About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Tuesday, February 22, 2011

Permainan Budak Kampung Dulu2: Guli

pergh...teringat masa tuju guli dalam 'bank', tuju guli member... pangkah guli member sampai pecah.. hahaha.

masa kecik, guli ialah antara permainan paling femes kat kampung. especially kampung aku la. syok! ada guli yang cantik2 kaler dia... lagi syok bila ada banyak guli. aku sendiri pernah ada bertabung2, berbalang2 guli. dulu harga guli murah. sekupang (10 sen) boleh dapat sampai 7 bijik guli. so masa budak2 ni la aku dengan ajib, pian, piji, kumpol duit belanja sekolah tu... beli guli, buat modal nak main. paling banyak guli antara kami, ajib la...dengan piji. dorang selalu menang. tensen aku.. heee

balek sekolah je, at least dua tiga kupang mesti melayang kat kedai ustaz (apa nama dia...lupa la) tu. beli guli siap2, sebab petang nanti pukul2 5 cmtu nak main dh. balek, simpan guli dalam balang ceklat hacks yg plastik tu. ada la 2-3 balang guli aku pernah simpan, campur dengan guli congkak mama yang aku sebat skali. heee... petang2, panggil ajib dengan piji... dan yeah~ mari berjudi kecik! =D

banyak cara nak maen guli ni. satu, kami panggil 'main bank'. main bank ni senang. buat satu bulatan atau petak. saiz dia, ikot la berapa orang yang main atau berapa banyak guli nak didepositkan kat dalam bulatan/bank tu. biasanya kami letak dalam 5 - 7 bijik. tapi kalo rasa kaya, letak la 10 camtu.. banyak sket leh menang. lepas tu, semua pemain ambik giliran memasing. dan setiap pemain wajib ada sebijik guli 'ibu' yang hanya guli tu je yg dia bleh guna untuk tuju guli2 lain. haa... part ni la syok. semua orang ada guli 'hero' ek.. yang kami rasa bertuah kalau guna, rasa syok bila tuju, ada speed, accuracy, strength...hahaha. stail ooo. siap pernah ada kes sorok2 guli hero/target ni ye, taknak bagi dia menang. heee

cara main dia senang ja. guna guli ibu/hero/target tadi tu, tuju guli2 yang ada dalam 'bank' tu sampai terkeluar. guli deposit yang terkeluar tu, kira habuan kita la. dengan syarat!! guli target kita tu mesti keluar jugak dari bank. kalau la guli2 bank tu terkeluar banyak mana pun, tapi guli target kita sangkut kat dalam bank... guli yang keluar tadi tak dapat kat kita, kena masuk bank balek, dan kita 'mati', habis giliran terus. heee... kat sini ketepatan dan penaakulan fizik penting. sebab nak tengok trajektori guli kita kemana...tak keluar guli bank takpa, janji jgn sangkut kt dalam je. hee..

kalo guli target kita selamat keluar, dengan guli dalam bank pon keluar... kutip guli bank tu dulu. lepas tu, kita bleh teruskan giliran, tuju lagi guli dalam bank tu dari tempat guli target kita sekarang. kat mana dia terpelanting, haa start dari situ. kalo dekat dengan bank, syok la! taram cukup2, sapu kasi licin semua guli tu. main sampai la kita mati dalam bank, or guli dah habis, or takde guli dah yang terkeluar lepas kita tuju tu. ^^

bank, ijam tere. dia selalu pulun semua guli. tapi ijam ni baek, dia suka sedekah guli. selalunya time2 aku bankrup, dia la yang bagi sumbangan berpuluh2 bijik guli kt aku. hahaha

tapi piji dengan ajib, dorang tere main tembak. haaa... ni aku tak suka. sebab aku tak pandai bajet speed-distance-power. masa tu la. main dia camni. buat bank jugak, isi dengan guli berapa2 banyak. tapi jangan usik. tu kira pertaruhan la tu. kerja kita, hapuskan semua player. so orang last skali dikira pemenang, dan semua guli dalam bank dia punya. heee... judi sangat kan? ^^

ambik giliran sapa start dulu. lepas tu tauk je guli target kita kat mana2 kawasan permainan. tujuan dia nak tengok kita start kat mana nanti. kalo nasib baek, kita start dekat2 dengan guli member. so, bleh la tibai guli dia dulu. siapa yang guli dia kena tuju/tembak, dikira mati, out, habis giliran. kat sini sapa tangan panjang syok la, senang nak 'ketuk' guli orang dalam jangkauan tangan dia. hhaha. so tuju la guli sapa2 yang main, ikut giliran masing2. paling syok bila orang tuju guli kita, tapi tak kena. lepas tu guli target dia tu plak melekat dekat2 sangat dengan guli kita, dan giliran kita plak lepas tuh. pergh~... mau nages tengok guli kena ketuk kuat2. pernah sampai pecah ooo kami ketuk guli target orang. takpun, yang memang dewa tu, dari jauh lagi dia tuju...terus kena guli orang...dengan speed dan accuracy yang tinggi... berkecai terus guli yang kena tembak tu. hahaha. aku pernah gak la buat skali dua camtu. tapi takleh lawan ajib dengan piji la.. harem tol... huhu

syok sangat time tu. macam2 skill ada. macam2 mitos timbul. paling femes, kena asah guli. guli tu kena tonyoh2 kat simen kasar dulu, bagi bercalar. kononnya nak bagi nasib baik... tak sangkut dalam bank, tuju guli orang selalu kena, dan kebal/orang tuju tak kena guli kita. hahaha. aku pon buat!!! nak menang beb~ ^^

main guli ni takdak season. asal ada guli, ada orang nak main... kira jalan. tapi yang pokai, habis setabung dua guli tu... macam aku... heee.. tengok je la. lagipon aku selalu buat bisnes. kedai jual sekupang 7 bijik, aku jual sekupang 8-10 bijik, ikot mood. =D mana tak habis cepat guli aku. (padahal asek kalah tak mau habaq). hahahaha

okeh, permainan laen di entri yang laen! ^^

No comments: