SOCIALIZATION

Monday, January 23, 2017

Lelong! Lelong!

ni kisah lama, beb... taon lepas... bulan berapa ntah... tapi.. aku tetibe teringat hari ni... so aku nak cerita hari ni. huhu...

al kisah umah aku dok menyewa sekarang ni takde mesin basoh. ekceli masa masuk dulu pon memang kosong langsung2. aku dengan hosmet2 aku yang beli barang umah sket2 bagi buleh duduk. TV, peti ais... tapi mesin basoh je kitorang tak beli. hahaha

jadi bila kitorang nak basuh kain baju, samada kitorang basuh tonyoh dengan tangan, atau hantar ke kedai dobi, ke laundry. masa tu pusat dobi laundry layan diri ni tak berapa nak ada kat area sini. so, option terbaek ialah aku hantar ke kedai dobi yang sediakan perkhidmatan mencuci - siap keringkan dan lipat. muehehehe. pemalas kan aku? hiks

tapi tak semua baju suar laa... spender bagai aku basoh sendiri hokaayyhh... hesh. mula la pikir bebukan tu. eh.

anyways. nak dijadikan cerita. aku ni jenis setia. dah kenapa tetiba? hahahaha. aku nak kabo, ada satu kedai ni, yang dari mula aku hantar kain baju ke situ, sampailah ke sudah memang situuuuu je aku hantar. takde pegi ke kedai dobi laen dah. situ memula dulu singgit sembilan posen sekilo pakaian. lamaaaa sket, naik dua hengget. lamaaaa sket, naik dua hengget doposen. hesh... tapi apakan daya. aku kan setia. tetap jugak hantar situ walopon ada je kedai dobi laen yang caj lagi murah untuk servis2 yang sama. haaa... mesti korang cakap, setia ke.. sengal.. ekeke xD

koman2 seminggu sekali aku hantor pakaian nak dibasuh kat situ. seingat aku, ada 3 owner dah pegang kedai tu selama aku dok hantar baju. dari customer, sampai jadi member dengan akak dobi tu, dengan brader tokey kedai tu. pekerja dia pon dah kenal muka aku, nama aku. masuk je kedai, takyah cakap apa2. letak je bakul or bungkusan pakaian nak basuh, dorang timbang2, bagi gerenti kat aku besoknya siap. haaaa.. nampak? dah jadi abang kawasan. hahahaha. kalo kat customer laen dorang tanya dulu, nak amik bila. hehe. see? see? betapa kesetiaan itu mengundang bahgia? hahahahaha

namun...

namun...

kesetiaan ku dikhianati... huk...

terjadinya satu peristiwa yang membuatkan aku takde dah hantar kain baju nak basuh kat kedai tu... sedih. serik. tobat lahom. haih~

that day, aku hantar bungkusan baju macam biasa. tapi tapi... aku macam unhappy nak basuh baju. macam ada premonition je. huhu. tapi tetau la kenapa masa tu. takpelah, aku abaikan je. aku pon gi kedai tu cam selalu...

bila sampai kat kedai, aku tengok yang kije layan customer masa tu... eh.. bukan regular. bukan tokey kedai mahupun pekerja yang biasa aku tengok. orang baru? ye la kot. anyways, aku buat rutin aku. letak bungkusan baju kat atas penimbang. then pekerja tu pon catat berapa kilo pakaian tu. pastu tanya nama aku. hoh... sah orang baru. hmmm. pastu tanya nak amik bila. hoooohhhh. seteghes jap. maklumlah... keistimewaan dah takde. ahaks!

banyak gak baju aku hari tu. seminggu punya pakai. baju keje, seluar kije, t shirt pakai siang, t shirt pakai malam, seluar trek, stokin... eh banyaklah. ada dalam 7 kilo lebeyh seingat aku. takpelah. management baru la kot. kot. tak mesra pelanggan. sokay. no biggie. manusia beza2.

em. beza sungguh kali ni... sampai aku tak hantar situ dah pastu. haih.

why?

the next day aku gi kedai dobi tu. nak collect 7, 8 kilo punya pakaian. kalo menurut bil yang aku dapat, collection day nye ialah the next day tu lah. okay. aku pon pegi kedai, bawak bil/resit tu. sampai kat kedai, lapang je aku tengok. aku masuk kedai, tekan loceng pat lima kali, baru ada orang keluar jenguk. pekerja semalam tu jugak. hmm. and then dia datang kat kaunter, tanya aku

"encik nak hantar baju ke?"

ammm... terkedu jap. aku datang siap pegang resit, takde bawak bungkusan apa2... camne laaa dia boleh cuba break the ice camtu skali. adooihh. so aku kabo la, aku nak amik baju. semalam dah hantar. aku pon tunjuk resit aku kat dia. then dia amik resit, pegi cari kat area bungkusan2 pakaian yang dah siap dicuci. pastu dia datang balek kat aku sambil bawak satu plastik bungkusan. aku tengok bungkusan kain baju tu. okay, nama aku. siap dengan nombor resit/bil. ayte. aku pon bayar, cakap mekaseyh - walopon dia tak jawab pon ucapan aku in return - dan balek umah dengan bungkusan tu.

macam hepi ending kan? teeetttt. haha

sampai je kat rumah, aku pon keluarkan pakaian dari plastik dobi. and then... i was like... eh.. amende ni. apsal kain baju seluar ni tak familiar ni... corak, kaler... eh ni bukan baju aku. dia tercampur ke? hmm.. positip lagi. aku pikir dia tercampur dengan baju2 aku. pehtu... aku keluarkan lagi... ah sudaaaaahhhh... ada panties pompuan, dengan tiga pasang bra... adduuuuuhhhhh... kompem2 la silap isi teros niiiii... T_____T

maaf tanya.. in case ni baju2 awak yg tgh baca ni... umm... kenapa awak basuh sekali dgn berus ye? ^^"


seteghes kejap. haih... patut la aku tak sedap hati je semalam. ni la mendenye kot. dah tu cemana ni?... ada camisole, spaghetti strap, ada tube... aaaarrgghhhh!! kalo korang terpikir aku teruja berlaku kejadian sedemikian, you're dead wrong. ni bukan macam kes termasuk terdandas terpompuan yang jadi masa kat UM dulu tu weh. ni upsetting nih. Zzzz.... sudahnya aku lipat balek baju2 kain seluar sume tu, masuk dalam plastik - yang sah2 tulih nama aku dan nombor resit yang sepatutnya mengandungi pakaian aku - then aku gi kedai tu cepat2. positip2. bengang memang bengang, tapi aku tenangkan hati, pikir maybe dorang salah masuk plastik je. my stuff still kat sana lagi.

and then aku sampai kat kedai tu. and pekerja tu lagi yang entertained aku. aku cakap elok2,

"kak, saya rasa kedai dah tersalah sort baju.. saya dapat kain baju orang laen, bukan saya punya. plastik je betul nama saya, tapi isi baju orang laen."

dia amik bungkusan tu dengan buat muka kerut2 dahi, buat muka macam heran sangat ... or tak percaya kat aku. memula aku chill la lagi... tapi lepas dia cakap satu ayat ni... aku memang pissed off teros. memang tarik muka teros. haih... dia cakap apa?

"eh. kenapa encik ambik baju orang laen ni?"

'______'

what?

what was that?

dia tanya aku kenapa...aku...ambik baju orang laen..? KENAPA . AKU . AMBIK . BAJU . ORANG . LAEN?? AKU!???

hooolllyy shiiiitttttt.... memang aku masam teros muka! panas telinga, panas je pipi. aku marah betol laaaa centuuuuu.... jadah apa dia tanya aku camtu? aku ke yang sumbat masuk kain baju dalam mesin, basuh, keringkan, lipat, tulih nama dan nombor resit kat plastik bungkus, isi baju, serah kat diri aku sendiri?? aku ke yang pegi punggah baju2 orang tu sume masuk dalam beg plastik aku sendiri??

aku memang pantang sungguh kalo orang dah salah, tapi tak ngaku salah. lagi super pantang bila dah salah, tak ngaku salah - pegi salahkan orang laen pulak. lagi2 super duper pantang bila yang dipersalahkan tu ialah aku - yang dah disusahkan oleh kesalahan dia yang dia tak ngaku tapi tuduh orang pulak . baabuuuuunnn laaaaaaaaaaa~~~

faiinnn... aku tak mengamuk time tu. aku tenang jugak. macam biasa lah. senyum. hide it behind your smile, an.. hahaha. so aku cakap elok2. kak, jangan la tanya macam tu. saya cuma customer  yang hantar baju nak basuh, amik baju bila siap. prosesnya mesti la dari pihak akak kan? takpe. akak cari dulu baju2 saya. ada tu. tersalah plastik je, kan?

baek je aku cakap. aku pon tak tau kenapa aku tak simbah petrol kat kedai tu macam aku simbah petrol kat longgokan sampah yang orang tinggal depan rumah aku kat kampung dulu lepas tu aku sodok abu dia, kumpul dalam kereta sorong, sorong pegi hantar balek ke rumah orang tu sambil gitau aku dah tolong bakarkan untuk dia, most welcome. em em

maka dengan muka berkerut pekerja tu pon cari la entire kedai tu. to be honest, tak berapa bersungguh pon aku tengok. dia tengok2 bungkusan2 yang masih ada kat rak2 pakaian tu, bukak and selak2 gitu je. pastu setiap plastik yang dia bukak, dia tunjuk kat aku sample baju yang dalam plastik tu - kot2 la ada mengena baju suar aku kan. hmmm... aku berdiri je tercegat depan pintu masuk dobi sambil tengok dia ke hulu ke hilir bukak plastik. bukan aku taknak tolong, tapi dia sendiri cakap "encik tunggu situ ye, saya cari kejap" . aku offer nak carikan. aku tau la baju aku, mesti kenal. dia kata takpe2, dia cari, nanti takut tersilap lagi. sigh...

anyway, aku pendekkan cerita... lepas dia dok mundar mandir cari pakaian aku yang betul tapi tak jumpak2 jugak wlopon dah ulang alik lokasi yang sama tujuh lapan kali pergi balek... aku cakap takpelah kak... aku ada banyak kije laen nak buat daripada melayan dia pi mai pi mai buat muka heran kerut2 dahi dia tu... maybe dia pelik - kalo tertukar baju from machine pon, paling tidak baju2 tu mesti ada kat dalam bungkus2 yang laen. melainkan ada orang laen yang dah amik bungkusan yang ada kain baju aku, then memang takde la kat kedai. aku positip cmtu je lah. maybe ada orang dh amik. tapi setakat ketika aku nak blah dah, memang takde my stuff.

