SOCIALIZATION

Friday, August 5, 2011

Ramadhan: Day 5 - Kasihnya Sampai Bila

haaa.... manisnya kurma itu.

ehe. tapi siyes, kejadian semasa balek solat jumaat tadi cukup menyentuh hati aku. sangat aku tak sangka akan bertemu kejadian seumpamanya. wah, ayat baku! hahaha.

lepas selesai solat jumaat, aku lepak2 kejap kat surau bandaraya laguna nih (masjid dalam pembinaan, tak siap lagi). saje la lepak2, amik ketenangan. dok umah pon asik ngadap laptop dengan tv je, mau rabun mata aku yang coklat nih. xD sambil2 lepak tu, sembang2 la dengan tok imam hari ni~ tanya kabo dia, anak bini sehat ke, apa aktiviti2 surau, apa perkembangan masjid baru, etc etc~ chewaah! biasa la, mesra alam. ^^

bila orang ramai dah reda, tok imam pon dah tutop kaunter bayar zakat fitrah, aku pon bingkas bangun, nak balek umah. tengok selipar - ada. naseb baek~ kalau tak, mau jadik macam haritu - dua minggu sekali musti hilang selipar lepas jumaat. haha. hoh! baru aku perasan...aku parking keta aku jaoh dari surau, konon nak elak jem. haha. takpelah, aku pon jalan la slow2 menuju ke kereta~

dalam aku dok berjalan sensorang di bawah pancaran terik mentari yang membahang, membakar epidermis nih, sekilas aku ternampak kat satu lorong di antara rumah2 kat area yang agak jaoh sikit dari surau... ada satu couple nih - lelaki dan wanita - dok berjalan beriringan - berpegangan tangan beb!! uih. ini satu fenomena!

aku tak pikir panjang, terus percepatkan langkah. sampai je kat keta, aku terus bukak pintu, masuk dalam keta - nak kejar couple tu . *time ni baru aku perasan yang aku tak lock pintu keta masa nak pi solat tadi. hahaha* start enjin! maju!!! slow2 aku drive toward couple tu. dorang tak perasan aku kot, bisik hati aku yang kecik (wlopon bunyi kereta nih macam motorbot =="). slow...slow...slow... akhirnya aku sampei jugak kat couple tu. aku berenti, tarik handbrake yang tak berfungsi, betol2 kat sebelah dorang. aku roll-down tingkap....

"pakcik, makcik. nak pi mana ni?" aku tegur pasangan romantis ni. (takdak adab punya budak. len kali bagi la salam. ^^")

"makcik nak balek rumah kat depan tuu" makcik tu balas balek dengan senyuman dan mata dikecikkan (sebab panas terik). dia cakap "tuu" dengan mulut dimuncungkan, macam tunjuk arah/lokasi rumah dia. tangan masih tak lepas dari pegang belakang dan tangan pasangan dia.

"mai la naek makcik, pakcik. saya hantaq sampai rumah"

"takpa la. makcik jalan ja kot. dekat ja"

"uih. panaih terik lagu ni... satgi demam kalu, apa pon tak buleh. posa2 pulak tu. mai2 naek."

"tima kaseh, nak. jom bang"

alhamdulillah, makcik pakcik ni sudi terima pelawaan aku nak hantor deme balek, sampai ke ghomah. aku pon bergegas turon, keluar keta nak bantu dorang yang terkial-kial nak bukak pintu belakang kereta aku - which is memang takdak, sebab keta aku coupe (dua pintu saje~). ^^" sori pakcik!!

dalam kereta aku berbual la dengan makcik ni. ramah! macam perangai aku. haha. aku pulak suka tanya bagai - asal mana, dudok kat mana, anak kerja apa, buat kuih raya dah ka belom... bla bla bla. hee. sembang punya sembang, berpandukan direction yang makcik tu bagi, kami pon sampai la kat rumah yang dimaksudkan.

