SOCIALIZATION

Friday, March 16, 2012

[EVENT] Malaysia Ukulele Day (MUD) - A Blessed Blast!

Hear ye! hear ye!! 

This Saturday, there'll be an event that i, YOU, they, and WE - should attend! 


Malaysia Ukulele Group

Malaysia Ukulele Group (MUG)

presents 

Malaysia Ukulele Day (MUD)


which will be held at



and YOU are invited!! ^^

so 

come on and join us!


there will be..

live performances, workshops, special appearances, fun activities, sales booth.. 

Malaysia Ukulele Day 2012

Sounds interesting? It IS! so how to get there??

here's the map. (Thanks MUG!)


click for a better view

Bring your ukulele, tambourine, maracas, or even a triangle (ting! ting!) and join the fun!

Can't play ukulele? no other playable musical instrument?

NO WORRIES!!

the fun is for EVERYONE!!!



Do bring your cameras and video recorders along! treasure the happy moments

with all the peace-loving creatures there!


To go or not to go!?

check this out! ^^



for more details, visit HERE and HERE

See you there!

^___^

Wednesday, March 14, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tarikh Kawen



kebelakangan ni aku tengok ramai member2 aku, kawan2 sekerja seperjuangan, para senior dan junior dan mereka2 yang aku kenali, dah bertunang or berkahwin. tapi... yang NAK bertunang or berkahwin ... laaaaaagii ramai! haha. so, aku dedicate entri bersiri ni buat korang2 yeh? ^^


ada apa dengan tarikh kawen? 

hoooiihh... ada macam2 wei... serius. tarikh tu la yang nak buatkan korang tersenyum hepi, or kelat mencuka. eh cuka masam, bukan kelat. hahaha.

sekarang... not actually sekarang je, tapi sejak dolu2 lagi... orang suka buat event ikot tarikh yang lawa2. contoh? 9 September 1999 (9/9/99), 1 Januari 2001 (01/01/01), 10 Oktober 2010 (ten-ten-ten), 11 November 2011 (eleleben), 20 Disember 2012 (20/12/2012) dan 21 Oktober -any-year-mesti-cun-punya-.

biasanya kalo tarikh2 lawa camtu.. ramai yang nak buat majlis istimewa. samada bertunang, bernikah, berkenduri, beranak dan beranikaupulangkerumahnilagi. aawww... shuuweeiitnyeeww~~ (tak termasuk yang last tu). so, kali ni kita tolak tepi hal2 laen. aku nak sentuh pasal kawen. =p

bagi korang yang nak kawen, sumpah tak salah untuk korang pilih sendiri tarikh kawen korang. buat la bila pun... dalam setahun ada 365 hari. nak berkendurik 3 hari 3 malam ke, seminggu straight ke, sebulan pomboleyh! itu hak korang. pilih laa tarikh yang lawa2. siyes. ^^ tapi kan tapi kan...

kat sini aku nak share sket keistimewaan booking tarikh special.. and kekurengannye.. jugak. haha

******

Keistimewaan
- sebab susunan angka yang lawa, so memang akan nampak cute sangat bila tertera kat atas kad jemputan, banner tepi jalan, sijil nikah/kawen dan event kat fesbuk. cer bayangkan korang kawen pada 21/10/2110... tak ke cun dipandang tu? ^^


- bila dan cantik tu, memang senang nak ingat lah kan. tak pon memang bersempena hari2 tertentu. kalau 01/01 ... tiap2 tahun korang sambut tahun baru sekali dengan ulangtahon perkahwinan. tak pun 31 Ogos. memang kompem kerajaan bagi cuti umum seluroh negara sempena hari kawen korang tu. tomeii kan? hihik

- kepuasan hati. bagi sesetengah orang (or korang), bila dapat buat majlis bersejarah pada tarikh2 yang cun, korang akan rasa happy sesangat. rasa macam itulah satu2nya hari yang ada dalam setahun, especially tahun tu.  pergh, kalo dapat buat majlis kawen on 10/11/12 .. or 12/12/12.. or 21/10/12 <-- ni lawa ni... memang orang laen akan menghujani wall fesbuk dan timeline twitter korang dengan frasa2 macam ... "tahniah! cantik tarikh kawen!" , "congratulations! nice number!" dan "untung laaa~" hehe..

okeyh. tuuu dia bab syok-nya pilih tarikh cun. now... here comes the darkness... bwahaha  >=D

Kekurengan (terlampau memilih)

1. bila tarikh tu cun sangat (mcm 21 oktober any-year), permintaan untuk buat majlis pada tarikh tu akan meningkat. ini bleh buat pasangan pengantin bersaing sesama pasangan laen. gadoh2. aku dah book tarikh ni sejak taon lepas. ah, aku book sejak Mahathir letak jawatan. ah! aku book sejak dari dalam perot mak aku lagi. --" 

2. bila permintaan tinggi, korang tau la... kos untuk majlis kompem2 melambung jugak. biasanya butik2 pengantin, andaman, caterer makanan, sewa dewan dan seumpamanya akan melonjak naik sebab ramai sangat nak settle down on that day. caj dua-tiga kali ganda beb! konon banyak majlis nak kena cover, or majlis tu sepatutnya lebih spesel dari majlis2 di hari yang laen - so pengusaha yang berkaitan kenduri-kendara ni mark-up harga servis dan barangan secara kaw2 punya. contohnya, kawen on 11/11/11 sewa dewan rm 7000 - 10,000. kalo 21/10/any-year, baru RM-hargamembermember. haa...