"camni lah kak. saya tinggal bungkusan baju orang lain ni kat sini. ni nombor telefon saya. bila jumpak baju saya, tolong hubungi cepat. or ada orang pulangkan baju saya, sampaikan terima kasih saya kat dia, dan  bagitau saya terus. maaf lah kak, saya terkilan. dah lah benda jadi sebab pihak kak yang cuai, kak pulak kata saya macam tu. takpelah. harap lepas2 ni elok2 la sikit buat kerja. jaga customer. especially yang returning customer macam saya."

sambil dia tak habes lagi buat muka hairan dia tu, aku tulih nombor tepon kat kertas, then lekat kat plastik baju yang nama aku tadi guna selotep. aku jalan ler gi kat keta dengan hati hampa. sedih mikirkan pakaian2 aku yang tah apa la nasibnya. memang la kain baju suar sume buleh beli. tapi kalo dah baju2 yang hadiah orang bagi, yang dapat masa event2 best, yang pemberian arwah, yang beli memahal... gone camtu je... ko rasa? ganti cemana? sama ke nilainya? =(

yang lebih menghampakan lagi.... haih... sepatah "maaf" or "sorry" pon tak keluar dari mulut pekerja tu. ya Allah... sah2 la dia yang cuai, penyebab jadi salah ni bagai sebab memang dia the only pekerja situ masa tu. masih lagi nak ngelat, dok tanya macam mana boleh jadi camtu... macam mana boleh tersilap... tersalah.... tanya kat aku plak tu. hesh. mana la aku tau bukan aku yang kije situuuu. at least kalau betul pon bukan salah kau (which aku rasa mustahil la bos dia yang nak turun cucikan kan...) ko mintak la maaf atas kecuaian pihak dobi... paling2 pon cuma cakap nanti kami hubungi encik kalau dah jumpak baju suar aku balek. kalo tak, kami bayar ganti rugi. ganti? duit boleh la bayar. tapi nilai pakaian2 aku camne? sentimental value buleh ganti ke?

itulah kali terakhir aku pergi hantar kain baju untuk dibasuh kat dobi tu. dan aku mula ada trust issue dengan kedai dobi. bukan kedai tu je. semua lah laundry yang manusia laen yang handle cuci basuh baju sume. sejak2 tu lah aku berjinak-jinak dengan dobi layan diri yang sekarang ni bercambah bak cendawan tumbuh lepas hujan. hehehe. alhamdulillah. i know i can trust myself. ekeke

so, adik2. moral of today's story... basuhlah baju sendiri. jangan harap orang basuhkan. bhahahaha. hoih. panjang nau aku merepek. gigih lak korang baca ek. hikhik. mekaseyh layan aku mengomel. ^^

apa laa nasib kain baju aku yang gone with the wind tu ye... ehe..

Thursday, January 12, 2017

Hanya Sekepal Dua - "Rahsia Pohon Cemara"


korang rindu siri sekepal dua ek... ek.. ek..? ececey. hikhik. well ekceli aku pon rindu nak hapdet siri hanya sekepal dua ni. ni laa modal aku bergelak ketawa dengan korang. ni laaa modal aku nak share experience jadi cekgu skola rendah dengan korang. bak kata orang kampung aku, what goes around, that comes back to you - it's a well-thrown boomerang. eh tetibe.

dari dulu aku ditanya... apa maksud sekepal dua ni? apsal aku suka guna gambo onigiri? haaa... anak2. meh abah nak citer. =p

dulu.. masa abah taon akhir mengaji kat maktab... abah kena pegi praktikum. masa tu praktikum kat SK Batu Maung, Penang. praktikum ni ala2 latihan industri la. memang latihan industri pon, cuma kitorang tak pegi ke company2 or kilang2 ke apa... kitorang bakal cekgu kena gi skolaaaa~

masa kat sana, abah dapat 2 kelas tahun 2. budak2 dia... kuusss semangat. aktif bebenor! hehehe. tu kelas yang wajib. kekadang... ekceli bukan kekadang... selalu. hehe. selalu jugak abah dapat kelas ganti. maknanya bila ada cekgu yang tak dapat masuk kelas tu, abah la kena ganti ngajo waktu dia tu. haaa.. jadi, banyak jugak la masuk kelas2 laen. basically, almost setiap kelas dari setiap darjah satu dua dan tiga abah pernah masuk ngajo. makin banyak budak... makin banyak la ragamnye. macam korang la anak2 abah ni. em em..

buleh dikatakan, hari2 adaaaa je benda yang mencuit hati abah bila masuk kelas dorang. ecewah ayat iklan slot akasia. hahaha. seronot beronot ronot tau! kekadang tu yang kita tak expect tu la yang dorang cakap, tanya, jawab... hehe. somehow abah suka menulih. so, apa2 yang menarik perhatian abah masa tu, abah tulih atas kertas, masuk dalam fail. lama2, almost hari2 dok buat... jadi habit pulak. ekeke

maka, tergetus niat di hati kecil ini... nak kongsi cerita anak2 kat sekolah, dengan kawan2~ yaayyy! memula tu, nak share je kat facebook. tapi tapi... mikirkan japgi facebook floods timeline kengkawan abah pulak kan... hari2 tengok abah update. hesh, kang syok sendiri lak katanya. orang pon nyampah. ammm... so abah kumpul2 dulu semua yang abah catat, pastu lebih kurang seminggu sekali, abah taip balek dalam entri, post kat blog. blog doluuuu... liveitlively.blogspot.com. takde dah tu. arwah dah... kena hacked. noharom sungguh. eh maaf, terguna kata2 kesat pulak depan anak2..

makanya... terciptalah siri "Dialog Kekanak Riang" yang merupakan update berkala mengenai kumpulan cerita2 dan interaksi menarik budak2 kat sekolah. dan dari post pertama minggu pertama abah started praktikum, saaaammpai la minggu akhir... entri2 tu semua dah bawak banyak keriangan pada readers blog abah masa tu. alhamdulillah. ^~^

tu baru mukadimahnye noq nak oii.. ekeke

lepas praktikum, abah graduated. gedebak gedebik gedebuk, abah dapat posting lepas setengah taon menanti. so abah benti kerja jadi pensyarah kontrak kat INSPEN, abah pegi la ke sekolah yang abah ditempatkan. abah pendekkan cerita la ye? anak2 abah ni nampak ngantok dah dengar abah merepek ni.. =p

sekolah tu ialah sekolah yang abah tengah kije, dok ngajo sekarang. nama sekolah tu... aammm... sir-co-law kerr-bunk-saw-un foo-n-chuck alarm dew-are. ^^" maaf ye anak2.. abah takmo taip betul2 ejaan dia... nanti searchable kat google. aammm... jenuh kalo budak2 skola sekarang ni baca... takleh la abah nak mengamalkan freedom of speech lagi kat sini. jenuh kena jaga tatasusila, tatabahasa, tataulacemanenanti dan laen2... hee...

anyways!

sedari masok sekolah ni... makin baaanyakk benda yang abah rasa nak kongsi dengan kengkawan dan readers abah. so, abah pun nak sambung buat macam dialog kekanak riang dulu tu. tapi abah nak kelainan la kan. tempat pon dah laen. pikir punya pikir, i decided nak guna nama sekola. tapi tapi... tu lah, nanti klo orang search nama sekolah, koman2 blog ni musti appear kat page hasil carian. hmmm

but then... tetiba ilham datang. no no, bukan kawan abah yang nama ilham jamil khir tu.. hahaha. idea2. abah singkatkan nama sekolah ni, blend leklok bagi catchy... abah tried.. Se.. Ke.. Pu.. L.. Dua.

aduh... mende sekepul -____- huduh nau. hahaha. why not... Se..Ke..P..Al.. Dua. eh. ehhh. ehhhhh! macam sedap la pulak? sekepal. sekepal dua. alaaa, macam sekepal dua nasik arwah opah kamu suka buat dulu tuuu. haa. kepal2 nasik. sekepal dua. okaaayy!! that's it! yaayyy!! dapat nama untuk siri ni!!!

Hanya Sekepal Dua. kisah abah dengan anak2 didik abah di eskaaayy punchaaakk all-arm dua. ^^"

ate, itu le ghopenye kelahiran siri ni~~ maka abah harap terjawab lah persoalan2 yang bermain di minda anak2 abah ni pasal nama siri sekepal dua ni. hiks.

