SOCIALIZATION

Sunday, July 1, 2012

McDonald's Puncak Alam Dirompak. Lagi

sesubuh tadi aku bangun... tengok kat henpon.. ada text. tonyoh2 mata sikit.. then baca...

"An, mekdi br kne rompak.
Elakkan kua memalam
Ok tu je. Take care.
Goonight" *smiley*"

03:16

hoh!?? mekdi puncak? tempat twtup aku dgn along-angah-achik kawasan tu? pergh! tekezut la aku. so aku teros google2... dan call kawan aku.. and yes. McDonald's puncak alam dirompak, mlm tadi.




dari sumber google search dan cerita kawan aku yang pegi ke McDonald's tu untuk ambik kawan dia yang jadi mangsa kejadian.. rompakan berlaku antara jam 2-3 pagi. sekumpulan lima (5) lelaki turun daripada kereta dan meluru masuk ke dalam restoran, merompak kaunter serta pelanggan yang berada di situ.

penjenayah dikatakan menaiki Satria hitam bernombor pendaftaran WHU 3832. perompak memakai topi keledar bagi mengelak dikenali dan dirakam kamera restoran. lagi memburukkan keadaan, dorang bersenjatakan parang dalam melakukan jenayah. kalo korang ada sebarang maklumat tentang kenderaan ni, sila report polis cecepat!

dorang rompak mesin duit di kaunter, dan barang2 berharga pelanggan masa tu. antaranya, beberapa bijik laptop. rata-rata pelanggan yang ada di situ budak2 uitm puncak alam yang tengah study dengan kawan-kawan. tak pasti henpon dirompak jugak atau tak. 




tapi alhamdulillah jugak la.. sebab semua mangsa rompakan/kejadian selamat... takde yang diculik ke, dicederakan ke... walopon perompak menggertak dan mengugut mangsa dengan parang dan ugutan bunuh. to think it on the brighter side, better hilang barang daripada hilang nyawa... huuu.. mintak simpang~

em.. selain dari merompak, penjenayah jugak melingkupkan harta benda McD. taktau apa motif. mungkin tanda amaran supaya jangan membantah cakap dorang kot..

ni hasil daripada aku search sikit kat twitter pagi tadi..



untuk maklumat lanjut dan kredit (sumber) gambar, boleh baca dan lihat di SINI dan SINI


p.s. sebenarnye lah kan... malam tadi.. lepas updet blog pukul 2 pagi tu... aku memang nak pegi makan kat McD puncak. rasa naaak sangat2 makan kat situ. lapar kot.

so i drove my car, dan gerak menuju ke sana.

but halfway... masa nak sampai roundabout berhantu tu... aku tetiba rasa tak sedap ati... rasa macam ... tah. tak tau nak cakap camna. rasa sayang duit pun ada, rasa tetiba kenyang pun ada.. but i felt uneasy. macam tak best je.. jadinye, kat roundabout tu... aku pusing 1 round, and patah balek.. terus balek rumah.. tido.

kalau betul itu gerak hati aku yang menghalang aku daripada terbabit dalam kejadian rompakan tu... Allah.. aku bersyukur sangat2... Dia dah selamatkan aku, dah lindungi aku daripada bencana. mungkin berkat aku beli tisu dan sedekah apa yang mampu kat pakcik main muzik kat pasar malam, petang semalam kot.. wallahualam...

apa2 pun... aku nak pesan kat korang... take care. jaga diri. berwaspadalah. jenayah sekarang makin2 dasat. manusia makin2 hilang kemanusiaan. jadi.. tolong. please. jaga diri, tau.

5 comments:

Anonymous said...

ya allah..nasib baik Tuhan gerakkan hati kan, klu tak..

cinta cukulet said...

usahkan mekdi, minum kedai pak ali pun kadang2 tak selamat jugak...hanya Allah lah sebaik2 pelindung :)

Antara said...

yep.. nasib baek sgt.. wuu~ syukur.

kedai pak ali pun tak selamat? kena minum kt kedai ah chong lah camni. eh. hehe

benar. hanya Dia sebaik-baik Pelindung. kita usaha, kita doa. =)

Amir Aidid said...

Terima kasih kerana link kan ke blog Ame . ohh ya , nasib baik kamu tiada disana ketika berlakunya rompakan . Tidur di rumah lebih selamat kan . haha .

ஜ miss klanika ஜ said...

tak selamat dh mekdi kat puncak tue . giler ah . hbslappy students lepak ctu pn kena