SOCIALIZATION

Friday, February 18, 2011

Mama

ma. mama ingat tak.. dulu, masa adik tadika mama tanya, bila besaq nanti adik nak jadi apa?

haha... adik ingat lagi, masa tu kita tengah sarapan. adik dah siap2 nak pi tadika. sambil makan roti bakaq yang mama selalu buat tu, mama sikat rambut adik. adik diam je.. sebab cikgu tadika cakap masa makan jangan bercakap. mama pon ada pesan macam tu kan? lagipun, roti bakaq yang mama buat tu sedap. mama suka sapu planta dengan tabur gula. adik suka cicah dengan teh o suam.

masa tadika dulu, tiap2 pagi mama mesti masak ayaq hangat banyak2. sebab? sebab nak bagi mandi adik laa... haha. adik kan tak tahan sejuk. doktor pon kata kulit adik sensitif dengan cuaca. so pagi2 mama mesti bagi adik mandi ayaq kolah tu, campur ayaq hangat. bestnya~... ^^

lepas mandi mama dah siapkan baju nak pi tadika. baju dah siap iron, seluaq pon. kasut je tak siap...sebab adik pi tadika suka pakai selipar jepun! haha. buku2, plastisin, lego, komik..semua mama dah siapkan dalam beg. so lepas adik mandi, terus pakai baju, terus ambik beg, duduk kat meja makan. kalau ada kakak, dia suka masak nasik goreng. adik tak suka sangat dia masak, tak sedap macam mama buat. hee.. tapi sebab dia suka suap adik, so kira fair la...^^

masa tu la mama sikat rambut adik, sambil tanya macam2, cerita macam2. ada hari tu, mama tanya adik nak jadi apa bila besaq nanti. adik cakap adik nak jadi pelukis! hee.. mama gelak je. mama kata ok, nanti boleh tolong cat rumah. hahaha.

ada haritu kan, ma. kita eksiden masa nak pi tadika. kita ikut jalan taliayaq. mama bawak adik naek moto honda c70 tu la. lepas tu mama terlanggaq lopak dalam kat jalan tanah merah tu. debuummm!! kita jatoh moto. masa tu adik dah lompat siap2, tapi mama tak sempat, so moto terbalik, timpa kaki mama sebelah. masa tu mama jerit "adiiiiiikk!" kuat2. mama tak jerit sakit pon. huu.. kesian mama. adik nangis, sebab adik tak kuat, tak boleh angkat moto tu. lepas tu, adik takmau jadi pelukis, adik nak jadi doktor. takmau mama sakit.

ma. masa skolah rendah, mama dah tak hantaq adik pi sekolah dah. takpa, adik paham. mama ada kerja. abah pon. tapi, mama belikan adik basikal kan? dengan basikal tu la adik pi sekolah hari2... lumba dengan kawan2... jatuh parit... heee. mama sikat rambut adik sampai adik darjah 2 ja. lepas adik sunat hujung tahun tu, masuk darjah 3 mama kata adik kena sikat rambut sendiri. alaaa... tapi mama still masak ayaq hangat untuk adik mandi pagi! sampai la adik darjah 3 setengah. heee...

masa dok sarapan mama tanya adik, besaq nanti nak jadi apa. adik tak ingat bila, tapi yang adik ingat, tiap2 kali lepas periksa tengah tahun dengan hujung tahun mesti mama tanya soalan tu. dari adik darjah 1 sampai la adik darjah 6. haaa... adik tau pasai pa. sebab, adik suka tukaq cita2! darjah satu adik nak jadi Perdana Menteri! darjah 2 adik nak jadi arkeologis. darjah 3, pelukis (sebab selalu kena puji, lukis cantik masa kelas seni). darjah 4, saintis (baru belajaq sains), darjah 5 paleontologis (banyak baca buku pasal Dinosaur), darjah 6 takmau jadi apa. hahaha

mama kata mama tak kesah adik nak jadi apa pon. tapi yang baik2 la. kerja elok, cari rezeki halal. kalau adik minat lagi bagus, adik seronok. pernah sekali tu mama tanya, kenapa takmau jadi cekgu? adi jawab TAKMAU! jadi cekgu tak syok. hee...

naik sekolah menengah kan, ma... adik jadi makin jahat. makin tak dengaq cakap. adik selalu lawan cakap mama. selalu gadoh dengan mama... mama pon selalu la penampaq adik, cubit adik, pulas telinga adik. hee.. ok la tu, kalau nak banding dengan abah yang tibai belakang adik dengan buluh mengail tu.. dengan ikat adik kat pokok jambu yg ada kerengga tu.. haa.. ^^

start tingkatan satu... adik sekolah jauh dari rumah. sekolah asrama. mama la ni, nak sangat adik masuk asrama. hm... adik tak suka sangat... sebab jauh dengan mama. rindu... tapi adik pi dulu. tapi Tuhan paham kot, so dia bagi adik ada masalah kesehatan, and mama kena jaga adik. hahaha... sian kat mama. 3 tahun penat layan kerenah anak bongsu dia sorang ni. nak buat mcmna ma... sakit kepala tu bukan dibuat maen... pulak tu bukannya sakit kepala biasa...ni kes benda2 yang mama tak nampak. tapi adik leh nampak... heee.. so, sori ye ma. dah susahkan mama sangat. ^^"

sekolah menengah, mama dah tak sikatkan rambut adik. mama dah tak masakkan ayaq hangat untuk adik mandi... mama dah jarang buat roti bakaq yang adik suka. mama kata adik kena makan nasik, baru ada tenaga. em.. betol jgk. tapi mama ada menu baru! ingat tak, mama suka buat kuih lompang.. kuih serimuka..kuih cara... sebab mama tau adik suka makan kuih!! wheee!!!

em.. mama dah tak banyak cerita masa kita sarapan.. adik pon. dan mama dah tak tanya bila besaq adik nak jadi apa.. jadi, kekadang, bila adik rasa nak cerita, malam2 baru adik pi duduk dekat mama, baring atas peha mama... sambil mama sikat2 rambut adik. adik suka duduk kat mama camtu... sampai la adik terlena. sebab tu la adik suka ada rambut panjang... ^^ dan satu lagi mama tak kesah adik rambut panjang, sebab mama tau adik nak ikut stail Cikgu Zulkifli, cekgu English adik masa skolah rendah. =D

tapi, mama ada pesan. kalau boleh, jadilah cikgu jugak. banyak pahala. nanti pahala tu yang nak tolong kita kat dunia. pahala tu yang nak tolong mama dengan abah bila mama dengan abah dah takdak nanti. adik jawab apa ma?

"cekgu adalah benda paling last adik nak jadi dalam dunia ni" mama senyum je.

mama..

4 tahun lepas... pada tarikh ni... waktu pagi2 mcm ni... kita tengah sarapan dengan tok, dengan maksu kat dapoq rumah tok. mula2 kita makan biskut kering je kan ma? lepas tu mama masak nasik goreng, tok buat ayaq teh.

masa tu... mama dah tak tanya adik nak jadi apa... sebab adik bukan lagi budak skolah rendah, budak skolah menengah. adik bukan pelukis, bukan saintis. adik belajaq kat maktab, ma. adik nak jadi cekgu.

pagi ni... 18 Februari 2011.. hari jumaat. adik bangun suboh2. adik mandi. siap2. adik nak mama tau... adik sekarang.. dah mengajar budak skolah, ma... adik.. cikgu.

mama...

baru sekarang adik paham kenapa mama nak adik jadi cekgu macam mama, macam abah. baru sekarang adik paham kenapa mama asuh adik dari kecik macam mana mama asuh dulu... baru sekarang, adik paham... kenapa mama suka kalau adik jadi cekgu..=)

mama...

adik doakan semoga mama tenang di sana. abah pun. adik tak mampu balas jasa, perit jerih dan keringat yang mama dah curahkan selama 19 tahun mama dengan abah bela adik. dari malam abah bisikkan azan kat telinga adik... sampailah saat adik bisikkan kalimah syahadah kat telinga mama.............. ma..

mama... taun lepas adik tulis ni kat mama... adik nanges... hari ni... adik janji dengan diri adik, taknak nanges.... tapi, adik tak mampu.. adik nanges jugak, ma... ehe.. maaf ye..

ma.. adik rindu sarapan nasik goreng mama buat... roti bakar... kuih lompang..

..adik rindu mama kejut adik bangun tido... urut kaki adik terseliuh... sikat rambut adik...

..adik rindu bergurau dengan mama... bergadoh dengan mama...

mama... adik rindu mama

.

3 comments:

Anonymous said...

I pray that your parents will be
blessed; showered with mercy and
kindness, being placed with
the believers and martyrs, for they have brought up a fine man, a lovable fellow and a
good teacher, insya-allah.

Anonymous said...

You are a strong person.

Antara said...

amen. thank you, both of you. =)