benda yang sangat common.. yang wujud tak kira musim... ha, ni lah. ais.
aku pon tak paham. apsal aku suka sangat makan ais. minum ais. boleh2 nak tido pon dalam peti ais. haha, kidding2. tapi tu la. ais ni dah macam world's wonder nombor #9. heee...
semalam masa berbuka, sembang2 la kenangan puasa dolooo2 dengan akak. tetiba bangkit pasal ketul ais~ waahh!! mari mengimbau #kenanganpuasa ye ^^
zman sekarang ni senang kan. nak ketul ais, takyah sesusah gi kedai. kat rumah masing2 dah ada peti ais. isi air dalam bekas, masuk freezer...tunggu lama sket. voila!! jadi ketul ais. dah la tu, makin canggih lak dah! bukan setakat jadi ais ketul besor2 tu. sekarang peti ais dah bleh produce kiub ais yang comel2! =D
tapi bagi aku, zaman aku kecik2, budak2 dulu jugak yang best. especially bulan posa. dulu bukan semua rumah ada peti ais. rumah orang kaya2, orang berada je yang mampu beli peti ais. tapi kat kampung aku tu, at least ada la satu kedai runcit yang ada peti ais~ hehe
masa tu mana ada ketul ais kiub2 ni lagi. semua stock2 iceberg ouh! nalaa punya besaq. haha. dulu masa umo aku 3-4 tahun, tiap2 petang mesti ada apek datang jual ais kat kampung. apek tu kayuh basikal roda tiga dari pekan ouh! jaoh kena berkayuh masuk ke dalam kampung, semata-mata nak jual ais. ^^
korang bayangkan, pekan tu dah la jaoh... hari pulak panas2. tak ke cair ais tu by the time dia sampai?
haaa...tu la hangpa taktau~..mai cek nak habaq. hehehe. orang dulu2, ada skill taknak bagi ais tu cair cepat. cemana? heee.. caranya~ ais tu kena bungkus dengan guni padi! bukan yang plastik tu tau, tapi guni jerami tu. haaa... lepas tu, bungkus lak dalam habuk kayu, habuk papan. wuhuu!! dalam cuaca panas pon, ais tu tap steady beb! dah jadi air~.. tere tak orang dulu2 punya otak sains? hehe. nostalgia betol~~
err.. guni je ye.. orangnye takde kaitan
lepas tu bila sampai je depan umah, semua orang pakat berebut nak beli ais. murah2 masa tu, sekupang, dua kupang dah leh dapat ketul ais besor2. apek tu siap bawak gergaji pokok! sebab nak kerat ais tu. pergh... meriah~ ^^ time akak aku, dia cakap dia la yang rajin kena suruh pi beli ais kat kedai. tapi time aku kecik, ada apek delivery ais petang2. tapi skill balut ais dengan habuk papan dan guni jerami tu, dan jugak kerat ais dengan gergaji pokok tu tetap sama. =D
bila dah datang apek tu, selalunya family aku beli lebeyh. senang, takyah la tiap2 hari nak tunggu apek tu sampai. buatnya apek tu MC ke, tayar beskal pancit ke...ha. tak ke kempunan nak berais haritu. hehe. so, bila dah beli lebih tu...nak letak mana?? hehe.. nasib baek la ada hamba Allah yang ada peti sejuk dekat2 rumah ktorang. so, menumpang kasih la sekejap kat situ. ^^
hm... dulu rumah aku ada mesin ais kacang. tapi kitorang tak layan ais kacang pon... kitorang layan - AIS KEPAL!! wahahaha. rindunya! ais kepal sangat best, okeyh! keseronokan pegang ais yang dikepal kejab yang dilimpahi sirap manis dan gula merah dengan kedua belah tangan.. ouh tak terbanding~ lagi pulak...bila dapat gigit ais kepal yang manis tu..hirup ais yang cair meleleh kat celah2 jari... kunyah ais kepal dengan penuh kenikmatan. aaaahhh... =D
wuuuu... sedapnya~ ^^ bulan puasa paling syok makan ais kepal depan orang. hahaha. yela, aku kecik lagi time tu. sah2 tak posa. kebetulan ais kepal tu memang fevret aku... senang pulak nak buat... memang layan dapat menayang makan ais kepal di kala tengahari dan petang depan orang dewasa laen yang tengah menahan lapar dan dahaga. hahaha xD jahat kan aku? kecik2 dah pandai petik. kikiki
zaman sekarang, ada lagi ke ais kepal ni ek? ais kacang memang bersepah. tapi aku tak rasa generasi sekarang masih layan ais kepal macam aku dulu2.
oh ya! bagi korang yang suka kunyah ketul ais tu... um, saje la nak pesan. kunyah baek2... ais sekarang bukan macam ais dulu. sekarang ais pon dah di-inject dengan bahan kimia. so... hati2 ye. kang reput gigi tu... apa pon tak boleh. hehe
2 comments:
dia pun main hashtag jugakkkk! HAHA
aku dgn adik adik makan weh ais kepal. ada satu kedai nie dia tau dah, kalau kami p dia kena buat ais kepal. hahaha.
selamat berbuka :)
dah terbiasa hashtag. hahaha
mana dapat? bukan dah pupus ke ais kepal skrg nih? lol
berbuka jiran kamoo! baru pukol berapa! haha
selamat berbuka. bwahahaha
Post a Comment