3. bila tarikh cun, itu bererti banyak event dibuat pada hari tu. bila banyak event... korang yang kawen on 20/12/2012 hanya boleh pegi majlis kawen korang sendiri je. kena la pulak si Saodah kawan baek korang tu kawen haritu jugak.. si Jamal Nasir kendurik haritu jugak... dua pupu korang sebelah makcik tiri atok belah opah kepada tok ngah korang pun gedik nak kenduri tarikh tu jugak... acane?

3.5 dan bukan korang je takleh attend majlis kengkawan/sedara laen. silap2, kengkawan/tetamu korang pun berbelah bahagi... nak pegi kendurik si Annisa ke, Nora Danish ke, Zaquan Adha (eh..) ke, Ahmad Nor Kushairi ke... tarikh sama lah pulak, 21/12/21 ... hm~~ so kengkawan korang kena buat pilihan. haa.. part ni payah. bab nak jaga hati member, memang penin kepala. last2? tak pegi mana pun. dok rumah tengok gusti kat tv. hahaha

4. korang tak kesian ke kat tok kadi? pagi pukul 9 ada tujuh pasangan nak dinikahkan kat surau seksyen 3. kejap lagi tengahari sket ada 12 pasangan dok tunggu saat diijabkabul kat masjid putra. lepas asar ada lagi 20 pasangan dok tunggu kat tepi tasik putrajaya presint 2.. ikut2, ada 50 pasangan dia kena ijab-kabul kan hari tu saja. jenuh weh~~ kawan tu dah la tuaa... dah tu, esoknya tarikh tak selawa tarikh harini, dah takdak sapa nak kawen. lalalaa...

******

heee.... jadi~ buat korang yang nak/bakal/akan berkahwen tuu... dalam nak pilih2, tetapkan tarikh tuu... aku nak share sikit la... - sebagai tetamu yang berharap dapat pegi kenduri korang tu..=)



buat la time cuti sekolah.
ni paling penting kot. maksud aku, buat la time2 cuti panjang. cuti bulan 3 ke, cuti raya cina ke, cuti tengah tahun ke, cuti raya posa ke... hujung tahun laaaaagi bagos! senang nak plan cuti dan perjalanan... ye tak cekgu2? hahaha. bukan apa... nak pastikan tetamu yang dijemput dapat hadir ke majlis berbahagia korang tu. especially yang pompuan. korang kawen sekali je insyaAllah semumur hidup. laki takpe la.. sebab maybe ada kenduri susulan...err.. 

booking seawal-awal yang buleh.
kalo cadang nak kawen tahun 2020, sila booking dari sekarang. kalau nak kawen taon depan, patut2 booking tarikh tu lapan taon sudah. =p ok melampau. hehe... silalah rancang majlis anda bebaek~ ye? bukan apa, persediaan awal ni banyak khasiatnye. mana tahu, leh dapat harga murah sebab korang book dewan n catering tu dulu? or tempah baju pengantin awal2, dapat diskaun ke.. berbanding tempah hari ni dan majlis nikahnye esok....

berdoa 
doa banyak2. jangan hujan, ribut, banjir, petir, tornado, kemarau, or apa2 lagi bencana alam laen daripada jadi masa hari kenduri tu. kena catu bekalan air pon bleh haru-biru, tahu? hee... laen2, ikut perkembangan semasa. bwahahaha


dah. aku nak simpan bebelan (bukan bebalan..--") aku ni untuk entri2 laen dalam siri ni. kalau rasa perkongsian ni berguna, bleh share laju2. =D

salam!

Tuesday, March 13, 2012

Umur 3 Tahun Aku Dah Merokok - #KisahBenar

tadi malam ada someone tanya aku... aku merokok ke tak.

normally aku akan amik masa untuk beberapa seconds bila nak jawab soalan tu. hehe. why why? sebab ada pros and cons-nye.

kalau orang tanya aku dalam konteks sekarang... yeap. memang aku tak merokok. taaapii~ itu tak bermakna aku tak pernah merokok. hahaha

rokok daun dan tembakau

yeap. seriously, aku PERNAH merokok. aku pernah jadi seorang perokok. pergh... pengakuan seh. ^^ so kepada para gadis yang bencikan perokok, silalah discard saya dari list anda. ekeke.. (bajet ada orang nak kat kau an... pffftttt... --"). anyway, ini adalah entri memberi penjelasan, bukan entri membangga diri mahupun memberi alasan. hehe

hang biaq betui, a'an. smoking? who? what? when? where? how?

betol laa... aku tak tipu seh~. ^^ but that was.... waaaaaaaaayyy back during my childhood. huh? yeah~~ aku merokok sejak kecik beb. sedari aku penuh gigi dan pandai berlari.

aku tak ingat sangat, maybe sejak umo aku 3 or 4 tahun  camtu la. camne leh merokok? haa... meh aku citer.

