomach tu... hahaha. ni pon salah adrenaline rush. dia pam darah keluar daripada organ2 dalaman macam perut, pegi kat otot2 kita. sebab tu kita rasa cergas semacam.. rasa nak lari pecut 100 meter berhalangan pun mampu time tu. so now korang paham kenapa kehadiran (apatah lagi sokongan) enche/cik crush adalah pemangkin dan mungkin jugak punca kejayaan korang habiskan larian 400 meter di tempat kedua walopon korang tak pernah jogging pon sebelum ni? hehe...

oh ya. sebab ni jugak korang rasa kurang selera makan. perot rasa gerak2 je.. tak selesa. apa orang puteh kata... makan tak lalu, tidoq tak lena, mandi tak payah... em? heee


9. berangan
tipoooooooo... tipu la korang tak berangan pasal dia. tipu la korang takde letak harapan kat dia. tipu la korang takde doakan dia, dan dia dengan korang. hahahaha. takpe2. itu normal. itu namanya memburu impian.. kuuuu jejak.. jalan yang berlikuuuu... ke lagu ni? tuhan tolong.. lembutkan.. hati diaaaaa~~ =p


****

amacam? semua tu kena kat idung korang ke? jatuh bertimpa-timpa dari langit ketang ketang atas kepala sendiri? ekekeke. takde la. mungkin korang pon tau benda2 ni... tapi tau tak bererti mengetahui. tak bermaksud memahami. so... refleksi diri. k? pandai2 laaa... dah besor dah.

oh bytheway. ini semua hasil pembacaan dan permerhatian aku ye. kalo ada salah silap tu, mohon tegur, mohon kongsi. insyaAllah kita sama2 perbaiki. hiks all in all! berpaksilah pada agama~ kerna menerusi agama je, korang akan selamat donia akhirat. wallahualam~ ^^


p/s: ni baru interaksi dunia nyata... kalo kat fb kat twitter, acaner? ahaks! nanti kita kupas kat entri laen. adieu!!


Sunday, July 14, 2013

[TUTORIAL] - Part 1: Meriam Katak/Tin


assalamualaikum! salam sejahtera. dah belajor buat biskot raya kegemaran bakal mak mertua korang?

ramadhan kareem... lately aku banyak dapat requests untuk buat entri pasal meriam. ni semua based on aku punya tutorial dulu tu. tapi tu duluuu sangat. taon 2011. so taon ni nak kena renew la kot. orang suroh simplify. yang suroh translate ke english pon ada gak... sebab dorang google translate tak berjaya katanya. bahasa terok. hahaha

so!

sebagai mukadimahnya, aku akan start dgn tutorial buat meriam katak atau nama lain dia meriam tin. paling senang. masa darjah 2 aku dah master buat ni. hahaha. jom!


bahan2 diperlukan

tin kosong (lagi besor tin lagi power)
karbaid / kabad
air
api


alatan

kain
paku
penukul
buluh/kayu panjang


cara2 buat meriam katak / meriam tin


meriam katak / tin 

1. bersihkan tin. penutup tin boleh dijadikan pelapik karbaid nanti, so jangan buang. amik paku n penukul, then tebuk satu lubang kat tengah2 bahagian bawah tin.


make sure kabad tak "lemas"


2. letak karbaid atas pelapik/bekas. campur air sikit. tutup karbaid dengan tin yang ditebuk tadi. terlangkupkan, bagi lubang ditebuk tu kat sebelah atas.


tutup dulu lubang tu untuk beberapa saat, (sampai hilang bunyi hssss...) lepas tu baru cucuh


3. cucuh api kat hujung buluh/kayu panjang yang dibalut kain. then, lekat api tu kat lubang tin. .. BOOOMM!! dan tengok tin tu 'lompat' , terbang ke langit. there you go. meriam katak. hehe


voila!



senang kan? hahaha


technically speaking, senang je. cuma ada beberapa perkara la yang menentukan meriam tu menjadi or tak.

firstly aku nak pesan, kalo korang nak buat meriam katak ni, make sure tin tu tin baru, bukan tin lama yang dah nak reput atau nampak mudah pecah. penting sangat2, sebab kalo salah pilih tin... bleh bersepai beb!

kendian... part karbaid dengan air tu. it's a process of learning. try la letak seketul karbaid sebesor ibu jari, then air dalam beberapa titik or dalam sesudu camtu.. lepas tutup dengan tin tu, kena "peram" sket for a few seconds. lepas tu baru cucuh. aa... itu tekniknya. 

kalo salah amount campuran kabad+air+timing, maybe tak menjadi. takpe. cuba dan terus cuba. korang kena pepandai adjust ye. cuma! jangan over. karbaid jangan terlalu banyak beb... risau jadi periuk api je karang.. haa~ ini serius. ok?


untuk entri versi merapu lebeyh, sila klik SINI


all in all, safety first! =)


DISCLAIMER

- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe

- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe

- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~

Thursday, July 11, 2013

[TUTORIAL] Jom Buat Lastik!!


assalamualaikum!! selamat berpuasa!!! happy ramadhan-ing~ ^^

bila bulan puasa je.. aku mesti teringat zaman kekanak. ye lah... zaman tu paling syok bagi aku. zaman menimba pengalaman. hehehe

well.. kalo bulan posa je, mesti orang nak cerita pasal kebaikan, kelebihan bulan ramadan. pastu nak cerita pasal solat teraweh, pasal sahur, pasal juadah berbuka. nice nice! sharing is caring! tapi kan.. since ramai dah dok cerita tu... aku taknak la jadi another face in the crowd. well... nak lari daripada mainstream kekonon. ekeke

jadi!!

aku nak share dgn korang benda2 yang jarang orang share .. or even takde lagi orang share! contohnya? haa.. kali ni aku nak ajor camne buat lastik! kat sesetengah tempat depa sebut teghebih/terebey. aku pon taktau nak eja phonemes dia macam mana... tapi tu la. lastik. orang kampung aku panggil "slingshot" . hahaha

lastik the great!


kenapa significant sangat slingshot ni dalam hidup aku? especially ramadan. sebab... dulu2 masa kecik aku suka lastik ayam time bulan puasa. muehehe... lepas balek sekolah je, lepas ngaji teros pegi cari ayam kat luar rumah. luls! kekadang on the way balek sekolah tu pon... ada yang jadi mangsa. ayam piru/belanda rumah ustaz samad tu wajib aa kena dengan aku... dendam kot - dia penah kejor aku balek sekolah arab dulu. hikhik. angsa dia pon kena atas alasan yang sama. naseb laa... xD

tapi tujuan ultimate aku buat lastik time2 bulan posa ni ialah.... nak main mercun!!!

siyes. aku suka lastik mercun ke langit. kekadang naik atas bumbung rumah orang. err.. masuk dalam rumah orang pon pernah. hahahaha. noharomm jahat gila aku dulu2. xD syok weh... siyes... letak mercun badak (zaman aku kecik takde mercun bola/telur lagi... ada mercun badak. power!!) kat lastik... cucuh kat pelita... dah menyala sumbu mercun tu, tarik kencang2... hala ke langit... lepas! piiuuuuuuuuuuuuu.. KABOOOMM!! cerah langit 2 saat. pastu dengar orang jerit "HOOOIII NAK MAMPOIH KA!! KALAU MASOK RUMAH ORANG MACAM MANA!??" bla bla bla... =p ala kejap je tu... dia pon main gak, bising kat kami lak. ekeke


okeh!! cakap banyak tak guna. jom tengok tutorial yang aku prepare spesel untuk korang yang tak pernah merasa main lastik cam kami budak2 kampung dulu2.. hehehe


bahan2 diperlukan;

kayu bentuk Y . (dengan bukaan sekurang-kurangnya 30 darjah)
tali getah lastik . (just in case susah nak dapat, bleh ganti dengan getah taya dalam)
pelapik getah . (kalo takde, ganti dengan apa2 yang sesuai jadi pelapik.. luls~)
tali tangsi/nylon

alatan;

parang/gergaji
pisau

how to make lastik / slingshot in six simple steps!