pastu pastu? pastu abah teruskan hobi mengumpul dan berkongsi cerita2 lucu dan mencuit hati dan perasaan dekat blog. tak la tetiap minggu dah macam dulu. tapi boleh kata selalu jugak la. paling kurang 2 minggu or sebulan sekali mesti update. kena pulak budak2 sini memang innocent abes dorang punya ayat, soalan, jawapan... stail takde tapis2 punya... maka banyak la modal abah menulih. ekeke

tapi itulah. langit tak selalunya bersalji. em em.. semenjak dua menjak tiga pat menjak kebelakangan, abah dah tak rajin hapdet blog, apatah lagi siri sekepal dua. bukan la abah baloq liat sangat... hesh... tapi tu la... bila ada idea, ada bahan... takde mood. bila ada mood, takde idea plak. makanya... makin jaranglah baju abah abah update entri kat blog. tambahan pulak bila dah mengajar sesi pagi, budak2 tahun 4 5 6, dorang reti pikir lebih sket. nak cakap, nak tanya, nak jawab pon dorang pikir dulu, tak straightforward tembak je macam bebudak darjah 1 2 3. so.. tak berapa menarik sangat la jadinya. ehe

and ramai dah kengkawan abah yang cekgu jugak, mula berkongsi cerita anak2 didik dorang kat facebook, kat twitter bagai. orang pon suka baca kat facebook, suka like, bleh comment teros etc etc. jadi blog abah tak berapa laku sebab orang malas nak baca abah tulih. panjang, cemuih, makan masa dorang. hahaha. and obviously cerita2 kengkawan abah tu banyak yang lagi menarik. so... slowly abah undur diri. #jalanseretbantal

hahahaha. takde lah. abah busy la noq. eh, nak. abah ngko ni tak lekang dari ektibiti. di skola, dalam skola, luar skola, atas sekolah... eh semua lah. so di samping takde idea dan takde mood, abah takde masa nak hapdet jugak. ko tengok la abah menulih sini ni pon... tak reti2 berenti lagi ni. kredit la untuk anak2 abah yang gigih baca sampai sini dah tanpa skip satu perenggan pon. hahaha. mekaseyh~ saaaayang anak2 abah semua ni. ^^ centu la hargai abah yang tak lama lagi nak mampos dah ni. ekeke xD

makanya! di kesempatan ini, saya nak ucap ribuan jutaan billionan quadrillionan quintillionan terima kasih kat anda semua, readers blog saya sedari dulu mahupun yang baru, terutamanya penggemar2 siri hanya sekepal dua. tanpa respon dan feedback daripada anda, saya tak mungkin gigih nak menyambung siri ni (walaupun taktau laaa takat mana larat ni... hahaha). thank you guys!

so!

untuk entri resurrection ni, meh aku bagi korang highlights dari zaman praktikum sampai dah kije skarang, yang comel2 untuk dilayan. hee. enjoice!!



budak: ticer, kena selang ke?
me     : iye. *cakap kuat2 bagi satu kelas * selang satu baris
budak: ticer, selang berapa?
me     : ...

*lepas dua tiga minit*
budak 2: ticer, kena selang ke?
me        : .................

***

budak : ticer, kena salin ke?
me      : salin. copy into your writing book
budak : kalau tak bawak buku, kena salin jugak ke?
me      : ... tulis kat dahi.
budak : dahi sape? kalo dia tak bagi camne?
me      : -_________-

***

*masa ajar kelas year 1*
me     : okay, how many months do we have in a year? setahun ada berapa bulan?
kelas : dua belaaaaasss!!
me     : good! what are they? bulan apa
kelas  : bulan satuuu!! bulan duaaa!! bulan tigaaa!! bulan empaaatt!! bulan limaaa!! *sampai bulan doblas...*

***

budak : sir, dalam banyak2 binatang, binatang apa paling kedekut?
me      : em... beruang?
budak : salah!
me      : then, binatang apa?
budak : kuda laaa! 
me      : kenapa?
budak : tengok dia lari. kan bunyi 'kedekut, kedekut, kedekut, kedekut, kedekut...' 

***

budak : ticer, nak panggil ticer, 'zaffuan' boleh?
me      : sure. but why?
budak : sebab ticer 'zaffuan and only di hati kite' 
me      : seghonoknyelaaahhh ko ngusik ticerr yeeeeerrr!! hahahaha. meh sini nak cubit!!

***

hehehe. ni namanya warming up. nanti2 aku hapdet lagi okeh? ^^ thanks guys!! doakan aku rajin. hahaha

my 2016 four anugerah. don't grow up too fast, kids. ^~^

Tuesday, January 10, 2017

WHY YOUR HAND THERE!!??



gambar ni.... aku stress tengok. lama dah aku amik gambo nih kat kedai kek dan roti kat tesco kalo tak silap aku. years ago. tapi aku still rasa bothered dengan gambar ni... aarrgghhh

korang tengok ek. girl paling kiri gambar tu... cer tengok betul2 muka dia. mata dia. zoom2. nampak? nampak? dia tak tengok muka mamat pegang kek tu poooonnnn~ like... whaaattt? ko tengok mana, noq!? dia depan ko je. tengok muka oi, muka!

pastu mamat baju merah sebelah dia tu. kat mana dia pandang? hesh! ni sekor lagi. subjek betul2 depan mata dia. taaapiii dia tengok nuuunnnn across the room, tengok gadis in pink tu. like... what the hell? ko tengah nak flirt ke apa? tunggu jap lagi lepas makan boleh tak? ha? haa??

gadis with grey top tu... no comment. aku tak nampak mata dia.... so.... em em...

ok mamat baju puteh tu aku nampak genuine gak la sket berlakonnya. macam ala2 ikhlas gittew. tapi bila tenung balek lama2... korang boleh rasa dia senyum tawar tu. berat hati dia nak senyum tu... ada sinar belas dan ehsan di wajah dia.... hmmm

gadis pakai blouse biru... obviously dia tak tengok subjek (mamat pegang kek) tu. dia samada tengok laki baju merah yang tengok gadis baju pink across the room tu... atau girl in blue-green blouse tu. jeles ke, tak puas hati ke... aku tak sure. tapi kompem2 dia ni gelak tak ikhlas. hokhokhok

and then there is this buddy.... mamat baju merah tu. blakang mamat baju hijau...

sekali tengok muka dia... hey, he's happy for his friend there. but when you see it.... WHAT THE ACTUAL HELL ON EARTH ARE YOU TRYING TO DO!!?? WHY YOU... YOUR RIGHT HAND THERE!!?? WHAT'S WRONG WITH YOOOOUUUU!!!??????

aarrgghhhhh!! kenapa dorang semua niiii!!!

Monday, January 9, 2017

How Malaysian Are You? - 5 Things on the Checklist


you see aa.. nowadays people around the world are setting their eyes on malaysia you know. ya laa... malaysia got twin towers whaaattt. where got couple tower like that somewhere else leh? haaa.. malaysia only got only~



some more aa... we got the kinabatangan river. eh. other kina. kinabalu. the mountain. mat salehs suka go there panjat2 one. then commit stupid acts, then make viral their stupidity. good one lah ho? gila la these people. clever eat, clever keep la. aiyoo

and then recently aa, whole malaysia got syiok you know. syiok laaa, bukan shocked. well actually shocked pun also can, but that one aa early2 time we got the news. what news? no.... not that super rich arab who donated a malaysian here some money~ alaaa not much pon. you all saje kecoh2. envious lettew. try you that got the money. you sure senyap one also meh. =p

i'm talking bout this fella. this fantastic footballer. faiz subri. so who's this faiz subri? aiyo, i yang not a soccer fan pon tau, ok. he's nominated for PUSKAS award. what award? award laaa... for most cantik goal one~ the other day he tendang bola flew over a fence of defenders then somehow magically softlanded in the goal just few inches beyond the goalie's reach. you don't know ah? ceyh. watch la below. not my below la silly. hesh!



holy shit right? haaaa.. told you.. malaysia boleh! :D

okay. now we know malaysians are the greatest people in the world behind americans . and canadians (they got superb line of ministers weeyyhh..). but how the actual hell to know you're among the great malaysian? read on. see where you got things in common or not.

1. malaysians and time aren't aligned nor paralleled 

one thing you must do to become a great malaysian... is disregard the punctuality. more like disobey la kot. come late to whatever function you suppose to attend. the japanese invented time. no, bukan clock or watch. i mean time. lol. kidding2. hyperbolically saying that they are super perfect timer. if they saymeeting at 8, then 8 sharp they start. arrival? doesn't matter. they'll be there before 8, even milliseconds before the set time. 

malaysian, in comparison, must not come on time. if you want people to come at 8, tell them that the meeting starts at 7.30. or 7.20, if you don't want to sound typical lah. they'll show up at 8.05 to 8.15. kira ok la tu since your hidden attention is to start at 8.30. otherwise aaa, if you want them to come before 8, then start the program at 8 sharp... you go jump bridge first, die first, reincarnate yourself and then bertaubat for stupid instructions you wished to be fulfilled by your fellow malaysians. 

you did this too right? right? ececeyyy... hahaha . source


heard of "janji melayu" ? that's the term for this case. so faiz subri. no need pakai baju melayu sampin songkok bagai... just come late. that surely shows major malaysian punya identiti. hahahaha


2. we buy blinkers/indicators separately

malaysians are psychic. really. most of us. you see a car in front of you, closing a simpang or something, you surely extremely fantastically pasti that swear words will come out of your mouth. just be ready to maki.  if you takmau maki pun, you certainly putting your foot on the brake already. why? malaysian drivers know best. go tanya around. hahaha

malaysians are kaya people. rich. wealthy bunch of brainless tards. not all la. i'm talking bout the ones yang bought kereta without buying the indicators. or blinkers. we call it signal. that's why most of the time you can see drivers masuk simpang, take over, change lane etc without bagi signal. 1, because we can read minds. no need to tell others you wanna masuk kiri or kanan. they know. 2, those yang bagi signal are super kaya, because they could afford the indicators yang normally cannot be found in cars in malaysia. and they're not great malaysian la of course. great malaysian read the next action by heart laaa. luls~

source
malaysians don't like being so straightforward. nak masuk simpang, nak tukar lane, bagi signal. pffttt.. tadika stuff. go check their lesen. competent or still L. or P. =p


3. pickup line is the new nasik goreng USA

what the hell?. lol. anyways. malaysians have the sweetest lips and tongues in the world. figuratively, thankfully. you wanna blend in the crowd? arm yourself with a bible of pickup lines. that, my friend, is your ultimate weapon in your arsenal to blowtorch melt the hearts of gadis2 hakak2 hadek2 mak2 anywhere in malaysia. 

really. who doesn't like sugarcoated words and phrases and sentences which arguably yet technically meant to shower your heart with cotton-like softness petals of sweet edible flowers. okay too much. but really, malaysians nowadays are essentially great with pickup lines. be firing them, or passing the baton, or tossing the boomerang... words uttered are the key to open up possibilities longed for whatever reasons. don't ask me. i only tau whose line is it anyway je. yeah i'm old sia. hahaha.



