SOCIALIZATION

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan: Day 9 - Oohh.. Ada Apa Dalam Kereta Hang A'an?

*Update*

peringatan. perkataan hang pada tajuk entri bermaksud "engkau/kamu/anda/awak/ngko/mike/you" dan bukanlah kata nama khas (proper noun) macam Hang Tuah, Hang Jebat, Hankyuu Jaya dan Hang Pasai Pa.

harini aku bawak anak menakan (anak sedara/niece and nephew) aku round2 negara kebajikan Sungai Petani. budak2 asik bising;

"acu2, bila nak bawak kami jalan2 naik kereta acu?"

selalunya aku jawab "nak jalan dengan kaki, mana buleh naik kereta." tapi dah selalu sangat tanya, nak jawab pon macam letih ja. so, mau takmau, aku bawak la budak2 ni naek kereta aku yang umpama kereta rally Dhaka ni.

ekceli, bukan la aku kedekut pait sangat nak bawak orang naik kereta aku. tapi... sebenor-benornye, kondisi kereta aku tu agak unpleasant bagi kebanyakan orang. tak mencapai standard kualiti sebuah kereta yang selesa ditumpangi pon.

keta aku currently air-cond lingkup (dah 2 bulan lebih dah), so kompem2 la hangat tobat kan. nak bagi sejuk sikit, kena bukak tingkap, ambik angin luaq. dah...tingkap plak bleh turun 3/4 je. takleh habis - sangkut pebenda ntah. jadi angin yg masuk pon, nak tak nak jugak la. haha.

katakanlah time ekon elok pon, penumpang belakang still panas gak - sebab air-cond blower tak kuat. blower kecik. so, driver dengan penumpang depan bahagia la. yang dok belakang? panas badan, panas hati gak kot. heee

nak lagi extreme?? seat yang elok hanyalah dua seat depan. seat penumpang kat belakang... manada kusyen!! xD sebab tu la setiap kali ada orang naik kereta aku, yang dok belakang tu mesti aku pesan siap2 "attention. bantal2 dan kusyen kecik kat blakang ni adalah untuk lapik bontot ye, untuk korang dudok - bukan pelok". sebagai bonus, tingkap belakang takleh bukak - kereta aku kan coupe sport... hahaha xD

tapi memandangkan aku berkuasa penuh ke atas anak2 menakan aku, jadi superioriti itu menghapus segala kelemahan dan kekurangan yang ada. dengan bangganya aku sumbat dorang dalam kereta, dan pengembaraan Geng! bermula!!

pengalaman mengajar aku erti pembelajaran berkesan. aku dapati, kebarangkalian untuk aku eksiden adalah lebih tinggi bila aku bawak slow. siyes. sebab bila bawak slow, aku kurang alert. jadi, aku "terpaksa" memandu mengikut had maksimum yang ditetapkan mengikut jenis2 jalan. aku ingat budak2 ni cuak la bila aku bawak laju. rupa2nya makin syok! adeh~ =="

.....

dah habes round2 merata ceruk, kitorang pon balek la ke rumah. sampai je kat rumah, anak menakan aku yang laki ni tanya "acu, kenapa kereta aku bunyi macam2 kat belakang?"

aku cuak. "bunyi apa??"

"macam ada barang golek2, jatuh. bunyi besi pon ada. bila acu kona, ambik lap, bunyi la!"

ha'ah...aku perasan gak bunyi2 tu. tapi, tak pernah lak aku nak ambik kesah - selagi asap tak keluaq dari hood enjin or dashboard, aku rasa sedap je bawak keta buruk aku nih. sebabkan perasaan ingin tau, aku pon jalankan pemeriksaan mengejut kat kereta sendiri.



hahahaha. nak tau apa yang ada dalam trunk keta aku? meh aku list out, siap dengan fungsi2 dia lagi.

1. tayar spare saiz 14 - yang pancit/takdak angin (taya keta aku rim 15..). fungsi dia, opkos sebagai spare bila diperlukan kan. tapi dalam condition sekarang..aku rasa macam takdak makna je...

2. set spanar, screwdriver, nut and bolt (dalam toolbox). fungsi dia... untuk aku ketatkan mana2 bahagian kereta yang longgar dan nak tercabut. biasa la, kereta lama~ pintu pon lekang dah.