cara-cara nak buat lastik / slingshot

1. cari dahan bentuk Y yang sesuai. tak besor sangat, tak kecik sangat. sedap2 pegang kat tangan je saiz dia. pastikan dahan tu bukan dahan reput! karang... ada jugak yang menyesal belajor ni kang. hahaha

2. trim dahan tu elok2. buang dedaunan berguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara yang ada kat dahan tu. kerat ikot saiz yang dikehendaki. make sure fork Y dia tu sama panjang kiri dan kanan. pastikan pemegang lastik tu pon cukup untuk korang genggam kemas.


3. pegi jemur dulu dahan tu kat tengah panas. bior seharian pon takpe. agak2 tak sesabor dah, buleh guna microwave utk keringkan. AWAS!! jangan lak tinggal kayu tu dalam microwave lelama. korang bukan nak buat unggun api kan? haa...

kalo guna microwave, guna suhu tinggi dan 'masak' lebih kurang 30 saat. pastu keluarkan. biar dia sejuk dalam seminit... masukkan balek, 30 seken. ulang dalam 5-6 kali... kering elok insyaAllah. ^^

4. bila dah kering tu, korang leh start toreh kayu bagi ada 'longkang' kat hujung cabang kayu tu guna pisau.(rujuk rajah). bukan apa... ni untuk pastikan bila korang ikat tali/getah lastik nanti, getah tu tak mudah meloroih/tanggal. bila lekat dalam longkang tu, dia tak lari ke mana dah. baru la selamat!

5. dah siap dua2 loangkang, korang bleh potong tali getah lastik tu ikot kepanjangan yang sesuai. camna nak tau panjang yang sesuai? korang tarik getah tu ala2 macam tengah nak memanah tu. aaa... satu hujung getah kat tangan yang didepakan, satu lagi tarik bagi sampai kat muka. agak2 ketor2 tangan menahan power getah tu, kira steady dah la yob. hee

kepanjangan getah lastik penting ye. panjang sangat nanti tak power peginya peluru korang. pendek sangat nanti takleh tarik pulak. uhuuu... ni kena pandai2 sendiri tau. abang takleh tolong dik. ahahaha.

pasang dua2 tali getah kat kayu lastik dan pelapik tadi. oh pastikan pelapik korang tu pon dah ditebuk lubang ye. ikat semua yang patut diikat guna tali tangsi/nylon. kalau ada tali guni lagi baek. ikat ketat2 tau! sebarang kecuaian/kelalaian boleh mengundang padah. haa...

6. untuk cara ikat terbaik, bleh rujuk gambor2 yang aku sediakan. siap semua tu... tah-daaaaahhh!! bleh la korang start lastik mercun jugak!! harap2 dengan adanya lastik ni nanti, akan dapat mengurangkan kes putus jari akibat tak cerdik lagi nak main mercun~~ tapi kalo ada kes pecah muka... huuu... better jangan lah ye. aku share je ni ha. tak suroh korang ikot pon. tapi kalo korang buat jugak sila tanggung sendiri ye. wallahualam... huhu. 



selain daripada lastik ayam dan mercun, banyak benornye kegunaan slingshot ni. (aku pernah je lastik cicak + mercun lada/papan yang dinyalakan kat mulut cicak tu ke langit... ahahaha.) macam lastik buah pelam, lastik burung kat sawah, lastik budak2 yang curi getah sekerap korang.. cuma atas kita je nak guna untuk kebaikan, atau kerosakan. em em.. sempena ramadhan yang mulia ni, bawak2 buat benda2 yang baek je ye. hehe. 

selamat berpuasa!!


Thursday, July 4, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhenam


assalamualaikum!! salam sejahtera salam muhibbah salam perpaduan salam kaut. eh. =p

nice try, kid. nice try. hahahaha


baru2 ni ada orang tanya aku... kenapa tak hapdet hanya sekepal dua dah? sebab jarang pegi sekolah ke? hahaha. sinis je bunyi dia. tapi... tapi betol! ekeke. aku agak selalu tak masok keroje kat headquarters kebelakangan ni. bukan ponteng tau. tapi kena keja outstation. banyak kursus, seminar, bengkel, bla bla bla...

happened to be bulan lepas je aku pegi karnival integrasi sa-Malaya dan jemputan interneshenel. event peringkat kebangsaan yo. alhamdulillah jabatan negeri bagi kepercayaan bawak budak2, wakil slangor. syok! seminggu berpenat lelah kat golf resort. bhahaha ^^ nanti aku citer detail pasal ni ek. hehe~

dah balek daripada tu, kena bawak budak buat show pulak. ngaa... pegi merata lagi. sambung penat. gamak2 baru nak rehat, datang lak keroje laen. gedebak gedebik gedebuk, tengok2 dah sebulan aku tak cerita pasal anak2 aku kat sini... huu~~

untung budak2 ni. kecik2 dah berbakat. aku sampai ke tua ni takde bakat apa. hahaha

ni. ni baru rasa nak menulih. hiks. bukan apa... bila aku menulis, aku curahkan sepenuh perasaan dalam tulisan aku. dengan harapan orang yang baca dapat feel apa yang aku rasa time tulih tu. so time aku penat, tak larat, lemah tak bermaya (mengada..) , memang tak la aku nak menulis. kang tak menjiwai. ihik. ^^ so now aku tengah berjiwa-jiwa gumbira, boleh la aku berseloka! hahaha

eh jangan pikir macam2. haaa.. korang ni pantang. hepi pon pikir bukan2, sedih pon pikir bukan2... payah la cemni. ekeke. aku hepi sebab kengkawan aku, batch2 junior kat maktab dulu dah dapat posting dorang! alhamdulillah~~ haaa~ hepi la! hepi!! good for them!! aku tumpang gumbira je la... =)

recently dorang dapat panggilan keroje. jadi chekgu kat skolah2. penantian akhirnya berakhir. hahaha huduh pulak bunyinya. luls~ ha! dikesempatan ni (chewah macam sampaikan salam lebaran.. ekeke) aku nak ucapkan TAHNIAH!!! CONGRATULATIONS!!! OMEDETOU GOZAIMASU!!! buat korang2, my dear friends, yang dapat posting jadi chekgu. ingat. samada korang memang nak jadi chekgu, or korang antara yang "ter-chekgu", Tuhan dah establish Dia punya masterplan. surely terbaek dan ada hikmahnya yang kita sendiri mungkin tak sangka.

bagi yang dapat sepertimana yang korang mintak or nak, tahniah lagi sekali. rejeki. =) bagi yang dapat apa yang korang nak elak, tahniah jugak. Heaven knows what your future holds. so jangan sedeyh2, jangan tensi2... keep calm, dan teruskan! andai benar susur nan digalur, kalian adalah jutawan akhirat, insyaAllah. semua orang boleh mengajar, tapi tak semua mampu mendidik. maka jadilah antara mereka yang mengajar dan belajar dan mendidik secara terdidik. =]

having said that... since dorang dah masuk sekolah ni... banyak la karenah anak2 yang dorang boleh experience nanti. abeh laa aku takleh cari makan... takde dah orang nak baca Hanya Sekepal Dua ... sedeyh.. haha~ ^^


takpelah! selagi tak tutop mata... kerja, kerja, kerja. hahaha. sila enjoice telatah anak2 saya ni yaa!! ^^


****

budak : ticer!! kenapa ticer lama tak masuk kelas?
me      : chekgu pegi kursus
budak : kakak saya pergi kursus jugak! ticer pegi dengan dia ke??
me      : dah kamu ingat semua orang pergi kursus yang sama ke...
budak : mestilah. dia kursus. ticer kursus. kan sama tu
me      : k...

****

me      : hello class. how are you doing? sorry for being away for a little too long. i had to attend some sorta carnival in perak. so.. yeah how are you? anything to share?
budak : ticer
me      : yes?
budak : ticer cakap apa... tak paham
me      : ... *tarik nafas dalam2.* kita sambung belajar yang haritu ye...