******

dulu, mama dengan abah sebok keja. dorang keja pagi sampai petang. kakak aku plak sekolah asrama jauh2. memang takde sape la kat umah kan. disebabkan takde orang nak jaga aku kat umah, so aku diserahkan kat orang/jiran kitorang untuk dijaga masa abah mama takde kat umah.

aku diserahkan kat angah. itu gelaran ibu jagaan aku - angah. orang banjar. sekarang korang taho lah, napangnya ako bisa basurah banjar. kao nandu kah? hahaha 
angah tu saaaaangat baek. sayang sangat kat dia. alhamdulillah, dia hidup lagi sampai sekarang. sehat dan kuat - wlopon rasanya umo dia dah 60+ dah ni. ^^ umah angah ni seberang parit depan rumah aku je. so memang la aku rajin pegi umah angah wlopon mama abah dah balek keja.

angah dok dengan mak dia - yang aku panggil nenek. haaa... aku pendekkan cerita... nenek ni la yang ajar aku merokok dan makan sireh!

sekadar gambar hiasan. ini bukan nenek aku. --"


siyes. nenek ajar aku merokok sejak2 aku stay dengan dorang la. seingat aku... mula-mula aku merokok, nenek yang jemput. masa tu nenek dah lepas makan sireh. aku dok ushaaa jer.. amende la nenek aku ni dok buat. lepas tu dia gulung2 rokok daun tu.. dengan tembakau skali. dia tengok je aku dok ngadap dia tak berkedip mata dari tadi.

dah tu? hehe. dia sua kat aku rokok gulung tu. aku amik laaa. pastuh dia cucuhkan api~ dia ajar cara sedut asap... yeah~~ ^^ itulah kali pertama aku merokok. anyway, rokok daun je... bukan Dunhill ke, Benson & Hedges ke, Lucky Strike ke... hahaha. tapi syok beb! siyes. tak tipu. rasa ohsem sangat dapat sedut2 asap... lepas tu hembus slow2... ekeke

memula tu memang tersedak2 asap la aku dibuatnya. batuk kaw2. maklum la, tak biasa. kecik lagi plak tu. tapi dah hari2 aku tibai rokok gulung.... koman2 mesti sekali sehari.... memang alah bisa tegal biasa la jawabnya. bak kata orang... practice makes perfect? LOL 

******


how bout my parents? mula2 dorang marah la. bersungguh marahnye --". memang aku kena tempeleng dengan abah, kena cubit dengan mama. tapi tapi.. angah dengan nenek power ouh! dorang bekap aku kaw2. tapi aku reti jugak kecik ati.. (alololo...) bayangkan la.. lepas kena tempeleng tu, sehari setengah aku tak balik rumah. pegi mana? hahaha

aku merajuk dengan mama abah. aku panjat pokok pelam (mangga) kat hujung bendang/sawah belakang rumah angah tu... dudok diam2 atas tu. siap tidou atas pokok lagi beb. petang selasa aku kena penampar, malam hari rabu baru aku turun... lapiaaqq.. bwahaha xD

tapi lepas nenek dengan angah bekap tu... marahnya mama abah jadi slow sket. skali tu je la pun dorang mengamuk. ekeke. lepas2 tu? aku terus hisap rokok gulung/daun macam biasa. dan dorang tau. wheee!! cuma mama abah pesan, jangan merokok banyak2 sangat. paling banyak pun sehari 2 kali je. aku pun... okaii bosshh!! =D

tapi aku tak jadi perokok tegar la. alaaa... spoiler tak? ekeke. aku berhenti hisap rokok lepas masuk tadika. aku masuk tadika KEMAS, agak awal la jugak. umur 5 tahun lebih, baru aku berenti hisap rokok daun. kenapa? aku ingat sebijik2 kata2 mama yang buatkan aku berenti merokok... ni siyes ek, mama yang cakap dulu..;

"kalau adik hisap rokok, nanti mulut jadi warna hitam. gigi kuning. busuk. nanti kawan adik tak suka cium pipi adik. adik pun tak boleh cium pipi kawan adik. nak macam tu?"

harus la aku jawab... "taaaaaaaaaakkmaaaaaaaaaaauuu!!" sape taknak kena cium oiii~~ so terus aku berenti merokok. LOLOLOLOLL!