3. set jek hidrolik. fungsi dia..bila taya pancit/pecah, time tu la jek ni berguna. tapi problemnya... alat nak bukak taya kereta.... takdak. hahaha

4. drill (gerudi) berkuasa elektrik. aku taktau kenapa, bila, macamana bendalah ni bleh ada dalam kereta aku. siyes.

5. sepasang kasut badminton, sepasang kasut basketball - lengkap dengan stokin kat dalam kasut. fungsi? haha. baling anjing. nak bersukan la!! =="

6. dua bijik bola basketball - molten dengan spalding. dua2 legendary. ^^ fungsi? um, bila2 perlu or terdesak nak main basketball, bleh ambik dari bonet keta je.

7. sebijik bola baseball BESERTA kayu pemukul (baseball bat). fungsinya... bersukan. =x (mesti korang nak cakap aku gengster, kaki pukul...) no? eheh...

8. botol dan tin dan tong. - dua botol air mineral 1.5 liter. satu botol air beteri. satu botol minyak brek. satu tin minyak brek (huh?). satu tong minyak enjin. haa.. semua ni, kelengkapan menghadapi masalah2 yang kereta aku suka buat. biasa la, kereta buruk... merata bocornye~

9. satu kuali. sumpah aku tak ingat bila masa ada kuali nih!

10. beberapa bijik guli. =="

11. sorat kabo lame~...


tu dalam trunk tempat isi barang. yang kat ruang penumpang pulak??

a. cekak rambut
b. tin penyegar udara Ambi Pur
c. Febreze
d. sepasang kasut 'berjalan', dengan sepasang selipar jepun
e. 3 bijik bantal kekabu
f. 2 bijik kusyen kecik
g. payung
h. lampu suluh + bateri + bateri spare
i. plushie bola American Football

...
..
.

hahahaha. bongok kau Aan. segala tok nenek kau simpan dalam kereta. tinggal tak bleh sumbat peti ais je kot. kalo boleh, rasanya ada dah tu. xD

bila pikir2 balek, kesian kat sesapa yang tumpang kereta aku. yelah, semak sangat macam dok dalam kedai runcit. tu tak kira bunyi bising tong-tang2, kedekung-gedegang kat belakang tu. tak campur kepanasan yang dorang/korang kena tanggung lagi. tak campur kecut perot bila kereta aku tetiba mati enjin time2 tengah speeding.. dan macam2 lagilah anomaly yang jadi/ada. ngee... rasa bersalah lak =="

buat korang dan dorang yang pernah naik kereta buruk aku ni... kalo ada sebarang ketidakselesaan dan ketidakpuashatian dan kekurangan sepanjang dudok dalam keta aku.... aku mintak maap sangat2. apa yang ada, tu je la yang aku mampu. kekurangan keta aku, adalah kekurangan aku jugak. sori ye kawan2~ ^^

tapi, aku tak kesah kalo orang nak condemn keta aku buruk. tak lawa. memang betol pon. hehe. sebab bagi aku, Ford TX3 made 1990 aku nih dah banyak berjasa kat aku. sangat banyak. lagipon tu la keta first aku, dan aku purchased cash dengan duit yang aku kumpul, yang aku simpan sendiri. alhamdulillah, banyak dah keta ni berbakti untuk aku. makin2 la aku sayang kat dia - bior pon aku sendiri basah lencun, mandi peluh akibat dok dalam keta tu. bak kata member aku - "sauna 1.8" hahaha xD

....

wah banyak lak aku membebel. nah, korang tengok kat bawah ni. lagu fevret aku!

lagu asal bertajuk "Volevo Un Gatto Nero" (Itali) terbitan 1969




alih bahasa... alih suara... alih makna. jadi la "Kuroneko no Tango"




erk... aku baru tau..=="

2 comments:

Anonymous said...

maksud die kucing itam kan? aku wonder mesej di sebalik klip yg versi Jepun tu..ngehahha~ muka bdak tu mengiau lawak aa..cam xikhlas je :P

Antara said...

hahaha. yeap, kucing hitam. versi korea pon ada ko tau tak. penin aku dengar 4 versi. hihi