****

budak A : ustad, kenapa ustad tak pakai songkok?
me          : kenapa kamu tak pakai kasut?
budak B : sebab kaki dia saket
me          : ha, chekgu pon sebab saket la
budak A : ustad tak pakai songkok sebab kaki saya saket? apa kaitan?
me          : bukanlaaaaaahhhh....

****

budak : sir, saya ada teka teki
me      : tanak main
budak : alaaa...
me      : kamu nak teka teki pasal tarzan dengan gajah dengan peti ais tu kan?
budak : eh!! macam mana sir tau?? saya tak tanya lagi!
me      : chekgu boleh baca otak kamu laa... 
budak : whoooooaaaa!!

seriously aku main cakap je. taktau pulak memang teka teki tu baru nak femes skrg. anyway.. tak lama lepas tu..

budak : ticer, kawan saya nak mintak tolong
me      : what is it?
budak : dia tak ingat birthday dia...
me      : err.. so?
budak : dia nak mintak ticer baca otak dia... pastu bagitau bila birthday dia..
me      : aa.. chekgu baca otak orang sehari sekali je. takleh lebih2. sori ye.
budak : esok boleh tak ticer?
me      : ... esok sabtu. cuti...
budak : ok . (lari pegi kat kawan dia tu... sambil jerit) wei tak boleh. ticer cakap kena bayar
me      : bila masa pulaaaaaakkk.... ~.~

****

budak 1 : ticer, ticer dah kawen ke belom?
budak 2 : ticer dah ada anak ke belom?
me         : takde soalan laen ke...
budak 2 : ada. matematik
me         : ok. apa dia? meh nak jawab
budak 1 : ok. anak ticer berapa orang? isteri ticer berapa orang?
me         : go. finish. your. work. now. . please. -.-

****

me         : alright class. what do you wanna be when you grow up?
budak a : doctor!
budak b : pilot!
budak c : ustad, saya nak jadi hot macam kakak saya!
me         : hah!? hot mcm kakak? err.. hot macam mana??
budak c : tah. dia cakap dia hot. dia keje dalam kapal terbang
me         : ooohhh... air-hostess... 

****

relief tahun 3
me         : who can tell me, what is ambition?
budak i  : cita-cita!
me         : excellent. now.. occupation?
budak i  : harapan!
me         : no
budak ii : impian!
me         : nope
budak iii : cita-cita tak kesampaian!
me         : ...wow... that's deep...
budak iii : betul ke sir? saya buat lawak je
me         : nanti kamu paham.. heee~

****

budak x : ticer, dia buat saya!
budak y : manade... Tuhan yang buat kau... haa.. maluuu.. wuuu maluuu....

****

me      : since most of you did not bring the things i asked for... i give you two options. those yang bawak barang2 tu, kamu nak buat hari ni ke esok? choose.
budak : kenapa ticer?
me      : if we do it today, those who didn't bring the stuff won't get their marks. takde markah. if we do it tomorrow, then everyone can get their marks, unless dorang tak bawak lagi. so now i want you to think... think of your friends... today means they get no mark. tomorrow means all of you can get your marks. i give you two minutes, then you decide.

saje je nak tengok semangat setiakawan dorang. anyway, lepas 2 minit..

me      : so. today or tomorrow?
budak2 yang bawak barang : todaaaaaaayyy!!
me      : . . .