*******

itulah kesahnye~ ^^ dan sejak masuk tadika tu, aku tak merokok dah. ok la, tipu. ada la sekali sekali, time2 kenduri, gotong royong buat kerja ramai2 tu, aku tibai gak la segulung dua rokok daun. taaaapii! aku tak pernah langsung hisap rokok yang macam sekarang ni, yang dalam kotak2 tu. ok? clear. siyes tak pernah. dan siyes tak suka. ehe

so kalo orang tanya aku merokok ke tak... mesti aku jawab 'kecik2 dulu pernah la'... wlopon aku tahu aku kena eksplen lebih2 plak lepas tu. nak buat camne.. itulah hakikat. at least aku tak berbohong. hihik! ^^

DISCLAIMER:
aku buat entri ni sebab nak kongsi pengalaman, menjawab persoalan serta memberi penjelasan. haha. kalau korang bukan perokok, aku tegaskan - jangan la merokok. tak kesah la apa jenis rokok pun. bagi korang yang merokok, kalau rasa merokok tu tak salah, maka teruskan merokok. asalkan korang percaya pada Tuhan, setia pada Raja dan negara, luhur dengan perlembagaan, mendaulatkan undang2, dan jaga adab sopan dan tata susila.  
dan tolong jangan ajar anak2/adik2/anak sedara dan seangkatan dengannya belajar2 merokok. ini serius. jangan jadikan aku sebagai teladan. buat sempadan, takpe. ok? sekadar berpesan-pesan pada kebaikan, insyaAllah. =)

uih... lapiaaq... jom! nak pi buat medical checkup. hahahah. ironi sungguh! xD

Monday, March 12, 2012

Kanser



tadi... aku pegi downtown bandar baru bangi... kat Jalan Reko, on the way nak ke kajang dah tu. pastuh, kebetulan aku jumpak bestfren aku kat situ. dia pon dok bangi gak. tapi seksyen laen.

memula aku ingat nak hu-ha hu-ha dengan dia. dia ni gelong sket. perangai bengong2 macam aku jugak. tapi malam ni dia sampai, muka dia straight je.

aku cuba ceriakan keadaan. melawak la lebeyh kurang... tapi dia senyum2 nipis je. ok aku tau. dia memang siyes tak mampu nak gelak macam selalu.

kenapa?

huk... sedeyh weh.

dia cerita kat aku. dia memang tengah sedeyh. sebab? sebab adik dia. adik dia kena kanser. kanser tulang. kat muka.

..

kitorang duduk2 la kat divider jalan tu. dia cerita la pasal adik dia tu. penyakit tu. sumpah aku cakap... aku nak menitik air mata dengar cerita dia. korang bayangkan la, aku dengan menatang tu kalo jumpak je mesti gelak kaw2... hepi2. tapi kali ni kitorang tak mampu pon nak senyum, apatah lagi gelak2...

kalau tak pikir orang ramai lalu lalang depan kitorang tu... siyes aku cakap, aku dah berjujuran air mata. sebak, tahu? sebak. tapi aku tahan je. mata dah panas benarnye nih, dengar adik dia menderita kanser...

aku taknak perincikan kat sini. aku tak mampu.

...

mi. kalo ko baca entri blog aku ni. aku nak cakap something yang aku tak dapat cakap tadi. aku nak ko steady weh. ko jangan putus harapan, jangan putus doa kat Tuhan. ko dengan family ko.

aku tak boleh cakap aku paham situasi kau - tu dah jadi dosa besar, menipu. sebab macam mana aku simpati, kesian, sedih pun... aku takkan paham macam mana korang paham. aku tak tanggung apa yang sbenarnya korang rasa.

aku sendiri taktau nak tolong apa. cuma, insyaAllah aku try cari2kan contact2 yang bleh ko dengan family rujuk utk rawat adik kau tu. kita doa banyak2 weh.

yang penting, jangan bagi adik kau tu givap. jangan bagi dia rasa mati lagi baik dari hidup camtu. motivate dia weh.

sori aku tak cakap banyak tadi. aku tak leh divert rasa sedih tu. tau, ko pon tak gila2 macam selalu.

take care weh.. kem salam kat family.


Sunday, March 11, 2012

Hanya Sekepal Dua - Enam



ok... sebulan aku tak shave muka... naik janggut and jambang. bwahahaha. siyes. bangun pagi je mesti aku tengok cermin... pastuh tanya... sape la dia ni. ekeke


tapi tu sume dah berlaluuu... sebab? hm...

aku simpan jambang sebab nak nampak imej laen sket dari dulu2, biasa2. ye lah. konon2 nak nampak matured la sket. LOL. anyway, aku harap dengan jambang camtu, budak2 nampak aku ni macam someone yang garang!. takleh buat maen cekgu nih. gangster. mafia. yakuza siap! hahaha

tuu diaa... samseng kampung dusun. xD ni gambor bulan lepas. yang latest..aku taknak bagi view. hahaha


taaaaapiii.. sebaleknya plak jadi. aku nak wujudkan imej penjahat. imej cekgu yang makan budak. alih-alih... budak2 ni panggil aku ustaz plak. -____-" nak lagi #facepalm ? dorang cakap muka aku macam Ustaz Don yg kat TV Al-Hijrah tu... erk!