4. viralisation

malaysians once recorded among the top users of social media platforms. once ke? rasa macam still je. lol. they have one trait in common. the culture of "share first, sorry later". or rather "share fast! sorry? never" . lol. 

really meh? really horr... we might not possess lightning fast sprinters nor runners, or swimmers or whatsoever athletes. but malaysians are champions in the league of make-viral-whatever-pops-on-the screen. 

to be a great malaysian you must put aside your malu, store it in a tin milo, wrap it tight in kain or plastic, and bury it in the middle of hutan taman negara ahang. shame? shy? no such vocab in great malaysians' dictionary. malaysians seek attention at their best. makan paling banyak ke, climbed the highest billboard ke, operating a crane without anyone's consent ke, planking on a motorcycle which is speeding at 130 kmph ke... whatever lah. all must be recorded. video, baby. upload it. share it. like it. comment. bash. all in the name of a desired fame.

if you see a house on fire, you must quickly take your phone out! before you dial or call for help, you must take picture of the inferno. selfie sedas dua as memorabilia. post them in your instagram, on facebook, twitter. wait for people to like and comment. attend their questions and respond as quickly as possible. you don't want people to wait for your reply right? house is already on fire. what to do. other people there also taking pictures of themselves with the collapsing house as background. it's a once in a lifetime opportunity maaa... where got people bakar rumah hari2, right? 


5. haters and supporters are life!

great malaysians can be great trend setters, great followers, great supporters, and great haters at miraculously the same time. how people divide themselves into groups and clans, i have no idea. but yeah. bobo, coco, nur sajat, ayda jebat, hiphopers vs ravers vs k-popers, budak pavi budak klcc budak LRT budak MRT... eh so much more lah cults in malaysia nih. bleh hari2 feature kat #motifviral. eh

one thing for sure, you have to choose your side. you know like anakin... sorry, darth vader offering luke to join the dark side? yeah. to be or not to be. if you like to go with the flow, just support whatever most great malaysians are bashing day and night, inside out. if you wanna stand out and make your own cult or something like magneting the spotlight onto yourself, you can go against the crowd. may the odd be ever in your favour, dear raver. ekeke


how's it? ada kena one? kalau ada, then you're on your way, you're on the righteous path... on becoming... another. great. malaysian.




Sunday, January 8, 2017

"Before 30: A Reflection" - HAHAHAHAHAHAHAHASDFGHJKL

di entri ini aku rewrote reflection yang aku dah buat masa zaman study dulu. masa foundation years. i think back in 2006 kot. omg... 10 years agoooooo... aiyooooooo.... xD

"reflection" ni kitorang kena tulis on weekly basis untuk subjek Language Development. setiap minggu kena berbeza tajuk/topik. so.. camne aku leh came up with this crap niiihhhhh.... hahahahahaha

aku copy sebijik2 seperti mana yg aku dah tulih and print dan hantor kat lecturer. so, i actually had a good laugh bila baca balek reflection ni.... sebelom aku slowly senyap then stressed out macam nak terjun lombong... gaaahhhhh.... 30 oooiiii!! LOL

saje nak share. bacalah kalo sudik! ^^

sekadar hiasan xD



3TESL 3


Reflection – My Before-30 Plan.       

            People always ask me, “don't you have a girlfriend?” or “will you own a house in the next five years?” I often smile at the questioners, and answer them that ‘time will tell’. Yup, all those speculations and unwanted questions are in my before-30 plan. It means I have to achieve all my hopes and dreams before I turn 30, so that I will not be a 30 year-old bachelor with low monthly salary of a common job, no savings with no car or motorcycle to ride on. Hey, what do you expect from a teacher-to-be like me?

            In my plan of dreams (yeah right), I want to find a girl to be my wife during the final year. Not that I will marry her in that very year, or the year after, but I feel it is much safer to have a girlfriend (future wife, I would say) during that time, rather than after 30. Come on, we have to do some scouting before sticking to one, right? And the process will take time. Why not now? Nobody likes me so far. Hehe.

            After the graduation, I will be sent to a school to start my career as a teacher. In a way I have to worry about my ehem2 *coughs* which may be living far from me; but mind that later - by hook or crook I need to adjust the matter anyhow - situation-dependent. Now, salary. I hope our starting income will be more than what today’s new teachers are receiving. With at least RM 1800 for starting, I won’t have to save money for a long time to pay PTPTN. If I can save up to RM 500 per month, I just need 3-4 months to pay them back. Then I can focus on buying a house, car and wedding. Yet of course I will continue giving money to my parents. I won’t forget about that.

            Wise man said a man needs a minimum of three keys before marrying a lady – key of knowledge, house key, and car key. Well by that time I am already a bachelor's degree holder, which is the knowledge key. But instead of holding a degree forever, I plan to get a scroll of Masters during my early years of teaching. Economically, Proton Savvy or Perodua Myvy is quite a good car for two. They're considerably and reasonably priced, and consume little less petrol than other cars. What? At least better than Kancil of course. No worry, I won’t be satisfied as long as Honda Jazz exists in this world. Then I have to save more money for a house, and to ask for my lady's hand from her parents. Generally, marriage (wedding, maybe?) blows much money, and that is why I plan to start saving money as early as possible.

            Phew, so much to do, so do not know where to start. But I always remind myself, that we can plan things, yet God makes the decisions. Thus, praying hard is one of the ways to please Allah to grant me whatever I want, and to make my dreams come true. Long live A'anism! (okay that was random).

*******

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!

see!? see??!! aku ambitious kooooootttt! xD 

final year nak carik gadis, nak bertunang... puuiiii!! final year aku aritu sebok berjimba dan berpraktikum kot! celahnye mencarik gadis? haha. gadis carik aku?? lagi jaoh laaaaaaaaaaa.... bhahaha xD . berangan tak hengat. siap nak risaukan si dia dok jaoh daripada aku kot! ekeke. klakor2 

masa aku menulis reflection ni, aku single. hahaha. masa tu memang tak terpikir sangat. cuma berangan2 camtu je la. tak berapa matang lagi tuuu... pikir pon tak berapa jaoh. ekeke. maklum laahh... orang takde experience berpacaran dan berkejatuhan dalam kechentaan~ ^^

oh. PTPTN. aa, memang pengajian aku ditaja oleh KPM, BPG semua. alhamdulillah. tapi satu benda yg korang perlu tau kat sini - aku berhutang dgn PTPTN sebanyak RM1500 tau! camne lak tu??

hiks. acaranye camni.... 

sebelom aku dapat tawaran maktab, blajo TESL ni, aku dapat banyak gak ofer daripada institut pengajian laen. biasa la, lepas SPM kan - semua orang nak soh amik kos kat tempat dia. sekali tu aku dapat interbiu utk program Perancangan Bandar dan Wilayah... tup tap tup tap, aku lulus interbiuu tu. then sampai la surat offer daripada UITM! katanya;

"TAHNIAH! anda berjaya memikat hati penemuduga kami dengan English anda yg lintang pukang, serta lukisan bangunan anda yang huduh. walaupun anda tak hensem, kami nak jugak tawarkan program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah kat anda. terima tak terima, belakang kira. bersama surat ni kami sediakan duit raya RM1500 (terima kasih PTPTN) buat anda beli baju baru dan kasut yang cantik untuk dipakai semasa belajar di sini nanti. mudah2an anda bertemu jodoh. "

hahaha. so itulah puncanya aku hutang PTPTN sbyk 1500! aku cash-kan cek tu, then aku pon beli la barang2 untuk masuk blajo kat UiTM. dapat surat tu seminggu sebelom tarikh daftar. aku dah kompiden nak amik course tu weh, sebab tu aku selamber je belanja duit starter kit yang dibagi.

sekali... Tuhan punya perancangan... hambik kau An. lagi 3 hari tinggal utk daftar kat UiTM Sri Iskandar, Perak, ... abang posmen datang depan rumah, bagi satu lagi surat - yg memang aku tak expect langsung.

itu lah! ini lah! surat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris untuk budak2 kecik dan comel! (well masa tu dia tak tulis la TEYL.. dia ckp TESL... siap program berkembar dgn universiti luar negara... memang aku buntang mata la weh~~ hahaha) *UPDATE.. aku quote Hanisah ye... "KAMI DITIPU!!" hahahaha xD

gedebak gedebik gedebuk... aku ended up amik program kat maktab tu.... itu jugaklah yang menjadikan aku - aku sekarang ni. alhamdulillah. perancangan Tuhan tu sangat adil dan terperinci. ^^ 

jaoh lak aku melalut. hahaha. so, itulah kisahnye camne aku leh berhutang dengan PTPTN . jelas skrg? hehe

speaking of gaji. yeah! masa tu... kereta2 tu je la yang wujud dalam istilah mampu milik-nye~ aku memang berkenan kat Honda Jazz. sampai skarang pon aku dok suka Jazz lagi. tapi since Jazz mahal, tak reti2 nak turun harga... mungkin aku terpaksa kambus niat tu kot. lol~

tapi tu la... rasanya perancangan aku still on kot. rasa nak kena ada rumah dulu, then kereta 2-3 belas bijik, baru kawen. ke... korang rasa camne? hahaha


lawak2. sonok rupanya tulis reflection ni. nanti klo ada lagi aku jumpak yg senonoh2, aku share ek? ^^

*****

hepi? terhibur baca? hehehe.... aku pon terhibur gak bila baca ni ritu. ritu tu masa aku baru2 kerja bagai. umo aku pon dalam 25, 26 camtu. umo gedik2 gittewww...

now? now?... now i'm 30.

yep. 30 this year

2017

30

.

WHAT THE HELL HAVE I DONE WITH MY YOOOOOUUTTTHHHH!!!!???? APAKEBENDA YANG AKU DAH ACHIEVED OOOOIIII!!??? AAARRRGGGHHHH!!! SETEGHRESSSSNYAAAAAAAAA!!!!!!!