****

all the best to you, the newly teacher-ed fellows!! please survive and enjoice!!! xD

^______^

Tuesday, July 2, 2013

Eksploitasi Wanita oleh Media


assalamualaikum. salam semut. oh wait tu specialty kaum hawa je. tapi kenapa laki tak salam semut eh? oh. hahaha


hmm... benda ni dah lama aku perati... sejak aku kecik lagi. tapi kecik2 dulu aku tak tulih blog; aku tulih karangan bergambor. bila besor sket aku tulih essay sampai peringkat neshenel. besor lagi aku tulih reflection yang tetiap minggu kena submit kat lecturer. so sekarang baru ada masa nak tulih blog. hahaha. ngek~

just something to ponder.


contoh.. banyak lagi yang lagi dasat.. hehe..


bila aku tengok tv, or baca soratkabo... boleh kata hampir kesemuanya mengeksploitasi wanita. pompuan. female. especially adverts. hooo... segala jenis iklan ada kat tv. tak caya gi tengok tv3 japgi. iklan saje dah 10-15 minit dalam sejam. hihihi

bila iklan pasal hal pompuan, barang pompuan... aku tak kesah. memang itu hak dorang. takkan la iklan (dengan izin) tuala wanita nak pakai model lelaki lak kan? or iklan alat solek/kosmetik... nak cacah kat muka jantan. harus tak menarik. melainkan ada yang kreatip yang boleh twist stereotype tu.. then it should be something fresh n profiting i perhaps! (tapi tak jalan sgt kot kat mesia sbb org mesia ni suka je benda2 stereotype... hihi.. bukan semua la...=p yeah kebenaran tu pahit..) ^^


"women are not decorations"


cer korang reflek balek... tengok tv tu. iklan sabun, pompuan. iklan baju, pompuan. iklan makanan segera, pompuan. ok fine... ada perkaitan. tapi iklan pencuci tandas? iklan semburan racun perosak? pastu paling aku tak paham sampai sekarang... iklan kereta/majalah kereta dengan gadis litar. itu masuk list dislike. sebab bagi aku, aku tak suka wanita dijadikan objek dan kelebihan2 dorang dieksploitasi demi kepentingan lelaki. cukup ketara dan tak keterlaluan aku cakap, wanita dalam pengiklanan lebih dilihat sebagai objek seks. such advertising strategies only depicting sexism, partialism, societal expectation, stereotypical, objectification... etc. sigh~~


maaf ye.. ni antara contoh yang TAK BAGOS. hm..

well... ada jugak iklan yang gunakan wanita pada natijah yang betul. sebagai suri rumah yang prihatin, sebagai ibu penyayang. contohnya, mcm iklan psl kesehatan, kekeluargaan, iklan susu tepung, iklan bijirin sarapan, iklan ubat/vitamin/supplement, iklan masak2... and kalo korang tengok ads pasal institusi pengajian tinggi pon, banyak yang letak pompuan sebagai daya penarik. in a way, itu menunjukkan realiti - dominasi wanita kat dunia profesional. on the other hand... lelaki ni kira koman spana laa... tak masuk yunibesiti. pompuan lagi cerdik oii! hahaha. 

kita ada Kod Etika Pengiklanan. bila sebut etika, sumorang pon tau kot. tapi.. kawalan kod ni sendiri pon longgar. pengiklan tak patot ikot budaya barat memperalatkan tubuh dan kecantikan wanita sebagai alat eksploitasi.

Memperalatkan tubuh wanita semua peringkat umur adalah satu penghinaan walaupun dilakukan secara sukarela.” 
- Rubiyah Haron, Naib Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)

nak bacaan lanjut, bleh check this out. Elemen Psikologi Pengguna Dalam Pengiklanan oleh Ishak Mad Shah, Universiti Teknologi Malaysia.

or korang boleh google scholarly articles regarding this subject matter. search je women and/in advertising. banyak benda boleh baca. good for thinkers and action-takers. hehe


says it all.. haha



having said that.


well everything happens for a reason. dalam agama pon ada cakap, wanita tu perhiasan dunia. jadi sorok la camna pon, kita tetap akan nampak dan nak bagi nampak. cuma.. aku harap... aku harap la. kita tak mempergunakan wanita, kaum hawa, kaum yang cukup istimewa bagi semua ni... demi kepentingan duniawi. bagi yang baca iklan 'suami-isteri' or produk body kat soratkabo metro, tabloid bagai tu... udoh2 le.. sama2lah kita saling sedar dan menyedarkan. =)


camni baru la elok jadi iklan!! ekeke xD

wallahualam~~..