aku speechless.. taktau nak cakap apa. berbelah bahagi ouh perasaan ini. hahaha. ok, bangga tu ada jugak sikit2. sapa taknak dikaitkan/disamakan dengan orang yg terkenal kan? terkenal dengan kebaikan plak tu. alhamdulillah...hehe. tapi? tapi~~

bila aku tanya kenapa dorang panggil aku 'ustaz', jawapan paling common ialah "cikgu nampak macam ustaz Don". nampak, ok? nampak. dorang cakap berdasarkan rupa paras; bukan sifat or peribadi aku. --"

well.. personally, aku tengok muka aku kat cermin... takde la iras ponn... jauh je ha. mungkin cekung pipi je la kot. ekeke. tu yang aku pelik tu, camne la bleh budak2 ni nampak ustaz Don plak..

hm... sebenor-benornye, aku rasa kecik je diri ni. rasa kerdil sangat. tak layak kot, nak di-compare dengan beliau~... ok la, aku bleh terima budak2 panggil aku ustaz. mungkin sebab aku ajar tasmi' kot. dan aku terima tu sebagai satu doa - mudah2an aku jadi baik, elok macam ustaz2 jugak. ameeenn~ hehe. tapi segan laa weii~... ilmu agama aku tak tinggi. stakat tau yg patut tau je. tu pon tak cukup... perangai pon tak semenggah.. lagikan dipanggilnya ustaz? huu... tak layak~

so... aku amik keputusan... clear-kan jambang n janggut ni. huuu... baru nak bajet2 Orlando Bloom dalam Kingdom of Heaven... hahaha xD. takpelah. berangan teruk dah tu. ekeke. tapi kalo lepas ni budak2 still panggil aku ustaz.. mudah2an ungkapan anak2 kecil tu jadi satu doa yang dimakbulkan Tuhan... =)

wokeyh! setel bab 30 minit... eh!? hahaha =D

nah! kompilasi comel anak2 didik-ku. ^^

*****

aku   : what is the meaning of 'hungry?'
kelas : bird!

*****

aku        : sape tau maksud 'dark'?
budak a : itik!
aku        : salah. itik is 'duck'. dark maksudnya 'gelap'. now what does 'bright' mean?
kelas      : ...........
aku        : ok, lawan kepada 'dark' - gelap, apa dia?
budak b : ayam gelap!

*****

budak : sir, sir. kenapa sir ajar kami nyanyi? sekarang waktu muzik ke?
aku     : nyanyi kan seronok~ kenapa... waktu english tak boleh nyanyi?
budak : boleh. tapi bile kami nak belajar english sir?
aku     : sekarang kan english lesson?
budak : tapi sir ajar muzik kenapa?
aku     : *sabar an, sabar*... kamu salin cepat sikit boleh?

*****

budak 1 : sir, nak minum air!
budak 2 : sir, nak minum air boleh?
aku        : yes, boleh. okay class. listen. next time, kalau kamu nak minum air... tak payah mintak izin dari cekgu. minum je, cekgu benarkan. ok?
kelas      : yes, sir!
budak 3 : *angkat tangan* cikgu.. nak minum air..

*****

budak : sir, bolehkah saye keluar ke tandas...?
aku     : in english, please.
budak : sir, toilet

*****

budak laki X             : cikgu, Z menangis.
aku                           : Z, kenapa kamu menangis ni? kamu tak sehat ke?
budak perempuan Z  : Y cakap dia suke kat saye.
aku                           : Y, betul ke kamu usik Z macam tu?
budak laki Y             : saye cakap saye nak kawen dengan dia. tapi bukan sekarang. saye tunggu dia besar
aku                           : hoi! kecik2 dah memandai nak kawen lah, itu lah ini lah. buat keje rumah pun tak siap, gedik nak kawen.
budak laki X             : cikgu, sebenarnye Z suke kat saye cikgu, tapi saye taknak dia. mak ayah dia garang
aku                           : sudah! bagi kawen tiga-tiga sekali baru tau
budak laki W            : tapi ustaz, mak saye cakap pompuan tak boleh kawen ramai2.
aku                           : ...

*****

budak 1 : hai cikgu azhan! 
aku        : hai~
budak 2 : hai cikgu hot~
aku        : hoii!!

********

'chatbox' yang aku rampas dari budak. LOL! gangster seh! xD

Thursday, March 8, 2012

Menanti Mentari - Coklat




Dalam kelesuan, Salmah menyeluk poket tas tangan. Dikisar segenap ruang, hingga menemukan jemari runcingnya dengan segugus kunci pelbagai saiz. Nah, sejambak anak kunci yang terpaut antara satu sama lain dek gegelang rantai logam tahan karat yang dibelinya ketika mula-mula sampai di Home of the Brave itu. Lantas, dibeleknya satu persatu.

Lemah, kunci besi itu diputar mengikut kitaran jam. Daun pintu lantas dikuak perlahan ke dalam. 

"Bismillah.."