Saturday, January 7, 2017

Hidup Ini Bagaikan Mesin Basuh

kekadang aku tengok mesin basuh... aku rasa macam ada kaitan dengan kita. well.. opkos korang akan cakap ye lah, dah kita memang basuh baju basuh kain segala, memang berkait la pon. aammm...

omg i just can't even. xD source


bodo gak aku buat pernyataan camtu. hahaha. tapi aku maksudkan dari segi analogi tau. cer korang tengok mesin basuh berdekatan. tak kesah la mesin basuh kat rumah korang ke, kat rumah jiran ke, kat kedai dobi ke... ehehe..

mesin basuh.

mesin basuh ada macam2 jenis, macam2 nama, macam2 fungsi. kalo nama tu, ikot company yang buat la kan. macam samsung, hitachi, electrolux, alba, mitsubishi, john lewis, kenmore, LG, etc etc. ada yang dibuat di jepun, ada di korea, amareka, jerman, itali, perancis, china...

mesin basuh dibuat dengan macam2 fungsi. jenis top load.. jenis front load.. ada yang manual macam dolu2.. ada semi auto, ada fully auto.. now siap dengan dryer skali pon ada. semuanya sebab permintaan dan gaya terkini/masa kini. opkos, ada yang mahal, ada yang murah. tapi itu subjektif la kan. ikot keperluan dan kemampuan masing2.

mesin basuh sebelum diguna mesti kosong dalamnya. kan? mesti la kosong, sebab kita nak load baju kain seluar spender cadar selimut tilam peti ais kereta kebal dalam tu untuk dibasuh. huhu. itupon kena tengok keupayaan mesin jugak. ada yang mampu 7 kilo. ada yang 10 kilo. ada yang mampu 14 kg, 17kg, 20kg... depends kat jenis dan fungsi mesin basuh tu. so, nak load pon kena pikir. kalo mesin larat 7 kilo maksimum, jangan la isi sampai 10, 15 kilo sekali nak basuh. sian mesin tu. ehe

here's the right meanings to the symbols. hahaha. source


dan isi perot yang kita nak sumbat pon kena la tengok jugak... tak semua pakaian bleh dibasuh mesin. takat t shirt, baju cotton, seluar khakis, kain batik, gebor, stokin... okay la masuk mesin kan. macam baju batik, kain baju sutera, baju dalam, kasut kulit, heels wedges kasut Jimmy Choo sume tu... jangan la campak dalam mesin... kang tercabut tapak kasut ke, koyak labuci ke, pecah kain sutera ke, tercarik lace kat bra ke... kan ke sedih tu? pastu salahkan mesin basuh lak. padahal sape yang tak considerate masa nak sumbat sume benda tu dalam mesin tadi? sape? sape? haaa... eh emo lak. ehek

bila dah load, baru start basuh. memula isi air.. pastu sabun or detergent.. pastu softener kalo perlu/nak. dah basuh cuci2, kena buang air basuhan yang kotor2 dan tak perlu tu, masuk air lain untuk bilas. lepas bilas, keringkan air dulu, spin kain baju semua. pastu kalo ada fungsi dryer, boleh keringkan teros. kalo takde, kena keluarkan pakaian yang dibasuh tadi, untuk dijemur. sidai bagi kering. haaa... gittew~

macam tu la hidup ni pon... kena basuh baju bila perlu. jangan longgok je biar berkulat. nanti takde baju nak pakai, camne? haaa. jom, gi dobi.

ok tu je. bye, nak gi basuh baju.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


goddammit... aku terjumpak quote ni lepas terpikir pasal mesin basuh tu.... rupa2nya memang dah ada orang pikir macam aku pikir... asdfghjkl ... baru nak rasa special jap... -_______-



Saturday, December 17, 2016

Tukar Kad ATM dengan Fungsi MyDebit dan PayWave - Kenapa?

kalo korang tengok internet or memana saluran media sekarang, semua tengah kecoh pasal orang berpusu-pusu ke bank nak tukar kad kahwin. eh. kad ATM. pastu kat facebook kat blog kat kedai kopi kat warung sarapan pagi, ramai dok cakap pasal isu tukar kad ATM ni. ni dah kenapa ni? ngapain ribut ribuuuuttt~~

antara contoh kad ATM yang baru

okay. kita go back dari puncanya. punca kuasa untuk semua arahan penukaran kad ATM ni datangnya bukanlah semata-mata dari Maybank, CIMB, BSN, Hong Leong, or mana2 bank perdagangan. arahan ni asalnya dari Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri. so sebelum marah2 kat orang bank, pahamkan dulu betul2 asbabnya. haaa...

kendian, arahan penukaran kad ni pon berperingkat. kalo tak silap aku, dari taon lepas lagi bank2 kat malaysia ni dah uar2kan, kad atm perlu ditukar kepada kad baru yang ada sistem penambahbaikan. tak kesah la kad korang expiry date lagi seratos taon pon, kad atm yang wujud sebelom taon 2016 semua kena tukar. ok? paham kad situ? ok. =)

now, persoalan yang sokmo orang salah paham jawapannya. kenapa kena tukar kad atm ni? baek. 

1. kad expired 2016

ni kes memang wajib tukar. korang tengok kad atm korang tu. kad bawah ada tulih valid thru tu kan. itu dia punya tempoh sahlaku. expiry date. contoh, kalo tulih 05/16, maksudnya kad korang akan tamat tempoh pada bulan lima tahun 2016. bila lepas tarikh tu, kad tu takleh guna dah kat mana2 mesin atm. kan ke susah tu, like korang tengah nak pakai duit... tetiba cucuk kad, dia kata takleh guna perkhidmatan. haa... so better beringat sebelum jadi cmtu. better gi tukar. 


2. arahan penguatkuasaan sistem kad debit 

ini yang tengah hot sekarang. SEMUA bank akan kuatkuasakan sistem mydebit atau kad debit secara berperingkat. so apa benda kad debit ni? aku try eksplen dengan ringkas ye. camni.

kad DEBIT berbeza dengan kad KREDIT. kad kredit ialah kad yang korang guna untuk berbelanja tanpa guna cash. hanya tap/swipe kad bila bayar untuk pembelian. lepas tu hujung bulan korang akan dapat bil perbelanjaan yang korang dah buat menggunakan kad kredit tu. then baru pergi bayar jumlah yang dah dibelanja tu. senang cakap, berhutang la ni. beli dulu, bayar kemudian. haaa

kad debit pun boleh guna untuk berbelanja tanpa cash kat tangan jugak. tapi! aaa.. ni beza dia. bila korang guna kad debit untuk bayar apa2 yang dibeli, jumlah bayaran tu akan dipotong dari akaun korang. right away. takde hutang2. sama je macam belanja guna cash, tunai kat tangan. bezanya cuma korang kena ada duit yang mencukupi je la dalam akaun bank kad yang korang guna tu.

contoh ye. aku ada kad debit maybank. aku beli laptop harga 3000 kat kedai komputer. aku malas nak withdraw cash banyak2. takot. bahaya. huhu. kedai tu pulak terima bayaran guna kad debit/kredit, so aku guna kad debit maybank untuk bayar pembelian laptop tu. dengan syarat dalam akaun maybank aku tu ada la duit melebihi 3000. senang kan? tapi jangan la korang buat lawak la... duit dalam akaun BSN, tapi korang guna kad debit CIMB yang korang takde duit dalam akaun, or tak cukup dengan harga yang nak kena bayar... memang takleh buat transaksi laaaa....

orait. so apa beza sistem kad debit sekarang dengan kad debit yang dulu? kalau dulu, bila kita bayar guna kad debit, dia akan issue-kan satu resit yang kita kena tandatangan. mengesahkan bahawa transaksi tu adalah kita yang buat - pemegang kad debit tu. tapi.. kelemahan sistem dulu ialah, sesape je boleh guna kad tu, dan boleh sign resit. ada sistem yang memerlukan akses kata laluan untuk pengesahan, ada jugak yang tak perlu. just masukkan kad dalam mesin transponder tu, pastu keluar resit terus sign. dikira transaksi yang sah. so, tak selaras la kan.

KLIK untuk maklumat lanjut di pinandpay.com.my

so sekarang, dengan fungsi mydebit dekat kad atm korang yang baru ni, setiap transaksi memerlukan akses nombor pin akaun korang. istilahnya PIN and PAY. masukkan nombor pin akaun, disahkan, baru transaksi berjaya. haaa... selamat la sikit kan, daripada takat sign resit je. korang je la yang tau nombor pin akaun korang, so xde la masalah sangat kalau2 kad terhilang ke, tercicir ke, kena curi ke.... unless korang ni memang pelupa teruk dan takde cara laen dah untuk ingat nombor pin sendiri melainkan dengan tulis nombor pin akaun korang tu kat atas kad tu... em em... i rest my case lah. #facepalm

itu baru fungsi mydebit yang ditambahbaik pada kad debit. now ada fungsi tambahan - paywave.

natang apa pulak paywave nii...?? bayar ombak? bayar lambai? hehehe. sistem paywave ni baru je dikuatkuasakan oleh almost semua bank kat malaysia. apa fungsi dia? haaa...

paywave ni guna dia adalah untuk bayar transaksi atau pembelian yang kurang daripada RM250. yep. pembelian yang bernilai kurang daripada 250 ringgit pada satu2 masa tak perlukan korang cucuk kad atm mydebit korang tu kat mesin transponder tu. korang tengok kat kaunter kedai or restoran or memana lah yang korang nak buat pembelian/pembayaran tu... ada tak alat PayWave kat situ. kalau ada, korang hanya perlu tap atau sentuh je kad korang kat panel alat paywave tu, dan pengesahan bayaran terus dibuat. alaaa, macam touch n' go je. amaun yang dibayar/dibelanja terus ditolak dari akaun korang. takde kena masuk pin akses apa dah pun. laaaagi senang. hehe

sumber; Google


tapi tu la. downside nya... setiap purchase yang bawah 250 semua boleh guna paywave kalo ada mobile device paywave tu. sesape je boleh tap kad debit kat situ asalkan caj bawah 250 ringgit dan ada baki duit dalam akaun mencukupi/melebihi jumlah yang dibayar. so.... em... itulah. hahaha. jaga la kad korang bebaek pasni ye. kalo hilang ke cicir ke kena sebat ke taktau letak mana ke... kompem je takde kat korang, sila call bank dan blok penggunaan kad korang tu cepat2. mana la taaauuu.... better safe than sorry. ehe.

tentang fungsi paywave ni, aku rasa otometik. once korang dah buat kad atm mydebit korang yang baru ni, dia activated skai dengan paywave. kalo nak deactivate fungsi paywave tu... aku rasa korang kena tanya kat bank tu sendiri. or customer service. memana yang mudah la.

itu je benornye fungsi kad atm mydebit paywave baru ni. sistem keselamatan tambahan, dengan kemudahan pembayaran je. mana laaaa korang dapat mitos kata kalo tak tukar kad nanti takleh guna kad atm langsung. takleh keluarkan duit kat mesin atm bagai. haiihh... ni la orang malaysia. main cakaaappp je. pastu sebarkan. pastu buat muka tak bersalah wlopon input dia bagi or sebarkan tu memang salah. adooiiI~

kepada korang yang takde kepentingan or kebiasaan belanja guna kad debit, tak la perlu kelaut kekalut pergi tumpang beratur bersama sama ribuan jutaan rakyat malaysia yang memang suka buat kerja last minit dan menyusahkan diri sendiri sambil menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri. em em... boleh je korang buat taon depan, bila keadaan dah reda or lengang sket. tapi kekurangannya ialah...