bleh tahan gak jaohnya dari surau. nak2 pulak kalo jalan kaki. waaaah.. bertabah jugak rasanya~

itu rumah anak makcik pakcik tu. dorang baru je dok dengan anak menantu dorang, dalam 2 bulan camtu. selalunya pakcik pegi surau dengan anak dia. tapi kebetulan harini anak dorang tak dapat balek, "otstesen" kata makcik tu (outstation~). tapi pakcik tu nak jugak pegi surau. jaaadiii~~ makcik tu pon teman lah suaminya yang tercinta, pergi dan balek surau, di tengah hari rembang di bulan puasa al mubarak.

camni la lbeyh kurangnye pasangan romantik tadi. bezanya cuma pakcik tadi pakai baju teluk belanga dengan kain plekat, dan makcik tu pakai tudung bawal, baju kurung kedah dan kain batik - bukan jubah. ^^

...

"tima kaseh, nak. bagi tumpang makcik, hantaq kami sampai rumah"

"eh, takpa aih makcik. bukan ada apa sangat pon. saya memang nak balek jugak. rumah kot2 ni jugak"

"(senyum) makcik takpa, tapi makcik risau kat laki makcik ni. dia bukan larat sangat. ada gout. suka sangat makan kerang dulu." (gelak) pandai makcik ni berseloroh. hehe

"oyaka~.. nasib bek ada makcik. buleh teman pakcik ni. tapi tu la, kesian kat makcik jugak. dok rumah jaga menantu dalam pantang, jaga budak. ni, kena berpanaih pulak, jalan jaoh2 dengan pakcik."

"makcik dah biasa, nak. makcik tak harap pakcik ni jalan sorang2. kami dah tua, pakcik pon tak sehat sangat. dulu masa dia kuat, dia dok jaga makcik, bela anak2. la (sekarang) dia tak larat, makcik la pulak bela dia. takat mana makcik buleh buat, makcik buat. kalau makcik tak buat lagu ni, tak jaga dia, tak betoi la."

"lama dah pakcik saket?"

"lama dah. dari kami dok kat rumah kat kampong lagi dia dah saket. kena gout, kena stroke sat2. orang dah tua, nak. dia ni (pakcik) jalan pon tak larat, kena pakai tongkat. tapi dia takmau, dia tak suka. dah lagu tu, bila dia nak pi mana2, makcik la yang kena pimpin dia jalan pelan2. tak berani lepaih, takot dia jatuh" (senyum)

....

aku terharu sangat2. tak dapat aku nak describe macam mana perasaan aku bila tau semua tu. dan lagi terharu bila aku imbas balek situasi dorang jalan berpimpin tangan tadi...=')

ayat yang paling 'mahal' aku rasa makcik tu dah ungkapkan - yang cukup terkesan dalam sanubari dan otakkiri aku nih;

"dulu kami naik moto sama-sama. la ni kena jalan kaki sama-sama la."

...

kasihnya sampai tua.. kasihnya, sampai bila-bila..=)



sangat indah. kan? ^^

*update

mampukah kalian? =3

**update lagi

semua dialog dan pengkisahan dalam entri ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. setiap ungkapan dan perbualan ditulis semula mengikut memori aku yang masih segar. jadi keaslian dialog2 tu adalah 98% tepat sepertimana yang berlaku antara aku dan subjek (makcik/pakcik rromantika ramadhan) ^^ hehe...

6 comments:

Orang Kita said...

nice netry! hehe ^^

cik ayuri said...

sangat sweet :))

Anonymous said...

romantic! :)

Ekin Isa said...

sweet sangat... jarang dpt jmpe cple mcm ni skunk... (;

mia Olive said...

sgt susah nk cri pasangan mcm tu..tapi tetap ada. sama-sama susah sama-sama senang. terima kasih sebab tolong pak cik mak cik tu. susah jugak nk cri org yg suka tolong org. =)

Antara said...

em! thanks for your comments. dan, yes. pasangan suami isteri tu sangat romantik.

masih ada yang sayang~ ^^

p/s: ramai je org yg suka tolong org ni. kebetulan je tu. ehe