Salmah melangkah masuk ke dalam apartmentnya. Boot baldu yang menyarung kaki Salmah dari tapak hingga paras lutut dilucut, diletakkan di rak kasut betul-betul di balik pintu. Salmah tahu, bukanlah kebiasaan orang di sini membuka kasut ketika berada di dalam rumah. Namun, budaya timur itu masih kuat terpahat dalam jiwanya. Lagipun, kasut sudah kotor dan dibasahi air. Masakan dia mahu lantai dan permaidani rumah dikotori?

Jaket kulit biri-biri yang memeluk tubuh Salmah sedari pagi lagi kini ditanggalkan, lantas disidai bersahaja di kerusi kayu meja makan di dapur. Dingin. Fikirannya menerawang seketika. Apa hendak dibuat sekarang? Dalam masih berseluar denim biru lusuh potongan demi-curve serta cotton blouse putih berenda nipis, dia merebahkan diri di atas sofa menghadap televisyen.

Untuk seketika, dirasakan tubuhnya cukup tiada berkudrat hatta mahu bangkit duduk. Enak sahaja dia berangan mengenai... Eh!

Bingkas, dipaksa badan yang tidak bermaya itu bangun. Segera. Dengan hayunan kaki yang longlai, Salmah terus menuju ke bilik tidurnya, menyalin pakaian yang tidak bertukar semenjak pagi. Dan kini senja berlabuh, menuntut Salmah membersihkan diri segera - sebelum dia terlelap di sofa ruang tamu dengan pakaian yang sudah lembab seperti tempoh hari.

Mandi.

*****

Matanya meliar mencari baju yang sesuai untuk dipakai, sambil tangannya menyelak helaian-helaian pakaian yang tergantung kemas dalam almari. Salmah mencari baju kapas tebal yang dibelinya ketika jualan penghabisan stok musim panas lepas. Dia yang hanya berkemban tuala mempercepatkan pencarian. Sejuk!

"Jumpa pun!" jerit Salmah. senyumnya lebar. Terus, disarungnya baju sejuk labuh jalinan kapas berbulu-bulu itu ke badannya, seraya melurutkan tuala yang tadi membaluti tubuh. Lega. Nyaman.

Salmah melangkah perlahan menuju ke dapur, sambil tangan mengikat kemas rambutnya yang panjang dan lembut, membentuk sanggul sederhana tinggi di belakang kepala. Penyepit rambut yang dari tadi digigit, kini kemas mengikat sanggul. Dingin lantai marmar terasa di tapak kaki. "Now where's my tea..."
Dicapai mug porcelain bercorak logo "Detroit Red Wings". Sesudu demi sesudu serbuk coklat dituang ke dalam mug, lantas ditekan butang 'hot' pada water dispenser. Air panas ditadah sehingga memenuhi tiga suku mug. Dua sudu kecil gula halus. Kting, kting, kting, bunyi sudu besi berlaga dengan kaca.

*****

Di tangan kanannya segelas coklat panas. Di tangan kiri, alat kawalan jauh. Dia menekan butang 'power' pada alat kawalan jauh seraya menghalakannya ke pemanas udara yang melekat utuh di sudut siling ruang tamu. 

"Eh, kenapa tak berbunyi? Alah, rosak lagi ke... haih.". 

Alat kawalan jauh dilemparnya ke sofa. Terus, dia ke dapur semula. Salmah mencapai kerusi kayu dari meja makan. Diseret perlahan ke tepi jendela kaca jernih menghadap pemandangan sungai Charles. Coklat panas sudah suku gelas dihirup. 

Sayup dari luar bunyi kenderaan di bandaraya Boston. Hujan-hujan begini, biasalah. Kesesakan itu wajib.

Salmah merenung jauh ke luar tingkap. Tembus, melebar ke ufuk sana. Kelibat mentari tiada lagi kelihatan. Hanya pancaran lampu-lampu neon di bangunan-bangunan tinggi menghiasi hamparan malam. Salmah mencapai telefon tanpa wayarnya.

"Enam... kosong.. lima.. ", dia menyebut satu persatu angka yang ditekan pada gagang telefon.
Menanti seseorang di hujung talian.

.
.
.
.
.
.
.


"Hello? Assalamualaikum! Mak!"

"Waalaikumussalam. Salmah, kau ke tu?"

"Ye mak! Haha. Mak sihat? Masak apa tengah hari ni?"



Tuesday, March 6, 2012

Sekadar Berpesan Sesama Insan =)


JANGAN dalam Islam.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Kalau tidak, nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pulak.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- JANGAN seronok sangat. Nanti sakit.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa share kepada rakan-rakan anda....