1. korang takleh belanja guna kad debit. transaksi/perbelanjaan/pembayaran takleh dibuat melalui kad - hatta duit korang ribu riban berkoyan koyan dalam akaun pon. tapi still boleh gi atm keluarkan duit macam biasa. 
2. bila korang nak tukar kad lepas 1 januari 2017, korang mungkin akan dikenakan caj penukaran kad. itu bergantung pada bank yang korang gunakan servis dorang lah. macam maybank maybe caj rm12 lebih kurang. laen bank, laen harga caj. tapi korang kan kaya. tak kesah pon takat kena caj centu kan, sebab tu korang pon tak heran nak tukar kad masa awal2 disuruh tukar dulu. ehehek. jangan marah haaa.. gurau2. ^^

setakat tu sajoo perkongsian aku pasal persoalan kenapa nak kena tukar kad atm kepada kad atm mydebit paywave yang baru ni. moga ada input yang berguna lah ye. nasihat aku kepada korang yang baru nak tukar kad tu.... bersabarlah banyak2... setaon korang boleh sabar taknak pergi tukar kad di kala berkelapangan dan berkemampuan, apa salahnya korang sabar extra di waktu2 puncak sekarang ni. ehe. jangan la korang gi marah orang bank pulak, kenapa lambat kenapa slow kenapa itu ini.... kang dia jawab kenapa korang tak buat awal2 dulu time tak kalut tak sesak dulu... malu secara berjemaah je nanti. hikhik. kira bagos dah la tu bank2 kita buat inisiatif, bukak kaunter ekstra, bukak kaunter khas hanya untuk perkhidmatan tukar kad. sila banyak2 bersyukur. insyaAllah, dipermudahkan urusan.

dan bila dah dapat kad atm mydebit paywave ni... jangan korang berlagak lak. pergi beli nasik lemak kat warung pastu acah2 nak bayar guna paywave bagai. pastu perli2 kata kad baru konon nak memudahkan pelanggan etc. tu bodoh sombong namaya. kalo jumpak kat aku centu, aku patahkan kad korang tu kat situ jugak. your ignorance is in my debt. #winwalkwave . or rather... #winwalkpaywave. lol

eh. oh. lupa. penukaran kad ni merangkumi semua bank tau. kalo tak silap aku la. kalo aku silap, tolong betulkan ye. maka beruntunglah mereka2 yang banknya kurang pemunya akaun, macam agro bank, bank islam, hong leong bank, standard chartered, OCBC, RHB, HBO.. eh.. dan laen2 bank yang orang tak berebut bersesak nak pergi. wallahualam. macam aku pergi agro bank ritu... aku sorang je pelanggan bank time tu. ahaha. 5 minit siap kad baru. ekeke. kat al-rajhi pon sama. sebab? sebab tak ramai orang, walopon pada waktu2 kritikal macam sekarang ni. hihi. rezeki, beb. alhamdulillah. ^^


okeh! that's all for now. selamat beratoq! =p

Tuesday, June 28, 2016

Makan Makanan Kembar Dapat Anak Kembar?


let's say korang lapaq gedik2... tak kesah la sebab puasa ke, sebab memang lapar ke, sebab memang gedik ke.. eh. pastu korang pon tanak la nasik~ bukan taknak nasik. tanak nasik is masak nasik. huhu. ting! nasik masak. amboih bunyi ting... masak nasik dalam oven ke kak? hehehe

ahh.. nasik dah masak. now, lauk. eh eh malas lah pulak hakak nak siang2 ikan, dek non. ayam daging ada je haa... pon malas nak basuh2 rendam defrost bagai. em, telur goreng pon sedap gak ye? malas acaranya pooonnn... em em~

maka panaskan kuali, tarok minyak sket... api kecik... pastu tak lama kendian, minyak dah panas. korang pon capai sebijik telur ayam yang korang susun santek2 kat tray dalam peti ais tu. korang pon crack the shell, then pecahkan telur right into kuali yang sedang memnggil manggil. -

alamak! telur kembar! *sound efek terkejut filem2 p. ramlee*


kredit gambar

****

selalu gak jadi kat aku. pecahkan telur ayam... tengok2, telur kembar. teloq kembaq. huhu. camne telur kembar tu? telur tu ekceli sebijik je... tapi isi dalam telur tu ada dua kuning telur, atau orang kampung aku kata 'yolk' . haaa.. natijahnya sebijik telur, satu yolk. satu telur kuning. sekor menatang la jadinya telur tu nanti kalo/bila menetas. tapi kalo yang kembar centu... maybe jadi dua menatang la kot? hmmm.. itu takpe lagi kalo baru nak goreng. kalo dah rebus telur ayam tu? kupas2... hoh, dua telur kuning. aku pikir banyak kalo wooo nak makan tuu... ngee... nanti aku gtau kenapa aku tak makan. em... wallahualam...

eh bukan telur ayam itik burung biawak buaya je yang buleh jadi kembar centu.... buah pon selalu aku jumpak weh. strawberry, tomato (ye, tomato is buah...bukan sayo), dan paling common.. pisang (wlopon pisang technically sayo... em em...) kalo ikot omputeh, dorang cakap itu luck. lucky beb nak dapat telur kembar, pisang kembar centu. dua dalam satu. extra. macam extra leaf kat four-leaf clover. wahh... my favourite root. hehe

tapi tu omputeh la. berbeza lak dengan orang melayu, orang malaysia. kot. okay, orang melayu. okay taknak generalise. orang2 lama orang2 tua yang aku kenal, kuat dengan pantang larang petua doluu2 bagai ni. kalo ikot pengalaman aku la... aku ditegah daripada makan benda2 kembaq centu. arwah mak aku dulu cukup pantang kalo jumpak telur kembar, pisang kembar... tok aku pon sama. depa kata toksah makan teloq kembaq, pisang kembaq... nanti dapat anak kembar. dalam hati aku, lagi syok la centu... aku hepi kot kalo kawen dapat anak kembar. double happiness! sambil2 aku termanggu why why why aku takleh makan, dorang yang perabih pisang tu... -_____-"

see? kembaq melekat centu. em... kredit


so kesahnya... sebab aku terdidik camtu... sampai hari ni aku tak makan telur kembar, pisang kembar... apa2 je lah makanan yang kembar secara semulajadi. uhuu... terkadang bila pecah telur pastu jumpak telur kembar... aku buang je. bukan buang satu kuning telur... buat the entire telur. takot nak makan. hmmmm....

kalo ikot logik aku... bagos la kembar, kan? extra beb. two in one. order telur separuh masak, satu. tup tup dapat dua. harga sama. tak ke untung? takpon korang buat kek. perlu 20 bijik telur. tetiba sebijik tu ada dua dalam dia. wah, 21. kan ke bagos tu? ehek. makan pisang untuk tenang sebelum lari, sebelum bersukan... sebijik dah cukup. tetiba dapat pisang kembar. double the energy kot! muahahaha. tapi ye la.. sape la aku kan. merapu je reti. kannye nak siasat leklok. hihi...

so kat sini aku nak tanya korang. korang penah dengar pantang centu? korang terbabit tak? apa asas pantang centu ye? ke aku sorang je yang kena game ? erk...

sebab ramai yang kata... kalau makan benda2 kembar naturally centu, nanti dapat anak kembar. somehow sounds good - but with a little twist. anak tu nanti kembar tak habes. kembar lekat. haaaa... macam, satu body, dua kepala. satu kepala, dua badan. dua badan melekat tapi kongsi satu jantung, tapi dua kepala... eh macam2 lagi la. senang cakap, nanti potensi dapat zuriat kembar yang melekat camtu - melekat macammana pisang, telur, strawberry tu melekat. ngaaa....

ni pon aku pernah jumpak. huhu. kredit
itu yang aku serba salah sekarang ni... memang betul jodoh maut rezeki anak sume tu kuasa tuhan. apa yang kita dapat, itu rezeki kita. tapi islam jugak mengajar umatnya jangan cari penyakit. kalau dah tau rokok tu beracun, pegi merokok bakpe kan? and kalo dah tau makan makanan kembar centu berpontensi membentuk genetik ada kebarangkalian kembar centu... gi makan bakpe, kan? *pintal2 hujung baju*

kalo pegi mamak ke, warung ke... order roti telur... takde pulak aku tanya kedai tu telur yang dia guna bancuh dengan roti tu kembar ke tak. aku makan je pon. tah2 dia pon rasa aku bertuah sebab time tu dapat telur kembar... dia masak dengan happynya. aku pon makan dengan happynya. maka berhuhuhu lah tanpa mengetahuinya~~ ahaha... erk.. seram kejap. huu.. maka... aku ada beberapa persoalan kat sini... which aku nak tau gak la pendapat korang - sebelom aku google fakta yang berkenaan. em em...

1. betul ke centu? makan telur/pisang kembar... nanti berpotensi dapat zuriat/keturunan kembar centu?

2. let's say ada scientific evidence... adakah anomaly tu memang punca daripada that particular makanan je? maksud aku... kalo telur ayam tu, telur tu je la punca? telur laen dari ayam yang sama takde pemangkin centu? pisang camne? setandan tu awaknye pon... yang kembar sebijik je... yang sesikat dengannya? setandan pisang dari pokok yang sama? aku balun je lenlaen tu weh. hahahaha

aaanndd aku nak mintak sesape bagi scientific punya penjelasan - kenapa leh jadi centu. same ke macam proses sel manusia menjadi anak2 kembar?

3. kalaulah tak betul pantang larang tu... (which sesapa please tolong bagi enlightenment pasal ketidakbetulannya supaya pasni aku takde reragu nak makan makanan seumpamanya) ... kenapa orang tua2 doluu2 pesan jangan makan? musti ada sebab. aku nak tau. 

4. kalau korang... korang makan tak? ke buang sebelah? ke buang abes? ke goreng je buat tetau... hidang je kat tetamu or jiran - kannye dorang tau pon, especially bila dah jadi telur dadar or banana split.. em em....

mohon pencerahan. =) thanks in advance ya!!


Monday, June 20, 2016

Lagi Murah, Lagi Alhamdulillah! Tapi... Ye Ke Best Price~?


korang kaki shopping tak? ke shopping kaki? hahahaha

ada orang yang memang suka benor soppink. sampai ada terma khas la, shopaholic. movie pon hado ha.. ekeke

cer tengok. zaman Victorian Valediction Elizabethan dulu manade shopping2 ni. hikhik 

sumorang pon shopping ye dak? sumorang pon membeli. tak kesah la beli apa. keperluan ke, kehendak ke, kebaziran ke. eh.

yang paling best tu, bila ada sale. waaahhh... sale tu kalo korang ni tak pernah shopping sangat, maksud dia ada potongan rege. diskaun. disko. woot woot! pastu korang pon cakap, eleh, sengkek lettew tunggu diskaun baru nak beli. aaammmm.....

memang impian ramai manusia (termasuk aku, that if aku ni kategori manusia la, which is sepengetahuan aku, aku ni half man, half amazing. bhahahaha noharom narcissist benor) untuk membeli tanpa melihat tanda harga. huiooo... like.. yeah. ko bekenan barang tu, amik je, campak dalam troli ke raga ke jinjit ke... pastu gi kaunter, bayar. effortlessly. peerrgghhh...

tobat lahom sampai mati - mati hidup balek pon aku tak mampu la cenggitu. hikhik. korang maybe la boleh. duit kepuk2, berbemban-bemban berkoyan-koyan. roto botingkek-tingkek. em em. alhamdulillah. rejeki korang. =) cepat gi sujud syukur. sejuk perot mak korang sebab terlajak minum coconut shake ais blended bazar ramadan.  ada anak baek centu. ^^

bagi aku selaku insan kerdil miskin hina di hari raya yang mulia ni - serta lenlaen yang seangkatan dengan aku, kalo nak beli barang tu, bior dapat harga yang berpatutan, berbaloi. senang cakap, lagi murah lagi bagos! hahahaha. dan secara harafiahnya, julat bilangan penggemar barang kualiti baeeekk dengan harga murah (lagi murah lagi bagos) ni merupakan sebahagian besar komuniti dunia ni. so tak hairan la bila ada jualan murah atau sale atau diskaun, korang akan nampak berduyun duyun manusia yang bertungkus lumus nak dapatkan barang2 yang tengah on sale tu.

ni bukan soal kedekut tau. bukan macam haji bakhil citer p ramlee tu. hohoho. ni namanya berjimat cermat. =p taknak membazir. duit tak ramai senah ooiii. kena la pekin2 belanja. em em. hehe. maka, tiap kali nak beli barang, aku mesti tanya "fixed price?" or "any cut on the price?" or "ada diskaun tak?" atau "boleh kurang (harga) lagi tak?" dan seumpamanya.

musti, weii... musti tanya... kekadang tu bukan la tak mampu (wlopon most of the time memang tak mampu pon) tapi macam aku cakap, lagi murah lagi alhamdulillah. hikhik. so kalo hari yang takde sale, macam hari2 biasa ni... selalunya barang tu dah harga tetap. fixed. tapi ada kedai dengan strategy pemasaran yang kekonon bagos, dorang cakap la ada less 10% or 20%.

beda'ah je tu yong~ 10% tu tak luak pon kalo dihitung bebetul. hikhik. itu saje bagi sebab letak syarat je nak kekonon ada diskaun. nak tarik perhatian pelanggan. hehe. kamoonnn... aku belajo psikologi kot. tau sangat dah. =p ekeke. tapiii kalo ada sale 50% onwards tu... aermmm.. psiko tak psiko ... aku belek gak! lol


good read! credit

natijahnya, takde sorang peniaga pon nak rugi. dan lebih tepat lagi, takde sape pon yang berniaga akan berniaga untuk rugi. haaa. betoolll... secara kasarnya, setiap unit jualan tu, keuntungan yang diperoleh adalah separuh daripada harga jualan. contoh la kan... ko beli kasut. harganya 150 hengget. takde diskaun2. so bayar 150. ko nak tau berapa untung tokey kedai tu? paling koman, 70 hengget. modal dapat, untung pon dapat. hehe. unless yang jual amik komisen, la. itu untung seratus peratus. untung komisen. modal habuk pon tak kuar. pakai air liur je buat duit. haha. tapi sikit je la dapatnya. =)

kekadang, kita ni orang pompuan mudah sangat terpengaruh dengan iklan potongan harga... ye tak kiah? haaaaa. nampak kain baju ada diskaun sehingga 80%. waauuu! terbeliak bijik mata nengok. bernafas pon tak tentu arah dah. maka rela tak rela, kita pon seret la laki kita gi kamdar gi jakel gi narita. eh.. nagoya. dan sume2 tempat shopping yang kekonon diskaun meletop letop yang sangat membazir kalau dilepaskan begitu sahaja. siapa setuju sila teruskan membaca.

em.. baca sampai sini... setuju lettew. ekeke. sudahnya, kain baju kasut beg lemari peti sejuk set sofa yang taon sudah beli masa diskaun pon tak luak guna pakai lagi, dah tambah koleksi baruuu.... =p

ok la. aku admit. aku pon pantang nengok diskaun ghope itu. hihiii... tapi aku cari barang yang aku perluuuuu.. yang tak perlu - wlopon ada keinginan untuk memiliki (amboih), aku tak beli lerr.. bakpe buang duit yang sedia sengkek ni kan. hehe. anyways, kekadang diskaun tu memang betol potong dia nak potong harga. nak lelong. kebiasaanya sebab nak abehkan stok. nak masuk stok baru. or, nak dapat pulangan modal dengan untung sikit je, janji barang jalan. so, pepandai la korang nilai patut tak patut, baloi tak baloi beli barang dengan harga asal or beli time dia ada diskaun yang irresistable. hihiii

okay, setel mukadimah. now baru masuk isi penting. (reader: wait... what...?) hahahahaha

aku teringat pengalaman shopping barang2 keperluan aku. no, bukan suar dalam dengan ubat gigi je... -.-" benda kecik2 centu pon kekadang aku compare harga, inikan pulak benda mahei2. hee.. mengambil contoh, laptop yang aku tengah guna ni. haaa...

laptop bukan la murah bagi aku. riban2 kan. aku lak koyak rabak. jadi, memang berkira la nak beli pon. jadi satu hari tu, setelah nekad (selepas berminggu-minggu kaji dan study specifications dan harga2 model2 laptop yang berbagai-bagai) aku pon pi la nak beli laptop. cut it short, banyak la kedai komputer yang menawarkan laptop2 yang menggiurkan pada harga yang sometimes menawan sometimes melawan. muehehehe

nak jadi cerita... aku bekenan satu model laptop ni. ni la yang aku dok guna ni. time tu specs dia memang antara yang tiptop amongst semua model2 sewaktu dengannya. well, on a side note aku tak pernah beli laptop cikai2... musti mau spec gaming punya... so.. yeah. em em. anyways! aku gi kedai first yang ada laptop model ni, regenye 3600. gulp.. noharom mahei. to me la. ehehe. sembang2... borak2... mintak2.... dia pon cakap...

"okay la best price i bagi you" 
"berapa?" 
"3400, complete semua installation..." bla bla bla

kalo aku bengap, aku akan terus kata wow, baeknya hati dia ni, potongan 200 ringgit. best price tuuu! alhamdulillah aku tak berapa bengap, so aku kata okay, nak tengok2 dulu, nak survey dulu. maka drama dia pon bersambung. ke bermula ntah.

"abang, you first customer hari ni. tak apa la abang, kasi bukak rezeki la abang. kita saudara, abang" . bila masa mak aku beranak ke dia ntah... 
"i bagi you 3299. best price, bang"
Decoded, by Phil Barden. credit


tadi ko bukan bagi 3400 dah best ke? eh, ni ada lagi best? mihmihmih.... nampak tak? nampak? haaa... kaedahnya... jangan mudah terpedaya (teperdaya? camne eja ntah) dengan sticker or tag or ungkapan 'best price' . sebab biasanya, price centu memang best... best untuk seller la, bukan buyer. hikhik. bagi seller, itulah price paling best dia boleh bagi kat kita, kat customer. kita pulak pikir... wah, ni price paling best aku leh dapat. takde dah lagi best daripada ni. saya musti buli!

well lagi, aku ni hard to please. dan aku rasa 3300, 3400, apatah lagi 3600, adalah harga yang hakak tak mamphooo... and aku rasa boleh dapat lower price untuk barang yang sama. maka, lepas aku refused best price kedai tu leklok (wlopon muka seller tu macam kata "gi mampos ah kau, duduk kedai aku setengah jam lebih tanya macam2 belinya tak jugak"), aku pon menservey la model yang sama di kedai2 berhampiran dan berjauhan....

macam2 la rege aku dapat. 3499 lah, 3350 with open source lah, 3400 dengan free printer lah, 3500 best price lah.. hikhik. dipendekkan cerita lagi, aku cari punya cari punya cari... last2 aku jumpak seller ni yang start harga jual laptop yang aku bekenan tu pada 3299. see? tu belom diskaun dah 3299. aku macam nak beli teros je. murah dah tu banding yang lenlaen aku jumpak. aku rasa harga tu dah patut. namun begitu... hahaha. nego dulu bro~

pompang pompang pompang... aku tanya, best price berapa dia boleh bagi.