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. #30 Minit Ustaz Don, TV Al-Hijrah



Monday, March 5, 2012

Orang Bunian Pandai Masak



aku bangun subuh pagi tadi... bukan sebab jam penggera kat henset aku nih... dan bukan jugak sebab azan subuh (time tu tak masuk waktu lagi)...

tapi sebab aku terbau something yang sangat sedap. apakah?

nasi ayam. gambar dari Google. sekadar hiasan


nasik ayam! bau nasik ayam weh~ pergh... aku terus celik mata, sambil sedut bau yang sedap tu dalam2. uuuuhhh.... sedap gile bau masakan nih - sampai aku lupa nak bersyukur masih bernyawa hari ni. --"

tapi siyes don... wangi gile bau nasik ayam tu. aku rasa, nasik ayam la kot. bau ni familiar, same je dengan bau nasik ayam yang selalu jual kat restoran, kedai2 makan dan pasar malam tu...

sampai sekarang ni bau tu masih kuat. kejap2 ilang la jugak... tapi skali skala dia melanda tu... ngeee~~ enak sungguh bau ayam kukus  perap madu dan sos tiram... ditambah dengan pati ayam, dengan kicap pekat dimasak sempurna dengan nasik mentega... drooling weh!!

tapi kan..

sape je masak nasik ayam pukul 5.30 pagi? ok la... ada la makcik mana2 yang nak jual sarapan. tapi... nasik ayam untuk sarapan? ok aku je kot tak pernah makan. kau pernah? hmm~~

yang aku tak tahannye... asal aku nak lupa je pasal bau tu... mesti ada angin lalu yang melintas hidung aku yang tak mancung nih... membawa wanginya haruman nasik ayam kukus perap madu dan sos tiram beserta kicap pekat berpati ayam yang lazat... 

dan... sekarang aku rindukan ... nasik ayam oyster~... oh penang.

T___T dugaan sungguh puasa isnin nih....

Allah~

p/s: korang tahu tak... kita akan lebih mudah tertarik dengan seseorang yang memakai cermin mata? sebab otak akan cuba untuk membayangkan dan mengenali orang tu - tanpa kaca mata.

ini sangat random...=____="

Saturday, March 3, 2012

Hanya Sekepal Dua - Lima



blerrghh... minggu ni agak kejam lah. ngee... bukan apa. sebab kena keja enam hari weh. wooo~~ sabtu is a no-holi-day for warga sekolah aku. sekolah ganti cuti beb. kalo tak silap aku... hari ni sempena cuti rayo cina aritu. hm~~

pagi tadi aku bangun dengan penuh harapan dan semangat - nak buat lesson plan. untuk hari ni dengan isnin depan. standard la kan, cekgu petang. masih ada masa pagi tu nak buat RPH pun. hehe. tengah syok2 layan baring2 malas, tetiba sekeping mesej masuk dalam inbox nombot celcom aku nih..

"salam. sori, ada benda nak habaq. pagi ni ada latihan sofbol. start lbh kurg 8.30 pagi... Tq"

aku dah jem. sebab perkhabaran dua hari lepas, macam laen. so aku tanya laa... dah jadi sesi berbalas mesej~

"Heh? kata kensel"

"PK ko 'kesayangan' hang soh buat jgk2. haha"

"anggap mesej2 nii xditerimaa. Zzz... tengah tidoq ni. pagi pukoi 10 lebeyh bangun, baru sedaq ada mesej. Lalalalaa~~ --"

"Ok.. aku forward msj hg ni kat dia laa ni jgk. hahahaha"

hambik... main dengan cekgu sorang ni... buleh jadi dia buat sungguh. hahaha. hm~ aku bukan la baloq liat sangat nak pegi train bebudak tu. tapii ... cer bagitau awal2, leh tak? aku dah bajet nak siapkan lesson plan bagai pepagi ni. peruntukan timing dah cantik. sekali bajet lari daaa... harus la aku gelabah. lol!

tapi, tak kesah la. itu arahan, so kena ikot. lagipon, buat keja kalo ikhlas jadi ibadah. bila ibadah dapat pahala. yeay, kutip cebis2 pahala sebanyak mungkin... nak tampal2 kat dosa yang bergunung tinggi berlaut luas nih.. ehe.

*****

eh aku hampir lupa. aku ada hutang sambungan entri sekepal dua minggu lepas kan? pasal...pasal.. tuu kan? hahaha. ok2, aku sambung.

untuk pengetahuan korang, sini memang ada perkampungan bunian. ok, sangat takde build-up punya story, kan? direct je kat main point. bosan. hahaha. lantak la, aku takmoh ulas banyak2... sebab memang tiap kali aku terdetik je nak pikir lebih2 pasal hal2 nih... cam ada yang ...

korang bayangkan la. aku masuk2 je sekolah, dah kena bombard dengan macam2 soalan. soalan bab2 single-mingle lagi ke, dah kawen ke belom, asal mana, bla bla bla sume tu... memang wajib dah menjawab hari2. hehe. tapi antara soalan2 laen yang direct dorang tanya... - ko masuk sekolah ni, tak rasa apa2 ke? tak nampak apa2 ke?

ngee.. aku nak cakap apa lagi? obvious kot soalan dorang - wlopon berkias. hahaha. bukan apa... dorang risaukan aku. sebagai 'the new guy', dorang nak aku beware and be careful je. ye lah, tak dinafikan benda2 yang kita tak nampak tu semua wujud. dan dorang ada tempat2 menetap yang tertentu. nak jadi cerita.... area sekolah and taman sini ni... salah satu hot spot laaaa~~ ^^

em.. bagi aku, perkara2 paranormal ke, abnormal ke, normala samsudin ke... sume tu ada kat mana2 kot. cuma aktif dengan tak je. dalam hal nih, meh aku citer sket2 apa yang dah jadik so far kat sini... =)

dulu... sekolah ni sangat aktif dengan kes2 histeria, kne rasuk, kehilangan barang... dan sampai satu tahap - hilang orang. siyes beb... budak hilang, kne sorok time2 tengahari, petang2... ada kes budak ni dua orang, keluar kelas sebab cakap nak pegi tandas... alih2 tak pulang2 sampai waktu balik, habis sesi persekolahan. satu sekolah kecoh. cari merata siyes tak jumpak. last2... lepas azan maghrib, baru jumpak balek dua budak darjah 2 nih... kena sorok dalam stor yang berkunci dari luar kat bawah tangga depan opis. padahal sepanjang hari cekgu2 dok melintas lalu lalang depan tu, siap cek stor tu lagi - takde pon dorang sebelom2 nih. hee... 

tu belom kes jumpak budak meracau kat pokok kelapa sawit belakang sekolah tu. haha. ok, haha tak sesuai ditaip kat situ..--"

ada reader entri lepas suroh aku eksplen experience nampak 'cikgu' satu lagi dalam kelas aritu. em... orait. aku story berfilter. kepada yang mengandung, lemah jantung, daya imaginasi tinggi,... mungkin kureng sesuai untuk bacaan anda... especially malam2...ehe~

******

waktu tu siang. tengah hari dalam kul 2 camtu. aku pon berjalan la dari bilik guru, nak ke kelas. sepanjang aku jalan tu, aku dah rasa tak syok dah. bukan pasal budak dok hi-ustaz, hi-sir, kat aku. tapi.... aku rasa 'hot' semacam. lol!

em... rasa panas yang seram sejuk. paham tak camna? aku tak reti la nak describe. tapi aku tau, kalo aku rasa camtu... tandanya ada benda yang dekat2 la tu. ehe... aku buat tak peduli la kan. sampai je kat kelas, aku masuk bagi salam kat budak2, suruh dorang duduk. aku tetiba rasa panas yang sangat tak best kat sebelah kanan aku. aku dah agak, so aku standby la steady sebarang kemungkinan.

sekali aku toleh ke kanan.. ngee... ada sesusuk tubuh wanita tengah berdiri betul2 kat tepi, sisi kanan aku. 'orangnya' tinggi paras telinga aku. tegak je dia berdiri. tak pakai tudung, so istilah sekarang ialah free-hair. untung la, rambut dia lurus cantik. lebat, lepas bawah sikit paras bahu dia. berpakaian lengkap macam cikgu2 ouh. aku tak berapa ingat la kaler sebenar baju kurung dia. tapi lebeyh kurang kelabu2 camtu la...hee.. 

aku sangat pasti itu bukan penyelia petang mahupun penolong kanan lain. aku jugak pasti dia bukan pegawai Nazir atau PPD yang nak buat pemantauan sekolah atau cekgu. wlopon peri parasnya lawa bukan maen (kulit muka dia cerah mulus... gebu)... tapi aku takde berhajat nak try2 ngorat dia pon... hee.. eh bukan sebab dia terapung-apung. taaaakk.. dia berpijak di lantai kelas macam biasa. ^^ cumanya.. cumanya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

di belakang kepalanya... di sebalik rambut dia yang wangi tuu... ada ... ada....... satu lagi muka... yang takde mata, hidung, telinga. cuma mulut je. 

yep. very the sure. no eye, dear. aku sangat meneliti peri parasnye ok (depan, belakang... ya Allah, ampunkan dosa mata yang aku dah terbuat. err..err... reality check je tu. double check, as well.. --"), so that's the detail.

aku tak pasti samada dia tahu aku bleh nampak dia atau tak. aku tak tegur pun dia. biarlah, asalkan tak kacau aku, budak2, kelas aku... ok kot~. 

tetibe, ada budak ni bleh tanya aku. "Sir, kenapa sir masuk kelas dengan cikgu baru?"

ah sudah! budak ni bleh nampak plak~~ aku ingat aku sorang je perasan. budak2 laen macam senyap je, tak paham. hahaha... aku pon berdalih laa.. konon2 malas layan teguran budak tu. walhal... memang benda tu ada kat sebelah aku pon. haha. ngeee...

tu baru sekerat jalan punye cerita. the rest? ending? i leave it to you to make your own justification. nak berimaginasi dan berspekulasi pomboleyh. cumanya, ini bukan cerita rekaan. it happened to other cekgus as well. now, i have the time of my life here. so tak surprising pon bila aku cerita hal tu kat ustaz kat sekolah ni... dia bleh senyum dan jawab ..

welcome to the club. =D


hahaha

adoih~

hm... aku tak tulih perbualan budak2 untuk entri kali ni. agak letih nak recall macam2 kejadian. nanti2 la aku topup2 dalam entri2 mendatang ye, ^^