"best price kita boleh kasi sama abang aa... 3250, sekali free gifts 16 items, and plastic bag"

wow! 16 item percuma!? gila ke dorang ni!? astaghfirullah... murah hatinya! em em. somehow to date 16 items free tu - mouse paling basic, keyboard cover, USB hub, earphone, mousepad, dan lenlaen yang aku tengok seblah mata je *coughs* - sampai sekarang dok dalam kotak lagi. tak pakai pon. hahaha. nak je aku cakap memula tu, tamau free item, dapat lagi murah tak. hikhik.

aku berkenan dah, tapi masih rasa nak survey dulu lagi. kot2 ada yang nak bagi laptop free ke kan. em em.... then masa aku cakap takpe la, nak survey dulu... seller tu cakap

"ok bang. ini last price la bang. you angkat sama saya, sekarang, jangan pigi mana." pastu dia taip atas kalkulator casio dia tu.

maka, pulanglah aku dengan sekotak besar laptop gaming 17 inci berperisian top notch processor intel i7 6th gen buleh push/overdrive sampai 3.x, graphic processor nvidia geforce GTX series berserta ram 16gb (aku mintak tambah daripada 4gb stock yang dia bagi) dan lenlaen features yang made me happy dengan hanya 3,XXX cash termasuk gst. iiinniii baru best price bro!! oopps... mana bleh reveal rege betol. kang aku nak jual balek laptop ni, abeh aa jatuh nilai. bhahahaha xD

kesimpulannya? kesimpulannya... best price tu kena selidik dulu. kalo korang sayang nak bagi duit lebih kat orang la. huhu. kekadang memang best, tapi best kepada yang jual, bukan yang beli. tapi bila ko dah puas hati dengan harga yang nak di-deal, mungkin itulah best price yang sememangnya best pada maksudnya. wallahualam~

so! dah shopping baju raya ke belom? hehehe


Tuesday, June 7, 2016

Tips Penjimatan ke Bazaar Ramadhan


okaaayyy... bazar-goers sekalian... even tho lately aku jarang amat ke bazar ramadhan, tapi based on my experience dan observations yang somehow legit.. hehe.. situasi bazar ramadhan bila2 pon sama je. penuh makanan. ahaha

banyak bazar ramadhan yang best weh.... antaranya kat gelugor, pulau pinang. dulu g masa study maktab penang dulu. then bazar kat parit buntar. oh! bazar kat batu lima dan kuala kurau. ada kalakatar yo! nyaman nya ah. hahahaha. rare tu. then, bazar paling besor aku penah pegi... em.. bazar ramadhan presint 2 putrajaya. kalo pasar malam tu dah besor kat situ... bazar ramadhan dia dua kali ganda besornye dari pasar malam. siyes. pegi lah bebila korang berkesempatan. macam2 hadoooo. gi kul 5, kul 7 taktau nak beli apa lagi. tu tak abes jalan lagi tu. hahahahaha

bazaar ramadhan putrajaya . besaq ooiiii . kredit


macam2? well maybe a bit berbeza la sekarang kot daripada doluuu2.... how? em.. kalo dulu bazar jual murtabak, kuih muih, nasik ayam, nasik tomato, air balang, air buah, satay.. macam pasar malam standard la. cuma jarang ada barang basah je, macam ikan sayor sume tu. sekarang? don't be surprised kalo ko pegi bazar ramadhan pastu ko tengok orang berlonggok kat stall jual botol perisa or liquid vape, then air2 hipster dalam bekas plastik besor yang regenya lima hengget paling murah, then kek dan desserts macam pavlova dan red velvet bertempiaran kat atas meja, then takoyaki dan skewers dan roti john balut pattaya bla bla bla. mind-meddling betol aku rasa. ahaha. takpelah. tu sumber rezeki dorang insyaAllah. sape la aku nak stop them from selling things yang aku tak favor kan. aku pegi bazar pon tak, sebok je... hahahahaha

anyways!

based on pengalaman, biasanya kalo pegi bazar ni... sepuloh doploh hengget tu tak rasa lesapnya. silap2 bawak 50, balek ad belas2 je baki. hehehe. why? sebab

1. mudah terpengaruh . asal tengok je, nampak sedap. asal tengok je, nak beli. asal dengar orang jerit2 mai beli mai beli, korang pon pegi. *facepalm* so jangan heran la kalo limapuloh hengget tu macam magic je hilangnya. hehe.

2. suka mencuba . well ini biasa. aku pon suka makan memacam. tapi kalo menengokkan ekonomi sekarang ni... em... murtabak ayam saiz kecik pat jari je dah tiga-pat hengget. air singgit memang tobat la nak jumpak, kan. sume dua hengget ke atas dah seplastik. nasik ayam berempah dah lima-nam hengget sebungkus. em em.. korang lak pantang nampak makanan... time lapar memang semua pon nampak enak dan tak cukup. hihihi...

3. takde ketetapan . ni untuk yang kekonon dah niat nak pegi bazar beli nasik sebungkus je. maybe air satu. em.. ko tunggu sejam lepas tu... tak pat lima plastik dia jinjit kat tangan bawak balek umah? mana pegi niat dia tadi ntah. ahaha

ni korang la ni. kan kan kan.. =p astaghfirullah... takde dah kan taon ni. lepas2 je. hahahaha. kredit


yep. tu normal la tu... aku dulu kekadang pon camtu. pastu melengung... duit abeh. hahahaha. jadi entri ni aku nak bagi tips sket, camne korang nak elakkan situasi2 merugikan camtu... ataupun, mencari keuntungan secara halus bila gi bazar.


memula, korang kena ada target. yaaaa... dah niat dan tekad yang korang nak beli satu makanan utama dengan sedikit sampingan serta air. senang cakap, wholesome meal lah. lagi bagos kalo korang dah tau nak makan apa. so pegi bazar, boleh terus cari. kan senang tu. takde la mudah terpesong akidah tu. ekeke

kedua, waktu yang afdhal ke bazar ramadhan. bila? bila dia bukak la, jangan gi time dia tutup. nak dapat hape... hahahahaha

ok2. gurau. amboih marah. hehehe. pada hemat aku la kan... yang tak suka membazir serta suka menangguk di air keruh ni.. em em... korang gi pada awal bazar tu beroperasi. or, pegi dekat2 nak masuk waktu berbuka. kenapakah?

bila pergi awal, orang tak ramai beb. dan kebiasaannya awal2 ni korang akan dilayan dengan baek, penuh senyuman, hormat dan sapaan yang boleh membawa ke next level. eh. maksud aku, pekedai ada masa nak layan korang punya nak itu nak ini ini berapa hengget bla bla bla elok2. dan normally jugak kalo awal2 ni makanan yang dimasak tu baru2, dan portion somehow lebih extra banding yang kendian2 nanti.

dan kalo pegi hujung2... like kul 7 camtu... insyaAllah ada makanan lagi, cumanya tak banyak la kot. daaannn paling best time2 ni ialah... peniaga mostly akan borong lelong jualan dorang. wheee!! masa ni sume pakat cut price. kueh lima dua hengget, pastu dapat extra... nasik sebngkus 4-5 hengget, pastu dapat lauk lebih... air sebungkus dua hengget... beli tiga for lima hengget... and so on lah. hehehe. syok ooo! ni pon win-win situation. brader sister makcik pakcik tu sume nak berkemas2 dah sebab nak masuk waktu berbuka. orang dah pelan2 surut... jualan ada banyak lagi... jadi daripada membazir, tak habes, takde sape beli, baek la jual murah, sedekah dan seumpamanya. dorang dapat pahala, tambah amal jariah. kita pembeli pon dapat makanan lebeyhh dengan harga muraaahh!! yaayy!! jangan korang lak makan tak abes, membazir, dah la ye. haaaa

aku ada pengalaman gi time orang ramai, sesak2 beb... pergh... mau kurang pahala puasa aku cenggitu... mana tak nya, nak beli makanan kat satu2 gerai pon beratur kemaen panjang... orang yang menjual pon tak menang tangan, sebab ramai. pastu yang order or nak beli memacam pulak mintaknye. sambal lebih lah, nasik kurang lah, nak ayam itu daging bahagian ni sayo takmoh yadda yadda... sebagai penjual, kena la layan kan? em.. sebagai yang tunggu kat barisan beratur panjang2 ni, kalo tak hadap nak layan, better cari gerai laen or lenkali datang awal/lewat sket macam aku kabo tadi... daripada dok situ dengan penat dengan lapo dengan nak marah sume ada... hihi... sabo2...

pastu yang menjual tu pon manusia... ada hati perasaan. dia kalo boleh nak cater sumorang lelaju. jadi dorang try la their best kan. but sometimes ... ada kekurangannya camtu..

ada yang aku pernah witness... kat gerai jual air... orang ramai gila nih beratur... brader ni keje dengan wife dia je berdua dorang. sebabkan nak laju, dorang cedok air pon sampai mercik2 lah, sometimes masa tuang air dalam plastik bungkus tu air tu kena tangan dorang lah... uhuu... ilang selera tengok air jagung mengalir dari knuckles dorang turun ke jemari... masuk dalam plastik.... uhuuu... maybe kes terpencil, tapi aku bagi contoh la ye. maksudnya, kalo kalut2 camtu, tak berapa elok jadinya.. em.. dan ada beberapa insiden lagi yang terjadi di kala orang ramai kelam kabut centu yang aku rasa boleh potong selera korang teruih daripada nak gi bazar.. ehek.. so aku simpan sendiri la ye. sian korang. ekeke

so.. the choice is yours. aku dah bagi tips, pros and cons bagai. memoga ada yang bleh korang pakai bila nak gi berperang kat bazar ramadhang. hahaha.

footnote: aku tak cari lagi air kathiraaaaa.... huuu... tidak sempurna ramadhanku tanpa sebaldi kathira untuk berbuka puasa... =p hahahaha. bila laa ntah nak gi bazar pon nye lah haiii....